KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan ResistanceKAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance
- Support dan Resistance merupakan dua elemen yang penting dalam membuat keputusan untuk Cutloss (CL) dan Take Profit (TP) sesuatu saham.
- Support diibaratkan seperti lantai yang kukuh manakala Resistance pula diibaratkan seperti bumbung yang teguh. Harga tidak akan mampu melepasi Support dan Resistance ini kecuali dengan momentum yang kuat.
- Jika harga didapati memecahkan resistance (bumbung), ia bermakna harga telah berjaya breakout dan harga akan menjadikan resistance tadi sebagai support (lantai). Jika harga memecahkan support (lantai) pula, ia bermakna harga telah breakdown dan harga akan menjadikan support tadi sebagai resistance (bumbung).
- Terdapat beberapa cara penentuan Support dan Resistance:
1️⃣ Classical Support & Resistance.
- Jelas kelihatan ketika harga bergerak sideways.
- Paling banyak digunakan dan diajarkan.
2️⃣ Dinamic Support & Resistance (Moving Average).
- Tidak perlu dilukis. Hanya perlu masukkan indikator ke dalam chart sahaja.
- Moving Average ini boleh dibahagikan kepada 4 jenis:
👉 EMA 5, EMA 7 = Dinamic Support & Resistance untuk super short term.
👉 MA 20 = Dinamic Support & Resistance untuk short term.
👉 MA 50 = Dinamic Support & Resistance untuk mid term.
👉 MA 200 = Dinamic Support & Resistance untuk long term.
3️⃣ Trend line Support & Resistance.
- Jelas kelihatan apabila sesuatu saham berada dalam keadaan uptrend atau downtrend.
- Apabila uptrend, saham akan menjadikan trend line sebagai support.
- Apabila downtrend, saham akan menjadikan trend line sebagai resistance. Apabila harga berjaya memecahkan trend line ini, ia dinamakan BDTL (Break DownTrend Line).
4️⃣ Gann Square of Nine.
- Dicipta oleh William Delbert Gann (W.D Gann) berasaskan campuran geometri, astrologi dan teknik matematik kuno.
- Cara pengiraan boleh didapati di youtube. Selain itu boleh juga gunakan kalkulator gann yang disediakan oleh Mahersaham. Anda juga boleh gunakan iSaham gann table yang telah diadaptasi kegunaannya khusus untuk Bursa dengan mengambil kira lebih 100k data support dan resistance saham di Bursa.
Nota kaki:
* Breakout = Harga memecahkan resistance.
* Breakdown = Harga memecahkan support.
* Sideways = Keadaan dimana harga bergerak mendatar.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
Idea komuniti
Muzik untuk Perdagangan dan PelaburanKami bekerja dengan pakar tingkah laku untuk mempelajari sains di belakang pilihan lagu terbaik untuk perdagangan dan pelaburan. Kami mengenalpasti formula ini berdasarkan lima komponen utama muzik - Tempo (BPM), Nada (T), Panjang dan Volum (LV), Lirik (L) dan Mood(M). Kemudian, kami menggunakan formula ini untuk membuat dua playlist khusus:
Playlist #1 : Zero In - Lagu-lagu yang membantu konsentrasi dan dapat digunakan semasa mengkaji langkah yang seterusnya.
Playlist #2: All Out - Lagu-lagu yang membantu anda menjadi lebih tegas dan yakin untuk mengambil tindakan.
Playlist ini adalah percuma dan terbuka untuk semua orang di Spotify. Kami akan sentiasa mengemaskinikan playlist ini. Sila berkongsi dengan kami lagu-lagu kegemaran anda untuk perdagangan di ruang komen.
Mari kita mendalami pengiraan di belakang setiap playlist. Anda mungkin mendapati bahagian ini menarik jika anda menyukai musik atau ingin mempelajari tentang topik ini dengan lebih lanjut. Anda mungkin juga menyedari pasaran dan muzik memiliki banyak persamaan.
🎯 Zero In — Masa Untuk Fokus dan Memberi Tumpuan
Berfokus = “BPM (50 – 65) +TM +LVL (+ or -) -LN +M”
BPM: mencari lagu-lagu dengan tempoh antara 50-65 beat setiap minit.
TM: pilih nada lembut yang menenangkan emosi
LVL: lagu yang lebih panjang untuk konsentrasi yang lebih baik
LN: pilih track dengan lirik yang sedikit atau tiada sama sekali.
M: lambat, mood yang tidak terlalu melodik akan membantu otak anda fokus pada tugas anda, dan bukan pada muziknya.
💥 All Out — Membina Keyakinan untuk Membuat Keputusan
Aksi = “BPM (65 – 85) +TU +LVS (+ or -) -LS +M”
BPM: Mencari lagu dengan tempo 65-85 beat setiap minit.
