Bermula dengan Carta Super
Carta Super adalah tunjang TradingView. Dengan mereka, anda boleh menjejak perubahan harga, membaca penunjuk, menggunakan alatan lukisan dan melihat produk lain seperti penyaring dan Aliran Berita untuk analisis kewangan komprehensif. Dari ruang dagangan diperibadikan anda, anda juga boleh berlatih berdagang dengannya dan melakukan dagangan sebenar menerusi broker dipercayai kami.
KANDUNGAN:
Bar alat atas
Di sini, anda boleh menetapkan carta anda dengan memilih simbol, selang masa carta dan jenis, penunjuk, susun atur dan parameter lain.

Carian simbol
Pilih satu simbol untuk dipaparkan pada carta. Ada dua cara untuk membuka carian simbol.
- Klik pada butang dengan ikon kanta pembesar
- Mula menaip simbol. Sebagai contoh, untuk membuka carta Apple, hanya taip "AAPL"

Banding atau tambah simbol
Butang ini membenarkan anda memilih simbol tambahan untuk dipaparkan pada carta bersama-sama dengan simbol semasa. Ciri ini membantu anda membandingkan aset-aset dalam satu carta untuk analisis lebih komprehensif.

Selang masa carta
Setiap selang masa carta mewakili satu "langkah" dalam masa untuk harga — ia boleh jadi dari satu saat kepada berbulan-bulan. Bergantung kepada jenis carta, setiap satu dengan pendekatan pemvisualan unik, menentukan bagaimana selang masa akan diplotkan sebagai bar, candlestick dll.
Jika anda menggunakan carta garis, garis adalah dibina dengan menyambungkan harga-harga dalam selang masa yang dipilih. Dengan carta bar atau candlestick, setiap bar atau candlestick akan mewakili harga sepanjang tempoh masa tersebut.
Jenis carta

Di sini, anda boleh memilih dari 20+ jenis carta. Setiap satu akan dilaksanakan memenuhi pendekatan analitikal anda. Pilih dari bar klasik dan lilin kepada pilihan lain yang lebih kompleks seperti carta Renko — terokai bagaimana menggunakan jenis carta berbeza.

Penunjuk, metrik dan strategi
Dari sini, anda mempertingkatkan dagangan anda. Alatan berkuasa ini memberikan cerapan penting untuk membantu anda menavigasi pasaran.
- Penunjuk: Fungsi yang digunakan dalam analisis teknikal untuk meramalkan harga akan datang berdasarkan pergerakan mereka dan volum dagangan aset
- Kewangan: Data kewangan untuk analisis asas diperolehi daripada laporan prestasi syarikat
- Strategi: Skrip khusus ditulis dalam bahasa Pine Script®. Ia boleh menghantar, mengubah, melaksanakan dan membatalkan pesanan beli atau jual dan mensimulasikan dagangan sebenar terus pada carta anda
Simpan mana-mana antara ini sebagai kegemaran anda dengan menekan pada ikon bintang untuk akses pantas.

Dengan templat penunjuk, anda boleh menyimpan penunjuk pilihan anda untuk kegunaan kemudian. Apabila menyimpan, anda juga boleh mengingat simbol dan selang masa supaya anda boleh memuatkan mereka serentak dengan templat. Klik "Buka templat" untuk melihat tetingkap "Templat penunjuk" dan menguruskan templat anda.

Cipta pemberitahuan
Ciri ini membenarkan anda menetapkan pemberitahuan dan menguruskan notifikasi mereka. Dengan instrumen utama ini, anda boleh sentiasa menjejak harga, penunjuk, strategi atau lukisan. Anda boleh memilih keadaan yang akan mencetus pemberitahuan, tarikh luputnya, meninggalkan mesej bersama-samanya dan banyak lagi.

Ulangan Bar
Ulangan Bar membolehkan pengguna mensimulasikan pergerakan harga sebelum ini untuk ujian strategi. Anda boleh kembali ke masa lepas untuk menganalisa gelagat pasaran sejarah dan berlatih melakukan keputusan dagangan dan strategi tanpa pendedahan kewangan sebenar.
Semua perubahan dalam carta boleh diuruskan dengan bantuan butang Buat Asal dan Buat Semula.
Susun Atur
Dalam menu persediaan susun atur, anda boleh mengkonfigurasikan nombor dan penempatan carta. Secara asasnya, satu susun atur adalah ruang kerja yang disimpan berasingan. Setiap carta dalam satu susun atur mengekalkan tetapannya sendiri dan boleh disesuaikan secara kendiri, tetapi anda juga boleh memilih untuk menyegerakkan mereka.

