Carta super: semuanya yang anda perlu tahu
Selengkap-lengkapnya, carta TradingView juga mudah secara asasnya — skala bawah menunjukkan masa dan skala kanan menunjukkan harga aset. Ia adalah alat sempurna untuk menjejak bagaimana harga berubah dari masa ke semasa, tetapi ada lebih banyak yang anda boleh lakukan dengan carta kami yang akan membantu anda membuat keputusan terbaik. Mari kita lihat pada asas menguruskan carta untuk membantu anda memaksimumkan ciri-cirinya.
Carta super mengandungi tiga bar alatan dan satu panel di bahagian bawah, setiap satu dengan kegunaan yang unik.
- Alat bar atas membenarkan anda menetapkan carta anda dengan memilih simbol, jenis carta, penunjuk dll.
- Alat bar kiri adalah panel Lukisan dengan instrumen terbina dalam berkuasa.
- Alat bar kanan memberikan anda akses kepada senarai amatan, berita, pemberitahuan, penyaring dll.
- Panel bawah membenarkan anda bertukar antara selang masa, menetapkan zon masa dan mensesuaikan skala harga.
Bar alat atas
Mari kira pergi dari kiri ke kanan dan lihat pada setiap butang dan fungsi-fungsinya.

Carian Simbol
Di sini, anda boleh mencari satu simbol untuk dipaparkan pada carta. Ada dua cara untuk membuka Carian Simbol:
- Klik pada butang dengan ikon kanta pembesar
- Mula menaip simbol. Sebagai contoh, untuk membuka carta Indeks Dolar AS, taip "DXY", dan tetingkap Carian Simbol akan terbuka.

Banding atau Tambah Simbol
Butang ini membenarkan anda memilih simbol tradisi untuk dipaparkan pada carta bersama-sama dengan simbol semasa. Ciri ini membantu anda membandingkan aset-aset dalam satu carta untuk analisis lebih komprehensif.

Selang Masa
Setiap selang masa mewakili satu "langkah" dalam masa untuk harga — ia boleh jadi dari satu saat kepada berbulan-bulan. Bergantung kepada jenis carta, setiap satu dengan pendekatan pemvisualan unik, selang masa akan diplotkan sebagai bar, candlestick dll.
Jika anda menggunakan carta garis, garis adalah dibina dengan menyambungkan harga-harga dalam selang masa yang dipilih. Dengan carta bar atau candlestick, setiap bar atau candlestick akan mewakili harga sepanjang tempoh masa tersebut.

Jenis carta
Di sini, anda boleh memilih jenis carta yang memenuhi pendekatan analitikal anda. Dari bar dan lilin klasik kepada pilihan lain yang lebih kompleks seperti carta Renko — terokai bagaimana menggunakan setiap satu daripadanya dalam pangkalan pengetahuan kami.

Penunjuk, metrik dan strategi
Dari sini, anda mempertingkatkan dagangan anda. These powerful tools provide essential insights to help you navigate the market.
- Penunjuk adalah fungsi yang digunakan dalam analisis teknikal untuk meramalkan harga akan datang berdasarkan pergerakan merekan dan volum dagangan aset.
- Metrik, atau kewangan, mewakili data kewangan untuk analisis asas. Ia diperolehi daripada laporan prestasi syarikat.
- Strategi adalah skrip khusus ditulis dalam bahasa Pine Script®. Ia boleh menghantar, mengubah, melaksanakan dan membatalkan pesanan beli atau jual dan mensimulasikan dagangan sebenar terus pada carta anda.

Simpan mana-mana antara mereka sebagai kegemaran anda dengan menekan pada ikon bintang untuk akses pantas.
Dengan templat penunjuk, anda boleh menyimpan penunjuk pilihan anda untuk kegunaan kemudian. Apabila menyimpan, anda juga boleh mengingat simbol dan selang masa supaya anda boleh memuatkan mereka serentak dengan templat. Klik Buka templat untuk melihat tempat Penunjuk dan menguruskan templat anda.

Cipta pemberitahuan
Ciri ini membenarkan anda menetapkan pemberitahuan dan menguruskan notifikasi mereka. Dengan instrumen utama ini, anda boleh sentiasa menjejak harga, penunjuk, strategi atau lukisan. Anda boleh memilih keadaan yang akan mencetus pemberitahuan, tarikh luput, meninggalkan mesej bersama-samanya dan banyak lagi.

Ulangan Bar
Ulangan Bar membolehkan pengguna mensimulasikan pergerakan harga sebelum ini untuk ujian strategi. Anda boleh kembali ke masa lepas untuk menganalisa gelagat pasaran sejarah dan berlatih melakukan keputusan dagangan dan strategi tanpa pendedahan kewangan sebenar.
Semua perubahan dalam carta boleh diuruskan dengan bantuan butang Buat Asal dan Buat Semula.
Susun Atur
Dalam menu permulaan Susun Atur, anda boleh mengkonfigurasikan nombor dan penempatan carta. Secara asasnya, satu susun atur adalah ruang kerja disimpan berasingan. Setiap carta dalam satu susun atur mengekalkan tetapannya sendiri dan boleh disesuaikan secara kendiri, tetapi anda juga boleh memilih untuk menyegerakkan mereka.