TU: memilih nada derap atas boleh meningkatkan fungsi kognitif
LVS: lagu yang lebih pendek dengan tempo yang lebih cepat akan memberi anda motivasi semasa bekerja
LS: Semasa bekerja, memiliki lirik dalam playlist anda , tidak terlalu penting, jadi pilihlah lagu dengan beberapa lirik untuk dapatkan motivasi
M: mood yang berderap atas,berlirik akan memberi anda dopamine tambahan, membantu anda berasa lebih berani dan yakin
Terima kasih kerana membaca dan kami menanti maklum balas anda. Cubalah playlist di atas. Beritahu kami bagaimana ia dapat membantu anda membuat persediaan dan mengambil tindakan. Sila juga berkongsi lagu-lagu kegemaran anda untuk perdagangan di ruang komen.
definisi trend.secara am, kita ada 3 jenis trend.
uptrend- apabila kita nampak harga itu bergerak sendeng ke atas, membuat high, low, higher high, higher low, higher high higher low dan seterusnya.
downtrend - apabila kita nampak harga itu bergerak sendeng kebawah membuat lower high, lower low, lower high, lower low dan seterusnya.
sideway - apabila kita nampak harga bergerak melintang.
dalam carta ini kita nampak yang sekarang saham dalam keadaan downtrend. harga juga telah tembus kebawah ichimoku.
Kaedah swing system double golden crossSystem double golden cross
~kaedah menyimpan pegangan saham dalam tempoh masa yang singkat (seminggu hingga ke 3 atau 4 minggu)
~macd bersilang (gc1)
~memastikan macd melepasi garis 0 (bullish zone)
~ema7 dan ema21 bersilang (gc2)
~mencari zone entry terbaik bila harga berada di paras sokongan ema7 atau ema21
~menjual pegangan saham apabila isyarat TS muncul, atau macd bersilang ke bawah (dc)
IJMCarta harian
~Kaedah mudah untuk entry dan tp berdasarkan sistem persilangan emas
~kaedah ini untuk jangka masa yg singkat, untuk jangka masa yang panjang boleh perhatikan pergerakan harga sehingga ema7 dan ema21 bersilang kebawah carta harian/mingguan atau bulanan
Sekadar pembelajaran ta
Kaunter sekadar hiasan
Bukan buycall
line chartsalah satu jenis carta yang ada untuk digunakan ialah line chart.
line chart hanya menggunakan closing price untuk dilukis.
oleh itu, ia lebih simple dan tidak menunjukkan banyak maklumat seperti candlesticks
akan tetapi, ia lebih mudah untuk digunakan untuk melukis trend, untuk melukis support dan resistance, dan juga melihat pergerakan harga.
KAJIAN 5: MMAG - Cerminan Sejarah LamaMMAG terkenal dengan sifat 'pump and dump'. Suatu ketika dahulu, MMAG pernah mencapai harga RM 1.90. Kenaikan ketika ini adalah sekitar 300%. Kemudian, harga turun secara drastik menuju ke harga sebelum ini. Pump and dump ini hanya mengambil masa lebih kurang 38 hari sahaja. Harga naik dan turun sekelip mata. Kebiasaanya, kaunter saham yang mengalami pump and dump ini akan mengambil masa yang lama untuk recover dan harga akan bergerak sideways dalam tempoh yang sangat lama.
Hari ini, MMAG memberi kejutan sekali lagi. Awal dagangan, MMAG dibuka gap up dan harga terus menaik sehingga RM 0.585 iaitu sebanyak 15.84% sejak harga dibuka. Seminit kemudian, harga terus menjunam secara drastik daripada RM 0.585 ke RM 0.495. Kejatuhan sebanyak 15.38% hanya berlaku dalam seminit sahaja. Kemudian harga bergerak sideways sebelum meneruskan kejatuhan sekali lagi pada waktu akhir dagangan. MMAG ditutup pada harga RM 0.390 iaitu lebih rendah berbanding harga tutup semalam. MMAG hari ini mencatatkan kerugian sebanyak 21.21%.
Dari sudut Fundamental, QR menunjukkan MMAG membuat kerugian secara konsisten. Hasil (revenue) bertambah tetapi keuntungan merosot. Dalam 10 quarter, hanya satu quarter sahaja MMAG membuat keuntungan.
Kesimpulannya, pada hari ini, sejarah pump and dump MMAG pada time frame daily dilihat diterjemahkan semula ke dalam MMAG dalam time frame 1 minit.
"History repeats itself"
"Pelanduk sentiasa melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk"
Nota kaki:
* Pump = Harga ditolak naik secara mendadak.
* Dump = Pegangan dilepaskan / dijual secara mendadak.
* QR = Quarter Report.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
PUMP AND DUMPpump and dump, P&D ni adalah kenaikan harga palsu yang melampau lampau yang bersifat sementara. Aktiviti p&d biasa berlaku kat kaunter2 small cap, kaunter rugi, kaunter tiada fundamental. Tapi kaunter2 mahal pun tak terkecuali. Asalkan boleh buat duit.
.
.
Kenapa p&d ni berlaku? Sebab duit lah.
.
Bayangkan dalam masa 2 3 bulan harga naik daripada bawah 10sen super penny ke harga puluh puluh sen. Dah berapa ribu persen untung? Bayangkan sindiket letak modal 5 juta, push kejap je boleh profit sampai 30juta. Ingat game p&d ni game cikai2 ka?
.
Jadi siapa yang menjadi dalang disebalik permainan kejam pump and dump ini?
- Boleh jadi game seseorang individu yang kaya, atau satu team sindiket, atau syarikat itu sendiri. Macam macam gelaran. Jerung, cik cindy, market maker,smart money. Niat depa satu je, gandakan duit depa kat market. Bukan gandakan duit anda. Bukan nak tolong anda mencari financial freedom. Kita semua ni hanya bidak dalam percaturan mereka.
.
-
.
Jadi macam mana modus operandi / SOP pum and dump ni?
