Analisis Trend
Carta naik dan bantuan indikatorSiri terakhir untuk cerita breakout.
Kali ini kita gunakan bantuan alat penunjuk untuk menambahkan keyakinan yang carta dalam fasa menaik.
Antara penunjuk yang sesuai di gunakan adalah
1. Garis purata 200 (MA200) - jika harga berada keseluruhannya di atas MA200, carta dianggap bullish
2. Awan Ichimoku - jika harga berada keseluruhannya di atas awan, carta dianggap bullish
3. MACD - jika garis MACD dan Signal berada di atas 0, carta dianggap bullish
Jika kesemuanya menunjukkan isyarat bullish, kita hanya perlu mencari setup untuk membeli.
Sabar menantikan setup muncul juga satu stratergi yang sangat baik.
Carta yang naik pasti ada struktur tinggi rendahSambungan siri breakout.
Carta dalam tren menaik pasti ada siri tinggi rendah, yang mana tinggi semakin tinggi dan rendah semakin tinggi.
Kita akan anggap carta tersebut masih dalam tren menaik sehinggalah struktur nya telah berubah menajdi tinggi semakin rendah, dan rendah lagi rendah.
Kaitan antara laporan kewangan dengan pergerakan hargaSudah semestinya laporan kewangan yang baik akan menarik lebih ramai pelabur manakala laporan yang kurang baik, pelabur cuba menjauhkan diri.
Walaubagaimanapun, dalam kita memerhatikan pergerakan harga, secara visualnya kita mampu melihat lebih awal jangkaan laporan samada positif atau tidak.
Pergerakan harga selalunya seiring dengan prestasi syarikat.
Berikan lebih perhatian pada tarikh-tarikh jangkaan keluarnya laporan kewangan di masa akan datang supaya kita boleh membuat pelan dagangan yang terbaik.
Ruang kosong dan beza volume ketika breakoutSambungan siri breakout.
Secara visual, harga mudah naik bila sebelah kirinya kosong. Menunjukkan tiada sebarang tenakan jualan berlaku.
Dan juga, perbezaan jumlah volum yang didagangkan juga sangatlah berbeza berbanding sebelumnya.
Dari ciri-ciri ini, boleh disimpulkan yang carta berkemungkinan sedang menuju fasa menaik.
Ciri-ciri breakout ketika harga sedang menaikKita sambung lagi siri breakout.
Kali ini kita meihat 3 ciri penting yang selalunya ada ketika harga sedang menaik
1. Harga naik lagi tinggi dari harga tertinggi
- nampak jelas lilin hari ini naik lagi tinggi dari yang sebelumnya.
2. Harga tutup di atas harga tertinggi sebelumnya
- ini adalah ciri yang paling penting.
- Tutup di atas harga tertinggi sebelumnya memberikan signal positif.
3. Sambung kenaikan
- Mengesahkan signal yang muncul
Akan bersambung lagi jika diberikan kesempatan.
Dagangan kita, tanggungjawab kitaDalam pasaran, untung rugi adalah tanggungjawab sendiri. Hanya kita yang berhak untuk tentukan hendak beli atau jual.
Meminta pandangan itu tidak salah. Dan kalau boleh, jangan letakkan seratus peratus kesalahan pada si pemberi pandangan jika kita rugi di dalam pasaran.
Cuba cari kelemahan sendiri dan perbaiki sedikit demi sedikit.
Selamat bercuti.
Pandang kiri selepas jumpa signalSambungan kepada siri breakout dan selepas breakout, kali ni saya gunakan contoh carta CCK sebagai persediaan awal menuju breakout.
Konsep yang sama lebih sesuai diguna pakai jika carta dalam tren menaik atau selagi berada di atas garis MA 200.
Walaubagaimanapun, tetap boleh digunapakai sekiranya carta d bawah MA200 dengan syarat,
- bentuk candle yang pelbagai
- volume aktif
- warna trendband merah
- ada kenaikan dan membentuk tinggi rendah
- ramai orang sebut2
Semoga terhibur.
Perbezaan harga dan indikator - divergenceKita ringkaskan sajalah.
Divergence yang selalu digunapakai semasa melihat carta, memberi maksud indikator tidak bergerak seiring dengan harga.
