Arah tuju KLCIKLCI sangat lemah buat masa ini setelah gagal memecahkan aras EMA200, kembali melemah dan menurun. Isnin ni KLCI wajib hijau dan cuba untuk tidak memasuki kumo cloud kerana jika masuk ke dalam kumo cloud, KLCI akan sideway dan jika lemah akan bocor ke bawah. Aras yang paling kritikal untuk KLCI adalah di aras 1670. Sama-samalah kita berharap agar KLCI kembali kuat dan mencuba sekali lagi aras EMA200. Jika tidak, market akan melemah dan sukar untuk membuat keuntungan.
idea dagangan FBMKLCI
INDEKS 9 Mac 2019 | akan meneruskan kejatuhan.Salam semua,
.
1. Index hanya buat temporary uptrend sejak 24 jan lepas...
2. Sekarang dah nak masuk balik downtrend...
3. Dijangka akan drop sehingga bawah 1660....
4. Pasaran akan mula bearish balik...
5. Hati2 ketika trade dalam pasaran bearish... jika ada IDSS boleh gunakan peluang yg ada utk praktis IDSS.
.
Selamat berdagang..
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM)
KLCI masih bertahan sejak 2010KLCI masih bertahan diatas garisan uptrend sejak 2010, (S1). Ini sebuah petanda yang baik. secara umum, pada paras ini, syarikat-syarikat yang bagus patut dibeli pada ketika ini kerana jangkaan KLCI akan terus berada diparas ini.
Jika S1 ditembusi, maka paras seterusnya ialah S2. jika ada kaunter yang telah dibeli, maka boleh hold atau jual dahulu dan cuba beli dengan harga lebih rendah ketika KLCI mencecah paras S2.
FBMKLCI: paras 1660 kemungkinan akan di cuba pertahanan nya
melihat pada carta dan garisan GANN 45 degree, garisan 45 degree cerun bawah telah pun d tembusi dan kini indeks menyusuri garisan itu ibarat akar yang menjalar dan pada hari ini ia tersenggol pertanahanan garisan 45degree ke atas, dan terhnti di garisan itu selepas senggolan nya, mengkin ada kebenjolan, mungkin sakit. mungkin tidak. apapun di paksi ini. indeks harus keluar, kemana lah agak nya indeks akan pergi, ke atas? atau kebawah. kemungkinan petunjuk petunjuk teknikal yang lain bisa membantu anda melihat masa depan. di paksi ini ia boleh sahaja pergi ke mana mana arah yang di ingini, namun, saya melihat akan kemungkinan besarnya, ia akan menyambung kejatuhan, saya mungkin salah, kerana ia boleh sahaja memberikan reaksi yng positif dan melantun semula ke atas selepas di tahan di paras sokongan itu, agak kuat paras sokongan ini, kerana ia adalah paras sokongan diagonal dan horizontal.
FBMKLCI: Fakta Kejatuhan
Hari ini FBMKLCI ditutup pada paras 1686.95 dengan kenaikan 0,13 mata, oleh itu boleh di simpulkan FBMKLCI hari adalah mendatar atau flat. yang menarik yang harus di lihat ialah, biarpun indeks masih lagi berada di atas awan, dan awan masa hadapan adalah hihau, garisan chikou d lihat telah pun jatuh di bawah harga semasa 26 hari lalu, dan jika di lihat dengan teliti, garisan chikou atau FBMKLCI semasa, haruslah naik ke atas paras 1701 untuk di katakan sebagai selamat dan mula mendaki naik. kemungkinan untuk indeks naik semula itu memang ada, tetapi daripada pengkajian carta indeks harian secara visual, saya melihat perkara itu agak sukar di realisasikan. di lihat pada petunjuk MACD, ia telah pun membuat silangan negatif dan mash lagi sedang dilihat jatuh. dan dilihat pada garisan 20ma, nampak seperti garisan 20ma hari ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan paras semlam.