Prelude-
Biasanya mereka akan kumpul dulu saham diam2 pada harga termurah dengan banyak. Fasa ni tiada siapa perasan sebab ia boleh berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Mereka mengamalkan prinsip buy low sell high. Bila kapal tongkang dah penuh, baru boleh jalan.
.
fasa 1 - Sesi tabur dedak.
.
- Pada fasa ini, news dan rumours bersifat positif akan mula di kompang kat berita, blog saham, telegram, whatsapp, website sembang saham, surat khabar. Dalam fasa ini, anda boleh la dengar
- “syarikat XYZ MOU 1billiun dengan syarikat negara gohed gostan”
- “syarikat XYZ nak buat kilang buat sarung getah kaki”
- “siapa yang akan dapat tender kerajaan 2.6 billiun ini?”
- “stock ni undervalue kaw2, jangan cakap abang tak payung”
- “XYZ building up volume/stay tune/ huat huah limit up ni!/ panic buying now!! “
Fasa 2 – kenaikan harga saham
.
- Dalam fasa ini, harga akan meroket laju. Newbies yang dah dengar news/rumours tadi akan kelam kabut kejar harga. Geng yang follow teknikal analisis pun akan triggered juga pasal semua indicator akan memberi signal bullish. Fasa ni boleh bertahan sampai cik cindy dah kekenyangan. Anda yang baru masuk market tiba2 untung 100% seminggu, tak kan tak berkepak jalan kan? Mudahnya menyaham. Asal modal 1000 ringgit dah jadi ribu2. Letak 10k boleh jadi 100k macam ni. Money management takda dah time ni. Yang ada cerita “kalau”. Jual tanah teruslah. All in duit VSS. Pinjam duit mak bapak. Collect duit sedara mara sahabat handai.
Fasa 3 – penjualan
.
- Biasa kalau dah naik pacak sangat, turun pun pacak juga. Tapi kita panggil manja sikit fasa ni, fasa “temporary profit taking”. Normal lah harga dah naik mesti turun. Dia selang seli naik turun katanya. Ini semua penjualan weak holders katanya. Dapat project berbillion takkan tak leh sampai TP singgit? Ini semua adalah part of the game. Cik cindy dia bukannya jual seketul kat atas. Sepanjang perjalanan ke puncak langit ke tujuh tu dia dah dispose sikit sikit pegangan mereka. Average price mereka jauh dibawah neraka ke tujuh dan entry korang kat langit ke tujuh. Sampai level ni, volume pun lemau dah takda sapa nak push. Retailers pi la push sendiri. Kejatuhan tajam ini biasa akan disusuli dengan apa yang kita kata Dead Cat Bounce. Ketika DCB ini berlaku, ramai dah mula pasang harapan harga akan recover balik. Ada yang average down. Jam jam kecemasan camni akan keluar lagi ayat2 manis seperti “ harga dah oversold ni tunggu masa” “harga diskaun ni”. Ini semua adalah sementara. Teknikal rebound.
Fasa 4 – tutup buku
.
- Dalam fasa ini, harga pun meleleh turun secara perlahan lahan tapi pasti. Tiada dah news rumours projek billiyun. Takde angin langsung dah. Senyap sunyi kaunter. Tengok market depth lemau habis. Geng2 cik cindy tengah berhura huray pi joli katak sementara pelabur runcit termenung jauh mengenangkan nasib dan menggunakan teknik analisis harapan. Kalau guna duit tepi ok lagi sangkut. Yang lain tu? Ini semua adalah cobaan..
Kesimpulan.
.
- Kewujudan sindiket adalah perkara yang tidak asing lagi dalam dunia saham. Nampak macam jahat, tapi market memerlukan mereka untuk mencipta volume. Mereka adalah sebahagian daripda ekosistem. Ada jerung baik, ada jerung ganas. Jadi pelabur runcit sekalian yang berada di bawah sekali dalam rantaian ekosistem ini kenalah jadi cerdik juga. Bila mereka jalan, kita ikut tepi. Kawal emosi dan money management. Sampai bila nak kena ngap. Jadikan pengalaman masing2 sebagai iktibar dan pengajaran.
Penat tulis panjang panjang ni, jadi tolong share n like post ini. Hehe😊
Renung renungkan.
Mohamad Ali Fudin (MSTA-UK, CFTe- US)
5 Petua Untuk Pencartaan Yang Lebih CepatBerikut merupakan 5 petua yang boleh mempercepatkan pencartaan anda. Setiap petua dalam idea ini mengandungi kekunci pintas yang mudah: tekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC anda. Menguasai kekunci pintas ini akan memudahkan anda memilih beberapa lukisan , membuat edit secara pukal, and meningkatkan proses kajian anda.
1. Pilih beberapa lukisan di sesuatu kawasan dengan menekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik tetikus di kawasan dipilih. Ini merupakan cara terpantas untuk memilih beberapa lukisan sekaligus. Tekan command/Ctrl dan tarik tetikus anda ke kawasan tertentu.
2. Anda juga boleh memilih beberapa lukisan pada masa yang sama. Untuk bermula, anda boleh menekan kunci command(Mac) atau Ctrl(PC) dan klik pada setiap lukisan satu per satu. Ini berguna jika anda perlu memilih lukisan-lukisan tertentu yang terletak jauh antara satu sama lain di carta.
