Hubungkait pasaran KLCI semasa dan pada tahun 2008.Untuk kita faham apa yang berlaku dalam keadaan semasa dan apa kemungkinan yang bakal berlaku seterusnya, kita perlu lihat kembali apa yang pernah berlaku sebelumnya.
(To understand the future, we have to go back in time.)
Kita ambil contoh krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008.
Kalau dilihat daripada relationship daripada market yang lain;
6 bulan sebelum masuk tahun 2008. Gold & komoditi yang bullish memberi kesan bearish kepada USD. 
Serta mengakhirkan US stock market yang telah lama berada dalam keadaan bullish & sentiasa melakukan new high.
KLCI juga kalau dilihat boleh dikatakan terkena tempias(dalam tempoh 6bulan sebelum 2008) dengan melakukan terjunan melebihi 200pts diikuti last momentum bullish sebelum melakukan correction almost 700pts sepanjang 2008.
Kalau dilihat daripada keadaan market semasa, seperti ada sign yang sama. 
6 bulan sebelum tahun 2008, market dah start react memberikan sign dengan lebih awal.
Ofcourse pada masa tu yang paling terkesan adalah mereka yang gagal mengawal risiko.
Prestasi masa lalu tidak semestinya menentukan prestasi akan datang. Tapi… history juga selalunya akan repeat itself.
Hati2 ketika trade.
Analisis Trend
inari-bakal ke  selatan jika.....NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS 
~Sebelum itu kita rujuk dulu situasi 1 seperti di carta:
1.pada waktu itu berlaku pemecahan  trend   yang boleh
mengakibatkan kejatuhan.Tetapi  bullish  berjaya mengawal
kedudukan dan membawa ke atas dengan jayanya walaupun 
pada awalnya agak  struggle .Tahniah untuk itu..
`Situasi ke 2 kali ini berbeza dengan yang sebelumnya ini kerana :
1.kejatuhannya kali ini benar agak menggusarkan pada  holder nya,
kerana kelihatannya membuat  lower low  dan mengesahkan kedudukan
 lower low  disitu dengan kelihatan harga sudah mula  rebound  di area tersebut.
2.Jika benar mahu menstabilkan dan mengagalkan usaha  bearish  , harga
perlu memecahkan area  " brick " itu yang dijangkakan berkemungkinan besar 
akan menjadi satu resistan yang kuat buat masa sekarang SELAGI  structure 
 low nya di RM3.190( rujuk carta)itu kekal.
3.Untuk  point  2 diatas jika berlaku kenaikan pun hanyalah untuk meng completeka n
structurenya sahaja ( buat masa sekarang)
4.Selebihnya saya tinggalkan pada para trader yang bijaksana membuat 
sedikit kajian untuk membuat sebarang keputusan dengan bijak
5.trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
~bolehlah kaji bersama
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "lower golden cross "
`RSI :41.36
`obv:menurun
`bb :6.80 % (upper band,1 hari)
 begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
KESM macam best je...Allahumma sholli a'la Muhammad 3x
Subhanallah, Alhamdulillah, Laila ha illah, Allah Akhbar 3x....
Ini aku punya style trading plan.. So kepada siapa-siapa masih mencari idea and kaedah trading plan boleh layan aku punya style... Aku ikhlaskn ilmu Allah ini kepada pencari ilmu trading... 
Korang boleh tengok chart yg aku tunjuk ni Sekiranya sesuai Korang boleh ambik dan amalkan...
Aku akan fokus kepada entry-level ke Cutlloss... Cuba Korang perhatikan aku guna indicator garis %... Line horizontal entry di tarik sampai Cutlloss... 10.%lebih jgk tu... Coz aku smpat tangkap harga gitu... Tipu lah kalau Korang dapat hrga sharp betul-betul pada area support or best entry...Apa-apa pun aku dah ready rugi 10.% ni kalau ada kebarangkalian... 😂... Urusan rezeki ni aku serah bulat-bulat pada Allah SWT... Hidup ni untuk Allah SWT,bukan untuk duit....
