Analisis Trend
Garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan sokongan TRENDSebelum ini kita pernah melihat kepentingan garis MA/EMA 200 sebagai alat bantu yang memisahkan di antara carta bullish atau carta bearish.
Kali ini, kita melihat pula kegunaan garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan juga sokongan ketika harga sedang menaik.
Kalau ada yang bertanya " berapa lama nak simpan ", antara jawapan mudah yang boleh kita berikan adalah, " tunggu sampai garis MA/EMA 50 bertukar dari sokongan menjadi rintangan ".
Kenapa mesti 50 dan bukan nombor lain?
Yang ini tiada jawapan tepat. Nak tahu, kenalah cuba sendiri dan perhatikan carta-carta lama.
Tak semua carta patuh pada nombor 50, tapi hampir semua carta menaik menjadikan 50 sebagai permulaan dan pengakhiran.
Semoga terhibur.
BREAKOUT KUAT ADALAH PETUNJUK AKTIVITI PEMBELIAN YANG GIAN AKTIFUlta Beauty Inc melonjak ke puncak yang baharu dan meninggalkan corak penerusan "Gap Up". Lonjakan kuat ini menyebabkan breakout di atas corak "ascending triangle". Secara teknikalnya, carta menunjukkan kemungkinan yang tinggi untuk lebih banyak aktiviti pembelian di hadapan. Hal ini selaras dengan isyarat positif MACD, ditambah dengan momentum yang kukuh - memandangkan indikator "14-DAY RSI" kukuh melebihi 50 mata.
Sokongan segera ditetapkan pada USD327 diikuti USD311.30. Sementara itu, kami menetapkan rintangan segera pada USD350, dan seterusnya dilihat pada USD360.
Memahami maksud disebalik corak cartaAda dikalangan kita yang hanya berdagang dengan berpandukan kepada corak-corak carta yang selalunya muncul. Kemunculan corak ini dapat memberikan kita satu signal awal samada carta itu berkemungkinan untuk naik atau turun.
Menghafal sebarang bentuk corak juga satu teknik dagangan yang baik.
Tapi bagi saya, dengan memahami bagaimana corak itu terjadi dan melihat tanda-tanda awal sebelum corak berlaku dapat memberikan saya satu kelebihan berbanding menghafal sahaja.
Sama juga seperti menghafal bentuk lilin. Tidak salahpun menghafal, tetapi memahami bagaimana bentuk lilin terjadi adalah lebih manis.
Trading idea untuk swing traderSekadar pandangan peribadi.
Tak semua orang boleh trade hari-hari. Ada yang kerja 8 hingga 5. So bila masa nak monitor kaunter-kauter yang sedang aktif di bursa?
Memang tak ada masa nak tengok...percaya lah.
Caranya.... ramai orang cadangkan adalah dengan swing trade. Maknanya anda beli masa orang tak kecoh-kecoh pun pasal saham tu, then tiba-tiba je naik dan anda jual bila orang dah start kecoh-kecoh pasal saham tu. Menarik tak?
Anda boleh tengok contoh saham PCCS ni....memang agak lama dia side way...dan tak ada pun forum-forum atau channel-channel telegram yang sibuk cerita pasal saham ini. Bile saham ini membuat kenaikan, baru semua orang sibuk bercerita pasal saham ini.
So anda hanya perlu habiskan mungkin 2-3jam pada hujung minggu untuk mencari saham-saham yang agak lama side way. Then just monitor pergerakkan saham tersebut rapat-rapat.
KGB, menawan dimata pelabur, menarik dimata PedagangKelington Group Berhad (KBG) merupakan salah satu kaunter kegemaran saya. Kenapa? Jom kita kaji sama2 dari aspek Catalyst, Fundamental dan akhir sekali Teknikal.
Berdasarkan catalyst terbaharu, KGB dilaporkan telah berjaya mendapatkan kontrak di awal tahun 2019 dari Singapura sebanyak RM93juta. Berita ini tentu menggembirakan pemegang saham KGB memandangkan ia dianggap permulaan yang baik bagi suku tahun pertama 2019. Dengan perkembangan yang positive diantara China dan US, KGB dilihat mampu meraih keuntungan yang lebih pada tahun 2019.