Anak panah di sebelah nama susun atur membuka tetapan lungsur turun di mana anda boleh menguruskan susun atur anda. Ingati anda perlu menyimpan perubahan anda lakukan untuk mengelakkan daripada kehilangan. Di sini, anda juga boleh menamakan carta anda, berkongsi dan menyalinnya, mengeksport data, mencipta susun atur baharu atau membuka satu daripada susun atur yang sudah disimpan sebelum ini.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang bagaimana untuk menguruskan susun atur, periksa pangkalan ilmu kami.
Carian Pantas
Untuk memudahkan navigasi, klik pada butang Carian Pantas. Ini adalah cara mudah untuk mencari alatan, fungsi, lukisan atau tetapan.

Tetapan
Anda boleh mengkonfigurasikan carta seperti yang anda mahukan. Untuk membuka menu tetapan, klik butang Tetapan pada bucu kanan atas atau klik dua kali pada garis/bar/candlestick harga.

Dalam menu tetapan, anda boleh melaksanakan perubahan kepada:
- Simbol. Tetapkan parameter untuk jenis carta. Setiap jenis carta berfungsi secara berbeza, dan tetapan unik terpakai untuk setiap satu. Pergi ke pangkalan ilmu untuk membaca mengenai jenis carta.
- Garis status. Pilih nilai untuk dipaparkan berdekatan dengan nama simbol pada bahagian atas carta.
- Skala dan garisan. Pilih kebolehlihatan garisan dan skala, warnanya, dan format tarikh dan masa.
- Kanvas. Tukar gaya latar belakang, saiz skala teks, kebolehlihatan butang dan margin.
- Parameter dagangan. Togol butang beli dan jual aktif/tak aktif, notifikasi dan penampilan.
- Pemberitahuan. Urus kebolehlihatan mereka dan kekuatan bunyi notifikasi.
- Peristiwa. Paparkan atau sembunyi idea, peristiwa ekonomi atau berita terus pada carta.
Selepas anda menetapkan carta anda, anda boleh melihatnya dalam mod skrin penuh. Butang terletak di sebelah tetapan carta dan membenarkan anda menganalisa carta tanpa apa-apa hingar tambahan.
Tangkap syot kilat
Butang ini membenarkan anda mengambil syot kilat untuk carta semasa anda. Muat turun, simpan, terbitkan atau ciapkannya — gunakan setiap ciri untuk berkongsi idea dan mendapatkan maklum balas.
Terbitkan
Kami yakin berdagang sepatutnya menjadi sosial. Dengan butang Terbitkan, anda boleh berkongsi idea — menerbitkannya dengan analisis pasaran anda yang membentuk komuniti TradingView. Pelajari bagaimana menjadi penulis terkemuka dengan mencipta dan menerbitkan idea berkualiti tinggi secara konsisten.
Bar alat kiri
Jika Panel lukisan diaktifkan, ia akan terpapar pada bahagian kiri carta. Pilih alatan untuk membuat nota, tambah komen, tanda trend dan corak, melakukan ukuran dan ramalan, dan mengira tingkatan harga.
D

Ada banyak alatan berguna dalam panel ini, mari lihat bagaimana mereka boleh membantu menyusun analisis anda.
- Dalam Kursor, pilih jenis kursor yang akan membantu anda menavigasi carta anda dengan lebih baik.
- Dalam alatan Garis trend, pilih garisan, saluran atau pitchfork untuk menanda arah pergerakan dan tingkatan harga
- Alatan Gann dan Fibonacci membenarkan anda membina tingkatan secara automatik berdasarkan formula Fibonacci dan teori Gann. Laraskan bilangan tingkatan dan pekali seperti yang diperlukan. Terokai artikel-artikel kami untuk Kipas Gann, Segi Empat Gann dan Kotak Gann
- Cari Corak standard, Elliott waves, dan kitar untuk menandakan tinggi, rendah dan jarak antara mereka
- Dengan alat Ramalan dan ukuran, ukur jarak carta, ramal pergerakan harga dam nilaikan posisi dagangan
- Terokai bentuk Geometri seperti berus, anak panah dan bentuk klasik lain
- Guna alatan anotasi untuk menambahkan nota teks terus kepada carta, menjadikan analisis teknikal lebih jelas
- Tambah Ikon, emoji dan pelekat. Tukar antara kumpulan, menggunakan tab pada bahagian bawah menu
- Ukur jarak antara bar
- Zum kedalam pada kawasan dipilih
- Aktifkan Mod magnet supaya lukisan "melekat" kepada harga buka, tinggi, rendah atau tutup terhampir
- Keka; dalam Mod Lukisan untuk menambahkan beberapa objek kepada carta berturut-turut
- Kunci semua lukisan untuk mengelakkan pergerakan tidak diingini
- Guna pilihan Sembunyi untuk menyembunyikan lukisan, penunjuk, posisi dan pesanan, atau kesemuanya
- Pilihan segerakkan lukisan merentasi semua susun atur anda
- Guna pilihan Buang untuk memadamkan lukisan, penunjuk atau kedua-duanya
Bar alat kanan
Bar alat ini membantu anda menjejak simbol dalam senarai amatan, mencipta dan mengurus pemberitahuan, menggunakan penyaring dan kalendar, dan banyak lagi.

