Idea komuniti
Menyaring aras tertinggi 1 bulanPenyaring di Tradingview ada menyediakan pilihan Baharu Tinggi 1 Bulan yang saya rasa sangat sesuai digunakan untuk mencari carta sedang breakout.
Hanya perlu di tambah lagi pilihan seperti purata volum dan beberapa opsyen fundamental (jika berminat) untuk pedagang yang benar-benar aktif di pasaran.
Sangat sesuai bagi pengguna yang melanggan "Real TIme Data" bagi pasaran kita.
Mesej pop up, email atau push to apps juga amat pantas.
Pendidikan : Berdagang Di Zon Yang BetulMistake trader.
..
Dalam trading zone sangat penting.
2 zone ni simple tapi ramai trader, waima professional or chart technician atau masta cifu mahaguru, gagal manfaatkan benda ni.
Kita sebagai spekulator perlu bijak, ibarat kalau dikandang kerbau wajiblah menguak barulah jadi kawan. Ini dikandang Harimau, berkokok memang kena baham la, paham ke Tak?
Tak paham Lg ke.. ? haih sebab tu benda simple Kita susah nak hadam, selagi tulah Kita Ada kekurangan dalam menentuukur aliran pasaran
..
Meh sini nak share,
Ilustrasi dibawah menggunakan indikator, bogel sgt pun xboleh, sekurangnya tutup sikit. Hehe
..
MA atau nama panjangnya moving average.
Jika harga diatas MA zone Beli, kebarangkalian jika Kita long, InsyaAllah winning rate akan meningkat. Tapi bnyak trader, silap buat perancang pelan trading, zone beli janganlah pergi bedal short. Mmg memanjang la loss.
..
Simple ! Berdagang pada zone yang betul akan meningkatkan kebarangkalian untung mengatasi rugi dengan izin Allah.
..
Benda simple tapi Kita selalu pandang serong Dan lupa.
..
Zone beli Cari long, zone jual Cari short. Simple x? Jangan pening2 hidup ni simple.
Jemaah 1 Mac 2019 mula mencari aras sokonganKemaskini terkini senarai carta 1 MAC 2019 (yang saya buat saja).
Kebanyakan beramai-ramai turun, mengikuti arus semasa market kita.
Apa yang boleh dibuat sekarang?
- tunggu sehingga ada bullish signal muncul
- jadikan 1 MAC 2019 lepas sebagai panduan.
Jaga modal yang ada dan bila masanya tiba, kita boleh buat semula pelan dagangan terbaru.
PENINGKATAN AKTIVIT BELIAN SAHAM NOW INCSaham “Now Inc” ketika ini sedang menguji garis aliran menurun - indikasi bahawa sentimen pasaran adalah menggalakkan. Perhatikan bahawa garis biru 20-MA terletak di atas garisan MA 50 hari yang berwarna merah – hal ini menunjukkan prospek positif di hadapan. Selain itu, MACD juga memberi isyarat positif, diikuti oleh momentum yang kuat (penunjuk “14-day RSI” melebihi 50 mata). Secara teknikal, isyarat positif ini memberi potensi yang tinggi kepada bakal breakout di atas garis aliran menurun pada sesi yang akan datang. Aktiviti belian dijangkakan lebih banyak di hadapan.
Kami menetapkan sokongan segera pada USD14.50 diikuti oleh USD13.50. Sementara itu, rintangan segera adalah pada USD15.40, dan rintangan seterusnya dilihat pada USD16.80.
2019 MUNGKIN TAHUN TERBAIK UNTUK INTELWalaupun kelihatan isyarat negative pada tanda "Bearish Harami", tiada pergerakan penurunan ketara yang berlaku. Sebaliknya, Intel Corp memperluaskan pergerakan positive dan menafikan isyarat negatif tersebut. Pada masa ini, sentimen pasaran adalah memberangsangkan, yang mana ia menunjukkan kecenderungan menaik kerana penampilan corak "Head and Shoulder" terbalik masih kukuh. Hal ini disokong oleh isyarat positif oleh garisan MA (biru di atas merah), isyarat positif pada MACD, dan momentum yang kuat oleh penunjuk RSI 14 hari.
Sokongan pertama ialah USD54.34, dan seterusnya ialah USD51.80. Sementara itu, rintangan pertama ditetapkan pada USD57.60, diikuti oleh rintangan kritikal pada USD60.
SELERA PEMBELI YANG KUAT UNTUK MAXIMMaxim Integrated Products Inc menunjukkan momentum yang menggalakkan di atas garis aliran menurun yang telah mengangkat nilai shamnya ke paras yang tinggi bagi tahun 2019. Isyarat ini menggambarkan selera pembeli meningkat, disokong kuat oleh isyarat “Positive Crossover” yang dilihat pada Moving Average (MA) – tanda prospek kenaikkan harga. Penunjuk “MACD” juga menunjukkan “Positive Crossover”, dan penunjuk “14-day RSI” mencatatkan "Positive Divergence" yang menunjukkan pergerakan telah berubah arah ke utara.