FBMKLCI: kritikal dan tidak boleh buat kejatuhan... hati hati
melihat pada petunjuk fibo, jelas sekali sokongan dan halangan berada pada paras 1660 dan 1700.
melihat pada garisan 20ma, anda mungkin tidak dapat melihat dengan jelas, tetapi, 20ma FBMKLCI mungkin sedang membuat kejauhan, dan untuk ubah arah pergerakan 20ma, FBMKLCI harus naik ke atas 20ma, ini bermakna ia harus mendaki atas paas 1700.
dan petunjuk MACD sedang mebuat kejatuhan dengan silangan yang negatif.
kesimpulan nya, melihat pada carta harian FBMKLCI, indeks harus cuba mendaki semula pada ketika ini, kegagalan membuat pendakian mendadak akan mengundang bahaya kejatuhan, ini di lihat pada sudut teknikal. ketika ini paras sokongan terdekat adalah pada paras 1680, dan paras terkini FBMKLCI adalah tidak jauh dari paras ini.
FBMKLCI:Apakah akan tembus di bawah awan?
Melihat dari petunjuk Ichimoku, kelihatan pergerakan harga sedang jatuh kebawah setelah membuat ketinggian pada paras 1730, ketika ini di paras 1685, FBMKLCI telah membuat kejatuhan sebanyak 45 mata. dan pada ketika ini FBMKLCI adalah kritikal kerana ia menghampiri sokongan kaki awan, andai awanyang nipis ini tidak dapat menahan kejatuhan indeks, maka ada kemungkinan indeks akan terus bergerak jatuh sehingga paras sokongan yang seterusnya.
melihat pada petunjuk FIBONACCI, paras sokongan yang seterusnya adalah dijangkakan berada di paras 1660, ye, paras sokongan mengikut FIBONACCI adalah pada paras 1660, sebanyak 25mata dari paras sekarang. andai kata paras 1660 ini di capai, mengikut petunjuk Ichimoku, ia telah pun berada di bawah awan, oleh itu boleh lah di simpulkan, kemungkinan besar, arah hadapan FBMKLCI adalah kejatuhan dan paras sasaran sokongan yang menunggu adalah di paras 1660.
FBMKLCI: kesinambungan kejatuhan GAP
dari laporan terakhir berkaitan FBMKLCI, pada laporan terakhir, saya mengjangkakan yang ada pembentukan gap pada carta FBMKLCI, yang mana dimulai dengan exhaustion gap kemudian nya runaway gap yang mana secara tidak lansung terus membentu island gap. dan pada hari ini FBMKLCI sekali lagi meyambung kejatuhan nya sebanyak 6.77 mata untuk di tutup pada 1693.99 mata. apa yang di harapkan ialah berkemungkinan sokongan yang akan datang semula pada paras 1680 yang mana di lihat sebagai paras sokongan pada petunjuk ichimoku di garisan senkou span B. dan di harap dengan sokongan itu berkemungkinan indeks akan memberikan reaksi yang positif untuk terus berada di atas awam. walapun di lihat indeks telah pun jatuh di bawah dua sokongan awal lower support pada rising wedges dan garisan 20ma. dan kejatuhan ini di sokong oleh silangan negatif pada petunjuk MACD. MACD adalah petunjuk awal pertukaran trend, dan dengan silangan negatif ini, berkemungkinan bahawa indeks FBMKLCI kini sedang dalam perjalanan jatuh ke paras sokongan terdekat 1680, andai kata sokongan ini di cerobohi, maka saya akan membuat laporan yang baru. terima kasih.
KLCI mingguan - short term masih uptrendKLCI carta mingguan kini mengampiri R1 (downtrend line). pada minggu lepas, kejatuhan mungkin dapat disifatkan sebagai sementara dan pada minggu ini, KLCI dijangkakan akan malantun dan mencuba paras R1. Pergerakan KLCI satu hingga dua minggu hadapan adalah kritikal.
Jika KLCI mampu melepasi R1, paras halangan seterusnya ialah R2. Jika tidak dapat melepasi R1, mungkin KLCI akan kembali mencari paras sokongan S1 dan S2 (paras sokongan kuat) pada minggu-minggu seterusnya.
short term trade adalah pilihan terbaik buat masa ini, selagi KLCI tidak memecah paras tertinggi 1896.
