Pusingan carta (chart cycle)Setiap yang naik, akan jatuh dan yang jatuh akan naik.
Dalam setiap kenaikan atau kejatuhan, akan ada ciri2 tertentu yang selalu berulang-ulang.
Sekiranya kita mampu kenalpasti ciri2 tersebut, sangat membantu ketika membuat analisa lanjut setiap carta yang diminati.
Semoga terhibur.
Analisis Trend
Screener untuk cari trendband cantikSatu lagi screener mudah yang sesuai untuk mencari kedudukan trendband yang cantik.
Konsep asas tetap sama, cantik bermaksud posisi moving average berada dalam keadaan bullish.
Bukan terus boleh jual beli yer.
Ianya lebih kepada mencari potensi stock, dan perlukan lebih analisa sebelum bertindak.
Revenue : Isyarat RSI overbought/terlebih belian.Revenue Berhad adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai.
1. Merujuk post sebelum ini (rujuk pada pautan idea di bawah), Revenue gagal untuk naik lebih tinggi dan turun membuat lantunan di atas garisan trend.
2. Revenue turun hampir 9% dari paras paling tertinggi RM1.57 selepas indikator RSI menunjukkan harga di paras overbought/terlebih belian.
3. Indikator RSI adalah salah satu indikator peneraju/leading di mana indikator tersebut mampu utk meramalkan perubahan harga sebelum perubahan tersebut berlaku dan tiada kesan 'lagging' berbanding indikator 'moving average'.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Pendidikan: Garisan Paras RintanganPsikologi paras rintangan
1. Pembelian yang banyak akan menyebabkan pembeli menjadi lemah.
2. Penjual mula memasuki pasaran & mengatasi kekuatan pembelian.
3. Ini menyebabkan harga melantun semula kebawah.
Diparas lantunan ini kita melukis garisan paras rintangan.
4. Sekiranya harga singgah semula diharga rintangan sebelum ini & melantun kebawah semula, menunjukkan harga rintangan itu menjadi lebih kukuh.
konklusi:
Paras rintangan terjadi kerana diparas itu "Supply" melebihi "Demand"
Screener mudah di TradingviewAda 2 screener mudah yang tidak memerlukan sebarang konfigurasi pening kepala.
Memudahkan kita untuk membuat sebarang pilihan stok yang bakal di dagangkan. Pilih dan simpan.
Selepas itu barulah buat analisis terperinci.
Gunakan trendband guide sebagai alat bantu untuk mempercepatkan pemilihan kaunter.
Dayang - Harga pada Halangan (resistance)perhatikan Dayang. harga berada pada garisan halangan. Jika terus mendapat minat belian, akan meneruskan kenaikan, jika belum mendapat minat seperti minggu lepas, harga akan turun semula ..
Adalah diingatkan, Price Volume Action adalah sangat penting dalam menentukan entry Buy dan Sell.
Penta - Follow Bullish TrendlinePENTA - kami akan memerhatikan stock ini menggunakan trendline bullish yang baru. Untuk pedagang masa singkat. Mesti menggunakan panduan garisan jujur yang betul supaya tidak terlalu terdedah kepada risiko kerugian yang besar.
Harus diingatkan, garisan jujur (trendline) merupakan lukisan imiginasi trader setelah membuat kajian tentang "BULL" dan "BEAR".. Setelah dikaji PENTA merupakan saham yang berada pada BULL masa singkat.
Keadaan carta semasa dan teknik yang kita pandaiBerdagang tanpa teknik atau pelan dagangan selalunya tidak dapat memberikan keputusan yang memberangsangkan.
Ada teknik tapi memilih carta yang salah juga tidak membantu untuk mengekalkan prestasi dagangan yang baik.
Fahamkan dulu teknik yang sudah dipelajari dan sesuaikan mengikut keadaan semasa carta.
Kalau teknik kita hanya sesuai untuk breakout, carilah carta yang ada nampak ciri-ciri hendak breakout. Begitu juga dengan teknik-teknik lain.
APPLE: Apa itu swing trading? Melihat pada carta Apple, jika anda seorang pedagang yang menggunakan teknik swing, maka pada 17hb oktober di paras usd220 anda telah sepatunya keluar dari saham ini,
ini adalah kerana, pada ketika itu, MA Cross telah pun memberikan petunjuk jual,
Dilihat pula pada MACD, jelas sekali arah aliran nya juga negatif,
Paras sokongan historikal adalah pada paras 180, 160 dan 140
GOLD Futures Berkadar Terus Dengan AUD Futures & NZD Futures.Berdasarkan carta mingguan yang dilapiskan bersama-sama antara carta Gold,Aud & NZD.
Boleh dikatakan setiap pergerakan Gold, Aud & Nzd mempunyai banyak persamaan.
Jika harga Gold dalam keadaan membuat kenaikkan, matawang Aud & Nzd juga kebiasaannya akan berada
dalam keadaan membuat kenaikkan juga. Ini kerana, Australia adalah negara pengeluar emas dunia dan
New Zealand pula adalah negara jiran terdekat Australia yang menjadi pemangkin dalam perkembangan ekonomi New Zealand.
Kotak DagangBox trading atau kotak dagang sangat mudah untuk di buat, tetapi perlukan pemerhatian yang baik sebelum membuat keputusan jual beli.
Seperti mana ketika harga naik, begitu juga konsep yang sama digunapakai ketika harga turun. Cuma terbalikkan saja segala syarat2 yang ada.