Secara fundamental, KGB sangatlah menawan..Haha..mengapa saya katakan begitu? Pertama kita perlulah memahami bahawa perniagaan / perkhidmatan utama KGB ialah menyediakan perkhidmatan Ultra High Purity dan Process Engineering kepada pelanggan korporat mereka. KGB pada tahun 2017 telah melebarkan sayap perkhidmatan dengan membekalkan perkhidmatan General Contracting kepada pelanggan yang memerlukan kepakaran pekerja - pekerja mereka. Dengan adanya sayap perkhidmatan yang baru, pengurusna KGB telah bukan sahaja mampu memaksimakan aset utama mereka iaitu kepakaran pekerja, malah mampu memberikan jaminan kepada pekerja mereka disebalik ketidaktentuan ekonomi kini. Tahun 2018 sekali lagi pengurusan KGB telah memutuskan satu lagi sayap perkhidmatan diberikan iaitu perkhidmatan Industrial Gases. Luar Biasa bukan? Dengan sikap yang optimistic, pengurusan KGB telah mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat dan bagi saya, mentaliti ini merupakan suatu kekuatan luar biasa KGB.
Kita lihat pula kepada Revenue Growth yang berjaya dicatatkan oleh KGB 3 tahun kebelakangan ini amat luar biasa. Pada tahun 2016, dengan pendapatan berjumlah RM340 juta dan keuntungan sebanyak RM8.6 juta, keuntungan yang direkodkan pada tahun 2017 berjaya mencatatkan peningkatan kepada RM12.2 juta disebalik penurunan sedikit dari jumlah Pendapatan sebanyak RM317 juta. Impressive kan? Ini bermakna, pada tahun 2017 pihak pengurusan KBG telah melaksanakan cost effective yang amat baik dan menyumbang kepada peningkatan profit margin. Dan tahun 2018 pula, peningkatan Pendapatan seiring dengan keuntungan dicatatkan dimana Pendapatan berjumlah RM349 juta dan keuntungan sebanyak RM18juta berjaya diraih.
Dari segi aspek penembusan pasaran pula, amat mengejutkan bahawa disebalik ketidaktentuan ekonomi, Malaysia dan Singapura masih menjadi pasaran utama KGB. Dengan pasaran Malaysia merangkumi 32% dan Singapura pula sebanyak 31.8%, pasaran China meningkat dari 17% pada tahun 2017 kepada 30.6% pada tahun 2018. Dengan keseimbangan pasaran ini, ia ternyata baik untuk KGB yang tidak akan menerima tempias yang besar hasil pertembungan China dan US melalui Trade War baru - baru ini.
Dari segi aspek kestabilan operasi perniagaan pula, sangat menarik untuk diperhatikan bahawa KBG memiliki Quick Ratio yang tinggi iaitu pada kadar 1.69. Ini bermakna, seandainya KGB membayar semua hutang - hutang termasuk Long Term Borrowing yang berjumlah RM1.5juta, KGB masih memiliki kecairan asset yang tinggi untuk meneruskan operasi..Menarik bukan? tambahan pula, KGB tidak memerlukan kepada Current Ratio kerana percentage Inventory kepada Current Asset hanya 0.55% sahaja..Wow!
So, pelabur fundamental dengan sendirinya tidak memerlukan pengiraan Debt To Equity Ratio memandangkan Quick Ratio yang saya terangkan di atas telah mampu memberikan anda senyuman yang lebar tanpa risau akan kebankrapan syarikat..Beralih pula kepada EPS, dengan hampir konsisten EPS dicatatkan pada tahun 2016 sebanyak 2.08, 2017 sebanyak 2.00 dan 2018 sebanyak 1.99, menarik bukan? Perlu diingat juga pihak KGB baru sahaja menerbitkan saham baru dengan exercise of 14,547,700 convertible warrant kepada saham...EPS yang hampir konsisten ini pada pandangan peribadi saya sangat luar biasa.
