Idea komuniti
RSAWIT mahu menukar Resistant kepada SupportSecara umumnya, RSAWIT kini dalam keadaan uptrend sejak awal Mei lepas dimana harga telah berada pada bahagian atas garisan EMA200. Perubahan trend disokong oleh persilangan antara garisan EMA50 dan EMA200 sebelum ini.
Harga 19 Ogos telah berada pada EMA50 dan mempunyai bekalan momentum untuk memecahkan Resistant 0.295. Pada pendapat saya, andai harga dapat breakout Resistant ini, belian boleh dibuat pada 0.300 dengan berpandukan support 0.295(RBS) dan 0.280.
Resistant seterusnya adalah pada 0.340, 0.450 dengan memastikan harga masih berada diatas/lebih tinggi daripada garisan EMA200.
Jika harga turun rendah daripada EMA200, boleh untuk cutloss/take profit.
Semua kajian dan pandangan ini adalah untuk tujuan pembelajaran.
SIRI PINE SCRIPT - warna transparent dalam pinescriptKita boleh gunakan built-funtion color.new untuk kawal ketelusan warna mengikut kesesuaian.
Cara Mudah Utk Guna Fibonacci Retracement- Kegunaan Fibo Retracement adalah untuk membuat anggaran di mana harga akan berhenti atau rebound.
- Biasanya level 0.236, 0.382, 0.5 dan 0.618 adalah level yg menarik.
Langkah-langkah :
1. Masukkan indicator Pivot HL
- tujuan untuk mencari swing High/Low
( kalau dah terror tak yah masukkan pon tak pe indi nie )
2. Click Fib Retracement (anjakan Fib) di Drawing tool
3. Mula tarik Fibo di level swing Low ( titik A : 2.230 ) ke paras tertinggi ( titik B )
- Titik A ( paras 1 atau 100%)
- Titik B ( paras 0 atau 0% )
4. Seterusnya masukkan indicator :
- Moving Average 20 (MA20)
- Moving Average 50 (MA50)
5. Utk mengukuhkan hujahan, boleh lukis garisan support dan resistance.
6. Tunggu candle seterusnya utk confirmation sama ada akan muncul reversal candle atau candle bullish ( contoh doji, hammer, bullish engulfing dll) sebelum nak entry.
Sekian
-----------------
Nota :
- Idea hanya untuk pembelajaran
- Sila LIKE & SHARE jika berguna .
- Terima Kasih
ADVCON satu kajian 3MSyarikat ini terlibat dalam industri pembinaan. Projek yang sedang berjalan adalah projek perumahan Setia Eco, Pan Borneo Highway dan terbaru projek bumbung solar.
Dari segi teknikal, kelihatan volum pembelian sudah masuk. Adakah pembelian akan berterusan?
Sokongan pada 0.365.
Halangan pertama pada 0.400.
Halangan seterusnya pada 0.430, 0.460 dan 0.490.
Harga masuk yang padu adalah sekitar 0.400 - 0.415.
Ini hanya sekadar tutorial pembelajaran. Kaji sendiri.
Paparan screener yang selalu saya gunaSaya ada banyak jenis screener.
Ada screener untuk pullback, ada screener untuk breakout dan ada juga untuk buat watchlist.
Penggunaan screener di tradingview ini bukan saja memudahkan kerja saya, malah ianya juga lebih pantas dan multi-platform.
Sekian.
#cintailahbahasakebangsaan
Bagaimana untuk menterbalikkan carta andaSila tekan ALT + I untuk menterbalikkan carta anda. Sekiranya anda menggunakan Mac, sila tekan ⌥ + I. Jalan pintas ini akan menterbalikkan carta yang sedang anda lihat dengan serta-merta. Proses songsangan carta anda ini dapat memberikan anda suatu perspektif yang unik dan berlainan untuk harga dan arah aliran.
Dalam idea ini, kami menunjukkan dua carta harian Amazon sebelah menyebelah. Carta di sebelah kiri adalah carta Amazon yang diterbalikkan dan carta di sebelah kanan adalah carta yang asal. Dengan membandingkan dua carta ini, satu diterbalikkan dan satu normal, ia adalah satu latihan perspektif. Tanya diri anda, adakah anda melihat arah aliran yang sama? Atau adakah perspektif anda telah berubah sekarang dan menyebabkan anda dapat melihat dengan mudah sesuatu yang berlainan daripada apa yang anda pernah lihat sebelum ini?