Anak panah di sebelah nama susun atur membuka tetapan lungsur turun di mana anda boleh menguruskan susun atur anda. Ingati anda perlu menyimpan perubahan anda lakukan untuk mengelakkan daripada kehilangan kerja anda. Di sini, anda juga boleh menamakan carta anda, berkongsi dan menyalinnya, mengeksport data, mencipta susun atur baharu atau membuka satu daripada susun atur yang sudah disimpan sebelum ini.
Carian pantas
Untuk memudahkan navigasi, klik pada butang "Carian Pantas". Ini adalah cara mudah untuk mencari alatan, fungsi, lukisan atau tetapan.

Tetapan
Anda boleh mengkonfigurasikan carta seperti yang anda mahukan. Untuk membuka menu tetapan, klik butang "Tetapan" pada bucu kanan atas atau klik dua kali pada garis/bar/candlestick harga.

Dalam menu tetapan, anda boleh melaksanakan perubahan kepada:
- Simbol: Tetapkan parameter untuk jenis carta. Setiap jenis carta berfungsi secara berbeza, dan tetapan unik terpakai untuk setiap satu
- Garis status: Pilih nilai untuk dipaparkan berdekatan dengan nama simbol pada bahagian atas carta
- Skala dan garis: Pilih kebolehlihatan garisan dan skala, warnanya, dan format tarikh dan masa
- Kanvas: Tukar gaya latar belakang, saiz skala teks, kebolehlihatan butang dan margin
- Parameter dagangan: Togol butang beli dan jual, aktif/nyahaktif, notifikasi dan laraskan penampilan
- Pemberitahuan: Urus kebolehlihatan mereka dan bunyi notifikasi
- Peristiwa: Paparkan atau sembunyi idea, peristiwa ekonomi atau berita terus pada carta
Selepas anda menetapkan carta anda, anda boleh melihatnya dalam mod skrin penuh. Butang terletak di sebelah tetapan carta dan membenarkan anda menganalisa carta tanpa apa-apa hingar tambahan.
Tangkap syot kilat
Butang ini membenarkan anda mengambil syot kilat untuk carta semasa anda. Muat turun, simpan, terbitkan atau ciapkannya — gunakan setiap ciri untuk berkongsi idea dan mendapatkan maklum balas.
Terbitkan
Kami yakin berdagang sepatutnya menjadi sosial. Dengan butang "Terbitkan", anda boleh berkongsi idea — menerbitkannya dengan analisis pasaran anda yang membentuk komuniti TradingView. Pelajari bagaimana menjadi penulis terkemuka dengan mencipta dan menerbitkan idea berkualiti tinggi secara konsisten.
Bar alat kiri
Dari situ, anda boleh mengakses alatan lukisan untuk membuat nota, menambahkan komen, menanda trend dan corak, melakukan pengukuran dan ramalan, dan mengira tingkatan harga.