FBMKLCI: Pelbagai petunjuk kejatuhan
Melihat pada Carta Harian FBMKLCI, terlihat ada beberapa tanda dan petunjuk yang mana menyokong akan pergerakan kejatuhan FBMKLCI, antara petunjuk petunjuk yang dapat dilihat ialah, rising wedges, rising wedges ini mebunjukkan yang FBMKLCI adalah dalam pergerakan bearish, tetapi dalam fasa correction dan kini kemungkinan fasa correction itu telah tamat dan akan bergerak jatuh semula.(hanya satu kemungkinan)
yang kedua nya, di lihat ada pembentukan corak gap, yang bermula dengan exhaustion gap di ikuti dengan bearish runaway gap yang secara tidak lansung membentuk islad gap, jika ini benar, maka FBMKLCI akan meyambung pergerakan nya jatuh ke bawah.
yang ketiga, di lihat MACD telah pun memberi kan petunjuk jual, ini cuma memungkinkan lagi bahawa FBMKLCI sedan menukar trendnya dari kenaikan dan sekarang menyambung semula pergerakan jatuhnya. oleh itu berhati hati wahai para pelabur dan para trader semua.
FBMKLCI: MACD keluar silangan negatif
hari ini ketika FBMKLCI ditutup pada 1700.76 dengan kejatuhan sebanyak 6.97 mata, ia telah nyata terjatuh di bawah garisan tenken dan kinjun. dan garisan chikou kelihatan sedang dalam perjalanan melanggar harga semasa. andai kata FBMKLCI membuat kejatuhan pada minggu hadapan, ada kemungkinan garisan Chikou akan jatuh di bawah paras harga semasa 26 hari lalu. ini bermaksud indeks sedang alami kejatuhan. melihat pada MACD, jelas, MACD telah bersilang negatif. kalau anda mengikut disiplin teknikal, sememangnya ia akan menjadi petanda awal jual jual. tetap dalam kajian analisa teknikal segala nya adalah berkemungkinan. kesimpulan nya, walaupun petanda awal jual seperti harga jatuh di bawah garisan tenkan dan kinjun, dan macd tje bersilang negatif, Indeks masih lagi duduk di atas awan.
GAMUDA: telah berada atas awan
saham GAMUDA telah mengalami kejatuhan dari paras RM4 sehingga ke paras RM2, walau bagaimanapun secara teknikal di lihat saham GAMUDA telah pun naik dan berada semua di atas awan, ini membawa maksud, yang saham GAMUDA ada berkemungkinan akan meneruskan pergerakan naik. dan jika itu benar, mengikut petunjuk Ichimoku, ada kemungkinan paras halangan seterusnya adalah di paras RM3.50
FBMKLCI: semakin hamoir kepada paras sokongan
indeks FBMKLCI dilihat semakin menghampiri paras sokongan nya di paras 1704 pada petunjuk Ichimoku, kejatuhan di bawah paras itu juga akan memberi kesan kepada garisan Chikou atau lagging line yang mana akan jaruh di baawah harga semasa. ini akan mungkin membuatkan indeks meneruskan kejatuhan nya lagi.
Ke arah mana KLCI mahu pergi?Jika lihat di carta bulanan, pada Disember 2018 kita dapati ia membuat pinbar candle ataupun false breakout awan ichimoku. Ini merupakan salah satu petunjuk kuat pasaran membuat reversal ataupun menuju kepada strong bullish. Ketakutan akan market crash telah ditidakkan oleh price action. Sebenarnya market crash telah berlaku walaupun tidak kelihatan jelas pada indeks. Kita dapati begitu banyak kaunter strong FA dan homerun telah membuat penurunan mendadak ataupun diskaun besar-besaran.
Kemudian lihat pada Chikou, ianya melantun di atas price dan masih berada di atas price. Ini menunjukkan price masih dalam keadaan bullish berbanding 26 bulan yang lepas.
Dan pada bulan ini price berjaya melepasi 1700. Jika dilihat pada awan, 1700 kini menjadi strong support untuk indeks. Andai kata paras 1700 pecah ianya merupakan petanda bahaya strong bearish mungkin menyusul.
Price perlu berada di atas 1770 selewat-lewatnya hujung Jun 2019 bagi meneruskan momentum bullish sebelum meneruskan kemaraan. Kegagalan price untuk berada di atas 1770 akan membuatkan market terus volatile atau tidak menentu.
