CAB - Permulaan Pendakian?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway sejak dari awal Apr'20 dengan 2 percubaan untuk menembusi R1 tetapi gagal.
b) Vol. berkurangan semasa tempoh Sideway dan kini 20/40MA mula membuka sedikit.
c) Pada waktu penulisan, harga menembusi R1 dengan volume yang tinggi dan kini berhadapan dengan R2.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga kini berada pada aras 35sen. Jika harga dapat menembusi R2, maka pendakian sudah pun bermula.
- Kemungkinan harga akan membuat pullback diatas R2 sebelum meneruskan pendakian; jika pullback gagal, harga akan bergerak secara Sideway untuk beberapa ketika sebelum meneruskan pendakian.
- Berhati-hati sekiranya harga tutup dibawah R2 atau R1 ATAU berlakunya pergerakkan parabolik dalam beberapa hari.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
Analisis Trend
21/6/2020 CMSB : Air Tenang Tiada Jerung?Sektor : Produk & Perkhidmatan Industri
Sub-Sektor : Bahan Binaan
Nisbah P/E : 10.79
ROE (%) : 6.07
Perhatikan belian dari Institusi antara 15 hingga 18 Jun 2020
Disclaimer : Segala diatas adalah untuk rujukan/pendidikan sendiri sahaja dan bukannya cadangan belian atau jualan
Kalau untung, bayarlah zakat
K1 - Bersedia untuk (Terjun) Mendaki?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway lebih dari 6 bulan sebelum memulakan pendakian pada 13/5.
b) Harga 'Gap Up' pada 2/6 dan gagal menembusi 59.5sen sebelum bergerak 'Sideway'.
c) 20/40MA membentuk landasan dan harga berada diatas RTS sambil mencecah 20MA.
Rumusan:
- Harga kini disokong pada RTS dan volume semakin berkurangan. Harga mungkin akan bergerak secara Sideway untuk beberapa ketika lagi.
- Untuk meneruskan pendakian lebih jauh, harga perlu menembusi R1 dengan volume menaik dan membuat pullback diatas R1; jika tidak harga mungkin akan jatuh dibawah R1 dan kemungkinan akan turun lebih lanjut lagi.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
AT - Adakah Terdapat Potensi?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway lebih dari 6 bulan sebelum memulakan pendakian pada 29/5.
b) Harga terus mendaki hingga cuba menembusi R1 pada 11/6 dengan vol. yang sanga tinggi sebelum turun.
c) 20/40MA membentuk landasan dan harga kini berada diatas garisan RTS.
Rumusan:
- Walaupun terdapat tanda kelemahan (UT), harga masih diatas aras RTS dan kemungkinan akan bergerak Sideway untuk beberapa hari.
- Untuk harga meneruskan pendakian, ia perlu mempunyai volume yang meningkat; jika harga menembusi RTS dan 20MA, kemungkinan besar ia akan turun bawah lagi.
- Disarankan untuk tunggu beberapa hari untuk melihat arah pergerakkan harga.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
MINETEC - Rintangan sebelum berlepas?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway hampir 1 tahun sebelum memulakan pendakian dari 1-17/4.
b) Harga membuat pergerakan Sideway lagi hampir 2 bulan dengan vol. yang rendah sebelum menembusi RTS dengan UT dan vol. yang tinggi.
c) Harga kini ditutup pada R1 dan 20/40MA mula membuka simpul.
Rumusan:
- Jika harga dapat menembusi R1 dengan vol. yang tinggi, ia akan berada pada zon yang baru kerana 34sen merupakan zon paling tinggi saham ini pernah capai.
- Jika harga gagal menembusi R1, kemungkinan harga akan membuat pergerakkan Sideway untuk seketika sebelum meneruskan pendakian.
- Kita perlu berikan perhatian kepada tanda-tanda kekuatan dan kelemahan sebelum membuat keputusan.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
IKHMAS - Adakah berpotensi?Pemerhatian:
a) Dari segi tempoh masa yang panjang, harga berada dalam Uptrend. Dari segi tempoh 6 bulan pula, harga berada dalam Uptrend.
b) Pada 20/5, harga menembusi Trendline dengan vol. yang tinggi dan pada 21/5 ia cuba menembusi R1 tetapi gagal.
c) Harga kemudiannya keluar daripada Trendline dan kini tutup antara 20/40MA dengan vol. yang sangat rendah.
Rumusan:
- Berdasarkan pemerhatian, harga kemungkinan bergerak Sideways selagi ia tidak menembusi RTS.
- Untuk meneruskan pendakian, harga perlu menembusi R1 dengan vol. yang tinggi.
- Adalah lebih baik tunggu dan lihat tanda-tanda kekuatan dan situasi harga terlebih dahulu.
