Idea komuniti
Contoh screener di 4H dan pilihan intraday sesi petangMemandangkan video ini JELAS dalam kategori TUTORIAL isi kandungannya juga untuk tutorial sahaja.
Saya gunakan screener di time frame 4H, dan jumpa 3 stock yang nampak sesuai untuk trading jangka pendek.
Video sambungan akan saya buat selepas market tutup nanti.
Cara mengenalpasti corak candlestick dengan segera pada cartaKami membuat carta Apple ini untuk menunjukkan kemas kini yang dibuat untuk Corak Candlestick, kaedah baru untuk mengenalpasti corak candle tertentu secara automatik. Ia mudah dan cepat. Dengan satu klik, ia boleh mengenalpasti hampir semua corak candlestick daripada candle Bearish Engulfing sehingga Shooting Star.
Untuk bermula, buka menu Penunjuk dan Strategi. Dari sana, klik tab Corak Candlestick dan pilih corak yang dikehendaki. Jika corak candlestick dikenalpasti secara automatik, sebuah label khas akan muncul pada carta: biru untuk Bullish, merah untuk Bearish dan kelabu untuk kedua-dua. Alihkan kursor anda di atas label untuk mengetahui lebih lanjut tentang corak candlestick tertentu.
Carta yang dicipta dalam contoh ini menunjukkan Apple sejak awal Jun. Ia juga menunjukkan setiap candle Bearish Engulfing dan Doji diwakili oleh label merah dan kelabu. Apple telah naik lebih 50% untuk tahun ini. Namun demikian, baru-baru ini terdapat candle Bearish engulfing yang besar telah muncul, dengan sentimen dan aksi harga bertukar ke arah bawah dengan cepat. Harap maklum, bukan semua candle Bearish Engulfing akan diikuti dengan penjualan jangka panjang. Dalam beberapa kejadian sebelum ini, isyarat sedemikian tidak memberi sebarang impak besar kepada Apple. Adakah kali ini berbeza? Masa akan memberitahu.
Kami juga boleh memantau Apple dengan mencipta pemberitahuan. Corak candlestick kami boleh digunakan dengan sistem pemberitahuan. Jika anda ingin menerima pemberitahuan setiap kali corak lilin tertentu muncul pada carta, anda boleh mencipta pemberitahuan untuk tujuan tersebut dan ia akan dihantar ke telefon, atas meja atau e-mel anda.
Kami sentiada mendengar maklum balas anda, dan mulai hari ini kami telah menambahkan 17 penunjuk baru kepada menu Corak Candlestick:
• Dark Cloud Cover dan Piercing;
• Morning Doji Star dan Evening Doji Star;
• Harami Cross ( Bearish dan Bullish );
• Tweezer Bottom dan Tweezer Top ;
• Rising Three Methods dan Falling Three Methods;
• Rising Window dan Falling Window;
• On Neck;
• Upside Tasuki Gap dan Downside Tasuki Gap;
• Doji Star ( Bullish dan Bearish ).
Semua penunjuk di atas ditulis dalam Pine , bahasa penskripan rasmi kami. Jika anda ingin memahami lebih tentang algoritma kami, atau mengubahsuai mengikuti kehendak anda sendiri, sila pergi ke kod sumber penunjuk ini dan mengubahsuai dari sana.
Kami berharap anda menikmati panduan bertulis tentang Corak Candlestick ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen, sila komen di bawah. Jika anda menikmati hantaran ini, sila tekan Suka.
JANGANLAH TERLALU EMO BANG!Salam sejahtera semua..aku berharap emosi2 korang dalam keadaan baik ketika keadaan bursa yang tidak menentu ketika ini. Ini adalah entry aku yang kedua yang mana tujuan aku menulis ini adalah untuk bersantai2 dalam tradingview (tv) ni. Yang mana rata2 begitu serius memberi idea2 dalam strategi dalam perdagangan saham ni. Anyway.. antara faktor utama kejayaan dalam menjadi seorang trader ini (aku rasalah sebab aku pun belum berjaya hehe) PENJAGAAN EMOSI. Penjagaan emosi tu teramat lah penting dalam nak trade saham ni. Kenapa? sebab emosi la yang akan mengganggu trading plan yang korang set cun2.
Trading plan / setup atau apa2 saje yang otai2 saham panggil ni..kita mesti bersikap JUJUR / AMANAH / FATONAH dalam mengikut telunjuk trading plan yang korang sendiri setkan semasa trade saham. Aku suka nak bercerita tentang pengalaman aku pasal emosi ni. Kenapa aku bercerita dekat sini sebab dekat sini je yang aku rasa orang nak dengar pasal saham. Aku rasa tak sesuai aku nak bercerita dalam FB aku sebab ada orang nanti merasakan aku ni POYO dan MENJENGKELKAN sebab cerita saham yang mana salam FB tu bukan semua main saham. Mulalah orang nganjing kita dah kaya lah, nak belajar lah, apa2 la. so dekat sini aku rasa lagi dekat dengan orang yang tepat.