3. Selepas mempelajari cara memilih beberapa lukisan di carta anda, tahukah anda boleh mengedit mereka secara pukal? Contohnya, anda boleh memilih beberapa lukisan di carta anda dan menukarkan warna setiap lukisan dengan hanya satu klik. Tekan command/Ctrl , pilih setiap lukisan , dan tukar warnanya dalam bar alat terapung yang muncul.
4.Anda boleh menukar lebih daripada warna… Anda juga boleh mengedit ketebalan garisan, sempadan, order visual , warna fon secara pukal. Pilih setiap lukisan menggunakan command/Ctrl dan gunakan bar alat terapung untuk membuat perubahan yang sewajarnya.
5. Kunci command dan Ctrl juga boleh digunakan untuk menduplikasikan sebuah lukisan. Tekan command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik lukisan terplih tersebut. Klon yang baru akan muncul.
Kami berharap anda menikmati lima petua ini. Petua ini bertujuan untuk menguasai kekuatan kunci command dan Ctrl. Dengan kekunci pintas ini, anda boleh memilih beberapa lukisan, membuat perubahan pukal, dan menduplikasikan lukisan dengan cepat.
Sila hubungi kami jika anda mempunyai soalan tentang petua ini! Pasukan kami akan membaca komen dan akan cuba membantu anda sebaik boleh. Anda boleh menulis maklum balas dan cadangan anda.
P.S. Kami menggunakan hashtag #TradingViewTips untuk berkongsi petua-petua berguna yang lain tentang platform ini.
KAJIAN 4: Sektor Telekomunikasi dan Media Cuba Lengkapkan BentukKAJIAN 4:
- Sektor Telekomunikasi dan Media dilihat membentuk cup and handle pattern.
- Harga dilihat beberapa kali retest resistance RM 730.
- Harga berpotensi untuk naik lebih tinggi jika mampu melepasi paras harga yang penting ini iaitu RM 730 yang merupakan 'neckline' dan 'all time high' bagi sektor ini.
Saham berkaitan sektor telekomunikasi dan media di Bursa Malaysia:
- Maxis, Axiata, Digi, TM, Timecom, Astro, Media, OCK, Gpacket, XOX, Star, Redtone, Mediac, Amtel, Sridge, Nexgram, Binacom, Opcom, PUC, Priva, Innity, Sasbadi, Mtouche, MNC, SJC, M3Tech, Sedania, PPG, Ecohlds, Amedia, Rev.
* Cup and handle = Satu bentuk bullish. Kebiasaannya harga akan naik lebih tinggi jika mampu memecahkan neckline cup and handle ini.
* Neckline = Resistance bagi bentuk cup and handle.
* Retest = Harga menyentuh resistance.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
KAJIAN 3: DATAPRP Mencatat Keuntungan BesarDATAPRP telah mencipta keuntungan sebanyak 1,015.15% dalam hanya 16 hari sahaja. Pada 15 Februari 2020, harga dibuka pada harga 19 sen dan ditutup pada harga RM 1.84 pada 3 Mac 2020.
Disclaimer: Idea ini hanya bertujuan untuk penggunaan pendidikan sahaja, bukan saranan untuk jual dan beli (buycall & sellcall).
Teknik Heiken-Ashi Candlestick (HA) bagi membaca cartaPenggunaan Heiken-Ashi adalah serupa dengan Japanese Candlestick tetapi mempunyai sedikit perbezaan, ianya tiada gap & mudah kenalpasti trend. Sesuai bagi trader yang follow trend.
Hijau HA yang panjang menunjukkan minat belian yang tinggi (HA-Close lebih tinggi daripada HA-Open)
Merah HA menunjukkan minat jualan yang tinggi (HA Close lebih rendah daripada HA-Open)
Pengumpulan MA sepusatSemua ma akan berada disatu tempat. ini menunjukkan harga sedang betumpu dan berpusat. Minta perhatikan lebih
MA20,ma50,ma200. Biasa dengan pengumpulan macam ini kenaikan selepas tu akan sangat kuat.
Minta perhatikan lebih
Penggunaan alat tulis baru TradingView yang bermanfaat!Selamat pagi kepada para pedagang TradingView Malaysia.
Mungkin suda ramai yang tahu, namun hari ini saya akan menerangkan beberapa alat tulis carta TV (TradingView) yang baru diperkenalkan sejak beberapa bulan lalu yang boleh di manfaatkan oleh para pedagang/pelabur untuk berdagang dengan lebih cekap.
Trendline (Garis Trend) merupakan penanda aras/sentimen penting untuk pertukaran trend harga. Kini TV juga telah menyediakan alat untuk meletakkan pemberitahuan (notification) jika harga atau lilin mengatasi garis trend tersebut.
Lukis trendline yg sesuai, kemudian satu klik pada garis trend tersebut dan cari tab kecil setting utk trendline tersebut (biasanya akan muncul pada bawah carta), klik ikon loceng dan simpan. Begitu mudahkan? Setup utk beberapa carta dalam watchlist (senarai pantau) anda dan hanya tunggu.
Anda juga boleh meletakkan nota/teks pada trendline tersebut.
Nota - untuk entri terbaik, tunggu jika harga mampu untuk mengatasi rintangan terdekat harga untuk pengesahan momentum yang kuat.
Kemudian untuk alat Signpost (tiang tanda harga) juga baru diperkenalkan, untuk anda meletakkan nota/teks pada mana2 lilin carta. Ianya ibarat untuk isyarat jalan raya, nota, peringatan, atau berita penting tentang syarikat bagi anda tidak hilang fokus dalam analisa yang banyak.