Sokongan segera pada USD57.50 diikuti oleh USD53.30. Sementara itu, rintangan segera adalah pada USD60.80, dan seterusnya dilihat pada rintangan USD64.10.
Melihat carta lama dan cadangan idea di tradingviewMenjadi pedagang yang konsisten bukan sekadar datang kelas dan terus jadi pandai. Ianya memerlukan banyak lagi masa dan latihan yang berterusan.
Antara latihan yang saya rasakan sangat baik,
1. Rujuk kepada cadangan-cadangan atau idea dagangan yang ada di tradingview
- lihat dan ikuti setiap cadangan atau idea dagangan yang diberikan
- boleh buat papertrading jika perlu
- sila tekan butang like sebagai penghargaan kepada penulis
2. Hasil carian google
- cari istilah yang kita mahukan
- fokus pada imej atau video
- bandingkan hasil yang muncul di google dengan carta sebenar di tradingview
- latih mata untuk melihat corak-corak harga yang terjadi
Semoga terhibur.
PERGERAKAN MENCANAK TANDA AKTIVITI BELIAN KUATSaham Advance Auto Parts INC menunjukan pergerakan aggresif di atas rintangan “downtrend line” – dan ketika ini sedang menaik ke aras tertinggi USD186.15. Saat ini, pembeli dilihat mengawal sentimen pasaran. Ini selari dengan tanda positif garisan Moving Average (biru atas merah). Pandangan positif ini turut disokong oleh isyarat tanda atas oleh penanda MACD, dan tahapp momentum yang kuat atas 50 pts oleh penanda “14-day RSI”. Pada sessi akan datang, dijangkakan harga akan terus menaik ke arah tahap rintangan pada USD190.
Garisan sokongan ada pada USD178, diikuti oleh sokongan kedua di aras USD171.70. Manakala rintangan kuat berada di sekitar USD190.
Menyaring carta mengikut Prestasi YTDPrestasi YTD atau Year To Date menunjukkan prestasi semasa carta bermula dari hari pertama tahun sehinggalah sekarang.
Dalam penyaring tradingview ada disediakan Prestasi YTD, Prestasi-3 bulan, Prestasi - 6 bulan, Prestasi Bulanan, Prestasi Mingguan dan beberapa lagi pilihan lain.
Dalam video ini, saya cuba mencari carta yang prestasi YTD sudah naik melebihi peratus yang dinginkan. Tujuannya adalah untuk mencari senarai carta yang dirasakan sesuai untuk didagangkan, samada pada waktu yang sama, waktu terdekat atau jika ada kemunculan signal terbaru.
Adalah digalakkan untuk melihat dulu bagaimana tren kenaikan terjadi. Hanya pilih carta yang ada kenaikan sihat .
Sihat bermaksud ada High, Low, Higher High, Higher Low dan mempunyai volum dagangan yang aktif.
Semoga terhibur.
COLGATE BAKAL MENGALAMI MOMENTUM MENCANAKCarta menunjukkan bahawa Colgate-Palmolive telah memecahkan rintangan sebelumnya sebanyak USD67.66. Hal ini menunjukkan bahawa pembeli mengawal sentimen pasaran. Berdasarkan landskap teknikal semasa, sentimen momentum dijangkakan akan terus mencanak, yang mana boleh membawa harga untuk menembusi "Downtrend Line" dalam sesi seterusnya. Pandangan positif ini turut disokong oleh momentum kuat atas 50 mata pada indikator "14-day RSI".
Sokongan segera adalah pada USD67.70 diikuti dengan tanda USD65. Sementara itu, kami menetapkan rintangan segera pada USD70, dan rintangan seterusnya adalah pada USD73.50
Corak seakan bumbung piramid ajaibCorak kali ini hanyalah pandangan mata saya sahaja. Nama diberi hanya untuk memudahkan pemahaman dalam membuat pelan dagangan.
Konsep dagangan masih sama, break downtrendline, break swing high atau pullback.
Kalau jumpa dimana-mana carta, mungkin sudah boleh agak apakah yang bakal terjadi seterusnya.
Itupun bukan PASTI NAIK !
BAYANGAN PERMINTAAN TINGGI UNTUK STARBUCKSStarbucks Corp kekal berdagang dengan tinggi dalam sejarahnya. Pada masa ini, saham berada di aliran menaik dalam indikator "Pitchfork" - satu petunjuk bahawa aktiviti membeli adalah menggalakkan. Selain itu, prospek pasaran adalah menaik, kerana garisan MA 20 hari berada di atas garisan MA 50 hari. Ini juga disokong oleh isyarat positif oleh indikator MACD dan momentum yang kuat oleh indikator RSI 14 hari.
