Cara Melukis Saluran FibonacciSaluran Fibonacci adalah digunakan untuk menentukan tahap sesuatu sokongan dan rintangan fibonacci dalam arah trend yang telah dikenal pasti.
Saluran ini dapat dilukis dengan mudah sama ada dalam trend manaik atau menurun untuk mencari kawasan yang berpotensi untuk perubahan harga.
Trend menaik
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menaik, trend yang dikenal pasti perlu berada pada tahap rendah yang lebih tinggi berbanding sebelum.
Untuk melukis dan menandakan saluran, pilih dua titik rendah pada trend dahulu. Kemudian pilih titik tinggi di antara mereka.
Setelah saluran dilukis, tahap Fibonacci yang dikira dapat digunakan untuk membantu membuat spekulasi tindakan harga dengan melihat kawasan tersebut sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Trend Menurun
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menurun, trend yang dikenal pasti perlu dibuat dengan tahap yang lebih tinggi dibuat.
Untuk melukis saluran, pilih dua titik tinggi pertama yang ditentukan oleh arah trend dahulu. Kemudian pilih titik rendah di antara mereka.
Adakah anda menggunakan Saluran Fib?
Sekiranya ada, kongsi idea anda dalam komen di bawah!
Idea komuniti
2 Jenis FibonacciTerdapat 2 Jenis Fibonacci iaitu Retracement dan Extension
Nilai Retracement adalah di bawah 1 atau 100%.
Nilai Extension adalah melebihi 1 atau 100%.
Retracement biasanya diwarnakan sebagai warna merah.
Extension biasanya diwarnakan sebagai warna biru.
Garis warna unggu adalah garis yang perlu dipantau semasa market sedang berjalan.
TAFI contoh kenaikan yang sihatTAFI jika dilihat membuat kenaikan yang banyak.
Antara sebab TAFI adalah kenaikan yang sihat adalah, kenaikannya di sokong oleh volume yang juga menaik.
Secara logik buyer adalah agresif atau Buyer in Control.
Letak la berapa amaun pun di que harga sell side, sentiasa akan ada pembeli yang menghabiskan que tersebut.
Boleh jadikan ini sebagai indikator untuk pemilihan saham lain kali.
Apapun kaunter ini sudah naik banyak, jadi agak berisiko untuk masuk.
TAYOR.
Penggunaan Saluran Regresi LinearSaluran Regresi Linear adalah cara yang baik untuk mengenalpasti aras utama yang berpotensi untuk aksi harga masa hadapan dengan menggambarkan distribusi normal sebuah trend.
Semasa menggunakan alat Trend Regresi(terletak di panel lukisan di bawah kumpulan "Alat Garis Trend")dua titik pada trend dipilih, biasanya pada awal dan akhir trend.
Apabila dua titik pada carta dipilih, distribusi normal data dikira antara dua titik yang dipilih dan dipaparkanda dalam bentuk saluran regresi linear.
Garis tengah dalam saluran ini ialah Garisan Regresi Linear atau Purata, dan garis atas dan bawah adalah sisihan piawai Atas dan Bawah daripada purata seperti yang ditentukan dalam tetapan alat ( tetapan lalai adalah sisihan piawai +2 dan -2 daripada purata)
Korelasi hubungan linear dipaparkan sebagai koefisien korelasi Pearson atau Pearson R. Ia boleh dipaparkan atau disembunyikan di carta dengan memilihnya di menu gaya.
Pearson R menunjukkan kekuatan korelasi dan arahnya, dengan nilai bergerak di antara -1 dan 1. Semakin jauh Pearson R bergerak dari sifar, kekuatan hubungan linear antara harga dan masa meningkat. Semasa menggunakan alat Trend Regresi, Pearson akan sentiasa ditetapkan sebagai nilai mutlak(positif), tetapi arah trendnya boleh dikenalpasti secara visual.
Pembalikan purata
Apabila trend regresi mempunyai korelasi tinggi, ini disebabkan konsistensi aksi harga berada di sepanjang purata (garis tengah), dengan lebih sedikit poin yang bergerak di atas dan di bawah garis purata ke atas dan bawah aras sisihan piawai.
Salah satu cara untuk melakukan perdagangan saluran regresi linear adalah dengan berdagang aksi harga apabila ia bergerak dari dan balik ke purata.
Semasa menggunakan alat ini, harap maklum bahawa saluran yang mempunyai lebih banyak bar dan korelasi yang tinggi akan lebih cenderung bergerak dalam trend itu berbanding saluran yang mempunyai beberapa bar dan korelasi yang tinggi.
Panjang trend ini harus dipertimbangkan semasa berdagang dengan saluran ini.
Dengan alat Trend Regresi, anda boleh mulai memanfaatkan analisis statistik dalam strategi perdagangan anda hanya dengan beberapa klik!
PRIVA: SUPPORT & RESISTANTMungkin kacang bagi kita tp intan bg org lain. Layan...
1. Support dan resistant adalah halangan ke bawah dan ke atas yg MAYA atau halimunan. Pd yg belum tahu, pasti tertanya2 kenapa harga stop sini then ditendang ke bawah semula atau kenapa harga rebound balik tak terus jatuh.
2. Boleh guna indikator FIBONACCI RETRACEMENT. Rujuk youtube atau website pasal ni. Nak explain leceh sini. Ni kira homework lah ya.
3. Boleh guna Gann Chart. Boleh rujuk kaedah GANN CHART dlm artikel no. 16 di atas. Explanation in detail on strong weak support, ratcage dll. Search je.
