Idea komuniti
Geng tanduk panjang - pelan dagangJika terjumpa carta yang ada geng tanduk panjang, boleh cuba buat pelan dagangan seperti yang diceritakan.
Semoga terhibur.
THplant PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu. Risiko pembelian terpulang kepada individu
1) Harga THplant sangat cantik menlantun daripada channel dan sedia untuk break channel yang baru untuk daily time frame.
2) Dari segi volume, menunjukkan minat pembelian yang sangat tinggi melebihi jumlah volume beberapa hari yang lepas
3) Candle harga juga telah mula meniti di upper band of Bollinger, menarik untuk diperhatikan pada minggu depan sama ada mampu untuk terus bertahan di upper band.
4) Sasaran middle term TP ialah pada resistance yang kuat sebelum tu pada harga 0.750.
5) Paras support yang paling hampir ialah pada mid Bollinger band iaitu pada harga 0.575
6) Indikator MACD juga baru sahaja menunjukkan line MACD mula untuk cross line signal memberi signal buy dan menunjukkan momentum uptrend.
KHEESAN, untuk contoh pelaburan nyataJarang konsisten profit?
KHEESAN untuk contoh pelaburan nyata bagi stok market.
FOMO (fear of missing out) adalah satu emosi yang perlu di ditinggalkan, lebih2 lagi kepada pedagang2 yang baru. Boleh rujuk contoh dalam carta bagaimana fasa lazim untuk pelaburan dalam stok market. Cuba abaikan news, dan fokus untuk carta di mana semuanya telah di terjemah pada carta.
Kheesan telah trending, dan telah rebound dan pullback di kawasan harga sebelumnya.
Pedagang seharusnya melatih diri untuk lebih kepada pelabur, dan tunggu untuk masa yang sesuai sebelum melabur supaya tidak melebur. Keuntungan pastinya tidak akan datang sekelip mata.
Inari Kejam? Jom belajar Sell SignalSemalam Inari mengejutkan ramai traders. Tapi adakah Inari begitu kejam? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kena buang?
Sebenarnya Inari telah beri isyarat pertama Bearish Reversal apabila dia membuat corak Head & Shoulders.
Yang kemudiannya ia jatuh menembusi garisan trend, tetapi berjaya melantun kembali di salah satu paras sokongan. Lantunan ini dipanggil Dead Cat Bounce.
Ia melantun untuk menguji paras sokongan sebelum ini sebagai rintangan iaitu di 1.93. Adalah menjadi lumrah, sebelum harga benar-benar jatuh, ia cenderung untuk menguji paras sokongan sebagai rintangan terlebih dahulu. Bahasa Inggerisnya Support Become Resistance (SBR).
Apabila ia telah sampai di 1.93. Inari membentuk bearish candle pattern iaitu Bearish Engulfing. Ini merupakan Sell Signal yang kedua. Sebenarnya sini lah Second Chance untuk traders mahupun pelabur untuk exit position. Namun biasanya emosi hope itu mengaburi pandangan mata dan hati.
Bearish mahupun Bullish candle pattern kebanyakkannya memerlukan pengesahan (untuk mengesahkan kesan bearish atau bullishnya, ia tetap boleh voided atau isyarat itu boleh dibatalkan).
Pengesahan untuk Bearish Engulfing apabila harga tutup bawah dari badan candle Bearish Engulfing. Sini adalah Sell Signal yang ketiga.
Lengkap serba serbi semua Sell Signal baru Inari membuang.
Dan hari ini berlaku lantunan (technical rebound), kerana ia telah cecah MA200 di carta mingguan.
Jadi adakah Inari Kejam? Tidak, Inari tidak kejam. Dia dah cukup baik hati beri 3 Sell Signal sebelum dibuang.
Kebanyakkan pembuangan disertakan dengan Sell Signal sebelumnya.
TRENDBAND NAKED BAH 1 - Kemaskini terbaru DISEMBER 2019Kemaskini terbaru setakat DISEMBER 2019
- Penukaran dari Pine Script Ver 3 ke Ver 4
- Tambahan LABEL sebagai TRADING IDEA
- Kemaskini user input
- Kiraan baru untuk STOP LOSS
- Tambahan dan susun atur baru ALERT
- Tambahan label untuk SPINNING TOP
Semoga terhibur.
Corak V-Top (PRG)Jika terjumpa mana2 kaunter yang naik secara berterusan tanpa ada penurunan secara sihat dalam proses kenaikan, dikhuatiri akan membentuk corak V-TOP, cuba cari kaunter apa sekarang yang dlm keadaan menaik tanpa ada penurunan secara sihat (healthy retracement). agak2 jadi ke tidak corak V-TOP
Trade Idea EURUSD - Ucapan pertama Lagarde dalam perhatian.Sebagai ketua ECB, yang mengawal kadar faedah jangka pendek, beliau mempunyai lebih banyak pengaruh berbanding nilai euro daripada orang lain. Peniaga meneliti perbuatan awamnya kerana mereka sering digunakan untuk menggariskan petunjuk halus mengenai dasar monetari masa depan;
ECONBHD - signal Pirate Flag dan StrongBuyPirate Flag merupakan signal yang mampu memberi indikasi potensi kenaikan yang banyak akan berlaku.
Signal StrongBuy pula menunjukkan kekuatan kenaikan yang padu.
Pergerakan signal menurut turutan 1 hingga 5
ECONBHD masih bullish diatas uptrendline. paras sokongan untuk swing adalah pada 77sen, target pada 86sen
Follow TeropongBursa untuk dapatkan trading ideas terkini.






