Aku iklhaskan apa yg aku share kepada semua kalian..Untuk mendapat keberkahan dan mandat yg aku share ini. Cukup hadiahkan selawat 3x,tasbih Fatimah 3x hadiahkan kat mak bapak aku ye...
Smoga bermanfaat, amin. 
KAJIAN: ANALISIS STRATEGI BREAKOUT,CHART PATTERN,UNJURAN NILAI Analisis di atas adalah salah satu kajian ringkas berkaitan strategi breakout yang boleh digunakan dalam sesuatu dagangan. Ia menunjukkan pola pembentukan harga daripada paras bawah dan bermulanya harga breakout kali pertama dan seterusnya serta sehinggalah kepada harga tertinggi yang dicapai. 
ANALISIS BREAKOUT
= kali pertama ( FRESHBREAKOUT )breakout menunjukkan volume semakin meningkat, fresh breakout ini berlaku ketika harga sebelum berada dalam sideway atau tren menurun.
= kali kedua ( 52WH BREAKOUT),volume semakin bertambah, harga 52 minggu telah pecah.
= kali ketiga ( ATH BREAKOUT ), harga tertinggi telah dicapai, ini menunjukkan momentum harga akan lebih kuat. Perubahan harga mencapai lebih 80% bermula dari breakout kali pertama. 
= ENTRY area adalah kawasan petak berwarna purple iaitu support area dimana ia adalah harga yang break sebelum ini. Ia dinamakan RESISTANCE BECOME SUPPORT(RBS)
*pedagang perlu menganalisis FALSE BREAKOUT bagi mengenalpasti kemenjadian sesuatu BREAKOUT.
ANALISIS CHART PATTERN.
= Pola pergerakan harga harian telah membantuk satu corak yang dinamik dimana ia membentuk " CHART PATTERN". 
= dalam analisis ini, terdapat dua corak iaitu PENNANT PATTERN dan FLAG PATTERN. 
= PENNANT > candle panjang terbentuk sebelum pembentukan pattern, dalam keadaan uptrend, tempohnya dalam sebulan sahaja.
= FLAG PATTERN > selepas pembentukan candle bullish yang panjang ia membuat pembetulan dalam beberapa hari sahaja sebelum harga naik semula. Ideanya adalah entry ketika harga pembetulan(pullback/support RBS).
UNJURAN NILAI
= daripada analisis di atas ia menunjukkan harga membuat perubahan menaik yang ketara selepas berlakunya breakout.
= dalam tempoh di atas, ia membuat unjuran sebanyak 40% sehingga 80% setiap kali breakout.
= unjuran lebih tinggi boleh dibuat apabila harga telah memecah harga 52 minggu dan ia menunjukkan trend yang semakin menaik.
* analisis ini adalah berdasarkan analisis teknikal sahaja.
* terdapat analisis lain ( teknikal/fundamental ) yang perlu ditimbang tara
PENAFIAN:
CATATAN INI ADALAH KAJIAN DAN IDEA ANALISIS UNTUK PENDIDIKAN SAHAJA. PLEASE TAKE NOTE, TRADE AT YOUR OWN RISK. 
MESTRON - BELAJAR DARI KESILAPANMYX:MESTRON 
Sekitar November 2020, saya pernah membeli MESTRON di kawasan arrow hitam pertama, niat asal untuk pelaburan jangka panjang (SWING), 
kemudian pada 29 Jan 2021 , ada satu berita yang menyebabkan harga MESTRON membuat GAP DOWN dan turun secara mendadak. Saya panik dan terus jual dengan sedikit kerugian.
Keesokan harinya harga MESTRON terus naik sehingga 155% dalam 89 hari.
Kesilapan saya pada ketika itu adalah tidak melukis trendline di kawasan bawah, setelah beberapa hari berlalu, saya melukis trendline dan mendapati harga jatuh betul2 di  atas trendline tersebut sebelum meneruskan kenaikan. Pengajaran nya selepas ini, saya akan memastikan harga memecahkan support trendline jika ingin menjual. Pada ketika itu kaunter ini jelas sekali sedang dalam  fasa accumulation, kerana harga sudah berada di atas MA200 selama 6 bulan, jadi sepatutnya tidak perlu berasa begitu panik. Kebiasaannya berita buruk sengaja di keluarkan untuk memerangkap retailers seperti saya, supaya jerung boleh beli lagi di harga yang lebih rendah.
