Salah satu penggunaan volume untuk mencari signalPemahaman berkenaan volume ini terlalu banyak untuk diceritakan. Volume juga seperti mana2 indikator yang lain, boleh dimanipulasikan.
Dalam video kali ini, saya cuba sampaikan salah satu penggunaan volume dan juga harga bagi mencari potensi keluar dari dagangan. Ianya tidaklah sempurna, tetapi boleh dijadikan sumber rujukan.
Dengan adanya "Editor Pine", gunakan sebaik mungkin dalam membantu kita semasa membuat keputusan jual dan beli.
Semoga terhibur.
Analisis Trend
Persamaan umum jika beli ketika breakout dengan pullbackMaaf atas kesilapan ejaan SELL, bukan SEEL seperti dalam video.
Teknik belian sama ada beli ketika breakout atau beli ketika pullback, tetap ada risikonya.
Yang penting adalah kawalan risiko dan juga kemahiran kita dalam mengaplikasikan teknik di atas.
Kajian PGPG adalah kajian kaunter saya pada malam ini
Kaunter PG secara keseluruhannya masih lagi dalam keadaan uptrend.
Terdapat volume yang agak tinggi sehari dua ini, berkemungkinan perlabur berminat membeli kerana keputusan earning akan diumumkan pada 19-October-2018.
Sekiranya kaunter ini berjaya memecah pada paras resistance $81.11 pada hari ini. InsyaAllah diakan pergi ke resistance yang seterusnya $81.76
PENAFIAN1: Tradeplan yang dihasilkan adalah untuk rujukan peribadi
PENAFIAN2: Perkongsian ini adalah untuk kajian dan pembelajaran semata-mata dan bukannya saranan untuk mempengaruhi mana-mana pihak untuk membeli. Adalah disarankan agar anda merujuk penasihat kewangan yang bertauliah sebelum membuat keputusan pelaburan. Segala risiko dan kerugian yang dialami sekiranya anda mengikuti cadangan ini adalah diatas tanggungjawab sendiri.
Fungsi Main Semula - terbaik untuk melihat dan merasai sendiriFungsi main semula adalah fungsi dalam tradingivew yang paling saya gemari.
Pertamanya, kita boleh menguji sendiri sebarang teknik pada carta tanpa dipengaruhi oleh data2 terbaru.
Keduanya, kita boleh rasa sendiri bagaimana perasaan pada waktu itu.
Ketiganya, ianya percuma ! Setakat yang saya tahu lah.
Jadi, gunakan sebaik mungkin untuk mempertajamkan lagi kemahiran kita berdagang di masa nyata.
Gunakan fungsi TERBIT IDEA sebagai jurnal daganganTerlebih dahulu, mohon maaf sebab tak dapat nak tunjuk cara menerbitkan idea dari mula.
Bila kita belajar sesuatu, membuat nota atau catatan amat digalakkan supaya mudah untuk kita buat rujukan di masa akan datang.
Begitu juga ketika berdagang di bursa, membuat nota berkaitan jual beli sangat dituntut supaya kita boleh belajar yang mana baik dan tidak baik.
Tradingview ada fungsi Terbitkan Idea. Jadikan idea2 yang diterbitkan sebagai nota peribadi atau boleh juga kongsikan kepada rakan2 yang lain.
Ada 2 kategori idea - Analisis dan Pendidikan. Kalau ingin membincangkan berkaitan carta tersebut, pilihlah Analisis. Dan sekiranya tujuan idea lebih kepada memberitahu, baru pilih Pendidikan.
Harap maklum, selepas butang terbitkan di pilih, kita ada masa lebih kurang 15 minit untuk kemaskini atau padam idea tersebut. Selepas dari itu, idea TIDAK BOLEH lagi di padam atau di tukar lagi. Hanya tambahan komen saja yang boleh dibuat.
Gunakan bahasa yang sesuai jika ingin berkongsi dengan orang ramai. Bahasa yang ringkas dan mudah difahami lebih baik dari bahasa yang terlalu panjang berjela2.
Carta vs Berita: Mana yang lebih bagus? - Kelington (0151.KL)
Pernahkah anda dengar kata "membeli di khabar angin, menjual di fakta"? Adakah anda tertanya-tanya mengapa harga turun selepas pengumuman positif? Adakah anda fikir Wang Bijak tahu fakta atau berita baik terlebih dahulu dan mengapa mereka sudah megumpul saham tersebut dengan harga murah?
Apabila berita baik diumumkan ke pasaran, pedagang-pedagang kecil akan melompat masuk dan mula membeli, dan Wang Bijak akan mengambil peluang ini untuk menjual saham mereka. Lihat Carta Kelington. Harga semakin tinggi. Wang Bijak telah beli kerana mereka tahu apa yang akan berlaku. Apabila pengumuman berita baik, mereka mengambil keuntungan dan menjual saham mereka kepada semua pedagang yang lewat.
Anda akan memperoleh keuntungan + 36% dari isyarat pembelian Line Change 18 yang lebih awal dengan mengikuti jejak langkah Wang Bijak. Melihat semula carta, Wang Bijak telah pun mengumpul sejak November 2017 kebanyakannya dengan harga yang rendah, bar sempit dan hampir tiada berita dalam tempoh itu.
Maklumat ini hanya berfungsi sebagai maklumat rujukan dan tidak membentuk panggilan beli atau menjual. Menjalankan penyelidikan dan penilaian anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli atau menjual saham
Fungsi skrin berpecah (split-screen) Skrin berpecah (split-screen) sangat membantu sekiranya kita hendak membuat perbandingan secara masa nyata.
Samada stock yang berbeza, stock dengan indeks atau stock yang berlainan tempoh masa.
Video ringkas di atas menunjukkan salah satu kegunaan yang mungkin sesuai untuk para pedagang membuat keputusan yang lebih baik.
Meningkatkan Kadar Kemenangan dgn Peringkat Pasaran - Supermax
Menguasai kemahiran untuk membaca dan mengenal pasti peringkat pasaran adalah penting untuk perdagangan saham anda. Mengenal pasti peringkat pasaran akan meningkatkan peluang anda kerana kemungkinan besar anda akan berdagang bersama wang pintar.
Sebagai pedagang saham Volume Spread Analysis, kita akan megenalpasti tanda-tanda kekuatan pada peringkat pasaran 1 dan 2 dan tanda-tanda kelemahan pada peringkat pasaran 3 dan 4.
Berdasarkan carta harian Supermax, peringkat pasaran dalam carta Supermax hampir sama dengan carta Gamuda:
1. Up-Thrust dikesan pada tahap rintangan selepas peringkat 2
2. Pengesahan pengedaran saham dan permulaan peringkat 4 dengan 2 Sell-Off bar
3. Pengedaran saham dikesan lagi dengan tanda-tanda kelemahan pada rintangan RM3.45
*Maklumat ini hanya berfungsi sebagai maklumat rujukan dan bukan untuk panggilan beli atau menjual. Mengendalikan penyelidikan dan penilaian anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli atau menjual saham.
Isyarat Tiada Bekalan (No Supply) daripada TradeVSA - Kelington
Isyarat Tiada Bekalan mempunyai ciri-ciri seperti bar yang sempit dengan transaksi yang rendah. Ia menandakan kekurangan jualan / penawaran di pasaran saham. Wang pintar akan menguji bekalan and penjual di tahap sokongan sebelum menolak harga yang lebih tinggi dengan rintangan minimum dan menembusi tahap rintangan.
Berdasarkan pada carta harian di atas, TradeVSA telah menunjukkan isyarat Tiada Bekalan (No Supply) yang disahkan pada 14 September 2018.
Selepas berjaya menguji bekalan di tahap sokongan, harga pasaran mencecah sebanyak +36% dalam masa 3 minggu. Ia mengesahkan lagi, bekalan and penjual berjaya dikeluarkan oleh Wang Pintar pada 14 September 2018.
HSSEB cubaan yang hampir berjayaHss engineers berhad telah cuba memecahkan garisan trend(merah)
Namun tidak berjaya break diatas garisan tersebut.