FBMKLCI: Kemungkinan akan meneruskan kejatuhan
FBMKLCI ketika ini di lihat terhalang oleh garisan resistance diagonal dan juga garisan resistance horizontal. Pada masa yang sama juga terdapat halangan pada paras yang sama di petunjuk Ichimoku dan juga Fibonacci. Walaupun MACD dan RSI masih positif, Stochastic %K telah pun kelihatan jatuh di bawah stochastic %D yang membawa maksud berkemungkinan kitaran sudah berada di tahap atas dan berkemungkinan akan turun mencari lantai semula. berdasarkan carta Andaian di buat dengan menggunakan paras Fibonacci, yang mana, ada kemungkinan kemungkinan FBMKLCI akan cuba mencari sokongan pada paras 1680. dan sekiranya paras ini di cerobohi, ada kemungkinan paras 1660 akan cuba menjadi sokongan seterusnya dan andai kata paras ini gagal, maka paras yang di syaki akan mempunyai sokongan kuat seterusnya adalah di paras 1590
KLCI: Analisis Teknikal Minggu-9 2019Indeks telah mencapai paras rintangan kritikal iaitu:
1) Kluster Fibo Retracement 50% & Fibo Projection 61.8%
2) Kotak merah yang merupakan paras sokongan berubah menjadi rintangan
3) Aras LH (lower high) tren menurun
Kebarangkalian untuk indeks berlegar & sukar menembusi sekitar paras ini adalah tinggi. Bagaimanapun, jika paras ini ditembusi, perjalanan KLCI menuju ke atas adalah sangat cerah.
Dari segi petunjuk teknikal, EMA21 & EMA50 telah bersilang manakala indikator MACD adalah positif dan indeks telah berada di atas awan ichimoku.
INDEX FBMKLCI 19 Feb 2019 | akhirnya tembus 1700 mataSalam semua,
.
1. Setelah mencuba berkali2 utk memanjat akhirnya index berjaya tembus 1700mata.
2. Sekiranya index meneruskan kenaikan dan confirm berada di atas 1700 mata maka bermulanya wave uptrend yg baru setelah sekian lama downtrend.
3. Kiranya wave pertama selesai dan akan menyusul wave ke 2.
4. Disebabkan wave yg sepatutnya adalah downtrend wave ke bawah , tetapi dgn harga break ketinggian 1700mata, maka seharusnya recount wave menjadi wave uptrend.
5. Zero point kena recount balik, dan kena kira sebagai uptrend wave. Syarat utamanya adalah wave 2 uptrend tidak drop ke bawah zero point wave uptrend, maka ianya akan jadi valid.
6. Maka bermulanya wave uptrend utk index selepas ini,.
7. Kita nantikan kerancakan bursa kembali.
.
Selamat berdgang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi nordin (DDSUSM)
KLCI: Analisis Teknikal Minggu-2 Feb 2019Indeks sedang bertahan di paras 1683. 5 kali percubaan menembusi paras tersebut telah gagal. Perhatikan nilai indeks yang telahpun menembusi awan ichimoku. Indikator MACD pula menunjukkan nilai positif (>0). Jangkaan buat masa ini masih kekal ke atas seperti sebelum ini.
Rally Tahun Baru Cina telah berkahir?Salam sejahtera.
Sedia maklum, market ada kenaikan dari hujung Disember 2018 sehingga kini. Dan adakah kenaikan itu telah berakhir? Kenaikan yang dimaksudkan itu bukan lah tertumpu pada FBMKLCI tetapi pada sentimen pasaran.
Melihat kepada market performance pada minggu ini, banyak aktiviti profit taking kelihatan berikutan cuti tahun baru cina yang panjang pada minggu hadapan. Esok (31 Disember) merupakan hari terakhir untuk pasaran saham Malaysia beroperasi untuk minggu ini kerana Cuti Wilayah pada hari Jumaat dan pada hari Isnin pula, pasaran akan dibuka untuk setengah hari sahaja. Hanya berbaki satu hari setengah sahaja untuk para pelabur 'clear' position mereka sebelum bercuti panjang. Malah ada juga para pelabur yang sudah mula bercuti (dah tak tengok market dah) pada minggu ini.