Walaubagaimana pun, entry terbaik untuk swing trader adalah selepas harga melepasi fasa accumulation, iaitu break out fasa sideway, sekiranya tidak mahu tunggu lebih lama untuk melihat keuntungan.
Terkini, pada 31 Dec 21, kelihatan MA20 ingin menuju ke arah MA50 dan ini merupakan petanda bahawa kaunter ini ingin meneruskan kenaikan.
Dari segi kajian EW, ia baru menyiapkan w4 dan berpotensi untuk meneruskan kenaikan bagi melengkapkan wave 5.
Dari segi volume, telah ada penampakan volume spike yang kecil.
Tanda2 reversal divergence juga telah kelihatan.
Boleh masukkan dulu dalam watchlist dan tunggu MA 20 50 200 tersusun lebih cantik untuk entry yang lebih baik.
TAYOR.
PENDIDIKAN - GELOMBANG ELLIOT - EW CHANNELING Guidelines .#EWPattern
#EWChanneling
#EWEducation
PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT -
ELLIOTT WAVE CHANNELING - EW CHANNELING Guidelines .
Important Notes :-
Elliott Rules must be obeyed in every detail for a pattern to qualify as an Elliott Pattern (or wave)
however, the Guidelines do not have to be obeyed.
The more Guidelines obeyed by an Elliott pattern, the higher its rating or probability of being correct.
Semoga Bermanfaat utk semua Sahabat Trader
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Swing trade tu macam mana? Teropong Bursa styleBila sebut swing trade, bendanya macam ni...
Teknik yang paling sesuai untuk trader baru, ialah dengan mengguna strategi "trend following" atau mengikut trend
Trend indicator boleh guna MA10 dan MA50 (atau lain-lain nilai)
Confirmation untuk entry bila ada kenaikan harga berserta dengan volume yang tinggi (relatif - berbanding dengan sebelumnya) -NOta no 3. 
PENTING! Pemilihan kaunter TIDAK CUKUP sekadar teknikal. Pilih kaunter yang baru-baru ini keluar berita yang positif, yang selalu keluar dalam list 300 "Top Volume" atau "Most Active". Harga minima mesti atas 30sen.
Kaunter penny stocks (bawah 30sen), pergerakan harga kurang efisyen dan tidak patuh teknikal. 
Semoga bermanfaat
PENDIDIKAN - GELOMBANG ELLIOT - FLAT PATTERN Rules & Guidelines#EWPattern
#EWEducation
PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT -
ELLIOTT WAVE PATTERN - FLAT FAMILY Pattern Rules & Guidelines .
Semoga Bermanfaat utk semua Sahabat Trader
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
XAUUSD 15m - trade idea~~~~XAUUSD 15m - trade idea~~~~
1. Trendline kecil break, trendline besar ialah sokongan.
2. BOS dalam TF besar and kecil.
3. Harga buat pin bar di zone marah.
Penafian
---------------
Semua keputusan adalah milik anda, saya tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerugian yang tidak diingini.
Tips Pemilihan Kaunter untuk Traders baruJika anda baru terlibat dalam perdagangan saham, sila beri perhatian kepada dua kesilapan yang trader baru biasa buat.
1. Tak Cut Loss bila kena cut loss - tak ikut disiplin.
2. Pemilihan kaunter ikut Most active, kaunter2 hot dan yang orang dah cakap-cakap
Untuk mengurangkan peluang anda mengambil trade yang berisiko tinggi, anda boleh cuba apply technical analysis yang anda belajar pada kaunter yang harganya berada diatas paras MA50.
Kenapa MA50? kerana MA50 rata-rata diterima pakai sebagai indicator untuk "medium term". 
jika Tersalah entry untuk kaunter yang harganya DIATAS MA50, dan sebagai trader baru, anda tidak cutloss, tetapi peluang untuk kaunter tersebut naik semula lebih tinggi berbanding kaunter yang kaunter yang harganya DIBAWAH MA50.