Bagaimanakah untuk menambahkan Tiang tanda kepada carta?
Pilih alat Tiang tanda di panel kiri di bawah Alat Anotasi.
Letakkan kursor di mana anda ingin meletakkan Tiang tanda.
Masukkan teks yang anda ingin memaparkan di Tiang tanda.
Alat lukisan seterusnya yang terbaru dikeluarkan oleh TV team adalah alat Nota Harga. Anda boleh menandakan harga pada mana2 aras pada carta dan juga menambahkan teks untuk aras tersebut. Ianya terletak di panel kira pada carta dalam bahagian Alat Anotasi.
Bagaimanakah untuk menambahkan nota harga?
Pilih alat dari panel.
Letakkan pada dua titik. Titik pertama menentukan harga manakala titik kedua merupakan koordinat label harga.
Kekunci panas (hotkeys) untuk alat Nota Harga.
Tekan Ctrl (Windows) atau ⌘ (Mac) semasa menentukan titik supaya titik tersebut dilukis kepada simbol terdekat.
Tekas kekunci Shift semasa menentukan titik untuk memastikan kecerunan garis objek dalam tambahan sebanyak 45 darjah.
Selain itu, anda juga boleh menambahkan teks di atas garisan. Hanya perlu buka dialog tetapan objek dengan klik dua kali pada objek, pergi ke tab Teks, aktifkan paparan dan masukkan teks.
Mungkin setakat ini saja untuk masa ini, ambil masa untuk bermain dengan alat tulis tersebut untuk menyesuaikannya ia dalam teknik perdagangan anda, dalam membantu jurnal pendaganan anda supaya lebih fokus dan lebih effisien. Selamat berdagang!
Jangan lupa, Tradingview kini juga telah mengeluarkan desktop app (beta) untuk carta penulisan yang lebih cekap dan pantas.
Juga, sila baca peraturan rumah Tradingview terkini untuk makluman lanjut untuk etika penulisan dan penerbitan idea yang baik! :)
my.tradingview.com
Euro,in shaa Allah akan meneruskan kenaikkan ke 52 weekAllahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad..Sila di amalkan setiap hari sehari semalam yer!!..
Alhamdulillah,terbuka untuk aku kongsikan sedikit pengalaman trading ini kat korang yer...Sekadar sembang-sembang kedai warong jerk!!!
Semalam aku baru masuk 1 kaunter ni...harga pun boleh tahan jugak ler!!!..
Seperti di dalam chart tersebut...
Telah aku setting chart(trading plan) di atas tu yer mengikut ilmu yang ada nih!!..
So korang tengok lah yer!!!...
Sebenarnya agak tinggi jugak harga yang aku beli ni kerana posisi cut loss aku sangatlah tinggi...
Sebelum aku nak entry memang aku dah ready untuk rugi...
''Dah nama pelabur kan ,memang ada rugi dan untung nya!!..
Yang menyakinkan aku untuk entry bukan di sebabkan chart pattern BO, indi Macd Cross and RSI momentum tu tau!!!
Tetapi yang menyakinkan aku asbab transaksi berlaku pagi itu..
Mybe dalam pukul 11.00 lebih kut aku lihat harga naik turun berlanjutan di dalam kaunter nih....
So aku buat kajian sepatas kilat untuk melihat posisi yang terbaik,,,
Biasanya time-time begini geng-geng Intradays and scalping tengah beraksi...Hit and run...
Sampai lah satu kemuncak dimana pelabur dan jerung2 besar masuk...
Mereka sanggup membeli harga yang diorang jualkan maka harga pun memecahkan resistant (Breakout) yang ada...
Harga terus naik kerana volume bid sell telah di makan oleh jerung-jerung besar...
Jerung mengangkat harga dengan belian yang banyak sehingga bid sell menjadi kurang bilangannya dan memudahkan volume yang kecil di masuki oleh pelabur kecil untuk membantu menaikkan harga tersebut...
Apabila demand pembelian kuat mengatasi penjualan maka harga akan spike terus menerus tanpa ada halangan kecuali ada penjualan yang besar berlaku,baru lah harga akan turun dengan begitu besar...
Untuk TP tu...Aku layan swinger and longterm bro...
Kalau nak shorterm tu korang TP di atas BO week 52 or ikut level masing-masing...
Ini bukan buy call taw!!!...Tapi sekadar berkongsi pengalaman strategi trading plan yang aku ada...
Di dalam chart telah aku spotkan trading plan aku untuk korang belajar dan ambil pengalaman yer!!!..
Apa yang kurang,aku minta maaf yer!!..
Apa yang baik korang ambik,apa yang kurang sesuai jangan kecam plak!!!....
Pesanan :
Sebelum trade buat kajian dulu,
Apabila sudah yakin tetapkan entry dan CL ...
Kira rugi dahulu dari harga entry itu ke CL ...
Dalam Apps adroid ada MYSTOCK..
Korang boleh kira dahulu kerugian yang bakal di terima,
Adakah sanggup atau tidak!!!...
Jika sanggup silakan!!!...
Jika tidak lebih baik jangan trade!!!..
Pilih lah jalan yang selamat bukan membabi buta yer!!!..
Bagi muslim baca doa perlindungan,bismillah dan selawat 3x...