Ada banyak alatan berguna dalam panel ini:
- Kursor: Pilih jenis kursor yang akan membantu anda menavigasi carta anda dengan lebih baik
- Alatan garis trend : Pilih garisan, saluran atau pitchfork untuk menanda arah pergerakan dan tingkatan harga
- Alatan Gann dan Fibonacci: Membina tingkatan secara automatik berdasarkan formula Fibonacci dan teori Gann. Laraskan bilangan tingkatan dan pekali seperti yang diperlukan
- Corak: Akses Elliott waves untuk menandakan tinggi, rendah dan jarak antara mereka dan mengenal pasti kitar pasaran
- Alatan ramalan dan ukuran: Ukur jarak carta, ramal pergerakan harga dam nilaikan posisi dagangan
- Bentuk geometri: Gunakan berus, anak panah dan bentuk klasik lain
- Alatan anotasi: Tambahkan nota teks terus kepada carta, menjadikan analisis teknikal lebih jelas
- Ikon: Tambah emoji dan pelekat. Tukar antara kumpulan menggunakan tab pada bahagian bawah menu
- Ukur: Ukur jarak antara bar
- Zum masuk: Lihat lebih dalam pada kawasan dipilih
- Mode magnet: Jadikan lukisan "melekat" kepada harga buka, tinggi, rendah atau tutup terhampir
- Kekal dalam mod lukisan: Tambahkan beberapa objek kepada carta berturut-turut
- Kunci semua lukisan: Elakkan pergerakan tidak diingini
- Pilihan sembunyi: Sembunyikan lukisan, penunjuk, posisi dan pesanan, atau kesemuanya
- Pilihan segerakkan lukisan: Semua semua susun atur tambahan anda akan menggunakan lukisan daripada susun atur asal
- Pilihan buang: Padamkan lukisan, penunjuk atau kedua-duanya
Bar alat kanan
Memberikan akses kepada senarai amatan, berita, pemberitahuan dan produk lain kami menerusi helaian Tindanan (Overlay).
Bar alat ini membantu anda menjejak simbol dalam senarai amatan, mencipta dan mengurus pemberitahuan, menggunakan penyaring dan kalendar, dan banyak lagi.

Alatan yang anda boleh akses:
- Senarai amatan, butiran dan berita: Menjejak simbol dengan mudah, memeriksa data kewangan dan teknikal mereka dan menerokai berita terkini. Cipta atau import senarai baharu, navigasi menerusi yang sedia ada dan uruskan mereka dengan lebih efisyen. Anda juga boleh menetapkan pemberitahuan khusus kepada satu senarai amatan
- Pemberitahuan: Menguruskan pemberitahuan anda pada harga, penunjuk dan strategi
- Salasilah objek dan tetingkap data: Menguruskan lukisan atau penunjuk yang anda sudah letakkan pada carta
- Sembang: Berkongsi idea dan berhubung dengan pedagang yang berfikiran sama
- Penyaring: Buka dan tukar antara penyaring TradingView untuk melayari pasaran tanpa meninggalkan carta anda
- Kalendar: Menjejak peristiwa ekonomi paling penting dan aktiviti syarikat
- Opsyen: Instrumen kewangan berkuasa untuk kedua-dua dagangan spekulatif dan lindung nilai
- Suapan komuniti: Cari catatan anda. pilihan editor dan berita popular masa kini
- Notifikasi: Periksa media sosial TradingView untuk komen anda, disebut atau aktiviti lain
- Pembantu sembang: Memberikan anda maklumat mengenai produk TradingView, carta, penunjuk dan langganan. Jika anda memerlukan bantuan semasa pencartaan, anda boleh mengakses pusat pengetahuan dari sini
Panel bawah
Pada panel ini, anda boleh menukar antara selang masa, menetapkan zon masa dan mensesuaikan tetapan skala.

Di bawah skala masa, anda boleh menjumpai selang masa pratetapan agar sesuai dengan skrin anda. Memilih 1H, sebagai contoh, melaraskan carta supaya satu hari dagangan dipaparkan menggunakan selang masa satu minit. Menekan "Semua" memaparkan semua data sejarah yang ada dalam selang bulanan. Jika tiada selang masa memenuhi keperluan anda, anda boleh pergi kepada tarikh khusus atau mencipta julat tersuai dalam menu "Pergi ke".

Dalam tetapan Zon Masa, anda boleh memilih masa yang mana untuk dipaparkan pada carta. Pilih "Bursa" untuk memadankan masa kepada bursa dagangan yang sesuai.
Anda juga akan menjumpai butang gear berdekatan tetapan zon masa. Ia membuka kepada tetapan skala harga, di mana anda boleh menetapkan modnya, memilih label untuk dipaparkan dan banyak lagi.

Di bawah adalah panel lungsur dengan:
- Editor Pine: Cipta penunjuk dan strategi unik dengan Pine Script®, menguruskan mereka, menambahkan mereka terus kepada carta dan berkongsi mereka dengan rakan pedagang lain
- Panel daganga: Sambungkan broker kegemaran anda untuk berdagang terus dari carta anda
Carta Super TradingView memberikan akses kepada data teknikal dan kewangan, idea komuniti kami dan memberikan anda maklumat pada peristiwa ekonomi penting. Ia juga membenarkan anda berdagang dengan broker kegemaran anda.
Juga baca: