Ada waktunya penyaring corak lilin memang mujarabPada 1 Mac 2019 lepas bersamaan hari jumaat, kita dikejutkan dengan kenaikan harga bagi kebanyakan carta. Pada ketika itu, muncul banyak corak lilin seperti engulfing dan marubozu.
Bergantung pada keadaan semasa carta ketika itu, kemunculan 2 jenis corak ini menggambarkan seperti ada minat belian yang menyokong harga dari turun ke bawah lagi.
Corak lilin ini memberikan kita satu kesempatan untuk membuat pelan dagangan, dengan risiko paling dekat sekitar harga terendah di mana munculnya corak lilin tersebut.
Analisis Trend
Platform Media Sosial No. 1 Dunia, Facebook Kekal Mendominasi SaFacebook melanjutkan kenaikan harga selepas penghasilan "continuation pattern" berbentuk "Flag". Ini memberi gambaran bahawa "buyers" mengawal sentimen pasaran semasa - terutamanya selepas harga saham melepasi paras USD170.82 (Bacaan 50% di Fibonacci Retracement). Dalam masa terdekat, kami menjangkakan akan ada lebih banyak aktiviti belian, sejajar dengan pandangan positif yang kami ketengahkan menerusi "Breakaway Gap" yang juga adalah satu "continuation pattern". Hal ini disokong oleh momentum berterusan di atas paras 50 mata (seperti yang dapat dilihat dalam indikator RSI 14-hari).
Garisan "support" yang terdekat ialah pada USD170.80, manakala sokongan seterusnya ditandakan pada USD159.50. Sebaliknya, kami tetapkan garisan "resistance" terdekat pada USD182. Rintangan "resistance" seterusnya dapat dilihat di sekitar paras USD198.
Belajar melihat carta yang sudah naikSetiap carta yang naik pasti ada ciri-ciri atau sifat-sifat yang hampir sama.
Walaupun setiap carta itu tidaklah bergerak sama dengan yang lain, tetapi, sebelum berlakunya kenaikan atau menuju fasa menaik, pasti menunjukkan persamaan yang sangat jelas.
Hari ini kita belajar melihat sejarah kenaikan carta dan cuba mencari titik persamaan antara mereka.
Dengan maklumat yang ada, kita sudah boleh fokus pada area-area yang sepatutnya kita fokus.
Dan ianya pasti membantu jika kita hendak membuat penyaring yang lebih mantap.
Ada masa kita lihat carta yang nak buat fasa menurun pula.
Carimin : Fasa seterusnyaCarimin Petroleum Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan berpangkalan di Malaysia. Segmen Syarikat termasuk perkhidmatan tenaga kerja (MPS); kaitan, pembinaan dan pentauliahan (HUC); perkhidmatan marin (MS), dan lain-lain.
1. Jika dilihat, harga Carmin telah pun meningkat hampir 350% dari RM0.205 (harga terendah dalam 3 tahun).
2. Carimin kini berada di fasa mark-up apabila 'smart money' menolak harga tinggi utk mengaut keuntungan.
3. Persoalannya, adakah Carimin akan kembali ke fasa pengumpulan semula atau fasa pengagihan mula berlaku apabila 'smart money' mula menjual pegangan mereka utk mengaut keuntungan?
4. Jika Carimin turun di bawah EMA50, saya menjangkakan Carimin akan memasuki fasa pengagihan tetapi jika Carimin kekal berdagang di atas EMA50, saya menjangkakan Carimin akan memasuki fasa pengumpulan semula sebelum melalui fasa mark-up buat kali ke 2.
FITTERS sangat "bullish"FITTERS sudah melepasi paras tertinggi sebulan iaitu 0.515. "Trendband" hijau dapat dikekalkan selama sebulan dan harga semakin menaik. Jika dikira dari permulaan kenaikan penutup bulan Februari, kaunter ini sudah mencatatkan keuntungan sebanyak 30%! Trend kaunter ini kelihatan masih kuat lagi.
Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.500 dan resistance pada 0.525.
T7GLOBAL sangat "bullish"T7GLOBAL sudah melepasi paras tertinggi sebulan iaitu 0.460. "Trendband" hijau dapat dikekalkan selama 2 bulan dan harga semakin menaik. Jika dikira dari permulaan bulan Januari sehingga penutup bulan Februari, kaunter ini sudah mencatatkan keuntungan sebanyak 40%! Trend kaunter ini kelihatan masih kuat lagi.
Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.450 dan resistance pada 0.480.
