Pasaran niaga hadapan

Lihat semua idea popular 

Soalan Lazim


Kontrak hadapan adalah perjanjian undang-undang untuk membeli atau menjual aset (seperti komoditi atau sekuriti) pada harga ditetapkan pada tarikh akan datang tertentu. Pembeli bersetuju membeli dan menerima aset apabila kontrak berakhir, manakala penjual bersetuju menghantarkannya pada masa tersebut.
Kebanyakan kontrak hadapan didagangkan menerusi bursa terpusat seperti Chicago Board of Trade dan Chicago Mercantile Exchange (CME). Tetapi, anda tidak perlu meninggalkan TradingView untuk mendagangkan hadapan — anda boleh melakukannya terus dari carta anda. Hanya periksa senarai broker disepadukan kami dan cari yang terbaik untuk keperluan dan strategi anda.

Sebelum bermula, adalah penting untuk anda melakukan penyelidikan: lakukan analisis teknikal pada carta, nilaikan risiko dan uji strategi anda.
Niaga hadapan tenaga adalah kontrak yang diikat kepada komoditi tenaga — mereka disasarkan kepada memudahkan dagangan kuantiti tertentu minyak mentah, gas asli, petrol dll. Niaga hadapan tenaga membenarkan pengeluar, pengguna dan pedagang untuk menguruskan ketidakstabilan harga dalam pasaran tenaga atau mendapatkan keuntungan dalam pergerakan harga akan datang.

Terokai sebilangan besar niaga hadapan tenaga dengan statistik mendalam terus di TradingView.
Niaga hadapan pertanian adalah kontrak derivatif dengan komoditi pertanian (gandum, jagung, kacang soya dll) sebagai asasnya. Mereka selalunya digunakan untuk mendagangkan kuantiti komoditi distandardkan, membenarkan petani, pengeluar makanan dan pedagang melindung nilai daripada turun naik harga atau untuk mendapatkan keuntungan daripada perubahan harga yang dijangkakan dalam pasaran pertanian.

Layari senarai penuh niaga hadapan pertanian dengan statistik penuh secara terus di TradingView.
Pasaran hadapan adalah tempat meriah dengan ramai pihak berkepentingan. Berikut adalah beberapa peserta utama untuk diingati:
- Pelindung nilai (pedagang yang menggunakan niaga hadapan untuk melindungi posisi atau dagangan yang mereka pegang daripada risiko yang disebabkan oleh ketidakstabilan atau arah pasaran)
- Spekulator (pedagang yang melaksanakan dagangan berdasarkan kepada ramalan harga mereka)
- Arbitrageur (pedagang yang cuba mendapatkan keuntungan daripada ketidakcekapan pasaran dan perbezaan harga dengan membeli dan menjual asas dalam pasaran berbeza)
- Pelabur institusi
- Pelabur runcit
Pasaran niaga hadapan adalah platform di mana pedagang berkumpul untuk membeli dan menjual kontrak hadapan. Pada masa lalu, dagangan dilakukan secara fizikal: pedagang akan pergi ke 'pit' di lantai dagangan dan melakukan dagangan dengan menjerit dan memberikan isyarat tangan secara aktif. Tetapi sekarang, semua ini dilakukan secara elektronik.

Dalam pasaran hadapan, pembeli dan penjual menggunakan margin untuk mendapatkan posisi mereka, dan untung dan rugi diselesaikan harian menerusi mark-to-market. Pada tarikh luput, kontrak diselesaikan dalam tunai atau menerusi penghantaran fizikal, walaupun kebanyakan pedagang selalunya menutup posisi mereka terlebih dahulu. Disebabkan niaga hadapan menawarkan fleksibiliti dan leveraj, pasaran hadapan menarik pelbagai peserta: pelindung nilai, spekulator, arbitrageur, pelabur institusi dan runcit.

Beberapa pasaran hadapan terbesar pada masa ini adalah New York Mercantile Exchange (NYMEX), Chicago Mercantile Exchange (CME), Chicago Board of Trade (CBoT) dan Cboe Options Exchange (Cboe). Mereka berdaftar dengan Commodity Futures Trading Commission (CFTC), badan utama yang bertanggungjawab dalam regulasi pasaran hadapan di A.S. Di negara lain, pasaran hadapan selalunya diregulasikan oleh badan negara terbabit.

Open interest adalah jumlah bilangan kontrak hadapan aktif yang masih belum ditutup atau luput. Ia mencerminkan sebanyak mana minat atau penyertaan masih ada dalam pasaran.

Pedagang menggunakan open interest untuk mengukur kekuatan pasaran. Sebagai contoh, penurunan open interest selalunya memberikan isyarat bahawa pedagang sedang menutup posisi — isyarat kemungkinan trend sedang melemah.
Harga niaga hadapan selalunya dipandu oleh penawaran dan permintaan, penunjuk ekonomi dan polisi bank pusat. Gangguan seperti kemarau atau ketegangan geopolitik akan mempengaruhi penawaran, manakala inflasi atau perubahan kadar faedah akan membentuk jangkaan pelabur. Perubahan ini mempengaruhi bagaimana pedagan menilai harga akan datang relatif kepada keadaan semasa.

Sentimen pasaran dan spekulasi juga memainkan peranan besar, dengan pedagang selalunya memberikan reaksi kepada berita dan ramalan sebelum perubahan asas. Faktor-faktor seperti kos penyimpanan, tahap inventori dan peluputan kontrak juga memberikan kesan kepada harga, terutamanya dalam komoditi. Trend bermusim, polisi kerajaan dan juga teknologi baharu boleh mempengaruhi pasaran niaga hadapan.
Adalah lebih baik untuk menguji kemahiran anda dalam niaga hadapan sebelum memasuki pasaran sebenar. Anda boleh melakukannya di TradingView, dengan kefungsian Dagangan Kertas kami — hanya cari ikon dagangan Kertas pada panel dagangan dan uji idea anda. Anda juga boleh memeriksa ciri Ulangan Bar — ia mensimulasikan pergerakan harga terdahulu untuk pengujian strategi.