Prestasi penyaring dengan bantuan penunjukJalan-jalan sambil melihat prestasi saham-saham yang telah disaring cuti lepas.
Kalau terlalu banyak pilihan, cuba fokus pada :
1. Saham yang perniagaannya mencatat keuntungan
2. Ada cerita-cerita menarik
3. Bergerak dalam tema atau selalu di panggil "satu jalan, yang lain pun jalan
4. Kenalpasti carta sedang berada di dalam fasa 1, 2 , 3 atau 4.
5. Menunggu setup entri yang kurang berisiko tetapi tinggi potensi untung
6. Menunggu corak lilin atau corak carta
Analisis Trend
Penyaring dan bantuan indikator (penunjuk)Indikator sangat sesuai digunakan semasa kita membuat carian stok-stok yang berpotensi untuk didagangkan.
Di dalam tradingview sendiri sudah ada beberapa indikator yang boleh kita guna pakai semasa membuat set up screener (penyaring).
Untuk kali ini, saya tunjukkan screener dengan bantuan 2 indikator - STOCHASTIC dan MACD.
Semoga terhibur.
Melihat struktur carta untuk dapatkan idea daganganHari ini kita cuba menganalisa carta berdasarkan struktur puncak dan lembah yang nampak jelas.
Sesuatu yang kita kena ambil tahu, carta itu sendiri sudah memberikan kita gambaran jelas samada tren semasa adalah naik , melintang atau menurun.
Semoga dagangan kita selepas ini lebih baik dan lebih peka dengan arus semasa carta.
KAB: Pecahkan Trend MenurunKAB telah melalui fasa penurunan bermula dari Oktober 2018.
Pada 11/1/2019, KAB telah mencuba untuk memecahkan trend menurun, namun gagal.
Pada 7/2/2019, KAB telah berjaya memecahkan trend menurun. Namun, mampukah KAB untuk bertahan?
Support terdekat: 0.215
Sasaran 1: 0.230
Sasaran 2: 0.245
Pivot Point - alat bantu yang sangat membantuDalam tradingview, ada disertakan bersama penunjuk "Pivot Point" atau dalam bahasa, diorang panggil "Pangsi".
Penggunaan pivot secara umumnya untuk mencari potensi aras sokongan dan halangan.
Dikatakan jika harga berada di atas aras Pivot P, carta adalah bullish dan jika berada di bawah Pivot P, carta belum lagi bullish.
Semoga terhibur.
Nota: video tersangkut di akhir, nasib baik tak hilang..chrome kena selsema.
Persediaan awal selepas carta membuat breakout rintanganPenerangan ringkas bagi membuat persediaan awal sekiranya terjumpa carta yang sudah breakout dari aras rintangan terbaru.
Nama lain yang selalu orang panggil
- buy on dips
- resistance become support
- pullback entry
- sauk bawah
Semoga terhibur
Penyaring Peneraju Volum - tambahan konfigurasi mudahPenyaring yang ada di tradingview walaupun tidaklah begitu mesra bagi pengguna advance, tetapi sangat sesuai bagi mereka2 yang tahu apa nak di cari.
Dalam video kali ini, saya gunakan pilihan Peneraju Volum (most active) dan buat sedikit perubahan setting mengikut apa yang saya cari.
Antaranya
- Perubahan harga lebih 3%
- Volum lebih 1 Juta
- Harga berada di atas SMA 5
Penyaring bukanlah penentu untung atau rugi. Ianya lebih kepada alat bantuan untuk menapis sahaja.
Kita masih perlu melihat dan menilai sendiri, carta mana yang memberikan kelebihan dari risk:reward.
Minggu terakhir JAN 2019 sebelum cuti panjangBagi minggu terakhir setiap bulan, sudah menjadi lumrah yang market akan mengalami tekanan jualan atau profit taking bagi merealisasikan sebarang keuntungan yang telah dibuat pada awal bulan.
Kalau perlu rehat, kita rehat dulu dan bersedia untuk menuju bulan akan datang.
Sanbumi...Bangkit dari sokongan Antara salah satu teknik entry adalah buy on dip (BOD).
Dalam case ini, Sanbumi membuat lantunan pada support pada 0.355.
Candle hijau selepas selepas candle merah terakhir menunjuakkan bullish engulfing.
Menunjuakkan signal yang kuat untuk rebound.
Disokong oleh indicator histogram MACD yang positive di atas paras garisan 0. Hanya tunggu MACD bersilang ke atas sebagai confirmation.
Lilin yang menelan - engulfing candleTadi google engulfing dalam bahasa melayu dipanggil "menelan". Maka saya panggil lah lilin yang menelan.
Lilin menelan secara asasnya adalah
" harga tertinggi hari ini lebih tinggi dari semalam dan harga terendah hari ini lebih rendah dari semalam"
Video hari ini lebih kepada bearish engulfing - satu signal yang berpotensi untuk memulakan penurunan ke bawah.
Fokus pada aras harga terendah dan lihat pergerakan harga seterusnya.
Belajar teknikal dengan melihat carta yang aktifTidak ada cara yang lebih mudah untuk kita mengulangkaji pergerakan saham selain dari membuat latihan berturut-turut.
Disebabkan tradingview ada menyediakan carta luar negara, amatlah digalakkan untuk kita melihat, mengkaji dan menggunapakai segala ilmu yang kita ada pada carta2 mereka yang sentiasa aktif.
Teknikal analisis tetap sama walau di mana saja tempoh masa yang kita guna.
Semoga terhibur.
MALAKOF - Institusi mungkin masih membuangMALAKOF baru2 ini rally dan terhenti pada ringtan 0.99, dan kini masih berada pada paras SMA200.
-Institusi KWAP telah melupuskan lebih daripada 4 juta unit sejak 15-17 Jan, dan mungkin masih diteruskan
-Lihat bagaimana pergerakan harga selepas RSI berada dalam keadaan overbought/oversold.
-Juga perhatikan arah tuju harga selepas memecah garisan downtrend & EMA50
-Support dalam kawasan 0.86-0.88
ARMADA [NS] selepas break upper channelIni adalah untuk pembelajaran. ARMADA adalah contoh kaunter yang meletop selepas melepasi upper channel pada chart yang admin tunjukkan diatas. Rajinkan diri cari kaunter-kaunter seperti diatas, yang mana price semakin menghampiri upper channel sebelum breakout upperchannel.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
Sektor tenaga membuat lonjakan hari iniSetakat petang tadi, nampak kemasukan volume dan kenaikan harga pada stok yang berada dalam sektor TENAGA - atau lebih mudah sektor berkaitan minyak dan carigali.
Berdagang ketika harga sedang konsolidasi memerlukan kesabaran untuk melihat hasilnya.
Manakala berdagang ketika harga sedang mendaki naik, memerlukan kepantasan menyelit.
Tak kisah mana satu pilihan yang kita buat, jangan lupa ambil untung jika ada.
Selepas jual, kita masih boleh lagi membeli semula bila-bila masa yang dirasakan sesuai.