Carta yang naik pasti ada struktur tinggi rendahSambungan siri breakout.
Carta dalam tren menaik pasti ada siri tinggi rendah, yang mana tinggi semakin tinggi dan rendah semakin tinggi.
Kita akan anggap carta tersebut masih dalam tren menaik sehinggalah struktur nya telah berubah menajdi tinggi semakin rendah, dan rendah lagi rendah.
Analisis Trend
Kaitan antara laporan kewangan dengan pergerakan hargaSudah semestinya laporan kewangan yang baik akan menarik lebih ramai pelabur manakala laporan yang kurang baik, pelabur cuba menjauhkan diri.
Walaubagaimanapun, dalam kita memerhatikan pergerakan harga, secara visualnya kita mampu melihat lebih awal jangkaan laporan samada positif atau tidak.
Pergerakan harga selalunya seiring dengan prestasi syarikat.
Berikan lebih perhatian pada tarikh-tarikh jangkaan keluarnya laporan kewangan di masa akan datang supaya kita boleh membuat pelan dagangan yang terbaik.
Ruang kosong dan beza volume ketika breakoutSambungan siri breakout.
Secara visual, harga mudah naik bila sebelah kirinya kosong. Menunjukkan tiada sebarang tenakan jualan berlaku.
Dan juga, perbezaan jumlah volum yang didagangkan juga sangatlah berbeza berbanding sebelumnya.
Dari ciri-ciri ini, boleh disimpulkan yang carta berkemungkinan sedang menuju fasa menaik.
OCK : Meneruskan Pendakian (Carta 1 Jam)Hari ini sempat menyelit masuk ke OCK pada area 0.56 dan kaunter meneruskan pendakian ke atas. STOP adalah merujuk kepada garisan trendline yang telah dibuat. Pengambilan untung boleh di buat di 0.655 melihat kepada fibonacci extension. Kena atau tidak, boleh melihat kepada pergerakan hari esok. Semoga mendaki dan terus mendaki.
Masuk Beli : 0.560
Keluar Jual : 1) 0.665
2) 0.730
Sokongan : Garisan Trendline
Ciri-ciri breakout ketika harga sedang menaikKita sambung lagi siri breakout.
Kali ini kita meihat 3 ciri penting yang selalunya ada ketika harga sedang menaik
1. Harga naik lagi tinggi dari harga tertinggi
- nampak jelas lilin hari ini naik lagi tinggi dari yang sebelumnya.
2. Harga tutup di atas harga tertinggi sebelumnya
- ini adalah ciri yang paling penting.
- Tutup di atas harga tertinggi sebelumnya memberikan signal positif.
3. Sambung kenaikan
- Mengesahkan signal yang muncul
Akan bersambung lagi jika diberikan kesempatan.
NGGB-WA: Tekanan jualan sudah berakhir?Tekanan jualan pada NGGB-WA kelihatan sudah berakhir dengan pembentukan 2 bar volume hijau pada 2 minggu berturut-turut. Kita juga dapat melihat peningkatan harga dengan peningkatan volume pada minggu ini. Kaunter ini telah melepasi resistance 0.195 dan mencuba untuk melepasi resistance 0.220, namun tidak berjaya dan kemudiannya tutup pada paras 0.195. Paras CCI juga kelihatan biasa.
Support terdekat: 0.195 (Resistance menjadi support)
Support 2: 0.165
Resistance 1: 0.220
Resistance 2: 0.235
CCK: Resistance menjadi supportBerdasarkan pada kajian yang lepas (8 Februari 2019), CCK perlu melepasi resistance 0.535 untuk perubahan trend menaik. Kaunter ini telah berjaya melepasi resistance tersebut pada minggu ini dan berjaya berada pada harga tertinggi, 0.600 sebelum tutup pada harga 0.560 dengan volume yang sangat besar. Dengan volume ini kemungkinan menunjukkan fasa pembelian telah bermula.
Support terdekat: 0.535 (Resistance menjadi support)
Resistance 1: 0.600
Resistance 2: 0.640
NADIBHD: Perjalanan masih tidak menentu.Berdasarkan pada kajian yang lepas (6 Februari 2019), NADIBHD perlu melepasi resistance 0.265 dan 0.275 untuk kekal menaik. Kaunter ini telah berjaya melepasi resistance 1 pada 7 Februari 2019 dan resistance 2 pada 12 Februari 2019. Pada 12 Februari 2019, kaunter ini berjaya berada pada harga tertinggi, 0.280. Namun kaunter ini tidak dapat bertahan pada harga tersebut apabila pada 13 Februari 2019 terdapat pembuangan dengan volume yang agak besar menyebabkan harga jatuh ke paras 0.265 semula. Akhirnya pada 15 Februari 2019, kaunter ini tutup pada harga 0.260. Kelihatan kaunter ini bakal jatuh jika tidak dapat bertahan di paras harga 0.260.