- Dinasihatkan supaya lebih berhati-hati jika mahu trade kaunter dibawah 10sen kerana pergerakkan harga yang sedikit memberi impak yang besar kepada wang pelaburan anda.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
MGRC - Downtrend yang lama.Pemerhatian:
a) Pada carta minggu, harga berada dalam Downtrend sejak dari IPO pada 4/10/2010 dengan pergerakkan harga yang 'kurang cantik' dan volume yang sangat rendah.
b) Pada carta harian, harga cuba menembusi R1 pada 12/5 dan 1/6 dengan volume yang tinggi tetapi gagal. Perhatikan bagaimana harga tertinggi pada 12/5 menyentuh garisan Trendline.
c) Harga bergerak secara Sideway dan kini tutup antara 20/40MA dengan landasan mengecil.
Rumusan:
- Berdasarkan pemerhatian, tidak ada banyak aktiviti dagangan (volume) di dalam carta selain dari tempoh 12/5-1/6.
- Carta seperti ini sebaiknya dielakkan kerana ia tidak memberikan pulangan yang baik.
- Untuk mendapatkan trade setup yang bagus, pergerakkan harga yang sihat dengan volume yang baik adalah perlu.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
NOTION - Dalam Downtrend?Pemerhatian:
a) Harga cuba menembusi R3 pada 14/5 tetapi gagal. Jika dilihat sebelah kiri, harga juga gagal untuk menembusi R3.
b) Harga bergerak secara Sideway sebelum ia Gap Down dan didagang antara RTS dan R1. Ia dapat 'close the gap' pada 11/6 tetapi ditutup rendah.
c) Harga juga berada dalam Downtrend dengan posisi terkini harga dibawah 40MA dan 20/40MA sudah tutup.
Rumusan:
- Berdasarkan pemerhatian, harga kini berada dalam Downtrend dan berkemungkinan akan turun hingga ke RTS.
- Kebarangkalian harga boleh turun lagi sehingga 27.5sen (Harga paling rendah bagi tempoh 6 bulan).
- Jika harga keluar dari Trendline, kemungkinan ia akan membuat pergerakan Sideway. Dari situ, kita akan membuat analisa lebih lanjut.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
SEKTOR PERLADANGAN - Pertumbuhan Sejajar Dengan Harga FCPOPosting ini mengenai sub-sektor "perladangan kelapa sawit".
Pemerhatian:
a) Analisa Minyak Sawit Mentah (rujuk posting saya "PASARAN MINYAK SAWIT MENTAH - Harga Bersedia untuk bergerak?". Link dibawah.)
b) Pada waktu penulisan, harga mempunyai formasi yang sama:
- Harga cuba menembusi R1 tetapi gagal.
- Harga turun kembali dengan sebahagian tutup antara 20/40MA. Majoriti tutup diatas RTS.
- Volume yang semakin rendah.
Rumusan:
- Harga bergerak seiring dengan pasaran harga minyak sawit mentah.
- Jika harga ingin untuk meneruskan pendakian, ia perlu tutup atas 20MA DAN melepasi R1 dengan volume yang menaik sebelum membuat pullback diatas R1.
- Bagi Swing trader, kini terdapat peluang untuk trade dengan TP antara 11-22% bergantung kepada kaunter.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
PASARAN MINYAK SAWIT MENTAH - Harga Bersedia untuk bergerak?Pemerhatian:
a) Kejatuhan harga minyak sawit mentah disebabkan beberapa faktor seperti:
- penularan wabak Covid-19
- kejatuhan harga minyak mentah dunia
- ketegangan politik antara Malaysia dan India.
b) Pada carta mingguan, harga berada dalam Downtrend sehingga bertemu sokongan pada 1932 sebelum memulakan pendakian.
c) Pada carta harian pula, harga bergerak secara Sideway awal bulan Jun (2310-2400) sebelum menembusi Rintangan dan tutup pada Rintangan seterusnya (2471).
Rumusan:
- Cara wabak Covid-19 ditangani akan memberi impak kepada pergerakkan harga FCPO.
- Harga FCPO perlu menembusi 2471 dengan volume yang tinggi untuk meneruskan pendakian.
- Zon untuk harga bergerak secara Sideways adalah samada pada 2400-2471 atau 2471-2575.
- Harga dijangka akan bergerak pada range yang sedemikian untuk beberapa bulan (anggaran hingga Oktober) sebelum meneruskan pendakian.
RGTECH - Pullback Dah Siap?Pemerhatian:
a) Corak carta sama dengan Powerwell iaitu:
- Harga bergerak secara Sideway dari hujung Apr'20. 20/40MA membuat landasan.
