Templat untuk fasa cartaGunakan alat lukisan untuk membuat templat fasa carta dan letak pada carta yang kita minat. Dari situ, cuba perhatikan di manakah kedudukan carta sekarang berbanding templat yang telah kita buat tadi.
Ringkasan :
1. Menentukan fasa semasa carta
2. Fokus pada bentuk lilin yang kecil molek yang berlonggok dan "think to buy"
3. "Think to sell" bila munculnya lilin bapak besar
Semoga terhibur
Idea komuniti
<TradeVSA> - FCPO di carta 5 minit1. Carta harian berubah ke Bullish
2. Cut loss di trade pertama dengan -1
3. Ambil profit di trade kedua dengan +7
2 trade menghasilkan +6
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Volum dan Harga - Bahagian 3Kita sampai kepada bahagian terakhir cerita volum dan harga. Kalau ikutkan, masih banyak lagi yang boleh diterangkan.
Tapi cukuplah. Yang lain mungkin boleh rujuk bahan bacaan berkaitan VSA (volume spread analysis) , VPA (volume price analysis).
Atau, boleh rujuk terus kepada video dari Mr. Martin Wong yang memang fokus pada volum dan harga. Ada kat tradingview ni, boleh like dan ikuti.
my.tradingview.com
Sembang kali ni berkaitan
1. Pentingnya kesinambungan pergerakan harga selepas kemasukan volum.
2. Kisah mak bawang dan anak-anaknya.
Semoga terhibur.
Volum dan harga - Bahagian 1Rupanya ada limit masa juga buat video. Tradingview limit kan pada 20 minit. Kira ok lah, dari dulu cuma 10 minit.
Dalam video ini saya cuba sampaikan berkenaan volum yang bagi saya satu indikator yang sangat baik untuk di gunakan.
Antaranya :
1. Kenaikan harga perlu lah seiring dengan pertambahan volum
2. Membezakan di antara volum nak bagi harga naik dengan volum tak mau bagi harga naik
3. Volum yang sangat tinggi bukan bermakna harga akan terus naik.
Nanti sambung lagi.
UEM SUNRISE kajian ini hanya utk saya,bukan saranan jual dan beli . simpanan persendirian shja
SAYA NEWBIE
lawanya chart uem . currently nak try pecah kan resistant di .880 , jika pecah akan buat new HH , which is wow ,
macd pon masih ade signal buy
rsi ade upward sloping , bullish tu
pada pndapat saya masih boleh beli
semoga beroleh rezeki
sifu kata trust the company
waaluhualaam
#ngangaxdeposition
#sekadar utk dapatkan pro account tv
VS kajian ini hanya utk saya,bukan saranan jual dan beli . simpanan persendirian shja
SAYA NEWBIE , sekadar pendangan
lawa dia naik . nampak tak dia naik ikut trendline tu
paling sesuai masuk hari selasa mase candle btol2 diatas trendline. maybe menuju tutup gap
sifu kata trust the company
waaluhualaam
#ngangaxdeposition
#sekadar utk dapatkan pro account tv dan contest mac19
Garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan sokongan TRENDSebelum ini kita pernah melihat kepentingan garis MA/EMA 200 sebagai alat bantu yang memisahkan di antara carta bullish atau carta bearish.
Kali ini, kita melihat pula kegunaan garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan juga sokongan ketika harga sedang menaik.
Kalau ada yang bertanya " berapa lama nak simpan ", antara jawapan mudah yang boleh kita berikan adalah, " tunggu sampai garis MA/EMA 50 bertukar dari sokongan menjadi rintangan ".
Kenapa mesti 50 dan bukan nombor lain?
Yang ini tiada jawapan tepat. Nak tahu, kenalah cuba sendiri dan perhatikan carta-carta lama.
Tak semua carta patuh pada nombor 50, tapi hampir semua carta menaik menjadikan 50 sebagai permulaan dan pengakhiran.
Semoga terhibur.
BREAKOUT KUAT ADALAH PETUNJUK AKTIVITI PEMBELIAN YANG GIAN AKTIFUlta Beauty Inc melonjak ke puncak yang baharu dan meninggalkan corak penerusan "Gap Up". Lonjakan kuat ini menyebabkan breakout di atas corak "ascending triangle". Secara teknikalnya, carta menunjukkan kemungkinan yang tinggi untuk lebih banyak aktiviti pembelian di hadapan. Hal ini selaras dengan isyarat positif MACD, ditambah dengan momentum yang kukuh - memandangkan indikator "14-DAY RSI" kukuh melebihi 50 mata.
Sokongan segera ditetapkan pada USD327 diikuti USD311.30. Sementara itu, kami menetapkan rintangan segera pada USD350, dan seterusnya dilihat pada USD360.
Memahami maksud disebalik corak cartaAda dikalangan kita yang hanya berdagang dengan berpandukan kepada corak-corak carta yang selalunya muncul. Kemunculan corak ini dapat memberikan kita satu signal awal samada carta itu berkemungkinan untuk naik atau turun.
Menghafal sebarang bentuk corak juga satu teknik dagangan yang baik.
Tapi bagi saya, dengan memahami bagaimana corak itu terjadi dan melihat tanda-tanda awal sebelum corak berlaku dapat memberikan saya satu kelebihan berbanding menghafal sahaja.
Sama juga seperti menghafal bentuk lilin. Tidak salahpun menghafal, tetapi memahami bagaimana bentuk lilin terjadi adalah lebih manis.