Mengenai

Euronext Amsterdam (EURONEXTAMS), yang sebelum ini dikenali sebagai Pasaran Saham Amsterdam, merupakan satu-satunya pasaran saham di Belanda. Ia diasaskan pada tahun 1602 dan dikenali sebagai yang tertua di dunia. Pasaran ini beribu pejabat di Amsterdam, iaitu ibu negara Belanda dan kawasan perbandaran yang paling ramai penduduk, yang juga merupakan pusat kewangan utama antarabangsa. Pada tahun 2002 ia bergabung dengan Pasaran Saham Brussels dan Bursa Paris untuk membentuk pasaran pan-Eropah iaitu Euronext, pasaran yang terbesar di benua Eropah pada ketika ini. EURONEXTAMS diselia oleh pihak berkuasa pasaran kewangan Belanda (AFM) dan berada di bawah pengawalan Belanda dan Kesatuan Eropah. Kesemua transaksi diproses melalui sistem perdagangan yang dipanggil sebagai Platform Perdagangan Universal (UTP), yang akan digantikan oleh platform beraneka pasaran yang baharu iaitu Optiq. Ia menyenaraikan 169 syarikat yang mempunyai modal pasaran berjumlah €937 bilion dan menempatkan Bon-Bon dan ETF.

Antara syarikat-syarikat yang disenaraikan merupakan syarikat-syarikat yang terkenal dan aktif diperdagangkan seperti AkzoNobel, kumpulan ING, Philips, Royal Dutch Shell dan Unilever. Indeks pasaran utama ialah indeks AEX, indeks berdasarkan permodalan yang terdiri dari 25 senarai syarikat terbesar, yang turut diiktiraf sebagai indeks penanda aras bagi pasaran saham Belanda. Indeks-indeks berkaitan adalah indeks AMX, iaitu indeks yang menjejak prestasi bagi 25 saham pertengahan dan indeks AEX GR, indeks tentang jumlah pulangan kasar yang menjejak jumlah kenaikan modal bagi syarikat-syarikat AEX dari masa ke semasa. Kesemua juzuk akan disaring untuk kelayakan dan akan ditinjau setiap tahun tetapi masih ada ruang untuk kemasukan pantas suku tahunan dan penggantian. EURONEXTAMS mengoperasi beberapa indeks yang menggambarkan prestasi sektor-sektor nasional dan industri. Saham-saham Belanda turut disenaraikan di pelbagai indeks Eropah seperti indeks Euronext 100 iaitu indeks yang menjejak prestasi saham-saham yang terbesar dan paling cair di Eropah.

Berita

MS Bahasa Melayu
EN English
EN English (UK)
EN English (IN)
DE Deutsch
FR Français
ES Español
IT Italiano
PL Polski
SV Svenska
TR Türkçe
RU Русский
PT Português
ID Bahasa Indonesia
TH ภาษาไทย
VI Tiếng Việt
JA 日本語
KO 한국어
ZH 简体中文
ZH 繁體中文
AR العربية
HE עברית
Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Perpustakaan Carta Stok Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Bantuan & Wiki Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Tiket Sokongan Saya Hubungi Sokongan Idea-idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar