Di atas adalah carta mingguan Tenaga. Kali ini ia sedang menguji paras sokongan buat kali ke-3. MACD semakin mengecut menandakan momentum bearish mula berkurangan. Volume juga semakin mengecut. Tiada lagi pembuangan berlaku. Ia juga membuat corak descending atau falling wedge dan hampir ke penghujung menanti samaada, breakout ke atas atau breakdown. Corak...
Huaan dilihat bermain di 0.245 - 0.265. Ini adalah kawasan sokongan. Price juga berada hampir dengan garis Kijun Ichimoku. Kijun bertindak sebagai paras sokongan dalam Ichimoku. Volume pula kelihatan makin bertenang. Satu tanda positif. Tekanan jualan hampir tiada kerana price bertahan dan volume kurang. Cuma MACD menunjukkan hampir cross ke bawah. Ia boleh...
"Proton, a 50.1%-owned by *DRB-Hicom Bhd* will collaborate with a local partner to establish a manufacturing assembly plant in Pakistan, its first in the South Asia region." Proton antara penyumbang terbesar kepada DRB-Hicom, sudah memulakan langkah untuk mengembangkan pasaran ke Asia Selatan. Jika dilihat pada prestasi Proton sekarang ini, dengan penjualan yang...
Jika kita lihat pada Julai 2018 kita dapati sebelumnya menunjukkan pergerakan yang sangat 'promising' untuk bullish. Namun kemudiannya ia membuat kejatuhan yang banyak. Di sinilah secara psikologinya retailer mula cut position mereka kerana hilang 'hope' dan panik. Sebaliknya Smart Money sangat gembira mengutip produk jualan retailer pada harga yang rendah yang...
Sapura energy telah membuat retracement dan kembali ke garisan tren. Adakah ia masa sesuai untuk buy on dip? Untuk membuat keputusan itu, perkara pertama yang perlu dilihat adalah pada Risk dan Reward. Kita dapat lihat ichimoku menunjukkan paras sokongan di 0.340 iaitu melalui garis mendatar span B sebelum ini dan juga garis kijun sekarang. Jadi kita boleh...
Lay Hong merupakan salah satu syarikat poultry dengan fundamental yang agak baik. Jika dilihat pada carta kita boleh nampak: 1. Akhir tahun lepas MACD menunjukkan bullish divergence. Ini menunjukkan momentum bearish berkurang dan berkemungkinan membuat perubahan trend. 2. MACD kini lebih banyak berlegar atas paras 0 juga menunjukkan harga lebih memihak kepada...
Huaan kini berada di paras Fibonacci 0.236 (harga 0.260). Candle menunjukkan pullback sihat iaitu kecil. Volume juga mengecil dan juga tidak terlalu besar selepas volume spike tempoh hari menunjukkan ramai pembeli masih menyimpan dan tidak melakukan penjualan. Fibonacci retracement adalah sama seperti support and resistance biasa. Iaitu apabila harga berjaya...
Jika dilihat pada carta mingguan Aturmaju, ianya bertepatan dengan teori atau kaedah fasa pengumpulan WYCKOFF. FASA A : Menandakan penghentian tren menurun. Kita dapat lihat harga sebelum ini dalam tren menurun, tetapi di FASA A, berlaku kenaikan volume dan kenaikan harga yang agak tinggi. Ini menyerap momentum bearish. Kemudian ianya kembali turun dengan kadar...
Bahvest selain mengeluarkan produk Aqua, mereka juga terlibat dengan perlombongan Emas. Apa yang menarik pada saya adalah bisnes emas mereka. Bawah ini adalah petikan dari Laporan Suku ke-3 bagi Tahun Berakhir 2018 yang dikeluarkan pada 27 Februari 2019. Mining Operations The mining operations recorded a revenue and gross profit of RM11.497million ...
Pasaran Hadapan Emas Comex menunjukkan pergerakan harga yang menarik. Di atas adalah carta mingguan. Mula-mula kita dapat lihat dia berjaya membuat downtrendline breakout (garis hijau) pada 7 Ogos 2017. Kemudiannya ia patah trendline di bawah dan masuk balik ke atas trendline membentuk spring yang merupakan permulaan isyarat bullish yang kuat. Dan akhirnya dia...
Pada artikel saya yang lepas, saya menyatakan minggu ini jadi penentu hala tuju KLCI. Namun sehingga ke akhir minggu ini, ianya belum memberi kata putus yang jelas. Saya ada menunjukkan zon sokongan KLCI pada artikel lepas. Minggu ini bermula hari Isnin KLCI terus patahkan sokongan tersebut mungkin didorong oleh parlimen yang mula bersidang (pasaran global dalam...
Melihat pada carta, kita dapati Ni Hsin telah membuat fasa pembetulan (correction) yang lengkap (i, ii, iii, iv, v) sebelum membuat kenaikan lantas membentuk gelombang 1. Kemudian dia menurun kembali sebanyak 61.8% ketinggian gelombang 1, dan membuat higher low. Ini mengesahkan ia membuat corak Elliott Waves gelombang ke 2. Dari seterusnya naik melepasi 50%...
Semalam Sapura Energy cuba melepas halangan 0.340. Dan kita lihat adanya volume yang tinggi. Ini menunjukkan ianya mempunyai momentum. Pagi ini dilihat ia menguji halangan 0.340 sebagai sokongan. Apakah ia akan berjaya dan seterusnya menuju ke 0.455? Jika dilihat pada trendline di bawah dia ada membuat spring sebelum membuat lonjakan. Saya lihat ini sebagai...
TNB merupakan salah satu kaunter pemacu indeks KLCI. Jadi menarik untuk diperhatikan kerana ia mempengaruhi naik turun indeks. Naik turun indeks pula mempengaruhi mood pedagang dan pelabur secara amnya. TNB mencatat kerugian suku yang pertama setelah 7 tahun. Apakah perkara ini akan membuatkan pelabur menjauhkan diri atau masih optimis dengan masa depan TNB....
Jika sebelum ini saya ada mengulas sekiranya KLCI patah paras 1700 ianya berada dalam kedudukan bahaya/kritikal. KLCI di carta bulanan kini berada betul-betul di Span A Ichimoku. Sekiranya KLCI terus membuat penurunan minggu ini, ia akan membuatkan price berada di bawah paras awan Ichimoku, sekaligus menunjukkan pasaran bearish. Jika dilihat pada carta di atas,...
Untuk price yang bergerak tegak atau laju adalah agak sukar untuk mencari entry di carta harian. Jadi kita boleh gunakan carta 30 minit untuk membuat entry dan exit. Dalam contoh Dayang ini, Fibonacci Retracement dari carta mingguan menunjukkan price perlu melepas 1.30 (Fibo 0.236) untuk meneruskan kenaikan. Pada carta 30 minit pula kita boleh gunakan Fibonacci...
Ini adalah contoh menggunakan Ichimoku di fasa accumulation consolidation atau fasa pengumpulan. Kita lihat pada carta mingguan. Price sideways ataupun dalam fasa pengumpulan. Dan kita dapat lihat dari price action, ia telah membentuk garisan halangan di 0.355. Pada ichimoku pula kita dapat lihat price kini berada di atas garisan Kijun. Ia menunjukkan dari segi...
Sebelum kita lihat pada skala kecil, adalah idea yang baik untuk kita lihat gambaran keseluruhan terlebih dahulu iaitu di timeframe yang lebih besar. Jika dilihat pada carta mingguan, kita dapat lihat MACD menunjukkan isyarat Bullish Divergence. Isyarat Bullish Divergence terbentuk bilamana Price membuat penurunan dan higher low, tetapi MACD membuat higher...