Jika berjaya possiblity kenaikan akan diteruskan.
Macd cross menunjukkan bullish
Dia akan terus mengumpul momentum untuk naik ke atas.
Permulaan kenaikan selepas retrace.
Garisan aras sokongan&rintangan dalam carta sekadar rujukan penerbit.
Keuntungan +24.7% dalam 4 hari - E.A. Technique (5259.KL)
18 Perubahan Barisan (18 Line Change) dikesan di E.A. Technique carta pada 01 Oktober 2018. Perubahan barisan menunjukkan isyarat yang kuat dengan transaksi yang tinggi di dalam peringkat akumulasi.
Apakah 18 Line Change dan mengapa ia begitu penting?
18 Perubahan Barisan mempunyai ciri-ciri seperti bar yang luas dengan transaksi yang tinggi dan harga tutup pada tahap tinggi. Ia memberi isyarat kekuatan dan harga bersedia untuk menembusi rintangan tidak lama lagi. Ia juga menunjukkan kesinambungan uptrend atau pembalikan di downtrend apabila Wang Bijak ingin mencecah harga di atas kawasan rintangan.
Kajian saham Notion-WaSaham warrant notion berjaya melepasi trend line terkini dengan total gain melebihi 8%.
Antara sifat2 carta yang sedang menaikCarta yang naik bukan saja disebabkan ada minat belian pada carta tersebut, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor market secara keseluruhan. Bila market cantik, akan ada banyak carta turut ambil kesempatan naik bersama2.
Video kali ini menerangkan serba ringkas, sifat2 atau ciri2 yang selalu kita nampak ketika carta sedang bergerak naik ke atas.
Pengenalan editor pine di tradingviewVideo bukan menunjukkan cara guna atau nak buat skrip, tapi lebih kepada pengenalan saja.
Yang bagusnya editor pine, sekiranya kita ada sistem berdagang sendiri,kita boleh terjemahkan dia dalam bentuk visual pada carta. Mungkin untuk tandakan kawasan beli, jual dan sebagainya.
Pengetahuan asas bahasa pengaturcaraan amat diperlukan sekiranya kita ingin membuat skrip sendiri.
Secara ringkasnya, bahasa pine sangat mudah untuk dipelarai..tapi ade beberapa kekangan yang saya rasa mungkin boleh dipertingkatkan lagi dari pasukan tradingview..
Fungsi makluman di tradingviewDalam tradingview, ada fungsi makluman yang kita boleh guna pakai mengikut apa saja yang kita nak, samada makluman di bahagian pengimbas atau berdasarkan pergerakan harga di carta.
Untuk video ni, saya tunjukkan cara menggunakan garisan dengan kondisi sekiranya harga melepasi, melintasi atau apa saja pilihan yang ada di pilihan makluman.
# maaf atas kesilapan tarikh..bukan 23, tapi 13 haribulan..
Semoga terhibur.
CCK momentum menaikCck masih dalam fasa menaik cuma sekarang boleh dikatakan sideway kerana dia hanya bermain-main didalam kotak seperti dalam carta.
Jika melihat carta terdapat 2 kotak yang dibuat..Jika dia berjaya lepasi kotak pink purple pembalikan arah dari sideway kepada uptrend akan berlaku diikuti dengan persilangan garisan ma bursatrendband.
Rsi dan macd menunjukkan momentum keatas dengan persilangan garisan macd/signal.
Sekadar cadangan entry/tp/cutloss untuk updated masa hadapan.
Follow your trading plan.
Sayonara.
KNM naik yang tidak meyakinkanHari ini 25/9/18 dia melakukan rebound dari aras sokongan terendah(bottom)
Aras yang dikira selamat untuk entri jika pembalikan arah selepas kenaikan ini.
Jika dilihat perangainya selepas dia membuat lilin panjang dia akan drop walaupun hakikatnya minat belian dan jualan tinggi.
Macd masih bearish.
Short term fifo sahaja disarankan.
Masih major downtrendline.
Perhatikan esok...
Sayonara.