ZSI - Indikator ini juga telah menunjukkan bahawa 'rally' telah tamat kerana sentimen telah berubah dari "Good Sentiment" ke "Bearish Sentiment". Perubahan sentimen telah dikenal pasti seawal 25 Januari lagi kerana terbentuk nya corak "Lower High". Sila klik pada link dibawah untuk melihat ZSI :
scontent.fkul16-1.fna.fbcdn.net
Indeks pula dijangka akan berlegar pada MA 50 dan sekiranya indeks jatuh dibawah MA50, saya akan menjangkakan penurunan yang banyak akan berlaku melainkan ada news yang boleh stimulate ekonomi.
FBMKLCI - Nak Naik ke Nak Turun sebenarnya ni?Saya sering menyatakan bahawa kejatuhan indeks KLSE dari pertengahan tahun 2018 adalah serupa dengan corak kejatuhan pada Asia Financial Crisis 1997. Persoalan yang timbul sekarang ialah di fasa mana kah kita pada ketika ini jika dibandingkan dengan krisis 1997?
Terdapat dua analisis dari perspektif yang berbeza dimana yang pertama, indeks kita akan meneruskan kejatuhan manakala yang kedua, indeks kita sudah menjumpai ‘bottom’nya dan akan memulakan kenaikan.
Saya akan jelaskan, dan saya mohon rakan pembaca untung berkongsi pendapat sama ada indeks Akan Jatuh atau Akan Naik. Jika ada yang mengatakan indeks akan sideways, sila nyatakan juga sebab nya .
Market Nak Jatuh
Melihat perbandingan carta di atas, berkemungkinan indeks akan meneruskan kejatuhan.
Antara faktor yang menyebabkan kejatuhan akan berterusan adalah disebabkan masalah global yang akan mempengaruhi pasaran saham Malaysia. Faktor global adalah seperti Sovereign Debt Crisis, kemungkinan kenaikan kadar interest, hubungan diplomatik antara negara besar, peratusan Debt/GDP ratio untuk negara2 maju yang membimbangkan dan sebagainya.
Pasaran saham US ( DJIA ) berkemungkinan tidak akan jatuh dengan mendadak buat masa ini berikutan The Fed mengekalkan kadar interest pada bulan lepas. Pada pendapat saya, interest rate menjadi timing tool buat masa ini sama ada DJIA akan jatuh dalam masa terdekat atau kejatuhan itu dilengahkan.
Manakala di Malaysia pula, suasana ketidakstabilan politik amat membimbangkan para pelabur. Aktiviti untuk stimulate ekonomi (seperti projek mega) juga masih belum kelihatan. Perkara ini penting bagi menarik minat para pelabur terutamanya FDI.
Dari segi teknikal, long term chart pattern, kelihatan seolah-olah pattern double top sedang membentuk (sama seperti 1993 - 1997) dan ini adalah reversal signal yang menyebabkan kejatuhan akan berlaku. Juga disokong dengan head & shoulder jika kita lihat pada carta dari awal tahun 2017.
Tidak dinafikan terdapat kenaikan yang berlaku pada saham2 di Bursa sejak awal tahun. Namun adakah ia betul2 kenaikan? Atau just a mere rebound di mana kejatuhan akan berterusan selepas ini? PE ratio bagi indeks pula berada di paras yang tinggi berbanding dengan tahun2 sebelum ini.
Market Nak Naik
Market nak naik ini bukanlah bermaksud bahawa indeks akan meneruskan kenaikan dan membuat All Time High yang baru tetapi ia adalah sekadar recovery selepas kejatuhan.
Melihat pada carta diatas, adakah kita sudah berada di fasa permulaan kenaikan? Bermakna indeks dah jumpa ‘bottomnya’ dan akan membuat recovery. Corak kedua-dua carta adalah sama.
Kini saya masukkan indikator ke dalam carta. Indikator yang saya gunakan adalah MA50 dan MACD.