Pendidikan: Garisan Paras SokonganPsikologi paras sokongan
1. Penjualan yang banyak akan menyebabkan penjual menjadi lemah.
2. Pembeli mula memasuki pasaran & mengatasi kekuatan penjualan.
3. Ini menyebabkan harga melantun semula keatas.
Diparas lantunan ini kita melukis garisan paras sokongan.
konklusi:
Paras sokongan terjadi kerana diparas itu "Demand" melebihi "Supply"
FACEBOOK: Analisa Teknikal Di permudahkanSaya percaya ramai pelabur dan pedagang dari Malaysia yang melabur di peringkat Global pasti ada saham FACEBOOK yang di dagangkan di NASDAQ.
bagi mereka yang baru ingin melibatkan diri dalam pelaburan, perkara utama yang harus di lihat ialah TREND, untuk melihat trend dengan mudah ialah melihat secara visual arah pergerakan harga. melihat pada carta harga FACEBOOK, jelas sekali, arah pergerakan harga ialah ke bawah, untuk kepastian, boleh sahaja gunakan moving average, Carta di atas di padan kan dengan MA Cross. ketika ini harga FACEBOOK berada di bawah MA Cross, ini mencadangkan bahawa trend harga FACEBOOK sedang mengalami kejatuhan.
Indeks KLSE Malaysia Berkadar Terus Dengan Indeks FTSE Russel UKBerdasarkan carta mingguan, kelihatan prestasi Indeks KLSE Malaysia dan Indeks FTSE Russel United Kingdom mempunyai persamaan.
Kesimpulan yang boleh dirumuskan adalah :-
Jika Indeks FTSE Russel UK membuat kenaikkan, kemungkinan Indeks KLSE Malaysia juga membuat kenaikkan adalah tinggi.
Jika Indeks FTSE Russel UK membuat penurunan, kemumgkinan Indeks KLSE Malaysia juga membuat penurunan adalah tinggi.
Hubungan ini membolehkan pedagang menilai pergerakan pegangan Asset Manager / Institutional dalam dagangan pasaran FTSE & KLSE
melalui data laporan Commitment Of Traders yang dikeluarkan oleh cftc.gov setiap minggu.
FBMKLCI: Apa itu TRENDLINE?Trendline di gunakan untuk melihat apabila harga membuat pusingan dari turun kemudian naik, dan sebaliknya apabila harga naik dan keudian nya turun.
bagaimana melukis trendline?, apabila ingin melukis trendline turun (bearish trend), garisan trendline ini akan di lukiskan di atas harga, dan apabila harga membuat pusingan dan naik, maka trendline turun ini akan di langgar, dan apabila harga memecah atau melanggar trendline, boleh lah di simpulkan yang harga telah membuat pusingan dan berkemungkinan akan bergerak naik pula.
begitu lah sebaliknya, apabila harga sedang meningkat naik dan sedang bergerak ke atas, garisan trendline atas akan di lukis kan di bawah harga, maka, apabila harga berpusing dan berkemungkinan jatuh, harga akan melanggar trendline dan jatuh di bawah garisan trendline tersebut.
melihat pada carta FBMKLCI di atas, indeks KLCI didapati telah melanggar garisan trendline dan bergerak diatas trendline, ini berkemungkinan menandakan bahawa indeks telah berpusing dan mennukar arah dari kejatuhan dan mungkin akan bergerak naik pula.
PRESBHD: Antara carta Harian dan 1jamJika anda adalah seorang trader harian, sudah mesti anda akan melihat pada carrta dengan format period yang lebih singkat, iaitu format period 1jam berbanding format period harian. ini adalah kerana anda tidak mahu berada lama di dalam pasaran, anda ingin masuk cepat dan keluar juga dengan cepat.
Dengan melihat carta di atas sebagai contoh, ringkas nya, dengan menggunakan format yang sama iaitu
1. Bollinger Band
2.MACD
perbezaan entri dapat di lihat dengan jelas. melihat pada carta 1jam, entri berlaku pada 30 oktober di paras 50sen, apabila telah berlaku silang beli MACD dan harga mendaki naik di atas garisan tengah BB, dan mengikut carta, anda masih lagi dalam posisi.
dan melihat pada carta Harian, silang beli MACD berlaku pada 1 November, tetapi harga mendaki atas garisan tengah BB pada 2 November sebagai kepastian petunjuk beli pada paras purata 70sen. (20 sen beza antara harga beli carta 1jam dan carta harian)
Mengukur target jika aras sokongan atau swing bocorTempohari kita sudah melihat bagaimana mengukur ANGGARAN TARGET jika harga tembus ke atas aras halangan.
Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk carta-carta yang sedang tembus aras sokongan atau aras swing. Hanya terbalikkan saja cara yang sama.
Bukan setepat-tepatnya kita mau, yang paling penting, melihat apa reaksi harga jika sampai ke kawasan target.
Semoga terhibur.
Persamaan Antara FCPO & Soybean Oil.Persamaan Antara FCPO & Soybean Oil.
Perkaitan dagangan antara FCPO dan Soybean Oil adalah berkadar terus.
Jelas kelihatan jika harga FCPO meningkat, harga Soybean Oil juga meningkat.
Jelas kelihatan juga jika harga GCPO menurun, harga Soybean Oil juga menurun.
Kesimpulannya, Data Disaggregated Commitment Of Traders (DCOT) yang dikeluarkan
setiap minggu oleh www.cftc.gov untuk Soybean Oil juga boleh dijadikan rujukan
untuk FCPO jika tiada laporan untuk FCPO dikeluarkan pada minggu itu.