Inari nampak seakan sedang membuat corak bump-and-run (dipelopori oleh Mr. Bulkowski) pada carta harian. Jika lukisan atau gambaran saya sama seperti corak tersebut, kita boleh bayangkan arah seterusnya harga mungkin pergi. Jangkaan laporan kewangan dikeluarkan : 20 haribulan Feb ke atas.
Masih dalam aliran menurun. Cadangan kali ini hanya melihat arus kenaikan bermula dari awal tahun ini sehingga sekarang. Wajib bertanya dengan remiser atau dealer sebelum mula berjual beli. Mereka lebih layak memberikan nasihat. Semoga terhibur.
Yang menariknya - carta mingguan seperti membuat fasa pengumpulan yang cukup panjang. - harga tutup terakhir masih dekat dengan aras mingguan tertinggi 29 sen. Yang tak menariknya - price/earning ratio sangatlah deboommm, lebih 300 ! - mungkin sebab dah beranak hari tu. Yang perlu diambil perhatian - harga tutup minggu depan tidak di bawah harga terendah...
Komarcorp berhad tergolong dalam syarikat yang masih kerugian di setiap suku tahunan. Apa sebab rugi, yang tu kena baca. Untuk itu, pemilihan carta ini hanya untuk trading sahaja dan tidak memerlukan kita terus bercinta selamanya. Jika harga mula menurun dan mencari satu tapak baru, barulah pelan dagangan akan di buat. Buat masa sekarang, hanya tunggu dan...
Kemaskini dari posting tempohari. Orang lain ke atas, dia seronok pulak ke bawah.
Sama seperti kebanyakan carta-carta yang sedang menaik dari bawah ketika ini, IFCA juga membuat satu bentuk mangkuk ajaib yang sangat menarik. Jika dasar mangkuk ajaib dijadikan sebagai kawasan pengumpulan, sebarang kenaikan harga selepas ini boleh lah dikatakan sebagai fasa kenaikan atau mark-up stage. Namun begitu, tekanan jualan dari para pelabur yang telah...
Nampaknya harta memilih untuk memecahkan lantai kotak. Agak merimaskan bila abang besar sarung tangan top glove juga membuat kejatuhan hari ini. Sama seperti press metal tempohari, kita boleh ikut pergerakan lilin untuk mencari sebarang ruang-ruang berdagang.
Bayangan untuk membuat bentuk seperti apa yang dicadangkan tempohari, masih valid. Cuma perlukan kemasukan volum yang lebih banyak bagi menampung kenaikan harga. Cadangan atau bayangan asal ada di link bawah sebagai rujukan.
Kemaskini dari video bulan november lepas. Hari ini, press metal mencuba untuk keluar dari kotak yang membelenggu pergerakan harga. Ada 2 kemungkinan, samada dia buat "false breakdown" atau "confirm breakdown". Penerangan ringkas seperti di dalam video. Semoga terhibur.
Permulaan dagangan bagi tahun 2019 yang agak malap. Adalah lebih baik kita menunggu kemunculan swing low terbaru sebelum aktif masuk market. Cari 3 atau 5 stok yang diminati, tunggu dan lihat pergerakan harga sambil memerhatikan juga indeks. BIia indeks beri signal positif, fokus terus pada 3 atau 5 stok yang telah di pilih tadi. Selamat tahun baru 2019
Kemaskini dari video lama. Boleh rujuk pautan lama di bawah.
Cadangan sempena menuju aktiviti windows dressing di hujung tahun. Itupun kalau ada.
Kita akan sell sekejap dan buy semula
Dengan berpandukan garis tren, garis melintang serta corak carta yang ada ketika ini di Krono, kita mampu membuat pelan berdagang yang lebih baik. Bila sudah dapat feel pergerakan harga, barulah seronok untuk buat pelan dagangan. Video di atas hanya pandangan peribadi dan tidak semestinya betul dan tepat.
Jika harga berjaya tembus ke atas kawasan berlonggok seperti yang dinyatakan dalam video, ada kemungkinan untuk harga menuju ke potensi target. Sebaliknya jika harga tembus ke bawah kawasan berlonggok, air terjun sedia menanti.
Masih dalam trend menurun. Jangkaan pantulan teknikal pada carta dalam tempoh masa terdekat. Seperti dalam video di atas, ada 2 kemungkinan - > jadi atau tak jadi. Semoga terhibur.