Ada satu lagi cara lain untuk difikirkan: jika anda akan "beli" saham terbalik di sebelah kiri disebabkan ia kelihatan seperti penyerahan atau junaman yang menarik, jadi ia akan kelihatan sama seperti carta Amazon normal seperti di sebelah kanan. Dengan menterbalikkan carta, anda boleh menguji diri anda pada arah aliran dan aksi harga, dimana ianya akan sangat berguna sekiranya anda tidak yakin. Terbalikkan carta dari atas ke bawah dan tanya diri anda soalan itu lagi dan tengok samada ia sama atau tidak.
Kami harap anda menikmati tip ini dan kami berharap untuk mendengar maklum balas dari anda, pendapat atau komen. Terima kasih kerana menjadi seorang ahli di TradingView.
REVENUE - Pendakian Yang Masih Utuh?Pemerhatian:
a) Rujuk pada posting saya mengenai REVENUE pada 24 Jun'20
()
b) Harga cuba menembusi R2 pada 22-23/7 tetapi gagal sebelum membuat Pullback.
c) Landasan 20/40 terbuka dengan harga kini ditutup atas 20MA dan diatas Trendline.
Rumusan:
- Harga kemungkinan akan bergerak Sideway sebelum meneruskan pendakian selagi ia tidak menembusi R1; lebih baik jika bergerak seiring dengan Trendline.
- Berhati-hati jika harga menembusi R1 dan 40MA; ia menandakan pergerakkan Sideway yang panjang.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
YILAI - Bangun Sekejap Sebelum Tidur Lama.Pemerhatian:
a) Harga 'bangun dari tidur yang panjang' dan mendaki dari 28/4.
b) Harga gagal menembusi R2 (6/7) sebelum ditutup rendah, menembusi R1.
c) Landasan 20/40 semakin mengecil dengan harga kini ditutup bawah 40MA.
Rumusan:
- Carta mempunyai beberapa tanda-tanda kelemahan berdasarkan Pemerhatian diatas.
- Pada pandangan penulis, adalah lebih baik jika trade kaunter lain kerana kaunter ini hanya 'bangun' untuk beberapa ketika sebelum kembali tidur yang panjang.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
IRIS - Pullback Sebelum Mendaki?Pemerhatian:
a) Harga berada dalam Uptrend dan melalui beberapa fasa Accumulation.
b) Harga membuat 1 Pullback pada 9/7 dengan disokong oleh S2.
c) Landasan 20/40 terbuka dan disokong oleh RTS.
Rumusan:
- Harga kini berada dalam fasa Pullback; ia kemungkinan akan menembusi RTS sebelum meneruskan pendakian.
- Jika harga gagal untuk menembusi R1, maka kemungkinan besar ia akan bergerak Sideway untuk beberapa ketika ATAU mulai tutup rendah.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
BTECH kajian 3MSyarikat ini terlibat dengan perniagaan rawatan air dan loji air kumbahan.
Carta masih menunjukkan harga masih dalam fasa penurunan (retracement).
Sokongan pada 0.310
Halangan pertama pada 0.340, halangan kedua pada 0.370 dan halangan ketiga pada 0.400
Tunggu candle rebound pada harga sokongan dulu. Boleh masuk pada harga antara 0.310 - 0.340 untuk short swing sampai halangan kedua atau ketiga.
Ini hanya kajian untuk pembelajaran. Sila kaji sendiri.
PERMAJU - Pendakian Akan Datang?Pemerhatian:
a) Rujuk pada posting saya mengenai PERMAJU pada 12 Jul'20 ()
b) Harga bergerak secara Sideway dengan vol. yang rendah dan disokong oleh RTS.
c) Landasan 20/40 mula mengecil dengan harga kini disokong atas 20MA (30/7).
Rumusan:
- Harga dijangka akan membuat pergerakkan Sideway untuk beberapa ketika sebelum meneruskan pendakian.
- Jika harga menembusi R1 dengan vol. yang meningkatkan, kemungkinan ia adalah permulaan bagi suatu pendakian.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
SIRI PINE SCRIPT - Label pada punca paling tinggi dan rendahSaya cuma tukar kedudukan x pada label dan pindahkan kepada punca harga tertinggi dan terendah.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020.