Analisis Trend
Lanjutan henjutan hujung bulan MAY lepas.Dalam minggu terakhir bulan MAY yang lepas, kita dihidangkan dengan henjutan kenaikan harga dan volum.
Minggu ini selepas cuti raya, nampak reaksi market agak baik.
Nota : Menunggu tanpa buat apa-apa sambil menantikan setup juga satu strategi berdagang yang baik.
Henjutan minit akhir umpama aktiviti cuci tingkapSetelah hampir sebulan menunggu, maka hari ini nampak semula meriahnya market.
Meriah market saya ukur mengikut betapa meriahnya carta yang muncul di penyaring Tradingview.
Tapi agak merimaskan, kebanyakan yang naik lebih kepada lompatan minit akhir terutama sekali carta-carta mid & big cap.
Semoga bulan depan, market semakin ceria.
Menunggu lantunan di aras EMA 200Carta yang trend menaik sangat jarang turun menuju aras EMA200, kecuali carta sedang dalam fasa pembetulan atau sememangnya sudah mula trend menurun.
Saya berikan beberapa contoh carta yang sudah tembus ke atas EMA 200 dan kini kembali semula ke EMA 200.
Boleh berikan lebih tumpuan nanti jika mood market semakin baik.
Buat persediaan raya dulu, lepas raya baru aktif semula.
Antara signal yang boleh diperhatikan.Sejak awal MAY sehingga sekarang, market kita masih lagi meneruskan penurunan yang amat perlahan, menyebabkan sakitnya tu amat perit.
Lebih baik jatuh laju dari jatuh terhegeh-hegeh.
Beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membuat persediaan awal :
- melihat struktur harga
- melihat harga dan moving average di carta mingguan
- tunggu signal dari trendband
Cerita panjang ada kat dalam video ni.
Selamat berbuka puasa.
KIMLUN - cadangan akan datangKedudukan moving average yang sudah tersusun baik serta penurunan harga tanpa volum yang tinggi, ada beberapa perkara yang boleh dibuat.
- Menunggu bentuk lilin yang lebih kuat dan bermomentum tinggi.
- Menantikan kemasukan volum yang padu, lebih banyak berbanding volum terhampir.
- Bersedia menanti di ruang yang telah ditandakan.
- Kemeriahan market bakal menentukan mood dan kesesuaian untuk berdagang nanti.
Mencari pangsi (pivot point)Majoriti carta menunjukkan aliran harga yang sedang menurun, samada menurun dari harga terendah sebelumnya atau harga terendah minggu lepas atau terendah sebulan lepas.
Sementara nak tunggu signal baru muncul, boleh gunakan penunjuk pangsi (pivot point) yang ada di dalam tradingview untuk mencari aras-aras harga yang dirasakan bakal terjadi lantunan.
Selagi takde signal, tak perlu buat apa2 pun.