Mari lihat apakah alatan yang ada di sini:
- Dengan Senarai Amatan, butiran dan berita, anda boleh menjejak simbol dengan mudah, memeriksa data kewangan dan teknikal mereka dan menerokai berita terkini. Cipta atau import senarai baharu, navigasi menerusi yang sedia ada dan uruskan mereka dengan lebih efisyen. Anda juga boleh menetapkan pemberitahuan khusus kepada satu senarai amatan.
- Menu pemberitahuan membenarkan anda menguruskan pemberitahuan anda.
- Salasilah objek dan tetingkap data membenarkan anda menguruskan lukisan atau penunjuk yang anda sudah letakkan pada carta.
- Kedua-dua awam dan peribadi,Sembang membantu anda berkongsi idea dan berhubung dengan pedagang yang berfikiran sama.
- Dalam menu Penyaring, anda boleh membuka dan menukar antara penyaring TradingView untuk melayari pasaran tanpa meninggalkan carta anda.
- Kalendar membantu anda menjejak peristiwa ekonomi paling penting dan aktiviti syarikat.
- Opsyen adalah instrumen kewangan berkuasa untuk kedua-dua dagangan spekulatif dan lindung nilai.
- Dalam suapan Komunit, anda akan menjumpai catatan anda. pilihan editor dan berita popular masa kini.
- Periksa notifikasi media sosial dari komuniti TradingView jika anda menerima komen, disebut atau aktiviti lain.
- Pembantu Sembang boleh memberikan anda maklumat mengenai produk TradingView, carta, penunjuk dan langganan. Jika anda memerlukan bantuan semasa pencartaan, anda boleh mengakses pusat pengetahuan dari sini.
Bahagian bawah carta
Di sini, anda boleh menemukan selang masa, zon masa dan tetapan skala.

Di bawah skala masa, anda boleh menjumpa selang masa pratetapan agar sesuai dengan skrin anda. Memilih 1H, sebagai contoh, melaraskan carta supaya satu hari dagangan dipaparkan menggunakan selang masa satu minit. Menekan "Semua" memaparkan semua data sejarah yang ada dalam selang bulanan. Jika tiada selang masa memenuhi keperluan anda, anda boleh pergi kepada tarikh khusus atau mencipta julat tersuai dalam menu Pergi ke.

Dalam tetapan zon masa, anda boleh memilih masa yang mana untuk dipaparkan pada carta. Pilih "Bursa" untuk memadankan masa kepada bursa dagangan yang sesuai.
Anda juga akan menjumpai butang gear berdekatan tetapan zon masa. Ia mmebuka kepada tetapan skala harga, di mana anda boleh menetapkan modnya, memilih label untuk dipaparkan dan banyak lagi.

Di bawah ada panel lungsur dengan lima instrumen yang boleh membantu anda menavigasi merentasi simbol, melakukan analisis anda dan berdagang melalui TradingView.
- Dengan Penyaring Saham dan Penyaring Pasangan Kripto, anda boleh menjejak simbol dan data teknikal penting dan kewangannya dengan mudah
- Dalam Editor Pine, cipta penunjuk dan strategi unik dengan Pine Script®, uruskan mereka, tambah mereka terus kepada carta dan berkongsi mereka dengan rakan pedagang lain
- Dengan Penguji Strategi anda boleh memantau strategi pilihan dan mengetahui prestasinya
- Jika anda menggunakan Ulangan Semula Bar, pergi kego to Ulang Semula Dagangan. Di situ, anda boleh mendapatkan gambaran dalaman kepada dagangan anda pada data sejarah
- Dalam Panel Dagangan, anda boleh menyambungkan broker kegemaran anda untuk berdagang terus dari carta anda.
Keupayaan Carta Super TradingView adalan penting untuk diketahui sebelum memulakan analisis anda. Ia memberikan akses kepada data teknikal dan kewangan, idea komuniti kami dan memberikan anda maklumat pada peristiwa ekonomi penting. Ia juga membenarkan anda berdagang dengan broker kegemaran anda.