KLCI - Menunggu swing low terbaruPermulaan dagangan bagi tahun 2019 yang agak malap.
Adalah lebih baik kita menunggu kemunculan swing low terbaru sebelum aktif masuk market.
Cari 3 atau 5 stok yang diminati, tunggu dan lihat pergerakan harga sambil memerhatikan juga indeks.
BIia indeks beri signal positif, fokus terus pada 3 atau 5 stok yang telah di pilih tadi.
Selamat tahun baru 2019
Analisis Trend
Kelebihan doji anak beranakDoji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat.
Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya.
Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin pergi.
Doji yang terbaik adalah berbadan kecil dan berada di kawasan yang penting seperti aras sokongan, aras rintangan, terlebih jualan atau terlebih belian.
Amaran : Elakkan mentafsir doji untuk kaunter bawah 10 sen.
Mengukur jarak lantunan ketika pullback/retracementVideo lepas kita sudah melihat cara untuk mencari aras hayunan tinggi atau rendah.
Dengan bantuan tool fibonacci retracement, kita boleh membuat anggaran atau jangkaan ke mana aras seterusnya lantunan akan berhenti atau potensi target.
Ada 3 aras yang selalu menjadi perhatian,
38.2%
50%
61.8%
Aras diatas hanyalah cadangan atau kebiasaannya berlaku perubahan arah.
Yang paling utama, kita perlu meihat reaksi harga ketika sampai ke aras tersebut dan menantikan signal bullish atau bearish.
Corak carta yang dimanipulasiSetiap carta pasti ada penjaga.
Dan setiap penjaga ada yang baik hati, kedekut atau sangat kejam.
Hasilnya, terjadilah corak-corak yang selalu muncul semasa manipulasi menuju peringkat akhir.
Peluang berdagang untuk carta yang dimanipulasi tetap ada. Yang penting, kena siap sedia dengan pelan trading yang baik.
Krono - pandangan peribadiDengan berpandukan garis tren, garis melintang serta corak carta yang ada ketika ini di Krono, kita mampu membuat pelan berdagang yang lebih baik.
Bila sudah dapat feel pergerakan harga, barulah seronok untuk buat pelan dagangan.
Video di atas hanya pandangan peribadi dan tidak semestinya betul dan tepat.
Pergerakan harga , laporan kewangan dan dividenSangat digalakkan jika kita boleh menganggarkan tarikh laporan kewangan akan datang.
Boleh membantu kita untuk membuat pelan dagangan yang lebih baik.
Dapatkan makluman terkini anggaran tarikh laporan kewangan atau tarikh dividen dari laman bursa malaysia, platform dagangan masing2 ataupun website khas yang ada di luar sana.
Bila aras sokongan dikhianatiBayangkan ada satu longgokan harga membuat satu aras sokongan yang baik dan secara tiba2, aras tu bocor ke bawah.
Mungkin yang buat longgokan tadi sudah kehabisan wang.
Mungkin tiada sambutan menggalakkan dari pelabur2 lain.
Mungkin teknikal rebound saja.
Yang pasti, aras sokongan bocor, petanda kurang baik.
Nota :
bila aras sokongan bocor, TUNGGU REVERSAL SIGNAL muncul.
Penyaring antara benuaSerba sikit kelebihan penyaring yang ada di tradingview. Kita boleh :
- sela masa berbeza
- ekspot data dalam csv
- menukar pasaran negara
- fungsi pemberitahuan
Semoga terhibur
Ranhil - tunggu dan lihatRanhill sudah memulakan perjalanan mendaki sejak ogos 2018 dan kini berada di aras tertinggi sepanjang masa sejak IPO.
Dalam video ini, saya cuba menggambarkan perjalanan seterusnya ranhill.
Semuanya bergantung kepada suasana market atau indeks kita dalam masa terdekat.
Semoga terhibur.
Patuh pada pelan berdagang sendiriPatuh pada pelan berdagang tidak membuatkan kita sentiasa untung, tetapi ianya memberikan kita satu panduan dan hala tuju yang baik ketika berdagang.
Tidak ada siapa pun tahu yang harga akan naik atau turun kecualilah dia yang bagi naik dan turun.
Cari teknik berdagang yang serasi dengan gaya hidup kita. Buat pelan berdagang yang senang, mudah faham dan boleh digunapakai.
Meniru atau menggunakan pelan dagangan orang lain tidak semestinya serasi dengan jiwa kita.
# Jika tiap kali berdagang dan kita lebih banyak jual rugi - pasti ada masalah dengan pelan tersebut atau kita sendiri yang bermasalah untuk memahami dan menjiwainya dengan baik.
Pusingan carta (chart cycle)Setiap yang naik, akan jatuh dan yang jatuh akan naik.
Dalam setiap kenaikan atau kejatuhan, akan ada ciri2 tertentu yang selalu berulang-ulang.
Sekiranya kita mampu kenalpasti ciri2 tersebut, sangat membantu ketika membuat analisa lanjut setiap carta yang diminati.
Semoga terhibur.