Melihat peluang selepas breakout ke atas garis MA/EMA 200Tempohari kita sudah melihat kepentingan garis ma/ema 200 dan fokus membuat penyaring.
Kali ini, kita lihat pula bagaimana cara berdagang dan bentuk yang selalu muncul selepas breakout ma/ema 200.
Sebagai perbandingan, saya gunakan penyaring di tradingview untuk melihat carta-carta di negara lain dan melihat adakah mereka juga berkongsi bentuk yang sama selepas breakout.
Analisis Trend
[NOTA] Pergerakkan hargaKajian pergerakan harga untuk AMD bermula tarikh 4/3 sehinggi hari ini.
Paras sokongan dan rintangan mingguan ditentukan pada hari pertama trading.
Sekiranya harga melebihi paras rintangan atau sebaliknya, keputusan untuk membelinya boleh dibuat berdasarkan pergerakan harga semasa.
Kemaskini sektor tenaga (energy )- mencari peluangHampir kebanyakan stok berkaitan tenaga (energy) yang naik tinggi sehingga kini mula turun dan nampan tanda-tanda berhenti sebentar.
Dengan beranggapan yang hentian ini sebagai pullback pertama selepas kenaikan, kita boleh perhatian ruang-ruang untuk berdagang, terutama sekali bila bentuk lilin sudah semakin mengecil.
[Nota] CPO bulan MacMasih lagi mencari rentak untuk trade CPO?
Ini hanya sekadar kajian, bukan buy call. Mari kita lihat carta cpo bermula dari 4-3-2019 hingga 25-3-2019.
Secara asasnya, kita boleh mempertimbangkan hari isnin adalah hari untuk menentukan aras sokongan dan aras rintangan yang terkuat bagi minggu itu. Sekiranya salah satu aras ini pecah, kita boleh membuat keputusan untuk entri samaada short atau long.
S&P500 BERLEGAR DI PARAS TERTINGGI UNTUK 2019.Indeks S&P500 pada minggu lepas bermula dengan batang lilin trend menurun dan berakhir pada poin 2800. Walaupun permulaan minggu lepas kurang memberangsangkan dan lintasan garisan negatif yang dapat dilihat di indikator “Stochastic”, pandangan positif tetang saham ini masih relevan. Ini kerana perkembangan negatif ini dilihat sebagai pemberhentian sementara dari perkembangan trend menaik minggu lepas oleh indeks ini.
Garisan MA 20-hari (Biru) masih berada di atas garisan MA 50-hari (merah). Dari sudut analisa teknikal, ini petanda positif dan sekaligus memperkukuhkan pandangan positif tentang indeks ini. Buat masa sekarang, trend menaik atas dasar kewujudan corak tukar arah “V Bottom” dan batang lilin hijau yang panjang masih relevan.
Pembetulan jangka masa pendek dibawah 2491 poin berada di tahap terakhir, manakala momentum trend menaik jangka masa panjang masih kuat. Garisan sokongan yang pertama dijangkakan berada di poin 2,714, diikuti poin 2,644. Garisan rintangan yang pertama pula dijangkakan berada pada poin 2,814, diikuti poin 2,941.
PANTAU UNTUK BREAKOUT YANG KUAT DI ATAS PARAS HARGA USD 122.50Sepanjang minggu lepas, saham Pepsico menunjukkan perkembangan positif diatas paras harga USD 116.80. Berdasarkan momentum jangka masa pendek, perkembangan positif trend menaik ini berkemungkinan tinggi untuk membawa saham ini untuk pecah paras harga USD 155.50 dengan yakinnya. Jika ini berlaku, pembeli akan mengawal sentimen pasaran saham.
Garisan sokongan yang pertama dijangkakan berada di paras harga USD 116.80, diikuti paras harga USD 112.40. Garisan rintangan yang pertama pula dijangkakan berada pada paras harga USD 122.51, diikuti paras harga USD 128.
