CROCS’ MOMENTUM KUAT ATAS ALIRAN DOWNTRENDThe Crocs Inc melanggar kukuh melepasi aliran menurun. Ini menunjukkan lanjutan kepada kecenderungan kenaikan harga yang kita lihat dalam "Bullish Engulfing" lilin garis corak - petunjuk bahawa pembeli berada di dalam kawalan ke atas penjual. Hasilnya, garis biru MACD melintasi di atas satu merah untuk memberi sehingga isyarat. Dari segi kekuatan, sentimen pasaran adalah menggalakkan, memandangkan 14 hari penunjuk RSI adalah melebihi paras neutral 50-pt. Berdasarkan momentum segera, kemungkinan tinggi untuk harga saham naik lebih tinggi.
Idea komuniti
NASDAQ 100 MENINGKAT LEBIH TINGGINasdaq 100 dilanjutkan bias menaik yang kita lihat dalam corak "Bullish Harami" candlestick bulan lepas untuk mengelakkan pembetulan selanjutnya. Index terus berlegar dengan mantap di atas garis trend menaik (berasal daripada paras terendah pada bulan Jun dan Disember 2018) dan bermakna 200 hari garis MA. Ini menunjukkan bahawa aliran menaik keseluruhan kekal dalam permainan.
Selaras dengan momentum yang berterusan - terutamanya selepas kemunculan "Gap Up" corak kesinambungan minggu lepas - kami menjangkakan untuk Nasdaq 100 untuk menguji 8,000-pt paras tanda rintangan yang tinggi dalam masa terdekat. Pandangan kami juga disokong oleh momentum yang semakin meningkat dilihat di “Slow Stochastic" pengayun, memandangkan garis biru situating kukuh melepasi satu merah.
Anatomi "Stoploss Hunting"Beberapa orang mengejek saya sebagai seorang "Conspiracy Theorist" tetapi fakta adalah harga memerlukan "liquidity" untuk ia bergerak. Liquidity wujud di tempat-tempat dimana banyak penyertaan (participation). Tempat-tempat harga yang terlalu "obvious" adalah satu tempat besar kemungkinan terdapat liquidity.
Terma bahasa Inggeris dan terjemahannyaKebanyakan sumber rujukan Analisa Teknikal adalah dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri terbiasa menggunakan terma terma dalam bahasa Inggeris apa bila mengajar dalam kelas dan mengeluarkan idea di TradingView. Saya akan ringkaskan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang popular digunakan bersama makna dan sedikit perjelasan berkaitan terma tersebut.
Support and Resistance - Paras Sokongan dan Rintangan. biasa ditanda pada carta sebagai S dan R
Bulish - sentimen kenaikan (positif)
Bearish - sentimen penurunan (negatif)
Market - pasaran saham secara umum, atau merujuk kepada instrumen tertentu
Trend / Trendline - arah pergerakan harga - menaik, menurun atau tiada trend (mendatar / sideways)
Break out - harga telah melepasi suatu paras rujukan (ke atas atau ke bawah)
Break down - harga telah melepasi ke bawah suatu paras rujukan
Volume - jumlah unit saham yang bertukar tangan.
Risk/reward ratio, RR, RRR - had risiko terhadap potensi keuntungan. risiko kan 1 unit untuk potensi 2 unit, RR 1:2.
Chart : carta / graf yang merekodkan pergerakan harga sesuatu instrumen (saham, forex, komoditi dsb)
Candle stick: batang lilin - suatu cara untuk merekod pergerakan harga Buka, Tutup, Harga Tertinggi dan Harga Terendah pada sela masa yang pilih.
Chart pattern - pergerakan harga membentuk corak tertentu pada carta. Antaranya corak segi tiga, dan corak bendera. Melalui chart pattern, keadaan psikologi pasaran boleh ditentukan.
Candle stick pattern - kombinasi dua atau lebih candlestick, yang melambangkan psikologi keadaan pasaran
Timeframe / TF : sela masa untuk sesebuah carta. Antara yang popular, sela masa 1 hari (harian), 1 minggu (mingguan) dan 1 bulan (bulanan). untuk traders jangka masa pendek, time frame 30 minit, 1 jam dan 4 jam merupakan kebiasaan.
Short term, Medium term, Long Term - merujuk kepada jangka masa - terpulang kepada time frame carta yang anda gunakan
Secara peribadi, saya selesa dengan anggaran lebih kurang 10 candlestick ke hadapan.
