Idea komuniti
Melihat volum hari ini yang melebihi volum purataVol hari ini yang melebihi atau lebih banyak dari purata, kebiasaannya memberikan kita satu petunjuk baru, samada terdapat lebih minat belian atau terlebih minat jualan.
Kalau dah bosan melilhat carta, kali ni kita layan lihat nombor pula di penyaring tradingview.
Boleh cuba dan ubah mengikut kesesuaian atau ikut selera masing-masing.
Anggaran tempoh masa trend menaikDengan berpandukan garis 200 dan 50 , tak kisah samada MA atau EMA, kita boleh membuat anggaran tempoh masa pergerakan harga dari permulaan kenaikan sehinggalah dia mula kepenatan.
Sebagai panduan, harga yang bergerak naik dalam sudut 45 darjah mengambil tempoh masa di antara 3 sehingga 6 bulan dan lebih.
Saya tidak ada data lengkap untuk mengesahkan maklumat ini. Tapi, silalah cuba dan lihat carta-carta lama dan buat perbandingan sendiri.
Semoga terhibur.
Melihat peluang selepas breakout ke atas garis MA/EMA 200Tempohari kita sudah melihat kepentingan garis ma/ema 200 dan fokus membuat penyaring.
Kali ini, kita lihat pula bagaimana cara berdagang dan bentuk yang selalu muncul selepas breakout ma/ema 200.
Sebagai perbandingan, saya gunakan penyaring di tradingview untuk melihat carta-carta di negara lain dan melihat adakah mereka juga berkongsi bentuk yang sama selepas breakout.
[NOTA] Pergerakkan hargaKajian pergerakan harga untuk AMD bermula tarikh 4/3 sehinggi hari ini.
Paras sokongan dan rintangan mingguan ditentukan pada hari pertama trading.
Sekiranya harga melebihi paras rintangan atau sebaliknya, keputusan untuk membelinya boleh dibuat berdasarkan pergerakan harga semasa.
Kemaskini sektor tenaga (energy )- mencari peluangHampir kebanyakan stok berkaitan tenaga (energy) yang naik tinggi sehingga kini mula turun dan nampan tanda-tanda berhenti sebentar.
Dengan beranggapan yang hentian ini sebagai pullback pertama selepas kenaikan, kita boleh perhatian ruang-ruang untuk berdagang, terutama sekali bila bentuk lilin sudah semakin mengecil.
[Nota] CPO bulan MacMasih lagi mencari rentak untuk trade CPO?
Ini hanya sekadar kajian, bukan buy call. Mari kita lihat carta cpo bermula dari 4-3-2019 hingga 25-3-2019.
Secara asasnya, kita boleh mempertimbangkan hari isnin adalah hari untuk menentukan aras sokongan dan aras rintangan yang terkuat bagi minggu itu. Sekiranya salah satu aras ini pecah, kita boleh membuat keputusan untuk entri samaada short atau long.
S&P500 BERLEGAR DI PARAS TERTINGGI UNTUK 2019.Indeks S&P500 pada minggu lepas bermula dengan batang lilin trend menurun dan berakhir pada poin 2800. Walaupun permulaan minggu lepas kurang memberangsangkan dan lintasan garisan negatif yang dapat dilihat di indikator “Stochastic”, pandangan positif tetang saham ini masih relevan. Ini kerana perkembangan negatif ini dilihat sebagai pemberhentian sementara dari perkembangan trend menaik minggu lepas oleh indeks ini.
Garisan MA 20-hari (Biru) masih berada di atas garisan MA 50-hari (merah). Dari sudut analisa teknikal, ini petanda positif dan sekaligus memperkukuhkan pandangan positif tentang indeks ini. Buat masa sekarang, trend menaik atas dasar kewujudan corak tukar arah “V Bottom” dan batang lilin hijau yang panjang masih relevan.