ISYARAT POSITIF DARI "INDICATORS" PENANDA TREND MENAIK Carta harga untuk saham Kimberly menunjukkan corak “Bearish Harami”, ini boleh dianggap sebagai penanda bahawa hayunan trend menaik berkemungkinan akan berhenti seketika. Namun demikian, asalkan tiada sebarang perkembangan kuat aktiviti trend menurun yang berlaku, momentum trend menaik dianggap masih kekal. Prestasi jangka masa pendek yang negatif ini boleh dimbil kira sebagai petanda saham ini sedang berehat untuk sementara. Ini kerana aras harga telahpun memecah USD120 dengan nyatanya minggu lepas. Pada masa hadapan, pembelian dijangkakan akan menaik – selari dengan isyarat positif terkini pada "MACD", "Moving Average" dan "14-day RSI".
Garisan sokongan yang pertama dijangkakan berada di paras harga USD 120.50, diikuti paras harga USD 116.20. Garisan rintangan pula dijangkakan berada pada paras harga USD 125, diikuti pada harga USD 116.20.
Idea trade untuk minggu ini - AEOSalah satu indikator yang menjadi pilihan saya kali ini adalah heikin ashi.
Sebagai kajian kes untuk minggu ini, mari kita perhatikan pergerakan saham AEO ini. AEO adalah sebuah retailer untuk pakaian di Amerika dan saham ini berstatus shariah berdasarkan idealrating.com
Nota ringkas.
Lihat contoh carta harian AEO ini. Hijau bermakna beli, dan merah bermakna jual.
Kalau kita lihat pada carta harian, AEO menunjukkan candle merah. Dan saya cuba kecik kan lagi time frame kepada 4 jam dan 1 jam.
Carta 4 jam
Carta 1 jam
Cuba perhatikan pada time frame 4 jam, candle masih lagi berstatus merah, tetapi pada time frame 1 jam menunjukkan candle berwarna hijau.
Bagi yang berminat untuk trade, anda dah boleh trade berdasar beberapa perkara yang perlu di perhatikan pada market malam ini.
1. Harga sekarang sedang bermain-main di fibo 23.6% untuk time frame daily. Sekiranya dia berjaya melepasi harga fibo ini, AEO berkemungkinan akan meneruskan kenaikannya ke 21.93, 23.46. Teknik ini sesuai untuk swing trade.
2. Kalau dilihat pula pada time frame 1 jam, harga dibawah fibo 23.6%, sekiranya dalam minggu ini, AEO berjaya meneruskan kenaikan nya iaitu melepasi harga 20.17, ia akan meneruskan kenaikan 20.44, 20.67.
3. Nota sampingan, stocastic RSI menunjukkan keadaan semasa dalam keadaan oversold.
Mudahnya berdagang dengan ICHIMOKU
Analisa Teknikal tidak semestinya betul senantiasa, tetapi ia selalunya betul. syarat pertama untuk berdagang dengan menggunakan analisa teknikal ialah, anda harus mempunyai disiplin yang tinggi. dan apabila berdagang dengan analisa teknikal menggunakan tempoh masa yang singkat seperti dia atas iaitu tempoh masa 15minit, anda harus memberi perhatian yang tinggi kerana harg boleh berubah bila bila masa, disiplin yang tinggi dalam dagangan menggunakan analisa teknikal ialah, anda harus bertindak mengikut petunjuk yang di berikan. andai petunjuk nya beli, maka anda harus beli dan apabila petunjuk nya jual, anda harus jual.
berdagang menggunakan petunjuk awan ichimoku ialah, beli apabila harga naik ke atas awan ichimoku dan jual apabila harga jatuh di bawah petunjuk ichimoku.
melihat pada contoh di atas, petunjuk beli timbul pada harga 61sen dan petunjuk jual nya tiba di paras 80sen apabila ia jatuh di bawah awan. dan dengan transaksi tersebut anda tela membuat keuntungan sebanyak 19 sen atau 31% dalam jarak masa 2 minggu.
selepas itu, petunjuk beli muncul semula apabila harga sekali lagi mendaki atas awan ichimoku pada paras Rm1 dan seterusnya petunjuk jual pada paras rm 1.60, pada transaksi kali ini, anda telah membuat keuntungan sebanyak 60 sen atau 60% dalam jarak masa 1 bulan.
dan begitulah mudahnya untuk berdagang dengan menggunakan analisa teknikal.