Mohon petunjuk Allah SWT dari apa yang kita rancangkan itu...
Niatkan kerana Allah SWT
Sekiranya baik untukku maka permudahkan, sekiranya tidak maka tunjukkan lah...
Biar hati tenang dan redha dengan pemberian Allah SWT...
Baru tekan butang buy...Begitu juga nak sell biar dalam keadaan tenang jangan terburu-buru...
Semua urusan rezeki itu milik Allah SWT...
Kalau rugi redha,kalau untung syukur...
Wallahu'alam
Lima Petua untuk Pedagang dan Pelabur BaruSama ada anda baru atau telah pun berdagang lebih dari 20 tahun, catatan ini adalah satu peringatan semula mengenai kepentingan mempunyai jangkaan yang realistik terhadap pasaran. Kesabaran, keinginan untuk belajar dan pandangan yang positif, terutamanya untuk jangka masa yang lama akan membantu anda dalam perjalanan anda. Di sini ada beberapa petua untuk anda bermula!
1. Membuat kod pasaran
Pasaran kewangan menarik orang-orang pintar yang menjalankan strategi, penunjuk dan analisis untuk membuat keputusan yang lebih baik. Komuniti Skrip Pine adalah contoh yang tepat untuk ini - anda boleh terus ke halaman Pilihan Editor Skrip Pine untuk melihat sendiri. Dengan Skrip Pine, anda boleh membuat kod dan membuat penunjuk atau strategi anda sendiri. Lebih penting lagi, anda dapat mempelajari selok-belok tindakan harga dan mekanik asas bagi penunjuk-penunjuk tertentu.
2. Gunakan Perdagangan Kertas untuk menguji idea anda
Kesemua ahli mempunyai akses ke alatan Perdagangan Kertas percuma kami. Ini bermaksud anda boleh berdagang, melabur dan mempelajari idea anda di dalam satu persekitaran bersimulasi. Adakah anda rasa anda boleh mengalahkan pasaran? Buka carta di desktop anda, klik Panel Perdagangan di bahagian bawah dan sambungkan kepada akaun anda. Buat urus niaga dan kaji prestasi anda selama beberapa hari, minggu atau bulan berikutnya. Jom betapa hebatnya anda sebelum anda mempertaruhkan wang sebenar. 😁
3. Ikuti yang lain, gunakan bilik sembang dan berfikiran terbuka
Pedagang dan pelabur dari seluruh dunia berkongsi idea di sini. Mereka juga mengambil bahagian di dalam bilik sembang dan bahagian komen. Ini bukan hanya peluang untuk belajar dan bertemu dengan orang lain, tetapi juga merupakan peringatan tentang siapa lagi yang menyertai pasaran. Anda boleh mendapatkan maklum balas segera dengan mengemukakan soalan, mengikuti profil mereka atau menyumbang kepada pelbagai laman sembang. Tidak pernah semudah ini untuk membuat rangkaian dan bekerja dengan orang lain untuk belajar mengenai pasaran. Ini juga peringatan bahawa pasaran itu adalah berdaya saing. Dengan ini, mulakan perjalanan anda dengan meneroka komuniti, bertemu dengan orang lain dan belajar konsep-konsep baru.
4. Ujian semula, ujian semula, ujian semula
Penguji Strategi memudahkan anda untuk menguji semula dagangan anda dalam jangka waktu yang tertentu. Anda boleh menguji strategi yang berbeza di Perpustakaan Awam dengan membuka menu penunjuk dan memilih strategi. Strategi akan ditunjukkan dengan simbol anak panah merah kebawah dan anak panah hijau keatas di hujung tajuknya. Ia akan kelihatan seperti ini: "Strategi Momentum 🔻 ▲." Tambahkan strategi ini ke carta anda dan gunakan Penguji Strategi untuk mengikuti prestasinya. Bagi mereka yang mencari kaedah yang lebih mudah untuk menguji semula, alat Bar Ulangan dapat membawa anda kembali ke belakang untuk menguji idea anda pada ticker tertentu. Tekan butang Ulangan ⏪ di bahagian atas carta anda.
5. Buat satu rancangan
Ramai pedagang dan pelabur baru lupa untuk membuat rancangan. Sebaliknya, mereka mula berdagang tanpa menguji idea mereka atau belajar dari orang lain. Gunakan alatan yang ada dan buat rancangan jangka panjang! Lukiskan rancangan anda terus di carta, gunakan alat Nota Teks yang terletak di bahagian bawah carta sebagai blog atau buku harian peribadi anda, buat susun atur penunjuk, simpan susun atur carta tertentu untuk anda tidak kehilangan rancangan anda dan buat pemberitahuan untuk peringatan pantas. Kesemua alatan ini dapat meningkatkan proses dan rancangan jangka panjang anda. Lawati Pusat Bantuan kami untuk mempelajari dengan lebih lanjut dan anda boleh bertanyakan mengenai pelbagai perkara mengenai akaun anda.
Kami harap anda menyukai hantaran ini dan sila tinggalkan apa-apa soalan atau komen di bawah! Pasukan kami sentiasa membaca maklum balas anda. Nantikan hantaran-hantaran lain dari kami.
UWC membuat penurunan sementara sebelum melangit kembali Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad ..
Semoga sahabat-sahabat mendapat sedikit kebaikan dari kongsian aku ini ye!!!...