Pembetulan jangka masa pendek dibawah 2491 poin berada di tahap terakhir, manakala momentum trend menaik jangka masa panjang masih kuat. Garisan sokongan yang pertama dijangkakan berada di poin 2,714, diikuti poin 2,644. Garisan rintangan yang pertama pula dijangkakan berada pada poin 2,814, diikuti poin 2,941.
PANTAU UNTUK BREAKOUT YANG KUAT DI ATAS PARAS HARGA USD 122.50Sepanjang minggu lepas, saham Pepsico menunjukkan perkembangan positif diatas paras harga USD 116.80. Berdasarkan momentum jangka masa pendek, perkembangan positif trend menaik ini berkemungkinan tinggi untuk membawa saham ini untuk pecah paras harga USD 155.50 dengan yakinnya. Jika ini berlaku, pembeli akan mengawal sentimen pasaran saham.
Garisan sokongan yang pertama dijangkakan berada di paras harga USD 116.80, diikuti paras harga USD 112.40. Garisan rintangan yang pertama pula dijangkakan berada pada paras harga USD 122.51, diikuti paras harga USD 128.
ISYARAT POSITIF DARI "INDICATORS" PENANDA TREND MENAIK Carta harga untuk saham Kimberly menunjukkan corak “Bearish Harami”, ini boleh dianggap sebagai penanda bahawa hayunan trend menaik berkemungkinan akan berhenti seketika. Namun demikian, asalkan tiada sebarang perkembangan kuat aktiviti trend menurun yang berlaku, momentum trend menaik dianggap masih kekal. Prestasi jangka masa pendek yang negatif ini boleh dimbil kira sebagai petanda saham ini sedang berehat untuk sementara. Ini kerana aras harga telahpun memecah USD120 dengan nyatanya minggu lepas. Pada masa hadapan, pembelian dijangkakan akan menaik – selari dengan isyarat positif terkini pada "MACD", "Moving Average" dan "14-day RSI".
Garisan sokongan yang pertama dijangkakan berada di paras harga USD 120.50, diikuti paras harga USD 116.20. Garisan rintangan pula dijangkakan berada pada paras harga USD 125, diikuti pada harga USD 116.20.
Idea trade untuk minggu ini - AEOSalah satu indikator yang menjadi pilihan saya kali ini adalah heikin ashi.
Sebagai kajian kes untuk minggu ini, mari kita perhatikan pergerakan saham AEO ini. AEO adalah sebuah retailer untuk pakaian di Amerika dan saham ini berstatus shariah berdasarkan idealrating.com
Nota ringkas.
Lihat contoh carta harian AEO ini. Hijau bermakna beli, dan merah bermakna jual.
Kalau kita lihat pada carta harian, AEO menunjukkan candle merah. Dan saya cuba kecik kan lagi time frame kepada 4 jam dan 1 jam.
Carta 4 jam
Carta 1 jam
Cuba perhatikan pada time frame 4 jam, candle masih lagi berstatus merah, tetapi pada time frame 1 jam menunjukkan candle berwarna hijau.
Bagi yang berminat untuk trade, anda dah boleh trade berdasar beberapa perkara yang perlu di perhatikan pada market malam ini.
1. Harga sekarang sedang bermain-main di fibo 23.6% untuk time frame daily. Sekiranya dia berjaya melepasi harga fibo ini, AEO berkemungkinan akan meneruskan kenaikannya ke 21.93, 23.46. Teknik ini sesuai untuk swing trade.
2. Kalau dilihat pula pada time frame 1 jam, harga dibawah fibo 23.6%, sekiranya dalam minggu ini, AEO berjaya meneruskan kenaikan nya iaitu melepasi harga 20.17, ia akan meneruskan kenaikan 20.44, 20.67.
3. Nota sampingan, stocastic RSI menunjukkan keadaan semasa dalam keadaan oversold.
<TradeVSA> Dow Jones Masih Lemah Lagi1. Sell-Off menunjukkan penjualan area
2. Kelemahan muncul di rintagan dengan Up-Thrust
3. Red Pentagon disahkan
4. Downbar yang luas
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.






















