Syarikat Apple mencipta, menghasilkan dan memasarkan alatan komunikasi mudah alih dan peranti media serta komputer peribadi dan alatan pemain musik digital mudah alih. Syarikat ini juga menjual pelbagai jenis perisian, servis, aksesori, penyelesaian rangkaian serta kandungan digital dan aplikasi pihak ketiga. Segmen syarikat Apple meliputi benua Amerika, Eropah, China, Jepun dan kesuluruhan Asia Pasifik. Segmen Amerika termasuk kedua-dua bahagian utara dan selatan benua Amerika. Bagi segmen Eropah, ia termasuk negara-negara Eropah, India, Timur Tengah dan benua . China pula mengandungi negara China, Hong Kong dan juga Taiwan. Keseluruhan Asia Pasifik terdiri daripada Australia dan negara-negara Asia yang tidak dimasukkan di dalam segmen operasi syarikat Apple yang lain. Antara produk dan servis yang ditawarkan ialah iPhone, iPad, Mac, iPod, jam Apple, TV Apple, pelbagai jenis aplikasi perisian pengguna mahupun profesional, iPhone OS (iOS), OS X dan sistem operasi watchOS, iCloud, Apple Pay dan pelbagai aneka jenis aksesori, servis dan bantuan sokongan.