Meh lihat...18.2.21 tarikh yang telah di bahagikan bonus issue,,,,
So biasa nya akan berlaku nya Sell pressure kerana pemegang-pemegang telah melepaskan pegangannya untuk taking profit...So harga akan drop kerana penjualan beramai-ramai tanpa demand pembeli yang ramai...Jangan nangis ye bagi yang loss...
Harga mungkin akan duduk di area yang support atau akan berada di sekitar Ema 20....Cuba korang lihat trend support kuat di area Ema 20..
Harga banyak menyentuh dan pantul memantul di area ini,,,,
In shaa Allah,boleh letak entry terbaik di Ema ini and support yang telah di lakar kan di atas dan korang boleh layan swing trade dan sekiranya harga drop so boleh wait di area Ema 50...Jangan beli tanpa keyakinan dan kajian sendiri yer!...
Unuk Ema 100 and 200 ni more yang suka simpan duit lama-lama atau kaki investment boleh layan EMA ini...Kaki peram..
Sekadar memberi ulasan dan pembelajaran ....Semoga bermanfaat dunia akhirat...
MCLEANMEMBELI SAHAM TERTINGGI 52 MINGGU KAEDAH PERSILANGAN EMAS
1 pastikan carta telah melepasi rintangan tertinggi 52 minggu
2 pastikan stik telah berhenti di paras rintangan yang baru kemudian jatuh mencari sokongan terdekat
3 jadikan ema7 atau ema21 sebagai sokongan, carta 1hari sebagai rujukan
4 sekiranya stik berhenti di salah satu sokongan dan berlaku lantunan semula, boleh diperhatikan pergerakan semasa sehingga sokongan terkuat tidak dapat d tembusi
5 untuk carta 15minit, jadikan ma50 atau ma200 sebagai sokongan terakhir, sekiranya berlaku lantunan, boleh diperhatikan sehingga berlaku persilangan 1 dan 2
6 yang terakhir membeli saham sekiranya berlaku persilangan 1 dan 2 di carta 15 minit
Sekadar perkongsian, Tiada sebarang cadangan membeli dan menjual.
Semoga bermanfaat
AWANTECMEMBELI SAHAM SEBELUM MELEPASI RINTANGAN TERTINGGI 52 MINGGU
1 kenal pasti bentuk carta sebagai contoh: cawan dan pemegang, segitiga dan lain-lain
2 pastikan carta 1hari berlaku persilangan 1 dan 2
3 pastikan carta 15 minit berlaku persilangan 1 dan 2
4 membeli saham semasa stik berada diatas ema7
Sekadar perkongsian, tiada sebarang cadangan membeli atau jual.
Semoga bermanafaat.
Asiaply ,In shaa Allah masih berusaha sesi percubaanSegala pujian bagi Tuhan(Allah SWT) sekalian alam...Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW...Mari bersama-sama memuji kebesaran Allah SWT dan berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW...Di persilakan amalkn 10x sehari semalam..
In shaa Allah, aku akan kongsi kan sedikit chart di atas untuk pembelajaran dan sekiranya ada tersalah di persilakan di kecam yer!!!...
Strong Signal Buy :
Trend line cantik di area resistant
Trend horizontal cantik di area support dan resistant
Macd Cross over
Rsi menunjukkan momentum
Volume tinggi di harga sebelumnya pada harga resistant sebelumnya(0.335)
So mudah cerita,korang hadam and perhatikan chart tersebut...Sekiranya melanggar arah,sila pasang CL..Sekiranya harga spike di area 0,335 so resistant itu boleh jadikan sebagai support yang baru dan jadikan CL yang baru..Sekirannya harga dah awal drop so sila perhatikan dahulu harga nak pergi mana.Apa-apa pun chart telah mengutarakan apa telah kita bincangkan Wallahua'lam..Semoga bermanfaat..Amin..
Tiga Cara Untuk Membuat Keputusan Yang Lebih Baik dalam PasaranSebelum kita pergi dengan lebih dalam, adalah penting untuk berkongsi beberapa perkara mengenai siapa diri kami. Kami memberikan kuasa kepada pedagang dan pelabur dengan memberikan penggunaan alatan, carta, berita dan data global profesional yang sebelum ini hanya tersedia untuk beberapa kumpulan tertentu sahaja. Alatan kami adalah tersedia untuk semua orang samada pada peranti atas meja atau mudah alih. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan keupayaan pedagang dan pelabur untuk berkembang dalam jangka masa panjang. 💪
Maksud utama di sebalik catatan ini ialah anda tidak perlu terburu-buru membuat sesuatu sebelum anda memahami semua risiko, matlamat dan rancangan jangka panjang anda. Kami menyedari bahawa di sebalik usaha dan niat kami, kadang-kadang orang akan terpengaruh oleh catatan yang tidak bertanggungjawab di media sosial, yang akhirnya membawa kepada harapan yang musnah. Kami ingin menolong orang ramai untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi. Oleh itu, mari kita bincangkan tiga cara untuk membuat keputusan yang lebih baik di pasaran. Ingat, catatan ini adalah khusus untuk pendidikan, yang mana kita sedang berada di dalam masa yang sangat menarik dalam sejarah pasaran! Teruskan membaca ... 👇
1) Jangan mengikuti pendapat orang lain secara membabi buta tanpa membuat kajian anda sendiri. Gunakan alatan yang ada untuk anda belajar dan menganalisa pasaran.