Sokongan pertama adalah pada USD72.30, dan sokongan seterusnya diletak pada USD69. Sebaliknya, rintangan yang kuat diletakkan pada USD80.
10-APR-2019: PEMBELAJARAN 6 - CARA MELUKIS CHANNELPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz suci bismillah saya mulakan perkongsian saya pada pagi ini,
Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya ingin berkongsi cara asas bagamana untuk menentukan CHANNEL. Harus di ingat disini ini cara penentuan ini adalah berlainan diantara setiap individu, TIDAK ADA ISTILAH SALAH KO BUAT TU, selagi kita dapat melukis dan menentukan arah pasaran itu sudah memadai.
Sila bagi perhatian serious bagaimana channel dilukis kerana ini akan memudahkan anda untuk mengaitkan lukisan anda kepada CHART PATTERN yang popular - WEDGES
Kebiasaannya org hanya berkata, ala lukis la channel line, tetapi bagaimana cara nak lukis? Tarik ja ka?
Ok saya berkongsi cara yang saya gunakan untuk melukis tetapi sebelum itu kita jawab persoalan dibawah.
APAKAH KEPENTINGAN CHANNEL?
Ianya hampir sama dengan trendline tetapi ditambah dengan garisan dibawah atau diatas dan berfungsi untuk
1. Menetukan halatuju pasaran
2. Menentukan garis sokongan ringkas (support) untuk pergerakan carta sedia ada .
3. Menentukan JULAT @ RANGE sesuatu harga bergerak di dalam bentuk gelombang (wave)
APAKAH SELA MASA ((TIME FRAME) YANG SESUAI UNTUK MENANDAKAN TRENDLINE?
Seperti perkongsian sebelun ini saya sendiri menyukai SELA MASA 4H, Daily dan keatas untuk menentukan arah.
BAGAIMANA HARUS KITA MULAKAN?
Harus di ingat,
> Sekiranya TREND sedang MENAIK , lukis GARISAN BAWAH dahulu.
> Sekiranya TREND sedang MENURUN , lukis GARISAN ATAS dahulu .
Ini yang selalunya jadi masalah sbb guru-guru kat luar tak abis belajar dan suka nk suruh buat ikut sedap mata.
SEKARANG ANDA NAMPAK KENAPA PERLU NYA PANDAI BUAT --> TRENDLINE
Betul?
Berikut saya nyatakan langkah demi langkah yang prosider biasa(SOP) yang saya gunakan.
Untuk contoh ini saya akan menggunakan carta DAILY
a. Tukar chart anda daripada candle kepada garisan dan tandakan TRENDLINE.
b. Pilih fungsi garis selari daripada platform anda dan lukis mengikut trendline yang ditulis diatas, dan ia akan membentuk channel seperti dibawah.
c. Tukarkan kembali carta anda kepada candle dan anda boleh lihat sendiri harga semasa berada di mana.
Jadi dengan memerhatikan channel, MA, MACD dan RSI anda sudah mula boleh untuk melakukan analisis terhadap pergerakan harga ini.
Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu anda menentukan halatuju pasaran dan memudahkan anda untuk membuat keputusan
Semoga bermanafaat
BONUS
Nampak ka apa yang saya nampak? Sesetengah "sifu" suka share tapi tidak tahu pun cara nak terangkan macam mana pembentukannya… sbb mengabaikan ASAS
Geng 1 MAC 2019 - setakat hari iniMelawat kembali senarai carta yang ada kemasukan volum dan kenaikan harga yang membentuk corak lilin engulfing.
Banyak muncul, tapi setakat yang ada dalam senarai saja.
Kesimpulan :
- memilih carta yang ada kaitan dengan katalis semasa
- signal yang muncul beramai-ramai menunjukkan ada minat belian yang asli
- konsep satu jalan yang lain jalan masih boleh dipraktikan (carta sama sektor atau ada pertalian)
- faham keadaan semasa harga, samada sedang tren atau melintang
TRADER-TRADER MENUNJUKKAN KEYAKINAN TINGGI TERHADAP HOME DEPOTHome Depot memecah resistance melebihi paras USD 190 dan sambung lebih tinggi mencapai puncak tertinggi bagi tahun 2019. Secara teknikal, "buyers" mengalahkan "sellers", dengan sentimen kenaikan dianggarkan kekal. Hal ini disokong oleh signal menaik oleh indikator "MACD", dengan momentum yang kuat pada "14-day RSI". Selain itu, garisan "moving average" (biru di atas merah) menandakan "outlook" yang positif, di mana ia memberikan sokongan kepada pandangan positif kami.
Pada waktu ini, "support" berada pada USD 193 manakala yang seterusnya pada USD 186. "Resistance" pula dilihat pada USD 203 diikuti dengan paras USD 215.