Bank of America Corporation adalah sebuah syarikat pemegangan bank dan kewangan. Syarikat ini merupakan sebuah institusi kewangan, memberikan perkhidmatan kepada pelanggan individu dan lain-lain dalam lingkungan perbankan, pelaburan, pengawalan aset; dan barangan dan perkhidmatan pengawalan kewangan dan risiko yang lain. Syarikat ini melalui anak-anak syarikat perbankan dan bukan perbankan; diseluruh Amerika dan juga pasaran antarabangsa menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dan produk berkenaan perbankan dan bukan perbankan melalui empat segmen: Perbankan Pelanggan, dimana ia merangkumi Penyimpanan Wang dan Pemberian Hutang; Pengawalan Kekayaan & Pelaburan Global yang mengandungi dua perniagaan utama: Merrill Lynch Global Wealth Management and U.S. Trust, Bank of America Private Wealth Management: Perbankan Global, yang menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan berkaitan pemberian hutang; Pasaran Global, yang mana menawarkan perkhidmatan penjualan dan perdagangan, dan Lain-Lain, yang merangkumi pelaburan ekuiti, penempatan sisa perbelanjaan dan lain-lain.