Jom kita ke Analisa Teknikal pula. Berdasarkan prestasi kaunter KGB, ia dilihat baru sahaja berjaya memecahkan Double Bottom terjadi pada sekitar Oktober dan Novermber 2018. Dengan trend terbaharu menunjukkan uptrend, KBG dilihat berjaya melepasi Resistance pertama iaitu pada harga RM1.26 - RM1.28. Resistence seterusnya yang juga merupakan All Time High adalah sekitar RM1.31 - RM.1.34. Dari aspek trend volume analisis pula, volume terkini menunjukkan berjaya memecahkan downline trend seperti dirajah. Volume pada hari hari seterusnya dijangka akan meningkat seterusnya mampu melonjakkan harga jauh ke atas. Seterusnya petunjuk (indicator) MACD seakan menghampiri perubahan trend. Histogram downtrend MACD dilihat melemah dan mampu memberikan buy signal kepada pedagang dalam masa terdekat. Namun begitu, petunjuk (indicator) Stochastic RSI telah lebih awal memberikan petanda dimana garisan Stochastic telah berjaya melepasi tahap Oversold (20).
Selamat melabur dan berdagang..Semoga Idea ini memberikan manfaat buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca :)
FERRARI DIJANGKA AKAN NAIK SELARI DENGAN PERMULAAN HEBAT DI Walaupun terdapat corak carta “Bearish Harami” yang menunjukkan petanda negatif, saham Ferrari terus kekal dengan momentum yang kuat. Bukti boleh dilihat apabila harga saham melantun di atas garisan MA 20-hari (biru). Analisa dari segi teknikal menunjukkan bahawa kecenderungan positif yang muncul semenjak berlakunya “Breakaway Gap” masih memberangsangkan. Ini dapat dapat dilihat apabila petanda "14-day RSI" masih terus berlegar di atas poin-50 – petanda momentum masih kuat.
Aras sokongan adalah di tahap harga USD 128.60, diikuti dengan tahap harga USD 122. Sebaliknya, aras rintangan adalah di tahap harga USD 138, diikuti dengan harga psikologi USD 150.
Akan Datang? (Dancomech; 5276.kl)Kod saham: 5276
Nama saham: Dancomech Holdings Bhd
Screener: Spring pada 15 Mar 2019
Tarikh pemerhatian: 18 Mar 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Price: Sebaran harga yang luas pada upbar.
- Volume: Rendah sebelum bergerak tinggi selepas merentasi Support Line 3.
b) Peringkat Pasaran:
- Peringkat awal Mark Up (S2) selepas breakout dari Segitiga Simetri.
c) Trading Range:
- Harga berada dalam Trading Range (awal Dec'17 hingga pertengahan Sep'18).
- Selepas itu, harga bergerak dalam satu Segitiga Simetri sebelum breakout keatas.
- Kemudian, harga membuat pullback sebelum melonjak naik.
d) Resistance & Support:
- Harga mengalami rintangan hebat pada Support Line 3 (ketika itu Resistance Line) sebelum melepasinya.
- Harga kemudian melonjak naik dan melepasi Support Line 2 dan 1 (ketika itu Resistance Line).
- Ketika ini, harga cuba membolosi Resistance Line 1. Aras sokongan adalah pada Support Line 1.
Note:
- Pada waktu penulisan, harga sedang membuat pullback. Jika pullback berjaya, harga akan melonjak naik.
- Jika pullback gagal, kita perlu melihat pergerakan bar beberapa hari kemudian untuk menentukan arah tujuan harga.
EURNZD .. bolehkaah naik dari sini?EURNZD
(Sila LIKE sebagai tanda sokongan atas perkongsian analisa saya)
hello
Analisa Fundamental
ECB Announces TLTRO 3
Says No Hikes in 2019
Starting to see mild improvements amidst weakening data in 2019
EU Car tariffs and Brexit are potential risks
GE 10 year rates below 0.1%
RBNZ leaves rates unchanged
no hike until 2021
Dairy prices finally stabilizing
NZD cheapest vs.AUD in 17 months
Economy doing well with growth solid over the past year
But the housing market and Chinese growth could be a problem
NZ 10 year rates drop below 2.1%
Bias - kecenderungan
Fundamental EURNZD Neutral
Teknikal BUY
Laporan Utama Akan Keluar Minggu Ini:
Khamis NZD GDP q/q
Khamis EU Economic Summit BREXIT
Analisa teknikal
Lihat video
Doji anak beranak - batu nisan dan tukul terbalikAda satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut.
Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik.
Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi dan terendah doji tu.
Bagi katergori hari ini, kesemuanya tidak mempunyai ekor, mesti licin di bawahnya
Penerangan ringkas dalam video di atas.
Kemana arah tuju HatalegaHartalega menarik untuk diperhatikan buat short term trader.
Harga terkini sedang rebounce dan menuju ke arah RM5.