Short term
Carta 1 jam - jangkaan 10 jam kehadapan
Carta 4 jam - jangkaan 40 jam kehadapan
Carta Harian - jangkaan 10 hari kehadapan
Medium term
Carta Mingguan - jangkaan 10 minggu kehadapan
Long term
Carta Bulanan - jangkaan 10 bulan kehadapan
Jika ada terma lain yang saya tertinggal, sila komen dibawah ye. Terima kasih!
HUBSPOT INC BERGANJAK NAIK MEREMPUH USD200Hubspot Inc telah membuat pendakian melepasi paras USD200. Kenaikan ketara ini mengangkat kaunter ini ke paras tertinggi yang baharu dan menolak signal bearish yang dipancarkan oleh pattern “Bearish Harami”. Secara teknikalnya, sentiment pasaran adalah memberangsangkan, di mana ia memberi petunjuk kepada potensi untuk kenaikan susulan.
CELGENE CORP BERPOTENSI UNTUK PERGERAKAN BULLISHCelgene Corp telah melanjutkan bias bullish yang ditunjukkan pada peringkat awal di dalam pattern “Bullish Harami”. Akibatnya, pergerakan ke atas didahului dengan garisan MA biru yang mewakili garisan MA 20-hari menyeberangi garisan merah MA 50-hari ke atas. Hal ini memberi pandangan positif, di mana ia memberi petunjuk bahawa terdapat lebih banyak lagi aktiviti membeli dalam sesi-sesi yang akan datang. Tambahan lagi, signal ke atas MACD dan bacaan di atas paras 50 mata yang ditunjukkan pada indicator RSI 14-hari menyokong pandangan kami dalam menjangkakan kenaikan harga yang berterusan.
DOW JONES DI KAWASAN POSITIF DI ATAS GARISAN MA 200-HARIDow Jones masih terapung di kawasan positif di atas garisan merah MA 200-hari. Mengikut momentum semasa, kami menjangkakan kesinambungan positif yang bakal membawa indeks ini ke atas menembusi rintangan terdekat di 266,280 mata.
Secara keseluruhan, tren utama masih menunjukkan petanda tujahan ke atas. Garisan MA 50-hari masih berada di atas garisan MA 200-hari mengekalkan pandangan kami terhadap pergerakan positif.
Sokongan pertama pada 25,500 poin, diikuti sokongan kedua 24,680 poin. Manakala rintangan terdekat pada 26,280 poin, diikuti oleh rintangan seterusnya pada 27,000 poin.
Nak buat apa selepas ada senarai lihat (watchlist) ?Proses menyaring baru langkah pertama.
Langkah kedua, perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi minat belian.
Bila muncul signal, barulah buat pelan dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu.
Ulang proses yang sama.
Semoga terhibur.
GERAKAN POSITIF TREX STABIL KE ARAH USD90Kenaikan harga Trex Company terus stabil menghala ke USD90 diiringi oleh aktiviti belian yang berterusan daripada pasaran. Keadaan garis biru 20-day MA di atas garis merah 40-day MA menunjukan sentiment memberangsangkan. Dalam masa yang sama, garis biru aras merah pada tanda “Slow Stochastic” mengambarkan momentum yang utuh. Isyarat memberangsangkan ini menunjukan lebih banyak aktiviti belian di sesi akan datang.
Sokong pertama pada USD82.40 diikuti sokongan seterusnya pada USD75.70. Manakala rintangan kuat pada USD91.
ADDUS GAGAH MENERUSKAN GERAKAN “BULLISH”Addus Homecare Corp terus gagah melonjak melepasi rintangan USD85 sebelumnya, seterusnya mencatatkan kenaikan harga tertinggi baru. Ini menunjukan kecenderungan tinggi aktiviti belian daripada pasaran. Perhatikan tanda biru atas merah pada “Slow Stochastic” menunjukan momentum pasaran yang memberangsangkan. Dari sudut pandangan teknikal, ini menunjukan kekuatan pembeli mengatasi penjual. Berdasarkan momentum ini, dijangkakan kenaikan harga akan mencecah USD90 di masa akan datang.
Tanda sokongan berada pada USD85 diikuti oleh USD77.80. Pada arah bertentengan, rintangan terdekat sekitar USD90.
Siri Pine Script - warnakan aras tertentu di oscillatorSambung lagi sebab takda carta yang menarik untuk dibualkan.
Dalam oscillator selalunya terbahagi kepada beberapa aras sebagai penunjuk samada harga berada dalam kekuatan, kelemahan, terlebih beli dan terlebih jual.
Hari ini kita lihat bagaimana membuat skrip untuk mewarnakan aras-aras tersebut.
Semoga terhibur.