Analisis Trend
KLCI: Analisa Awal Tahun 2019Indeks KLCI sedang cuba bertahan daripada meneruskan perjalanan menurun. Batang lilin (candlestick) bagi 4 hari minggu lepas seakan menyokong penyataan ini. Jika dilihat pada carta mingguan, ia menunjukkan corak batang lilin hijau yang kuat iaitu 'Piercing Pattern'. Indikator MACD pula telah menghasilkan 'Bullish Divergence' sebagai tambahan.
Jangkaan: Indeks perlu melepasi 4 halangan utama untuk meneruskan perjalanan ke atas semula.
1. Paras EMA21 dan kekal di atasnya.
2. Paras EMA50 dan kekal di atasnya.
3. Garis Kipas Gann 2x1. Indeks memberikan respons pada masa lalu iaitu sekitar bulan Ogos & September.
4. Paras 1726 & 1743 iaitu 2 titik struktur LH (lower high) terakhir.
Senario yang mungkin terjadi ditunjukkan seperti anak panah hitam pada carta.
Penafian: Analisa ini hanya bertujuan bagi pendidikan & perbincangan sahaja. Risiko kehilangan modal akibat merujuk analisa ini adalah tanggungjawab masing -masing & bukannya atas penulis.
FBMKLCI: Uji Paras Halangan...Pada hari ini, FBMKLCI ditutup dengan positif pada paras 1670.28 dan pada paras ini, FBMKLCI menguji paras halangan pada garisan arah aliran naik dan juga 'moving average' 50.
Selalu terjadi pullback bila sesuatu paras di tembusi, baik di tembusi ke atas mahupun di tembusi ke bawah, dalam kes FBMKLCI ini, apabila paras sokongan arah aliran 1670 di tembusi ke bawah tempohari, pada hari ini terjadi pullback hingga ke paras yang sama.
Pada paras ini, apakah ia satu peluang untuk menjual bagi mereka yang tidak berkesempatan menjual tempohari atau apakah ini memberi peluang untuk masuk semula ke dalam pasaran kerana FBMKLCI membuat kenaikan semula.
Secara teknikal senario ini adalah lebih kepada pullback pada ketika ini, di mana FBMKLCI yang telah jatuh dari garisan sokongan arah aliran, naik semula ke paras yang sama. kebiasaan nya apabila ini terjadi, FBMKLCI akan berpusing semula dan menyambung gerakan kejatuhan nya. ada kemungkinan kah FBMKLCI akan terus naik dan menunggang semula di atas garisan arah aliran, kemungkinan itu memang ada. tetapi buat masa ini, pembacaan berat kepada senario pullback, di mana FBMKLCI berkemungkinan akan meyambung semula kejatuhan.
Siri Edukasi: Garisan Arah Aliran MenaikGarisan arah aliran menaik adalah satu garisan yang menunjukkan harga melakukan kenaikkan. Untuk berada didalam arah aliran menaik, harga perlu melakukan siri-siri "Higher low" (petak warna kuning didalam carta) & "Higher high"
Harga memecahkan garisan arah aliran menaik menunjukkan tanda-tanda awal perubahan arah aliran.
Penafian: Untuk Edukasi sahaja.
Corak carta yang dimanipulasiSetiap carta pasti ada penjaga.
Dan setiap penjaga ada yang baik hati, kedekut atau sangat kejam.
Hasilnya, terjadilah corak-corak yang selalu muncul semasa manipulasi menuju peringkat akhir.
Peluang berdagang untuk carta yang dimanipulasi tetap ada. Yang penting, kena siap sedia dengan pelan trading yang baik.
carimin - Dagangan KotakTeori T4 adalah satu perkiraan dimana "big player" atau pedagangan besar akan menggunakan margin account bagi membuat belian yang besar. Daripada perkiraan ini, Tempoh bayaran balik/ pulangan modal pinjaman daripada broker adalah untuk tempoh 4 hari. Jika dilihat harga yang telah ditolak pada hari ke-3. Ini boleh ditafsirkan, pedagang besar ini telah membuat untung sebelum tempoh modal pinjaman patut dipulangkan pada hari ke-4. 2 Keadaan yang akan berlaku esok:
1. Meneruskan kenaikan - sekiranya big player masih mahu menolak harga keatas.
2. Akan mengalami kejatuhan- sekiranya big player telah menjual kesemua saham pada hari ini ( dengan kentungan)..
jadi, pedagang teknikal harus berhati-hati dan tidak menyerahkan 100% kepada lukisan carta. Perlu mempunyai pengetahuan risiko-risiko yang bakal dihadapi. Volume Price Action pada hari esok bakal menunjukkan hala tuju sebenar saham ini.