Kalau terjumpa, ianya memberikan kita satu tanda berkemungkinan akan berlaku perubahan arah pada pergerakan harga semasa.
Bukanlah wajib bertukar arah, tetapi kita boleh buat persiapan awal menghadapi sebarang kemungkinan yang arah bakal berubah.
Perdagangan Kertas (Paper Trade)Penerangan ringkas perdagangan kertas di tradingview.
Beli Henti - kalau nak beli atas dari harga semasa.
Beli Had - kalau nak beli harga di bawah harga semasa / terus beli harga semasa.
Beli Pasaran - beli terus sampai habis jumlah unit yang kita tetapkan, tak kisah berapa harga pun.
Jual Henti, Had, Market terbalikkan dengan maksud Beli.
Renti Rugi - stop loss ler.
Ambil Untung - ni paling syokkkk !
Maaf kalau kurang tepat penjelasan.
Bagaimana nak yakin yang breakout entri itu berjayaBreakout entri tujuannya untuk menumpang sebarang momentum kenaikan yang bakal wujud. Bagi menambah keyakinan yang breakout entri itu berjaya, kita boleh liha
- patern yang muncul sebelum breakout
- 2 hari selepas breakout, harga tidak turun ke bawah dari aras breakout
Contoh seperti video di atas.
Semoga terhibur.
AWC - menuju laporan kewangan terdekatSaham AWC di pilih hanya untuk dagangan jangka pendek menuju laporan kewangan akan datang yang di jangka SELEPAS 20 HB FEB nanti.
Kalau tak minat dengan mak, boleh tengok juga anak dia yang baru lahir.
MYX:7579WA
Jadikan aras PIVOT bulan ini sebagai aras sokongan semasa.
Prestasi penyaring dengan bantuan penunjukJalan-jalan sambil melihat prestasi saham-saham yang telah disaring cuti lepas.
Kalau terlalu banyak pilihan, cuba fokus pada :
1. Saham yang perniagaannya mencatat keuntungan
2. Ada cerita-cerita menarik
3. Bergerak dalam tema atau selalu di panggil "satu jalan, yang lain pun jalan
4. Kenalpasti carta sedang berada di dalam fasa 1, 2 , 3 atau 4.
5. Menunggu setup entri yang kurang berisiko tetapi tinggi potensi untung
6. Menunggu corak lilin atau corak carta
Penyaring dan bantuan indikator (penunjuk)Indikator sangat sesuai digunakan semasa kita membuat carian stok-stok yang berpotensi untuk didagangkan.
Di dalam tradingview sendiri sudah ada beberapa indikator yang boleh kita guna pakai semasa membuat set up screener (penyaring).
Untuk kali ini, saya tunjukkan screener dengan bantuan 2 indikator - STOCHASTIC dan MACD.
Semoga terhibur.
Melihat struktur carta untuk dapatkan idea daganganHari ini kita cuba menganalisa carta berdasarkan struktur puncak dan lembah yang nampak jelas.
Sesuatu yang kita kena ambil tahu, carta itu sendiri sudah memberikan kita gambaran jelas samada tren semasa adalah naik , melintang atau menurun.
Semoga dagangan kita selepas ini lebih baik dan lebih peka dengan arus semasa carta.
Inari - bump and run terbalikInari nampak seakan sedang membuat corak bump-and-run (dipelopori oleh Mr. Bulkowski) pada carta harian.
Jika lukisan atau gambaran saya sama seperti corak tersebut, kita boleh bayangkan arah seterusnya harga mungkin pergi.
Jangkaan laporan kewangan dikeluarkan : 20 haribulan Feb ke atas.
Pivot Point - alat bantu yang sangat membantuDalam tradingview, ada disertakan bersama penunjuk "Pivot Point" atau dalam bahasa, diorang panggil "Pangsi".
Penggunaan pivot secara umumnya untuk mencari potensi aras sokongan dan halangan.
Dikatakan jika harga berada di atas aras Pivot P, carta adalah bullish dan jika berada di bawah Pivot P, carta belum lagi bullish.
Semoga terhibur.
Nota: video tersangkut di akhir, nasib baik tak hilang..chrome kena selsema.