Jika tidak ada kaunter yang di atas MA50, pasaran mungkin tengah bearish. 
Semoga bermanfaat
PENDIDIKAN - GELOMBANG ELLIOT - Tahap Kecerunan Tren #EWSlopeOfTrend
#EWEducation
 PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT -
ELLIOTT WAVE - SLOPE OF TREND 
By Using Clock of Times for related to strength of trend & type of Elliott Pattern pattern as per Chart
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
PENDIDIKAN - GELOMBANG ELLIOT - CHANNELING #MARA 
#NASDAQ 
#EWChanneling 
#EWEducation
PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT - 
 ELLIOTT WAVE CHANNELING 
There are 4 type Channeling as per J.K Channeling 
1 . Base Channeling
2 . Acceleration Channeling
3 . Deceleration Channeling 
4 . Terminating Channeling 
Add :- 
i .  Horizontal Channeling ( Box Trading )
 
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
 Screener mudah untuk saham klik dan entryScreener mudah untuk saham klik dan entry
Screener Bandevo adalah screener yang mudah dan sangat sesuai untuk digunakan bersama indikator Bandevo. Terdapat dua jenis screener, iaitu screen untuk Normal Entry dan Breakout entry. Anda tidak perlu susah untuk membuat kajian teknikal dan ia mengambil masa yang sangat singkat untuk anda membuat pemilihan kaunter. Sebarang pertanyaan boleh dibuat pada ruang komen atau anda boleh private message saya pada personal akaun. sekian terima kasih.
Mudahnya scalping pada pasaran FCPO (Part 1)Indikator ini adalah indikator yang dilengkapi dengan beberapa ciri yang khusus untuk berdagang di dalam pasaran FCPO atau Saham. Ciri tersebut adalah
1. Dapat melihat momentum pergerakan pasaran samaada ke atas atau ke bawah.
2. Dapat menentukan entry point atau entry level yang sesuai.
3. Dapat menunjukkan confirmation entry.
Berbezanya indikator ini dengan yang lain adalah;
1. Tidak perlu melukis pada carta harga.
2. Hanya melihat pada satu timeframe.
3. Mudah dikuasai oleh newbie.
Siri ke2 : pembelajaran DGCCarta harian
~gerak kerja sistem DGC selepas correction
~wujud double bottom (adam/eve)
~untuk pertama kalinya berlaku dgc, saham hanya dipegang selama sehari(intraday) atau 2ke3 hari(hari ke2 tP)
~untuk dgc kali ke2, saham dipegang selama seminggu atau 2 minggu atau menanti di puncak rintangan untuk tp
~jika BO rintangan maka peranan ema7@21 sebagai sokongan trend yang mencanak menuju ATH@52w high
~kaunter pilihan sekadar hiasan
~semoga bermanfaat
wedge jatuh1. garisan rintangan dan sokongan mengarah ke bawah.
2. harga berjaya menembusi garis rintangan 
3. harga berkemungkinan akan menguji di garisan sokongan terdekat
4. harga akan melantun keatas apabila harga memecahkan garisan sokongan
5. corak ini boleh berlaku pada trend menurun (membuat perubahan arah) atau sedang menaik (meneruskan arah haluan)
6. corak ini terbatal apabila harga mampu memecahkan pada garisan sokongan
corak carta : wedge jatuh
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
DLO #NASDAQ sedang menuju ke Gelombang kecil 3 DLocal Limited (DLO) 
 Disenaraikan - Nasdaq, USA.
Kapital Pasaran : $ 18.489 Billion
Sektor(s): Teknologi 
 Info Syarikat: -
DLocal Limited  mengendalikan platform pembayaran di seluruh dunia. Platformnya membolehkan peniaga perusahaan berhubung dengan pengguna di pasaran baru muncul, menerima pembayaran, mengirim pembayaran, dan menyelesaikan dana. Syarikat ini melayani pelanggan dalam pelbagai industri, seperti SaaS, ekonomi dan pasar bersama, runcit dalam talian, media digital, perkhidmatan kewangan, dan perjalanan dan pelancongan.
 Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
 
kini telah memulakan pergerakan di gelombang kecil 3 sedang mendaki ke arah tahap fibo 200% - 261.8% untuk sasaran Gelombang Besar satu .
 
 Nota Teknikal Analisis : -
*Corak kerap berlaku - Pepenjuru Awal (leading Diagonal)
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 100% & 161%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200% - 261.8% ( Jangkaan Masa - 6-10 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
 Penafian :  Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
 Peringatan Mesra :  Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
 Dean Mentari
KAJIAN PATAH TREND MENGGUNAKAN EMA-SIRI 2( DETAILS)Kajian dan analisis ini menggunakan indikator EXPONENTIAL MOVING AVERAGE iaitu EMA5/EMA20/EMA50/EMA100/200. Indikator ini lebih memberatkan data semasa dan hari sebelum serta ia lebih sensitif dengan perubahan harga. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti perubahan yang akan berlaku kepada harga dan memberi isyarat lebih awal kepada pedagang berkaitan perubahan trend yang akan berlaku.
Isyarat patah trend ini ditunjukkan oleh garisan EMA5( HITAM)/EMA20(JINGGA)/EMA50(KUNING)/EMA100( BIRU)/EMA200(UNGU) yang melibatkan perubahan dalam struktur/kitaran harga pasaran iaitu FASA DOWNTREND,ACCUMULATION,UPTREND dan DISTRIBUTION.
IDEA ANALISIS ;
A)  DOWNTREND ( TREN MENURUN )
 1. EMA5 berada di bawah EMA20 manakala EMA100 dan EMA200 berada jauh di atas.
 2. Garisan EMA menunduk/menguncup ke bawah dan berada di atas harga.
 3. Fasa ini melibatkan aktiviti penjualan  oleh pedagang selepas daripada uptrend sebelum ini. 
 4. Pasaran kebiasaannya melibatkan pedagang short-term( analys trader).
B)   ACCUMULATION ( PENGUMPULAN )
 1. EMA5/EMA20 di bawah EMA50
 2. Minat belian kurang ditunjukkan oleh volum yang masih kurang.
 3. Garisan EMA mula mengecil/merapat. Sesetengah harga saham mengalami fasa ini dalam tempoh yang panjang.
 4. Di akhir fasa accumulation = garisan EMA mula mengembang semula dan volum dikesan mulai masuk( minat belian).
 5.  EMA20 cross-up EMA50 menunjukkan isyarat awal perubahan yang akan berlaku kepada harga. Di sini adalah kawasan WATCHLIST untuk 
      pedagang ( short/mid-term)
C)  UPTREND ( TREN MENAIK )
1. EMA20/EMA30 cross-up EMA100
2. Permulaan uptrend di kesan di mana garisan EMA mula mengembang ke atas dan harga berada di atas EMA.
3. Ketika ini juga harga membuat pembetulan( correction)= mengumpul kekuatan/re-accumulation
4. Volum juga meningkat dan ini merupakan kawasan WATCHLIST bagi pedagang long-term( swing ).
5. EMA50 cross-up EMA200 MERUPAKAN isyarat jelas perubahan harga yang akan berlaku=strong uptrend. Dalam carta ditunjukkan harga OWG 
      telah membuat kenaikan sebanyak 72% dalam tempoh 16 hari dagangan.
6. Selepas itu harga membuat pembetulan( re-accumulate) semula= pedagang mengambil untung. Kawasan ini adalah WATCHLIST kepada 
      pedagang short-term. Uptrend masih valid sekiranya harga berada di atas EMA100/EMA200.
D)  DISTRIBUTION ( PENGEDARAN/PENJUALAN)
1.  EMA5/EMA20 mula menunduk dan cross-down EMA100/EMA200. ( tiada dalam carta kerana OWG masih dalam major uptrend).
2.  Dalam fasa ini harga mula menurun dan mengalami kejatuhan selepas mengalami kenaikan yang tinggi. Pedagang mula membuat 
     penjualan/mengambil untung. Ketika ini aktiviti dagangan melibatkan pedagang short-term.
