Analisis Trend
Serba Dinamik - bersiaran di sekitar all time highSejak membuat aras tertinggi sepanjang masa, carta serba dinamik tidak meneruskan lagi kenaikan dan dalam masa yang sama tidak juga menjunam kejatuhan.
Mungkin boleh menunggu semula kemasukan volum dan juga kenaikan harga sebelum boleh bertindak. Saya sertakan contoh yang seakan sama semasa kejadian di carta KGB.
Selamat bercuti !
Pentamaster - 2 corak bayanganBuat masa ini saya nampak seakan corak segitiga kaki menaik dan boleh juga corak kotak melintang.
Kalau berpandukan corak, pelan cadangan boleh dibuat selepas corak ditembusi.
Dalam masa yang sama, selagi corak belum lengkap, kita masih boleh mengambil risiko untuk membuat pelan dagangan entri di sokongan dan keluar di rintangan.
Nak buat apa selepas ada senarai lihat (watchlist) ?Proses menyaring baru langkah pertama.
Langkah kedua, perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi minat belian.
Bila muncul signal, barulah buat pelan dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu.
Ulang proses yang sama.
Semoga terhibur.
TM - masih dalam terusan melintang..sambungan
Bila harga mula bergerak kesisi atau melintang bak ketam berjalan, lebih mudah untuk kita tunggu satu lagi pengesahan harga yang bakal menunjukkan arah selanjutnya.
Dengan laporan kewangan yang semakin hampir, adalah lebih baik tunggu dulu sebelum mula entri.
DANCOMECH - hilang tanpa bayangKemaskini carta DANCOMECH - apa yag dibayangkan tempohari tidak menjadi kenyataan dan harga belum nampak sebarang pembelian yang mampu menaikkan harga lagi.
Memandangkan hari laporan kewangan bagi suku ke-2 akan keluar tidak lama lagi, lebih baik tunggu sehingga carta benar-benar memberikan signal yang lebih jelas.