Kenapa emosi mengganggu kita trade saham...sejak aku berkecimpung dalam saham ni. Aku dah mula rajin dan sentiasa ingin tahu dan belajar tentang saham. Siang aku keje malam aku belajar dalam utube dan pegi webinar2 yang murah2. So dengan pengalaman dan ilmu yang ada ni (yang seberapa ni) malam aku akan set kan satu setup trading plan yang aku dah buat setiap malam seblum market bukak. Nak dijadikan cerita.. setup yang aku buat tu, atau lebih tepat lagi trend yang aku jangkakan itu tak menjadi dan aku down gile pasal tu. Kat sini lah bermulanya TEKNIK HARAPAN DAN DOA (yang korang biase dengar) tu muncul.
Efeknya kat sini, bile kita dalam keadaan marah dan mula membenci sesuatu kaunter yang buat pasal dengan kite tu. rasa nak pukul je kaunter tu tapi tak boleh. dan ada rasa berdendam plak dengan kaunter tuh. Apa jadi? aku trade memkhinzir buta je kaunter lain... dan trading plan kite yang da setup tu mula lah lari..dan kita pegi beli kaunter yang malam semalam langsung tak buat Teknikal Analilis (TA). Maka bertambah la rugi. Jadi nasihat aku untuk KITA yang newbie2 ni. jagalah emosi..kalau dah rugi jangan marah2. Barang yang lepas usah dikenang dan teruskan usaha. Bak kata seorang sahabat di entry aku sebelum ni. kalau trade setakat 2-5k ni tayah la trade. akan lesap dan lenyap ditelan orang yang trade juta2. Jawapan aku...jangan lesap dan lenyapkan diri korang kalau dah rugi...teruskan usaha. Tingkatkan ilmu kerana orang gagal memang nak tengok kita gagal tapi orang yang sudah berjaya teringin nak tengok kita berjaya bersama. PERCAYALAH PADA DIRI! InsyaAllah aku akan share kan lagi apa2 yang baik untuk korang dalam entry akan datang. Adios!
#takkayatakpejanjihensem
Tahniah! Anda sudah bergelar seorang TRADER!Tahniah sekali lagi kepada korang yang telah bergelar seorang TRADER. Ianya mungkin menjadi satu pengalaman yang paling best skali dalam hidup korang kan? Hehe. seperti aku juga (aku rasa sebahagian besar dari korang pun sama macam aku) aku menjadi seorang trader dengan rasminya pada bulan April 2020 iaitu sebulan selepas MCO. Pada ketika aku menulis artikel ini aku sudah menjadi trader selama lebih kurang 5 bulan. So boleh tahan juga la pengalaman menjadi seorang trader selama 5 bulan nih. Banyak kenangan manis dan masam yang pernah aku hadapi hehe.
Dan aku pasti... korang mesti tak sabar untuk memulakan aktiviti berdagang selepas korang membuka akan CDS dengan jayanya. Jadi, sebelum korang berangan-angan nak kaya pada esok harinya..pastikan kita persiapkan dahulu diri kita dalam ilmu saham dengan sebaiknya. Aku takla terer sangat tapi aku juga macam korang yang sedang belajar dan masih belaja walau sudah berdagang selama 5 bulan. Masa aku mula-mula decide untuk memulakan aktiviti saham ni aku telah persiapkan diri dengan mengenali saham dan bursa malaysia tu ape. Aku takla akan ajar disini satu persatu ape yang aku belajar tapi aku cuba guide korang untuk sama2 belajar ape yang aku belajar. At least korang tau nak belaja ape kan? so aku akan bagi tajuk2 nya untuk rujukan korang.
PERTAMANYA...
Korang kena tau mende2 ni...
1. Apa itu BURSA MALAYSIA
- Jenis market yang ada (Ace / Leap etc.)
- Jenis kaunter yang ada (Biasa / warrant)
- Status kaunter (syariah / x syariah)
2. Cara guna Platform CDS korang (Cara buat buy/sell order, cara deposit duit etc.)
3. Cara baca chart dan buat analisis Fundamental (FA) dan teknikal (TA)
4. Modal antara 2 ke 5 ribu. (ni modal yang aku rasa paling cantik untuk memulakan trade)
Ini antara basic yang pertama sekali korang kena masterkan...TIPS aku pada harini..take your good time untuk study saham ni. jangan gopoh dan belajar dengan cepat dan tepat. Jangan sembrono je trade saham hehe. Setakat ini dululah perkongsian aku pada entry kali ini. Kita bersambung lagi dengan entry akan datang ye. Stay tune guys
#takkayatakpejanjihensem.