Screener untuk cari trendband cantikSatu lagi screener mudah yang sesuai untuk mencari kedudukan trendband yang cantik.
Konsep asas tetap sama, cantik bermaksud posisi moving average berada dalam keadaan bullish.
Bukan terus boleh jual beli yer.
Ianya lebih kepada mencari potensi stock, dan perlukan lebih analisa sebelum bertindak.
Analisis Trend
Press Metal - tunggu arah trend terbaruSejak ogos sehingga sekarang, harga press metal bergerak dalam kedudukan mendatar sahaja. Julat pergerakan harga paling rendah sekitar RM 4.60 dan paling tinggi sekitar RM 5.00.
Adalah lebih baik sekiranya kita menunggu sehingga harga keluar dari range di atas sebelum membuat sebarang keputusan berdagang.
Dan, sekiranya harga berjaya naik lebih tinggi, perhatikan juga nilai harga tertinggi sepanjang masa, kerana, ianya berpotensi untuk membuat "double top" .
GBPJPY IDEAGBPJPY adalah gabungan kepada Bank Of England (GBP) dan Bank Of Japan (JPY). JIka kita melihat situasi pergerakan, gj masih lagi kearah sell cuma GBP akan ambil price terlebih dahulu sebelum jepun. Bank England sudah lama tidak menaikkan Rate di mana bank tidak dapat mengejar target sasaran rate. Kadar purata inflasi tidaklah terlalu teruk iaitu 2.4% (Bank Of England Rate) . Namun ini boleh menjejaskan GBP. Sasaran saya adalah sehingga bulan 6 2019 untuk buat collection.
Screener mudah di TradingviewAda 2 screener mudah yang tidak memerlukan sebarang konfigurasi pening kepala.
Memudahkan kita untuk membuat sebarang pilihan stok yang bakal di dagangkan. Pilih dan simpan.
Selepas itu barulah buat analisis terperinci.
Gunakan trendband guide sebagai alat bantu untuk mempercepatkan pemilihan kaunter.
Keadaan carta semasa dan teknik yang kita pandaiBerdagang tanpa teknik atau pelan dagangan selalunya tidak dapat memberikan keputusan yang memberangsangkan.
Ada teknik tapi memilih carta yang salah juga tidak membantu untuk mengekalkan prestasi dagangan yang baik.
Fahamkan dulu teknik yang sudah dipelajari dan sesuaikan mengikut keadaan semasa carta.
Kalau teknik kita hanya sesuai untuk breakout, carilah carta yang ada nampak ciri-ciri hendak breakout. Begitu juga dengan teknik-teknik lain.
Kotak DagangBox trading atau kotak dagang sangat mudah untuk di buat, tetapi perlukan pemerhatian yang baik sebelum membuat keputusan jual beli.
Seperti mana ketika harga naik, begitu juga konsep yang sama digunapakai ketika harga turun. Cuma terbalikkan saja segala syarat2 yang ada.
Mengukur target jika aras sokongan atau swing bocorTempohari kita sudah melihat bagaimana mengukur ANGGARAN TARGET jika harga tembus ke atas aras halangan.
Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk carta-carta yang sedang tembus aras sokongan atau aras swing. Hanya terbalikkan saja cara yang sama.
Bukan setepat-tepatnya kita mau, yang paling penting, melihat apa reaksi harga jika sampai ke kawasan target.
Semoga terhibur.
Dialog - fasa terkiniPembetulan - Dialog sudah berada dalam komponen indeks KLCI. Nak sebut PRESS METAL, tetapi tersebut PENTA la pulak. Harap maaf.
Ada sedikit penerangan ringkas berkenaan carta DIALOG. Ada kemungkinan carta sedang berada di fasa 3 atau fasa distribution.
Tetapi, fasa 3 tidak akan lengkap selagi harga belum turun dan keluar dari "range area".
Salah satu penggunaan volume untuk mencari signalPemahaman berkenaan volume ini terlalu banyak untuk diceritakan. Volume juga seperti mana2 indikator yang lain, boleh dimanipulasikan.
Dalam video kali ini, saya cuba sampaikan salah satu penggunaan volume dan juga harga bagi mencari potensi keluar dari dagangan. Ianya tidaklah sempurna, tetapi boleh dijadikan sumber rujukan.
Dengan adanya "Editor Pine", gunakan sebaik mungkin dalam membantu kita semasa membuat keputusan jual dan beli.
Semoga terhibur.
Persamaan umum jika beli ketika breakout dengan pullbackMaaf atas kesilapan ejaan SELL, bukan SEEL seperti dalam video.
Teknik belian sama ada beli ketika breakout atau beli ketika pullback, tetap ada risikonya.
Yang penting adalah kawalan risiko dan juga kemahiran kita dalam mengaplikasikan teknik di atas.
Fungsi Main Semula - terbaik untuk melihat dan merasai sendiriFungsi main semula adalah fungsi dalam tradingivew yang paling saya gemari.
Pertamanya, kita boleh menguji sendiri sebarang teknik pada carta tanpa dipengaruhi oleh data2 terbaru.
Keduanya, kita boleh rasa sendiri bagaimana perasaan pada waktu itu.
Ketiganya, ianya percuma ! Setakat yang saya tahu lah.
Jadi, gunakan sebaik mungkin untuk mempertajamkan lagi kemahiran kita berdagang di masa nyata.
Gunakan fungsi TERBIT IDEA sebagai jurnal daganganTerlebih dahulu, mohon maaf sebab tak dapat nak tunjuk cara menerbitkan idea dari mula.
Bila kita belajar sesuatu, membuat nota atau catatan amat digalakkan supaya mudah untuk kita buat rujukan di masa akan datang.
Begitu juga ketika berdagang di bursa, membuat nota berkaitan jual beli sangat dituntut supaya kita boleh belajar yang mana baik dan tidak baik.
Tradingview ada fungsi Terbitkan Idea. Jadikan idea2 yang diterbitkan sebagai nota peribadi atau boleh juga kongsikan kepada rakan2 yang lain.
Ada 2 kategori idea - Analisis dan Pendidikan. Kalau ingin membincangkan berkaitan carta tersebut, pilihlah Analisis. Dan sekiranya tujuan idea lebih kepada memberitahu, baru pilih Pendidikan.
Harap maklum, selepas butang terbitkan di pilih, kita ada masa lebih kurang 15 minit untuk kemaskini atau padam idea tersebut. Selepas dari itu, idea TIDAK BOLEH lagi di padam atau di tukar lagi. Hanya tambahan komen saja yang boleh dibuat.
Gunakan bahasa yang sesuai jika ingin berkongsi dengan orang ramai. Bahasa yang ringkas dan mudah difahami lebih baik dari bahasa yang terlalu panjang berjela2.