Trend SIGN bakal berubah?SIGN sudah melepasi ke atas garisan trend menurun pada paras 0.370 dan harga bermain sekitar 0.380 hingga 0.395. Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.380. "Trendband" merah kelihatan semakin mengecil dan "trendband" hijau kecil kelihatan sudah muncul menunjukkan kaunter ini bakal berubah trend. "Candle" hijau juga sudah muncul. Resistance pada 0.400 dan support pada 0.355.
Trend CHGP bakal berubah?CHGP baru melepasi ke atas garisan trend menurun pada paras 0.360 dan tutup pada paras 0.365. Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.350. "Trendband" merah kelihatan semakin mengecil dan "trendband" hijau kecil kelihatan sudah muncul menunjukkan kaunter ini bakal berubah trend. "Candle" kuning juga sudah muncul. Kaunter ini perlu melepasi rintangan awan Ichimoku untuk meneruskan kenaikan. Resistance pada 0.380 dan 0.400.
GDB dalam fasa pengumpulan?Sepanjang 7 minggu ini, harga GDB kelihatan bermain sekitar 0.255 sehingga 0.280. Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.255. Kaunter ini baru melepasi awan Ichimoku. "Trendband" masih berwarna hijau menunjukkan kaunter ini masih lagi dalam trend menaik. Resistance pada 0.280.
CCK dan QRWalaupun keputusan kewangan sukuan keempat CCK tahun ini dinisbahkan dengan tahun 2017 (YoY) mencatatkan penurunan sebanyak -55.1%, harga CCK kelihatan tidak terjejas kerana masih mampu bertahan di atas "trendband" hijau lagi. Selepas pengumuman dibuat pada 25 Februari, berlaku sedikit penjualan panik pada pada 26 Februari menyebabkan berlaku "gap down" pada harga 0.605 sebelum jatuh ke paras terendah 0.575. Namun kaunter ini berjaya naik semula bermula jam 9:30 pagi sehingga dapat tutup semula "gap" pada jam 10:30 pagi. Akhirnya ia dapat kembali semula ke paras tertinggi 0.665 semasa tutup pada hari tersebut. Walaupun keputusan sukuan tahun ke tahun YoY mencatatkan penurunan yang banyak, keputusan sukuan QoQ masih berada di paras yang sama. Hasil jualan juga masih berada di atas 151 juta ringgit.
INARI, DARI DOWNTREND KE UPTREND : SEKADAR PENDAPATDARI SEGI FUNDAMENTAL
1) PE : 20 adalah satu strong signal menunjukkan saham adalah baik dan berada dalam julat yang boleh diterima
2) STRONG REVENUE : Peningkatan hampir 200M dalam sales menunjukkan permintaan terhadap barang dagangan syarikat ini adalah baik. Kalau diteliti, setiap tahun berlaku peningkatan di dalam permintaan terhadap produk syarikat ini.
3) KEUNTUNGAN KASAR : Sejajar dengan kenaikan revenue, kalau diperhatikan dari tahun 2016 sehingga 2018, memang menarik di mana keuntungan kasar jugak turut meningkat. SAHAM INI SEWAJARNYA DALAM PERHATIAN TRADER.
DARI SEGI TECHNICAL
1) Saham baru membuat rebounce ke atas dan memecahkan trendline. Kebiasannya, saham akan berehat sebentar dan meneruskan pacuan ke atas selepas membuat sideways dalam beberapa ketika, dengan syarat saham tidak memcahkan trendline di bawah.
SUPPORT AREA : 1.300
TARGET PRICE : 2.040
Bermain dengan garisanAntara peralatan lukisan yang sesuai digunapakai untuk mencari potensi entri adalah garis tren menurun (downtrendline).
Penggunaannya sangat mudah, tetapi perlukan pergerakan harga yang sesuai.
Boleh rujuk pada video nanti.
Potensi lebih baik jika harga bergerak dalam tren menaik atau menurun dan kurang sesuai jika harga masih tido lena (melintang).
Semoga terhibur.
Penerangan Script Trendband Naked - trailing stopSaya buat satu tambahan - cadangan trailing stop berdasarkan breakout lilin yang muncul di carta.
Secara umum,
- jika harga masih di atas garis trailing stop, carta masih bullish atau positif.
- jika harga berada di bawah garis trailing stop, berkemungkinan menuju bearish atau sedang membuat pembetulan.
Boleh digunakan sebagai potensi keluar dagangan atau potensi membeli jika muncul signal baik punyer.