Analisis Trend
QL - cadangan akan datang hanya jikaSejak awal tahun hingga sekarang, carta QL tidak menunjukkan sebarang trend yang menarik dan hanya berkisar sekitar harga yang sama (sideway)
Dengan merujuk pada carta Press Metal, Harta dan VS, berkemungkinan carta QL akan membuat pergerakan yang hampir sama.
Sambung kemudian...
Perhatikan harga dan aras MA/EMA 200 di cartaSejak Januari, carta kita banyak yang sudah naik tinggi melepasi aras MA/EMA 200.
Saya mengambil contoh carta WIKA dari Indonesia untuk membayangkan pergerakan harga yang mungkin terjadi di carta-carta kita akan datang.
Sebagai rujukan, boleh lihat semula video lama di bawah.
MYEG dan pergerakan harga seakan samaSama seperti carta INARI tempohari, carta MYEG juga menunjukkan pergerakan seakan sama yang pernah dia buat sebelumnya.
Mungkin di masa akan datang, jika nampak pergerakan yang seakan sama, kita boleh lebih bersedia.
Kalau nampak tak sama, boleh abaikan video ini.
Inari terkiniBukan jumaat daaaaa..
Setakat hari ini, INARI tidak berjaya lagi tembus garis tren yang panjang tu dan mula turun sedikit demi sedikit. Dan nampak seakan berhenti sebentar di aras yang dijangkakan.
Pelan dagangan terbaru jika ada kenaikan harga melepasi harga tertinggi hari ini dan kalau masih tiada kenaikan, tunggu sehingga lilin yang lebih padu muncul.
PRESS METAL - sambungan terkiniBergantung pada cara kita memandang, ada pelbagai corak yang boleh di lukis antaranya, segitiga, bendera atau cawan ajaib.
Apa saja corak yang kita bayangkan, harga terkini sudah menembus ke atas dan jangkaan mungkin meneruskan kenaikan lagi.
Itu pun kalau tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh masa terdekat.
Sambung kemudian.
Duopharma Biotech - menuju harga tertinggi tahun lepasSambungan terkini
- harga sedang molek menuju harga tertinggi tahun lepas yang pernah dia buat
- hanya perlu tunggu dan lihat
- jika lepas, berkemungkinan menyambung semula trend kenaikan yang sama.
- perhatikan juga tekanan jualan jika sudah mula berada di aras tertinggi nanti.
..bersambung
Hujan emas di negara orang !Walau hujan batu di negara sendiripun, bila market dah bagi peluang, kenalah bijak mengambil !
Diberi peluang tapi tak ambil sebaiknya, kita rugi !
Marah dan komplen memanjang juga tidak menghasilkan keuntungan !
Tengok carta dan baca cerita disebalik syarikat adalah lebih bermanfaat dari tak buat ape2 !
Berlatih melihat kawasan harga berlonggokHari ini kita cuba melatih mata untuk melihat pergerakan harga yang sedang berlonggok.
Harga yang berlonggok atau biasanya dipanggil range atau channel memberi gambaran yang pembeli dan penjual masih suka sama suka. Tidak ada yang lebih mendominasi.
Hanya jika kawasan longgokan ditembusi, samada ke atas atau bawah, barulah kita boleh nampak peralihan kuasa sebenar dan mungkin meneruskan trend sebelumnya.
Mari berlatih sampai lebam.
Carimin dan aras satu ringgitCarta carimin masih lagi dalam trend menaik walaupun sepanjang 2 bulan ini lebih kepada pergerakan yang terkawal (sideway).
Dari pandangan saya, carimin berkemungkinan mencari semula harga tertinggi dalam sejarah dia di aras 1.90.
Cadangan bagi carta begini - mencari peluang entri.
Terkini INARI bump and run terbalikSetelah 2 bulan berdondang sayang, akhirnya carta INARI hampir ke penghujung corak bump and run terbalik.
Ada beberapa perkara yang kita boleh belajar dari sini. Antaranya
- masa
- sabar
- corak berulang
Umpama dialog cerita pendekar bujang lapok "tak sabar pergi berenang wak"
Menyaring aras tertinggi 1 bulanPenyaring di Tradingview ada menyediakan pilihan Baharu Tinggi 1 Bulan yang saya rasa sangat sesuai digunakan untuk mencari carta sedang breakout.
Hanya perlu di tambah lagi pilihan seperti purata volum dan beberapa opsyen fundamental (jika berminat) untuk pedagang yang benar-benar aktif di pasaran.
Sangat sesuai bagi pengguna yang melanggan "Real TIme Data" bagi pasaran kita.
Mesej pop up, email atau push to apps juga amat pantas.
Jemaah 1 Mac 2019 mula mencari aras sokonganKemaskini terkini senarai carta 1 MAC 2019 (yang saya buat saja).
Kebanyakan beramai-ramai turun, mengikuti arus semasa market kita.
Apa yang boleh dibuat sekarang?
- tunggu sehingga ada bullish signal muncul
- jadikan 1 MAC 2019 lepas sebagai panduan.
Jaga modal yang ada dan bila masanya tiba, kita boleh buat semula pelan dagangan terbaru.
Melihat carta lama dan cadangan idea di tradingviewMenjadi pedagang yang konsisten bukan sekadar datang kelas dan terus jadi pandai. Ianya memerlukan banyak lagi masa dan latihan yang berterusan.
Antara latihan yang saya rasakan sangat baik,
1. Rujuk kepada cadangan-cadangan atau idea dagangan yang ada di tradingview
- lihat dan ikuti setiap cadangan atau idea dagangan yang diberikan
- boleh buat papertrading jika perlu
- sila tekan butang like sebagai penghargaan kepada penulis
2. Hasil carian google
- cari istilah yang kita mahukan
- fokus pada imej atau video
- bandingkan hasil yang muncul di google dengan carta sebenar di tradingview
- latih mata untuk melihat corak-corak harga yang terjadi
Semoga terhibur.