Saham dividen adalah saham dalam syarikat yang selalu membayar sebahagian daripada perolehan mereka kepada pemegang saham. Pembayaran selalunya dilakukan setiap suku tahunan, tetapi ia boleh menjadi bulanan, separuh tahunan atau tahunan. Dividen adalah salah satu cara utama untuk mendapatkan pendapatan dari saham.
Terokai saham dividen terbaik dan dapatkan data yang anda perlukan untuk menemui peluang baharu.
Perolehan sesaham (EPS) adalah ukuran utama kepada keuntungan syarikat, menunjukkan jumlah keuntungan diperolehi untuk setiap saham tertunggak. Ia adalah salah satu daripada metrik paling dipantau dalam laporan kewangan dan dikira dengan membahagikan perolehan bersih dengan bilangan saham.
Di TradingView, anda boleh menerokai data EPS dengan visual yang mudah difahami — seperti carta perolehan Apple Inc. ini.
Beta adalah ukuran risiko dikaitkan dengan saham, menunjukkan kelajuan pergerakannya dengan keseluruhan pasaran. Ia selalunya dibandingkan dengan penanda aras seperti S&P 500 yang mempunyai beta 1.0. Saham dengan beta di atas 1.0 selalunya dianggap lebih kurang stabil berbanding pasaran.
Terokai senarai saham beta tinggi — yang selalunya disukai oleh pelabur yang sukakan risiko dalam mencari peluang-peluang lebih besar.
Pemisahan saham terjadi apabila syarikat menaikkan bilangan saham yang ada tanpa menukar keseluruhan nilai pasaran. Tindakan ini selalunya dilakukan untuk memperbaiki kecairan saham dan menjadikan saham lebih mampu milik kepada pelabur.
Sebagai contoh, dalam bulan Ogos 2022, Tesla melaksanakan 3 untuk 1 pemisahan saham, memberikan pemegang saham tiga saham untuk setiap satu yang mereka pegang sebelumnya.
Periksa senarai penuh syarikat terbesar dalam pasaran untuk menerokai peluang-peluang baharu.
Hari ini, Saham Russia yang telah kenaikan paling banyak dalam harga saham adalah: - GAZORASPREDELENIYE TULA ORD (+38.09%) - PAO "Varieganneft" ORD (+27.82%) - AO "Solikamskbumprom" ORD (+22.33%)
Adalah lebih bijak untuk menguji kemahiran dagangan saham anda sebelum melangkah masuk ke pasaran sebenar. Di TradingView, anda boleh melakukan itu dengan ciri Dagangan Kertas anda — hanya klik pada ikon Dagangan Kertas dalam panel dagangan dan mula berlatih strategi anda.
Mahu menajamkan masa anda juga? Cuba alat Ulangan Bar kami untuk mensimulasikan pergerakan harga lepas.
Harga saham bergerak berdasarkan kepada gabungan prestasi syarikat, faktor ekonomi dan sentimen pelabur. Laporan perolehan yang kuat boleh menaikkan saham, manakala skandal dan laporan yang buruk boleh menariknya turun. Pengaruh lebih meluas seperti kadar faedah, peristiwa sejagat (cth. COVID-19) dan gembar-gembur media sosial — seperti kegilaan GameStop — boleh menyebabkan ayunan tajam yang kadang-kala tidak mengira asasnya.
Kedua-dua logik dan emosi memacu pasaran, jadi kekal termaklum adalah penting. Menggunakan alatan ini untuk menjejak trend dan bersedia untuk peralihan: - Ekonomi, perolehan dan kalendar dividen - Penyaring Saham dan Peta Suhu - Berita pasaran masa nyata
Memutuskan saham apa untuk dibeli atau dijual boleh menjadi agak sukar — pasaran boleh menjadi sangat tidak stabil dan kadang-kala dipengaruhi oleh peristiwa tidak dijangka. Cara terbaik untuk mencari pelaburan terbaik adalah melakukan penyelidikan mendalam. Di TradingView anda bole: - Melayari saham dalam Penyaring Saham, menggunakan berbilang penapis dan menetapkan nilai yang diperlukan - Analisa dinamik sektor dalam Peta Suhu Sahamkami - Terokai idea dagangan saham dan cari inspirasi dalam strategi pedagang-pedagang lain
Saham adalah didagangkan pada bursa saham, cth. Nasdaq, NYSE, Euronext — dan cara termudah untuk membeli mereka adalah menerusi broker atas talian. Untuk bermula, buka akaun brokeraj, isikan langkah-langkah diperlukan dan mula berdagang. Anda juga boleh mendagangkan saham terus dari carta TradingView dengan menyambungkan kepada broker kegemaran anda.
Sebelum bermula, pastikan anda melakukan penyelidikan: gunakan analisis teknikal berasaskan carta atau terokai asas dengan Kalendar Ekonomi dan suapan berita. Nilaikan risiko, uji strategi anda dan bersedia untuk apa-apa keadaan.
Saham cip biru adalah saham syarikat besar yang kukuh dengan reputasi kukuh, pendapatan tetap dan sejarah kestabilan. Mereka selalunya membayar dividen tetap dan mempunyai kehadiran pasaran lama — fikirkan Apple, Microsoft atau American Express.
Volum adalah jumlah bilangan saham didagangkan semasa tempoh masa tertentu. Pedagang melihatnya dengan terperinci — saham volum tinggi selalunya bermaksud kecairan lebih besar dan aktiviti dagangan lebih kuat. Dalam analisis teknikal, volum adalah penting untuk menilai kekuatan di sebalik pergerakan harga.
Pasaran saham adalah platform di mana syarikat menjual saham ekuiti mereka untuk mendapatkan modal dan pelabur membelinya untuk mendapatkan hak pengundian atau potensi keuntungan daripada kenaikan modal dan dividen. Pasaran saham juga memudahkan dagangan saham sedia ada, yang membenarkan individu dan institusi untuk membuat spekulasi mengenai prestasi syarikat.
Selain daripada membantu syarikat mendapatkan modal dan pelabur — untuk mendapatkan keuntungan daripada pergerakan pasaran, pasaran saham juga memainkan peranan penting dalam penemuan harga: tindakan bersama-sama pembeli dan penjual dalam menentukan nilai syarikat-syarikat. Selain daripada itu, pasaran saham mempromosikan ketelusan korporat dengan mewajibkan syarikat awam untuk memenuhi standard regulatori dan mendedahkan maklumat kewangan. Sebagai penunjuk ekonomu, prestasi pasaran saham mencerminkan sentimen pelabur dan keadaan ekonomi meluas.
Hari ini, Saham Russia dengan saham paling tidak stabil adalah: - AO "SiGMA" ORD (62.91%) - "NC Kurgannefteprodukt" ORD (42.96%) - AO "New Energy" ORD (39.96%)
Hari ini, Saham Russia yang telah kehilangan paling banyak dalam harga saham adalah: - Obneftegazgeologia (-20.82%) - Smolensknefteprodukt (-17.50%) - AO "KOSOGORSK METALL ZAV" ORD (-15.73%)