Idea komuniti
HUBSPOT TERUS GAGAH SELEPAS KEMUNCULAN MARUBOZUHubspot meneruskan lonjatan gagah menembusi rintagan garis kebawah dan memecah rintangan kuat USD193 sebelum ini. Ini adalah unjuran memberangsangkan daripada momentum yang kelihatan pada tanda “Opening Marubozu” – seiring dengan tanda positif pada “Golden Crossover” yang mngambarkan penguasaan kuat pembeli pada saham ini. Pandangan positive ini disokong oleh lenyataan garis biru “20-day MA” di atas garis merah “40-day MA”, menunjukan sentiment pasaran adalah positif.
Sokongan pertama pada USD193 diikuti oleh sokongan USD180, manakala rintangan kuat pada USD200.
WINGSTOP MEMECAH RINTANGAN KUAT $100!!!Wingstop terus mencanak mencatatkan aras tertinggi dan memecah aras rintangan terkuat USD100. In adalah unjuran daripada kelibat momentum pada tanda “Bullish Harami” sebelum ini. Peningakatan memberangsangkan aktiviti belian tersebut telah menghasilkan “Golden Crossover” pada “Slow Stochastic” – gambaran awal bahawa kekuatan momentum kini semakin padat. Berdasarkan pada Analisa teknikal terkini, dijangkakan harga saham ini akan terus meningkat di sesi-sesi akan datang.
Paras sokongan terdekat berada pada USD100, diikuti oleh sokongan USD88. Sebaliknya, rintagan terdekat kini pada USD110.
DOW MELANTUN DI ATAS SOKONGAN 200-HARI GARISAN MADow Jones melantun sebagai tanda unjuran gerakan positif semenjak pembentukan corak "Bullish Harami", yang menunjukkan peralihan pergerakan daripada arah bawah ke atas. Dari perspektif teknikal, perkara ini adalah isyarat penting yang menunjukkan bahawa sentimen pasaran bertambah baik, terutama sekali apabila isyarat positif ini muncul tepat di atas garis sokongan utama 200 hari merah MA. Perhatikan bahawa "Golden Crossover" juga boleh dilihat pada penanda "Slow Stochastic". Hal ini menunjukkan momentum mula berkumpul, menguatkan lagi pandangan positif kami.
Secara teknikalnya, kita melihat garis MA merah 200 hari sebagai penanda aras penting di mana indeks melantun untuk menamatkan sentiment lemah yang membawa Dow turun sekitar 5% dari paras teringi 27,000 pts sebelumnya.
Sokongan segera pada 26,278 pts diiukti oleh seokongan kedua 25,500 pts. Dalam masa yang sama, rintangan kuat kelihatan pada aras 27,000 pts.
MOMENTUM BREAKAWAY GAP APPLE TERUS MENINGKATApple Inc meneruskan gerakan positif-nya selepas berjaya memecah rintangan paras atas patten “Symmetrical Triangle”. Ini menunjukan momentum pada “Breakaway Gap” berterusan dan kemungkinan besar akan mengangkat harga stok kearah rintangan kuat USD233.50. Pandangan positif ini turut disokong oleh indicator lain seperti, garisan biru atas merah pada “Moving Average” dan “MACD”. Dari segi kekuatan, sentiment pasaran juga sangat mengalakan, dimana indicator “14-day RSI” stabil atas 50 poin.
Kami meletakkan sokongan pertama pada USD198.50, diikuti sokongan pada USD187.70. Seterusnya, rintangan pertama terletak pada USD213.90, seterusnya rintangan kedua pada USD233.50.
“BULLS” MENDAHULUI GERAKAN “BEARS”Crocs Inc menunjukan lonjakan kuat mengatasi rintangan 50% “Fibonacci Retracement”. Ini menunjukan tanda kebangkitan pembeli mengahiri masa rehat beberapa sessi yang lalu. Kelihatan bukaan “Moving Average” biru semakin menjarak daripada merah – menandakan kekuatan pengaruh “Bulls” semakin kuat. Sentiment positif ini menunjukan tanda awal bahawa lebih banyak aktiviti belian di sesi akan datang.
Tanda sokongan terdekat pada USD24.70, diikuti USD23. Pada masa yang sama, aras rintangan terdekat pada USD26.40, seterusnya USD28.80.
TWITTER MELONJAT MELEPASI ARAS USD40 - PEMBELI MENGUASAI PASARANTwitter meneruskan gerakan positif sebagai unjuran daripada momentum pada tanda “Breakaway Gap”. Lonjatan ini telah mengangkat harga dagangan stock tersebut melebihi paras sikologi USD40. Seiring dengan pandangan positive (garisan biru atas merah pada “Moving Average”), kami menjangkakan lebih banyak aktiviti belian di sesi kemudian. Pandangan ke atas ini turus disokong oleh tanda “Up” pada indicator MACD dan juga bacaan momentum yang kuata atas 50 poin pada “14-day RSI”.
Sokongan pertama pada USD41, diukuti oleh USD39. Manakala rintangan pertama pada USD44, seterusnya reintangan tertinggi pada USD48.
Contoh Zecon menggunakan Fibonacci Extension.Contoh Zecon menggunakan Fibonacci Extension.
Jika fibonacci extension digunakan, harga boleh meningkat kepada nisbah 1.00 iaitu RM0.515 dan boleh meningkat kepada nisbah 1.618 iaitu pada harga RM0.625. Ini adalah jangkaan menggunakan Fibonacci extension dan bergantung kepada permintaan saham Zecon. Carta menggunakan TF mingguan. Menurut kepada indikator teknikal harga entri adalah pada RM0.30 dan boleh meletak CL menurut kaedah masing-masing seperti ATR. Kontra tidak galakkan.
Fibonacci extension (1.272, 1.618) Fibonacci extension (1.272, 1.618)
Fibonacci extension menunjukkan arah pergerakan harga yang sedang menaik serta tingkat potensi harga boleh naik. Contoh kaunter KNM telah mencapai nisbah 1.272 (RM0.41) dan berpotensi untuk mencapai nisbah 1.618 (RM0.46) jika ia meneruskan kenaikan berdasarkan Fibonacci extension. Nisbah 1.272 akan menjadi support harga terkini pada RM 0.41.
Dr Adli
Fibonachi RetracementFibonacci retracement (0.23, 0.382, 0.500, 0.618, 0.786)
Contoh Fibonacci retracement adalah apabila sesuatu saham itu mula membuat pembalikan selepas uptrend. Pembalikan harga yang menurun boleh dijangka berdasarkan Fibonacci retracement. Sila lihat nisbah Fibonachi yang di sebelah kiri carta dan perhatikan pergerakan harga seperti mematuhi nisbah Fibonacci itu.
Data masa nyata - sambungan petang carta 5 minitMenyambung cerita pagi tadi. Saya tukar dari 5 minit kepada 15 minit untuk lebih ketenangan.
Melihat carta yang lebih rendah tempoh masa akan memberikan kita idea bilakah waktunya market akan bergerak aktif dan tidak aktif.
Tapi, bukanlah perkara wajib tengok. Yang penting, adalah harga tutupnya di mana.