- Harga menyentuh 40MA namun masih mampu bangun dan tidak menembusi S1.
- Harga melonjak naik hingga menembusi R2 dengan volume yang tinggi (10/6), namun turun semula hingga menyentuh 40MA selang beberapa hari.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga tidak berubah dengan volume yang rendah.
- Jika harga tutup tinggi dengan volume yang menaik, kita boleh katakan Pullback sudah siap dan bersedia untuk mara.
- Jika harga gagal tutup tinggi dan menembusi R1, kemungkinan pasaran akan bergerak secara Sideway untuk seketika atau mungkin turun bawah lagi.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
Klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda mengenai saham ini diruang komen dibawah.
PWRWELL - Pullback Yang (Tidak) Menjadi?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideway dari hujung Apr'20. 20/40MA membuat landasan.
b) Harga hampir menyentuh 40MA namun masih mampu bangun; jika ia tidak menembusi S1.
c) Harga melonjak naik hingga menembusi R2 dengan volume yang tinggi (9/6), namun turun semula hingga menyentuh 40MA selang beberapa hari.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga membentuk UT dengan volume yang tinggi. Jika harga tutup tinggi (atas RTS) seperti beberapa jam yang lalu, kita boleh katakan Pullback sudah siap dan bersedia untuk mara.
- Jika harga gagal tutup tinggi, kemungkinan pasaran akan bergerak secara Sideway untuk beberapa bar lagi sebelum mara ATAU mungkin turun bawah lagi.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
SEACERA - Cubaan Mendaki.Pemerhatian:
a) Harga bergerak seiring dengan Uptrend sejak pertengahan Mac'20 dengan beberapa pergerakan Sideway.
b) Pada 4/6, harga 'Gap Up' dan cuba menembusi R1 tetapi gagal. Harga turun kembali dan disokong pada S1. Percubaan kali ke-2 (17/6) juga gagal. Vol. juga rendah berbanding dengan percubaan pertama.
2) 20/40MA membuat landasan dan masih diatas Trendline.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga kini berada pada 29sen. Jika harga tutup rendah dengan vol. yang rendah, bererti kemungkinan harga belum sedia untuk mendaki buat sementara waktu dan akan sambung pergerakan Sideway.
- Jika harga berjaya menembusi R1, maka tunggu samada harga akan membuat Pullback atau Fake breakout.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
D&O - Antara Pendakian dan Fake breakout.Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideway dari hujung April. Ia membuat percubaan untuk menembusi R1 (30/4) tetapi gagal dan seterusnya keluar dari Trendline 1.
b) Pada 16/6, harga melonjak dengan vol. yang klimatik dan menembusi R1 tetapi gagal tutup diatasnya.
c) Pada 17/6, harga berjaya menembusi R1 dengan vol. yang klimatik juga dan membuat percubaan untuk menembusi R2 tetapi gagal.
Rumusan:
- Harga berkemungkinan akan bergerak secara Sideways untuk 1-2 minggu lagi sebelum meneruskan pendakian dengan RTS dan Trendline 2 sebagai sokongan. Lebih elok jika harga tutup sekitar R1.
- Jika harga gagal naik, kemungkinan ia akan turun hingga ke S1 dan membuat pergerakan Swing.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
MMS - Kegilaan apakah ini?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideway dari pertengahan April dan telah pun keluar dari Trendline.
b) Pada 17/6, harga melonjak naik melebihi 30% dan menembusi R1 & R2 sebelum ia jatuh kebawah semula, membentuk UT. Volume pula sangat klimatik.
c) Terdapat percubaan untuk mengembusi R1 pada 30/4 tetapi gagal. Landasan 20/40MA pula sudah bertemu dengan harga berada diatasnya.
Rumusan:
- Harga berkemungkinan akan bergerak secara Sideways untuk jangkamasa yang lama.
- Jika harga naik dengan volume yang meningkat maka ia perlu melepasi R3. Jika harga menembusi RTS, maka kemungkinan harga akan turun hingga S1 dan bergerak secara Sideway disitu.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
SEKTOR PERKHIDMATAN INDUSTRI - Tunggu masa Naga tidur bangun?Posting ini mengenai sub-sektor "Oilfield Services / Equipment"
Pemerhatian:
a) Analisa Minyak Mentah Dunia (rujuk posting saya "PASARAN MINYAK GLOBAL - Pembetulan Sebelum Pendakian?". Link dibawah.
b) Saham-saham syarikat dibawah sektor "Oilfield Services/Equipment" mempunyai formasi carta yang sama:
- Pergerakan 'Sideway' dengan 20/40MA bersilang,
- Cubaan untuk melepasi R1 dengan vol. yang tinggi pada 18/6 tetapi gagal, dan
- Vol. yang semakin berkurangan.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga mempunyai potensi untuk mendaki dengan anggaran antara 15%-40% keuntungan dari R1 ke R2, bergantung kepada kaunter.