Support terdekat: 0.250
Support 2: 0.235
Resistance 1: 0.275
Resistance 2: 0.285
SEACERA MINGGUAN: Resistance Menjadi SupportBerdasarkan kajian pada 6 Februari 2018,
SEACERA perlu memecahkan resistance 0.251 untuk meneruskan kenaikan.
Pada minggu ini, SEACERA telah berjaya memecahkan resistance tersebut, menjadikan harga semasa 0.330. Oleh itu resistance yang lps boleh dijadikan support baru.
Pada minggu ini, SEACERA sudah menyentuh harga tertinggi pada 0.365, namun gagal bertahan dan akhirnya tutup pada 0.330. Di situ kita melihat 0.370 sebagai resistance terdekat.
Kelihatan penunjuk CCI sudah berada pada titik 121. Jika kaunter ini boleh mengekalkan CCI melebihi 100, ia akan meneruskan kenaikan.
Support terdekat 0.260
Resistance terdekat: 0.370
Sasaran: 0.410
Bolehkah Ewein bergerak lebih tinggi? (7249.kl)Kod saham: 7249
Nama saham: Ewein Bhd
Screener: 18LC untuk 15 Feb 2019 (www.tradevsa.com)
Tarikh pemerhatian: 15 Feb 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Kebanyakan sebarang harga yang kecil dengan volume yang rendah/sangat rendah.
- Ketika harga naik, sebaran harga besar dan volume tinggi.
b) Peringkat Pasaran:
- Harga bergerak secara sideway sejak pertengahan Dis'18.
- Selepas 7 minggu lebih, harga mulai bergerak ke atas.
- Kemungkinan pengakhiran peringkat Accumulation (S1).
c) Trend Line:
- Halangan utama harga untuk bergerak lebih jauh keatas ialah pada Resistance 1.
- Ia cuba menembusi Resistance tersebut tetapi harga ditutup pada pertengahan bar.
- Selain itu, harga juga kini berada didalam lingkungan Uptrend Line (Guide).
Rumusan:
- Harga ditutup pada pertengahan bar. Ia memberi isyarat bahawa mungkin terdapat perubahan pada hala tuju harga saham.
- Namun begitu, bagi membolehkan harga bergerak dengan lebih tinggi, harga perlu menembusi Resistance 1 dengan volume yang tinggi.
- Juga, harga mungkin akan bergerak secara sideway secara sementara sebelum membuat pergerakan seterusnya.
Dagangan kita, tanggungjawab kitaDalam pasaran, untung rugi adalah tanggungjawab sendiri. Hanya kita yang berhak untuk tentukan hendak beli atau jual.
Meminta pandangan itu tidak salah. Dan kalau boleh, jangan letakkan seratus peratus kesalahan pada si pemberi pandangan jika kita rugi di dalam pasaran.
Cuba cari kelemahan sendiri dan perbaiki sedikit demi sedikit.
Selamat bercuti.
Pandang kiri selepas jumpa signalSambungan kepada siri breakout dan selepas breakout, kali ni saya gunakan contoh carta CCK sebagai persediaan awal menuju breakout.
Konsep yang sama lebih sesuai diguna pakai jika carta dalam tren menaik atau selagi berada di atas garis MA 200.
Walaubagaimanapun, tetap boleh digunapakai sekiranya carta d bawah MA200 dengan syarat,
- bentuk candle yang pelbagai
- volume aktif
- warna trendband merah
- ada kenaikan dan membentuk tinggi rendah
- ramai orang sebut2
Semoga terhibur.
Perbezaan harga dan indikator - divergenceKita ringkaskan sajalah.
Divergence yang selalu digunapakai semasa melihat carta, memberi maksud indikator tidak bergerak seiring dengan harga.
Kalau terjumpa, ianya memberikan kita satu tanda berkemungkinan akan berlaku perubahan arah pada pergerakan harga semasa.
Bukanlah wajib bertukar arah, tetapi kita boleh buat persiapan awal menghadapi sebarang kemungkinan yang arah bakal berubah.
Perdagangan Kertas (Paper Trade)Penerangan ringkas perdagangan kertas di tradingview.
Beli Henti - kalau nak beli atas dari harga semasa.
Beli Had - kalau nak beli harga di bawah harga semasa / terus beli harga semasa.
Beli Pasaran - beli terus sampai habis jumlah unit yang kita tetapkan, tak kisah berapa harga pun.
Jual Henti, Had, Market terbalikkan dengan maksud Beli.
Renti Rugi - stop loss ler.
Ambil Untung - ni paling syokkkk !
Maaf kalau kurang tepat penjelasan.
Bagaimana nak yakin yang breakout entri itu berjayaBreakout entri tujuannya untuk menumpang sebarang momentum kenaikan yang bakal wujud. Bagi menambah keyakinan yang breakout entri itu berjaya, kita boleh liha
- patern yang muncul sebelum breakout
- 2 hari selepas breakout, harga tidak turun ke bawah dari aras breakout
Contoh seperti video di atas.
Semoga terhibur.