3. Garisan EMA juga semakin ke bawah dimana EMA5/EMA20 berada di bawah garisan EMA100/200( harga semakin jauh kebawah dari garisan 
     EMA100/200) = rujuk semula fasa downtrend di atas.
NOTA : 
1. Kajian ini menggunakan indikator Exponential Moving Average semata-mata. Perubahan trend juga boleh dikesan menggunakan instrumen lain 
    dalam analisis teknikal.
2. Perubahan trend boleh berlaku menyalahi analisis teknikal atas faktor-faktor tertentu selain dari faktor teknikal. 
3. Corak perubahan trend juga berbeza bagi sesuatu harga saham dengan harga saham yang lain.
PENAFIAN: 
CATATAN/KAJIAN INI ADALAH BUKAN BUY/SELLCALL, HANYA BERKONGSI IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PEMBELAJARAN DAN PENDIDIKAN. SEGALA AKTIVITI DAGANGAN ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO PEDAGANG SENDIRI.
PENDIDIKAN - CORAK PATEN DALAM SATU KITARAN GELOMBANG ELLIOT - PENDIDIKAN CORAK GELOMBANG ELLIOT
CORAK PATEN DALAM KITARAN GELOMBANG ELLIOT 
Ini adalah corak-corak paten yang kerap berlaku di dalam satu kitaran Gelombang Elliot.
1. Gelombang besar Satu Impuls - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345)-3-3-3-3-3
2. Gelombang Besar Dua Pembetulan - Corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) @ Kombo berganda WXY -  
3. Gelombang Besar Tiga Impuls - diadalamnya terdapat juga Gelombang Kecil & Subkecil impuls - corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di gelombang kecil 
     /Subkecil 2 dan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di Gelombang  Kecil/Subkecil 4.
4. Gelombang Besar 4 pembetulan - kekerapan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & terdapat beberapa kes corak Rata (Flat ABC -3-3-5)
5. Gelombang besar Lima Impuls - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345)-3-3-3-3-3.
6. Gelombang Besar A Pembetulan - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345).-3-3-3-3-3.
7. Gelombang Besar B -  Corak Zigzag ABC -3-3-3.
8. Gelombang Besar C - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345).3-3-3-3-3
 Nota Peringatan Penting : 
 
 *Setiap terjadinya Corak Paten Gelombang Pembetulan maka selepas itu akan berlakunya Gelombang Impuls iaitu menaik. 
 
*Peraturan pengantian (Rules of Alternation)  kerap berlaku di Setiap Gelombang kecil/besar 2 & 4 iaitu jika gelombang kecil/besar 2  Corak paten  “Mudah@Simple” atau tempoh masanya pendek , maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi corak paten “Sukar@kompleks” atau tempoh masa pengundurannya menjadi panjang & lama dari gelombang kecil/besar 2. Ianya akan berlaku sebalik bergantian samaada gelombang kecil/besar 2 ‘Sukar@kompleks” maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi “mudah@simple”. ini adalah kejadian semula jadi.
*Bagi penganggaran kenaikkan gelombang corak Impuls adalah dengan mengunakan alat Fibonancci Extension kerana ianya akan memberi tahap rintangan kuat 61.8%, 100% & 161.8% dan sasaran kerap berlaku di tahap 161.8% -200%.
*Tiada yang mudah dalam pembelajaran Gelombang Elliot kecuali anda semua kerap melakukan Latihan dengan mematuhi setiap peraturan dan panduan gelombang Elliot.
 *Pengunaan Indikator RSI (9)  juga dapat membantu dari segi  pengesahan pembentukan corak-corak paten  dengan melakar secara terperinci di garis indicator RSI tersebut dan meletak label gelombang ABC atau ABCDE sebagai pengesahan corak paten tersebut.
 Penafian :  Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
 
Peringatan :  Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
 Dean Mentari 






