4. MA atau EMA sebagai support n resistant. EMA 5 10 20 50 100 200.
Candle akan mencuba beberapa kali utk melepasi EMA. Jika dapat terlepas seluruh badan candle, EMA tersebut akan jadi support baru dan EMA di atas akan jadi resistant. Jika x dapat pecah resistant atas, candle akan jatuh ke support semula. Kalau nasib tak baik, open price bawah support, alamat esok harga turun lagi.
NOVAMSC: HOMEWORK SEBELUM MASUK KAUNTERWajib kita kaji dulu kaunter sebelum masuk.
1. Trend dia: uptrend atau downtrend. Guna indi RSI250. Lebih 50 ialah uptrend. Juga cek indi DMI, pastikan ADX lebih 20.
2. Ada jerung tak dlm kaunter tu. Guna indi MCDX smartmoney dlm TV.
3. Apa arah kaunter. Guna BB dan line2 EMA atau SMA atau WMA.
4. Bila nak entry. Guna Gann chart, indi stochastic, MACD
Baru kita buat TRADING PLAN
Kaunter:
Ep:
Tp:
Cl:
Then perlu kita sama2 beringat, masa bersaham kawal emosi.... harga dah tinggi jangan kejar.
Masuk ikut kemampuan. Perlu ada target nak untung berapa. Dengan cara ini kita akan selalu menang waupun dengan profit yang sedikit. Andai sehari rm100 pun ok. Modal rm3000 contoh, beli kaunter 0.25 atau 0.255(ni harga cun2 lepas ratcage ni) jual 0.275 atau 0.28. Minimum profit kat situ dah RM200 tolak brokerage fee dpt net RM170.
Sebulan 20x170 = RM3400.
Sewa rumah teres 2tingkat dgn harga beli rm600k pun baru dpt rm1500 sebulan kena bayar ke bank lebih lagi lak tu.
HIAPTEK cuba memecahkan halangan & membentuk " rounding bottom "- Percubaan membentuk rounding bottom jika berjaya memecahkan rintangan , jika berlaku gap akan membentuk island reversal.
- terdapat tanda apabila bejaya memecahkan kumo berserta volume yang meyakinkan
- Ini hanyalah tujuan pembelajaran , jika ada sebarang penambah baikan amat-amat dialu-alukan.
- Ini bukan " buy call ".
- Pelaburan anda , tanggungjawab anda.
Carta Heikin Ashi vs Carta CandlestickMengikuti aksi harga adalah dasar pasaran. Sekilas melihat carta dapat menunjukkan trend, idea dagangan atau sebagai cara yang pantas untuk menyemak posisi dalam portfolio anda.
Carta candlestick adalah salah satu cara yang paling popular untuk melihat aksi harga. Satu candlestick menunjukkan tinggi,rendah, buka dan tutup untuk tempoh masa tertentu. Ini bermakna, adakalanya, maklumat harga dipenuhi dengan ketidaktentuan perdagangan.
Di sanalah carta Heikin Ashi menjadi paling berguna - mereka menghaluskan harga dengan menunjukkan julat harga purata,bukannya ukuran tepat. Mengikut faktanya, carta Heikin Ashi dikembangkan di Jepun dan perkataan Heikin bermaksud "purata" dalam Jepun. Bagi mereka yang melabur untuk jangka masa panjang atau mencari trend yang berlanjutan, carta Heikin Ashi adalah efektif untuk menghaluskan harga dan menunjukkan trend dengan lebih jelas.
Kunci untuk memahami carta Heikin-Ashi adalah dengan mengingati setiap bar sama ada merah atau hijau, menunjukkan julat purata harga untuk satu tempoh tertentu manakala carta candlestick menunjukkan aras harga sebenar untuk tempoh tertentu.
Formula untuk Heikin Ashi adalah seperti berikut:
Buka = (Buka untuk bar sebelum + tutup untuk bar sebelum)/2
Tutup = (Buka + Tinggi + Rendah + Tutup) / 4
Tinggi = Titik tertinggi baik buka, tinggi, rendah mahupun tutup
Rendah = Titik terendah baik buka, tinggi, rendah mahupun tutup
Pastikan anda menguji dua jenis carta yang berbeza ini. Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar selain membandingkan dan melihat perbezaan antara kedua-dua carta seperti yang kami lakukan dalam contoh ini. Ingat, ia juga berkaitan dengan pilihan individu. Adakah anda ingin melihat pergerakan aksi harga secara terperinci? Atay adakah anda ingin melihat purata harga untuk aksi perdagangan? Ini semua terpulang kepada anda dan alat-alat tersebut tersedia untuk anda mencuba.
NOTA
Walaupun carta Heikin Ashi dan bukan strandard yang lain juga berguna untuk menganalisis pasaran, mereka tidak harus digunakan untuk menguji balik strategi atau membuat pesanan dagangan kerana harganya bersifat sintetik dan tidak mencerminkan aras tawar/bida di bursa atau broker. Jika anda memerlukan maklumat lanjut untuk memahami ini, lihatlah penerbitan berikut:
• Dalam Pusat Bantuan: Strategi yang menghasilkan hasil yang tidak realistik pada carta jenis bukan standard (Heikin Ashi, Renko, dsb.)
• Daripada PineCoders: Pengujian balik pada Carta Bukan Standard: Awas!
Terima kasih kerana membaca dan sila tinggalkan sebarang komen dan soalan jika ada!
Perubahan TrendBoleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Corak Candlestick & DivergenceBoleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Bearish DivergenceBoleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Corak Bearish Divergence & CandlestickBoleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.