Lihat beberapa persamaan :
- Lihat bagaimana behaviour MA50 line pada point A di kedua dua carta dan behaviour selepas point B
- Lihat kedudukan MACD semasa indeks berada di Point A. Kedua-dua nya menunjukkan MACD di atas paras 0.
- Lihat pada MACD divergence. Kedua-duanya sama.
- Dan lihat pada bulatan yang saya buat pada MACD. Juga sama antara dua carta ini.
Faktor yang menyokong kenaikan :
Ekonomi Malaysia bukanlah di dalam keadaan yang teruk/tenat. Stock market is a leading indicator. Bermaksud, recovery pada pasaran saham akan berlaku dahulu dan akan disusuli dengan perkembangan ekonomi. Kebanyakan carta2 sektor (technology, construction, property etc) sedang membuat kenaikan sejak awal 2019. Dan kebanyakan kaunter2 yang jatuh mendadak dari tahun lepas sudah mula membuat recovery.
Kerajaan mungkin sedang berusaha dan merancang beberapa plan/projek untuk mengembangkan ekonomi dan menarik minat pelabur asing. Cuma belum mengumumkannya lagi (mungkin). Jika kerajaan tidak mahu meneruskan projek2 mega sebelum ini (ECRL,HSR dan lain2), mengapa kerajaan tidak membatalkan sejurus selepas pilihanraya tahun lepas. Mengapa kerajaan menangguhkan projek2 ini? :)
Point saya disini, kerajaan memainkan peranan penting dan things can change overnight. Pengumuman dari kerajaan boleh memberi kesan pada pasaran saham.
Correlation with US market - tidak dinafikan sekiranya DJIA jatuh, pasaran saham di negara lain juga akan terkesan. Namun kesannya tidak besar pada Malaysia kerana source of problem bukan pada Malaysia. Tetapi di US sendiri. Berkemungkinan pada ketika itu akan terjadi nya ‘decoupling’ antara US market dan Malaysia market. Terdapat juga beberapa news yang menyatakan pelabur akan shift pelaburan merka ke South East Asia selepas ini. Ini akan menguatkan lagi reason untuk decouple. Sekiranya perkara ini berlaku, FBMKLCI bukan sahaja akan recover malah akan membuat rekod kenaikan yang baru!
Ending
Jadi di atas adalah dua perspektif untuk menyokong kejatuhan atau kenaikan pasaran saham Malaysia. Apakah pendapat para pembaca? Sekiranya terdapat faktor2 lain, sila nyatakan. Sekiranya ada info yang saya nyatakan di atas adalah tidak benar, saya memohon maaf dan minta rakan pembaca betulkan. Sebarang kritikan yang membangun di alu-alukan.
Sama ada nak naik atau nak turun, yang penting kita dapat mengambil peluang sebaik mungkin.
KLCI bakal memecah sokongan MA20KLCI bakal memecah sokongan pergerakan purata 20, ketika ini di 1684, sekiranya perang dagang US-China menunjukkan impak kepada KDNK dan syarikat-syarikat awam di Malaysia pada Februari ini. Sekiranya pecah 1684, maka sokongan KLCI seterusnya adalah pada lower bb iaitu 1665. Sekiranya pecah 1665, KLCI mampu menguji kawasan 1630 sebelum membuat keputusan hala tujunya akan datang. Penunjuk teknikal MACD juga menunjukkan momentum belian yang berkurangan. Tetapi, kita juga boleh mengambil kemungkinan berlakunya 'rebound' daripada titik persilangan MACD. Jika ini berlaku, KLCI mampu memecah 1705 dalam bulan ini untuk meneruskan pendakiannya ke atas.
Apa-apa pun, selamat berdagang.
KLCI- Dua Hari berturut Gap up dan kembali ke supportBerakhirnya CNY rally. ( Actually dua minggu lepas habis dah). Indeks gagal melepasi aras rintangan psikologi 1700. Dua hari berturut-turut, indeks dibuka tinggi, meloncat membentuk gap up sebelum perlahan-lahan kembali ke pangkal jalan, menutup kembali gap, tutup pada aras sokongan 1683. Minggu ini dijangkakan market agak perlahan berikutan mood cuti CNY. :P.
Aras Rintangan terhampir : 1700
Aras Sokongan terhampir : 1683