Sekiranya ia berjaya melepasi harga pivot yang terdekat iaitu pada harga RM5.225, saham ini akan meneruskan kenaikan
pada pivot yang seterusnya.
Atau sebaliknya jika tidak berjaya melepasi garisan trendline di sekitar harga RM5, saham ini
akan berlaku penurunan berdasarkan descending triangle chart pattern
POH HUAT Tampak KonsistenPOH HUAT RESOURCES HOLDING BHD telah pun melaporkan Penyata Kewangan bagi Suku Tahun pertama 2019 dengan mencatatkan nilai Jualan yang meningkat berbanding Suku Tahun sebelumnya iaitu Suku Tahun ke 4 untuk tahun 2018. Dengan peningkatan daripada RM189,508,000 kepada RM197,058,000 merupakan permulaan yang baik. Walaubagaimanapun menjadi kebimbangan pelabur fundamental dengan peningkatan jualan tidak menyumbang kepada peningkatan keuntungan, malah terdapat penyusutan dari RM20,860,000 kepada RM15,263,000. EPS turut menyaksikan penyusutan dari 9.50 kepada 6.94.
Berdasarkan Laporan Kewangan Suku Tahun Pertama, kestabilan operasi perniagaan boleh diukur melalui Quick Ratio Poh Huat dilihat memberansangkan dengan kadar sebanyak 1.356, Poh Huat tidak memiliki sebarang masalah untuk melunaskan tanggungan yang dimilik pada bila - bila masa. Risiko kebankrapan syarikat juga dilihat hampir tiada dengan tidak memiliki sebarang Hutang Jangka Panjang. Oleh itu, Debt to Equity Ratio tidak perlu dinilai buat masa ini.
Dari aspek Teknikal Analisis pula, trend menunjukkan uptrend bermula sekitar Oktober 2018. Berjaya memecahkan Ichimoku terus menolak candlestick atas awan Ichimoku menandakan tahap keyakinan pelabur adalah tinggi. Walaubagaimanapun, pelabur dinasihatkan untuk menunggu buy signal dari indicator memandangkan RSI Stochastic telah bergerak ke arah oversold. Sekiranya candlestick masih boleh bertahan di atas Ichimoku, POH HUAT boleh diletakkan di bawah WATCHLIST anda.
TRC case study - paras sokongan dan rintanganTRC bergerak secara sideways (ranging) antara 0.52 dan 0.59. paras sokongan dan rintangan telah terbentuk antara 17 Jan (harga tertinggi) dan 11 Feb (harga terendah)
ketika harga mencecah kawasan sokongan, belian boleh dibuat dengan stoploss pada harga bawah 0.52. harga. teknik beli masa senyap. selepas itu, kaunter ini mula mendapat perhatian setelah makin ramai menyedari ia telah melantun dari paras support, dan belian panik telah berlaku dimana orang ramai tidak mahu ketinggalan membeli kaunter ini.
Target jualan adalah pada paras rintangan. namun begitu, momentum kenaikan adalah sangat kuat, (gap up) dan terus naik. trader yang bijak akan menjual separuh pegangan saham untuk mengambil untung dan membiarkan separuh lagi untuk teruskan perjalanan ride the trend, target kedua ialah Resistance 2, dua kali ganda trading range yang sebelumnya.
kesimpulannya, jika anda lihat harga sesebuah kaunter berada diparas support, tandakan paras resistance dan support, dan beli lah. ianya berbaloi.
Fokus pada garisan melintangSambung lagi siri breakout..memang nak bagi habis, tapi tak habis2 pulak.
Garisan melintang mungkin nampak mudah, tetapi ianya sangat berkuasa untuk menentukan samada harga hendak naik atau turun.
Seperti alat bantu yang lain, garisan melintang bukanlah penentu naik atau turunnya sesuatu harga, tetapi ianya mampu memberikan kita gambaran awal sambil bersiap-sedia membuat pelan dagangan.
BBMA : ISYARAT JUALAN KUBHarga terus membuat penurunan dan kemudiannya berhampiran BL, telah keluar isyarat jualan. Namun, kita perlu tunggu sehingga harga melantun kembali ke atas. Kemungkinan besar ini adalah isyarat belian yang palsu kerana stoch masih berada di atas CT. Tambahan pula,ini adalah masa terbaik membeli bagi sesetengah peniaga.