- Swing traders mungkin akan mengambil kesempatan untuk trade jika harga berada pada zon RTS. Walaubagaimanapun, setiap trade perlu mempunyai Trading Plan and follow closely.
- Buat masa ini, kita tunggu dan lihat pergerakan harga dan volume, terutamanya pada garisan Support & Resistance dan RTS/STR
PASARAN MINYAK GLOBAL - Pembetulan Sebelum Pendakian?PASARAN MINYAK GLOBAL
Uptrend Yang akan Datang.
Pemerhatian:
a) Minyak dunia mengalami 2 isu besar; perang bekalan antara Saudi vs Russia yang menyebabkan harga 'Gap Down'dan turun sehingga USD -40.32/tong pada 20/4 sebelum ia naik kepada 11.47 keesokkan hari.
b) Pada carta mingguan, harga mendaki sehingga USD 39.68 dan hampir menutupi 'Gap Down' tetapi gagal.
c) Pada carta harian pula, harga kini bergerak secara Sideway dan diatas 20/40MA.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, jika harga menutup 'Gap Down' dan menembusi USD 41.28 serta 40MA, maka harga akan sambung Uptrend. Harga mungkin akan buat pergerakan 'sideway' untuk beberapa hari sebelum memulakan pendakian.
- Apabila ini berlaku, hampir kesemua kaunter-kaunter yang berkaitan dengan minyak mentah akan juga naik.
- Buat masa ini, kita peru melihat pergerakan harga dan volume, terutamanya pada garisan Support & Resistance.
CONNECT - Masih ada momentum?Pemerhatian:
a) Pada carta mingguan, harga bergerak tinggi dengan volume yang klimatik (paling tinggi sejak dari IPO) berikutan pergerakan secara Sideway dari Jan'19 hingga hujung Apr'20.
b) Pada carta harian pula, kelihatan harga berada dalam zon Sideway dengan harga pada hari ini tutup atas RTS selepas gagal melepasi R1.
c) 20/40MA pula membuka landasan dengan Pentagon Hijau muncul pada 12/6.
Rumusan:
- Corak carta hampir sama dengan Komark.
- Harga mempunyai potensi untuk membuat pendakian; namun peningkatan harga volume yang terlalu mendadak pada carta mingguan memberi gambaran seolah saham mungkin akan turun mendadak.
- Dari carta harian pula, harga mungkin akan bergerak secara Sideway atau turun sehingga mencecah 20MA (dianggarkan pada sekitar S1) sebelum membuat kenaikan. Jika ia menembusi S1 dan 20/40MA, maka disarankan mencari kaunter lain.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
KOMARK - Pergerakan Parabolik (Carta Mingguan)Pemerhatian:
a) Pada carta mingguan, harga mempunyai 'Double Top' sebelum turun hingga ke pertengahan Mac'20.
b) Ia kemudian naik selepas 2.5 bulan tetapi pergerakan sangat parabolik.
c) Pada masa penulisan, harga di carta harian cuba untuk menembusi R1. 20/40MA membentuk landasan.
Rumusan:
- Jika harga membentuk UT hari ini dan tutup lebih rendah pada keesokkan harinya, maka harga mungkin tidak mempunyai daya untuk bergerak naik lagi.
- Jika harga melepasi UT dan R1 dengan vol. yang menaik, maka harga mungkin akan meneruskan pendakian sehingga R2.
- Walaubagaimanapun, kerana pergerakan parabolik harga dari 2 minggu lepas sebanyak 50%, maka kemungkinan harga akan jatuh dan disokong samada pada RTS atau S1.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
DSONIC - Masa untuk cari kuda lain?Pemerhatian:
a) Harga berada dalam Uptrend dari pertengahan Mac dan berjaya melepasi beberapa Rintangan.
b) Harga hampir melepasi R2 tetapi vol yang sangat tinggi menandakan harga mungkin berubah arah.
c) Ini terbukti apabila harga turun balik dan kini berada diatas RTS; kelihatan harga juga telah menembusi Trendline dan 20/40MA.
d) Dari carta mingguan pula, kelihatan harga sedang membuat 'Double Top'dengan landasan 20/40MA sudah bersimpul.
Rumusan:
- Harga akan bergerak secara Sideway untuk beberapa bar dan kemungkinan akan turun.
- Jika harga menembusi RTS, maka boleh dikatakan bermulanya Downtrend.
- Disarankan agar saham ini dipantau sambil mencari kaunter-kaunter lain yang memberikan 'setup' yang berpotensi.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.