Untung dengan Trading Plan! HSS Engineers (0185.kl)Kod saham: 0185
Nama saham: HSS Engineers Bhd
Screener: -
Tarikh pemerhatian: 22 Mac 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Harga bergerak semakin tinggi dengan perlahan-lahan.
- Rata-rata volume juga rendah dengan beberapa hari dimana volume adalah tinggi.
b) Peringkat Pasaran:
- Pengakhiran peringkat Accumulation (S1) dan permulaan peringkat Mark-Up (S2).
c) Trend Line:
- Harga kini berada diaras Trading Range (sekitar RM1.15).
- Harga membuat "Higher High, Higher Low".
- Selain itu, harga juga kini berada didalam lingkungan Uptrend Line (Guide).
Nota:
- Kita perlu melihat beberapa bar lagi untuk memastikan arah tuju saham.
- Apa yang pasti, harga saham akan bergerak tinggi SEKIRANYA harga bergerak melepasi RM1.21.
- Satu perdagangan saham telah dibuat pada Feb 27 (klik pautan dibawah); jika mengikut Trading Plan, keuntungan kasar terkini ialah sebanyak ~8% .
- Juga merujuk kepada Trading Plan, Stop Loss juga diperbaharui kepada RM1.15.
MOMENTUM AMAZON KUAT DI ATAS ARAS USD1,700Amazon meneruskan trend menaik dan mencatat paras harga tertinggi pada tahun 2019. Hal ini menunjukkan sentimen positif, unjuran daripada kemunculan corak “morning star”. Momentum segera mencadangkan lebih banyak potensi aktiviti membeli di sesi akan datang. Hal ini sejajar dengan isyarat positif pada petnda "MACD" dan momentum yang kuat dalam penunjuk "14-day RSI" (di atas 50 mata).
Sokongan segera ditetapkan pada USD1,766.50 diikuti oleh USD1,678.80. Sementara itu, rintangan pertama dilihat pada USD1,891.40 dan rintangan seterusnya adalah pada USD2,050.50.
“BREAKOUT” KUAT PETANDA PELUANG KEEMASAN UNTUK AMDAdvance Micro Devices Inc mencatat kenaikan dalam satu sesi yang tertinggi pada tahun 2019, sekaligus menunjukkan batang lilin pembuka Marubozu hijau. Oleh itu, saham ini akhirnya memecah garisan rintangan trend kebawah dengan jelasnya. Momentum yang kuat ini membuka jalan kearah trend positif yang selari dengan kenaikan jumlah dagangan. Perlu diingatkan indikator MACD juga menunjukkan petanda positif yang mengukuhkan pendapat kami tentang trend saham ini.
Pada masa ini, garisan sokongan terdekat adalah pada paras harga USD27 diikuti dengan paras harga USD25. Di sebaliknya, garisan rintangan terdekat adalah pada harga USD30.30, diikuti dengan paras harga USD34.
Templat untuk fasa cartaGunakan alat lukisan untuk membuat templat fasa carta dan letak pada carta yang kita minat. Dari situ, cuba perhatikan di manakah kedudukan carta sekarang berbanding templat yang telah kita buat tadi.
Ringkasan :
1. Menentukan fasa semasa carta
2. Fokus pada bentuk lilin yang kecil molek yang berlonggok dan "think to buy"
3. "Think to sell" bila munculnya lilin bapak besar
Semoga terhibur
Volum dan Harga - Bahagian 3Kita sampai kepada bahagian terakhir cerita volum dan harga. Kalau ikutkan, masih banyak lagi yang boleh diterangkan.
Tapi cukuplah. Yang lain mungkin boleh rujuk bahan bacaan berkaitan VSA (volume spread analysis) , VPA (volume price analysis).
Atau, boleh rujuk terus kepada video dari Mr. Martin Wong yang memang fokus pada volum dan harga. Ada kat tradingview ni, boleh like dan ikuti.
my.tradingview.com
Sembang kali ni berkaitan
1. Pentingnya kesinambungan pergerakan harga selepas kemasukan volum.
2. Kisah mak bawang dan anak-anaknya.
Semoga terhibur.