Pergerakan harga , laporan kewangan dan dividenSangat digalakkan jika kita boleh menganggarkan tarikh laporan kewangan akan datang.
Boleh membantu kita untuk membuat pelan dagangan yang lebih baik.
Dapatkan makluman terkini anggaran tarikh laporan kewangan atau tarikh dividen dari laman bursa malaysia, platform dagangan masing2 ataupun website khas yang ada di luar sana.
FBMKLCI : Tariff Man dan Inverted Yield Curve1. FBMKLCI dilihat cuba utk kekal sedaya upaya utk kekal di atas garisan trend.
2. Persoalan utama adalah bukan arah tuju FBMKLCI seterusnya tetapi adalah sampai bila FBMKLCI mampu utk kekal di atas garisan trend.
3. Ramai pengamal analisis berpendapat bahawa index cenderung utk turun secara 'free fall' sekiranya gagal kekal di atas garisan trend.
4. Pendapat ini disokong dengan sentimen global yg bearish sekarang.
5. Apabila Trump 'tweet' bahawa dia adalah 'Tariff Man'. Pasaran menganggap ini adalah penunjuk bahawa gencatan perang perdagangan yg diumumkan sebelum ini adalah sia sia.
6. Yield Curve Inverted. Ini membawa maksud bahawa yield short term treasury bond lebih tinggi dari daripada long term treasury bond. Ini terjadi apabila pelabur bond menjual short term treasury beramai-ramai sehingga yield naik lebih tinggi dari long term treasury bond. Bagi pakar ekonomi, mereka menggunakan yield curve utk meramal 'recession' di pasaran Amerika Syarikat.
7. Menjadi kebiasaan, FBMKLCI amat terdedah kepada risiko turun naik pasaran Amerika Syarikat dan 2 sentimen yg sy sebutkan di atas ini menunjukkan sentimen bearish di pasaran Amerika Syarikat.
8. Ini adalah pendapat peribadi dan anda berhak utk tidak bersetuju dengan apa yg ditulis. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Bila aras sokongan dikhianatiBayangkan ada satu longgokan harga membuat satu aras sokongan yang baik dan secara tiba2, aras tu bocor ke bawah.
Mungkin yang buat longgokan tadi sudah kehabisan wang.
Mungkin tiada sambutan menggalakkan dari pelabur2 lain.
Mungkin teknikal rebound saja.
Yang pasti, aras sokongan bocor, petanda kurang baik.
Nota :
bila aras sokongan bocor, TUNGGU REVERSAL SIGNAL muncul.
Penyaring antara benuaSerba sikit kelebihan penyaring yang ada di tradingview. Kita boleh :
- sela masa berbeza
- ekspot data dalam csv
- menukar pasaran negara
- fungsi pemberitahuan
Semoga terhibur
Patuh pada pelan berdagang sendiriPatuh pada pelan berdagang tidak membuatkan kita sentiasa untung, tetapi ianya memberikan kita satu panduan dan hala tuju yang baik ketika berdagang.
Tidak ada siapa pun tahu yang harga akan naik atau turun kecualilah dia yang bagi naik dan turun.
Cari teknik berdagang yang serasi dengan gaya hidup kita. Buat pelan berdagang yang senang, mudah faham dan boleh digunapakai.
Meniru atau menggunakan pelan dagangan orang lain tidak semestinya serasi dengan jiwa kita.
# Jika tiap kali berdagang dan kita lebih banyak jual rugi - pasti ada masalah dengan pelan tersebut atau kita sendiri yang bermasalah untuk memahami dan menjiwainya dengan baik.