Jaringan sosial kami adalah besar dan semakin berkembang. Kami saling memberikan dorongan kepada semua orang untuk menerbitkan idea pertama mereka, mencuba laman sembang dan mengikuti pedagang-pedagang yang lain. Ini adalah masa yang terbaik untuk bertemu sesama pedagang, belajar dengan mereka dan berkembang bersama-sama. Tetapi apabila media sosial bergabung dengan pasaran, ada beberapa risiko penting yang perlu untuk dibincangkan. Elakkan daripada mengambil tabiat buruk, terpengaruh oleh pendapat-pendapat popular dan menyerah kepada tekanan teman sebaya. Elakkan melakukan sesuatu yang belum anda fikirkan secara kritis, menganalisa secara objektif atau menilai dengan sendiri. Risiko ini boleh merangkumi perdagangan sebelum anda bersedia, berdagang terlalu kerap kerana anda mempunyai idea, meletakkan diri anda pada kedudukan yang lebih besar daripada yang akaun anda mampu tangani dan mengubah fikiran anda di tengah-tengah sesi dagangan. Tetap tenang dan fikirkan semasak-masanya dahulu. Manfaatkan alatan yang ada untuk anda membuat ujian semula, menggunakan dagangan kertas atau mencari pendapat lain mencabar fikiran anda.
2) Jangan mengharapkan keuntungan yang mudah hanya kerana semua orang bercakap mengenainya. Sebaliknya cari tinjauan rakan sebaya, perhubungan yang bermakna dan cara untuk menguji idea anda sendiri.
Tidak kira berapa banyak suka yang diterima untuk sesuatu idea, tidak kira seyakin mana pengarangnya kelihatan atau berapa banyak mesej sembang yang dikongsikan, tidak ada jaminan pasaran akan berjalan seperti yang yang kita rancang. Adalah lebih baik memulakan dengan mengkaji dan meneliti idea anda terlebih dahulu untuk melihat apakah ia sesuai dengan rancangan jangka panjang anda. Inti patinya adalah: pandangan orang lain tidak boleh digunakan sebagai pengganti diri anda dalam melakukan analisisa sebelum membuat keputusan di dalam perdagangan sebenar. Rangkaian sosial kami paling baik digunakan untuk tinjauan rakan sebaya, membuat perhubungan baru dan memberikan maklum balas kritikal untuk membantu anda dalam mengembangkan strategi dan pemahaman tentang pasaran. Kami mempunyai bahagian pendidikan khusus untuk perkara ini. Kami juga mempunyai komuniti Pengekod Pine yang melakukan pengkodan pasar. Komuniti di sini diadakan untuk membantu anda mendapatkan maklum balas, idea dan konsep baru.
3) Jangan meminta isyarat masa nyata buta dalam laman sembang atau memberikan komen-komen yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang mudah. Sebaliknya fokus pada membina strategi jangka panjang anda dan mengekalkan pendekatan yang realistik.
Apabila media sosial dan pasaran kewangan bergabung, semakin banyak orang mengharapkan jawapan yang mudah mengenai bilakah waktu untuk membeli atau menjual. Dalam laman sembang umum kami (anda boleh mencarinya di sebelah kanan platform) kami menggalakkan orang ramai untuk tidak berfikiran begini dan berusaha untuk menggali dengan lebih mendalam. Anda tidak akan belajar apa-apa daripada mengemukakan soalan mengenai jual dan beli. Anda harus mengkaji, meneliti dan memeriksa pergerakan harga terlebih dahulu. Alatan rangkaian sosial kami menawarkan peluang besar untuk bercakap di dalam masa nyata dan bertukar-tukar pendapat, pandangan dan penyelidikan. Menggunakan mereka dengan cara yang betul akan membantu anda berkembang sebagai pedagang dan bersama belajar dari orang lain dalam jangka masa panjang. Tetapi membuat keputusan perdagangan tergesa-gesa berdasarkan panggilan perdagangan semata-mata merupakan idea yang tidak baik. Jangan buat!
Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar selain daripada melibatkan diri dalam lingkungan ahli-ahli yang mendedahkan anda kepada banyak idea, perbualan dan strategi yang berbeza. Kami berharap platform kami dapat meningkatkan pengetahuan anda tentang pasaran sambil membolehkan anda menyempurnakan bakat anda. Pandangan dari orang lain juga dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik, tetapi hanya jika ianya digunakan dengan cara yang bijaksana dengan berfokuskan pada kesabaran, proses dan pendidikan. Selain itu, selalu ingat bahawa anda mempunyai alatan yang berkesan di hadapan anda untuk melakukan penyelidikan terbaik anda.
Terima kasih kerana membaca! Kami berharap untuk mendengar pandangan anda di bawah. 🙏
#EWINT#BukanShariah
Salam semua, saya ingin share satu setup yang saya jumpa di kaunter EWINT .
Kesemua indikator menunjukkan BUY SIGNAL. Namun, di manakah tempat untuk kita membuat entry? Dan berapakah risiko yang sepatutnya kita ambil?
Jadi saya ada membuat sedikit penerangan di manakah kawasan yang berpotensi untuk melakukan pembelian.
Jika idea ini dapat membantu anda dari segi analisa dan pemahaman indikator, jangan lupa Follow saya di Tradingview untuk melihat penemuan kaunter saham yang menarik.
Disclaimer: Sila semak fundamental syarikat. Kenyataan saya ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan bukannya "Buy Call atau Signal"