Analisis Trend
MOMENTUM BREAKAWAY GAP APPLE TERUS MENINGKATApple Inc meneruskan gerakan positif-nya selepas berjaya memecah rintangan paras atas patten “Symmetrical Triangle”. Ini menunjukan momentum pada “Breakaway Gap” berterusan dan kemungkinan besar akan mengangkat harga stok kearah rintangan kuat USD233.50. Pandangan positif ini turut disokong oleh indicator lain seperti, garisan biru atas merah pada “Moving Average” dan “MACD”. Dari segi kekuatan, sentiment pasaran juga sangat mengalakan, dimana indicator “14-day RSI” stabil atas 50 poin.
Kami meletakkan sokongan pertama pada USD198.50, diikuti sokongan pada USD187.70. Seterusnya, rintangan pertama terletak pada USD213.90, seterusnya rintangan kedua pada USD233.50.
TWITTER MELONJAT MELEPASI ARAS USD40 - PEMBELI MENGUASAI PASARANTwitter meneruskan gerakan positif sebagai unjuran daripada momentum pada tanda “Breakaway Gap”. Lonjatan ini telah mengangkat harga dagangan stock tersebut melebihi paras sikologi USD40. Seiring dengan pandangan positive (garisan biru atas merah pada “Moving Average”), kami menjangkakan lebih banyak aktiviti belian di sesi kemudian. Pandangan ke atas ini turus disokong oleh tanda “Up” pada indicator MACD dan juga bacaan momentum yang kuata atas 50 poin pada “14-day RSI”.
Sokongan pertama pada USD41, diukuti oleh USD39. Manakala rintangan pertama pada USD44, seterusnya reintangan tertinggi pada USD48.
Contoh Zecon menggunakan Fibonacci Extension.Contoh Zecon menggunakan Fibonacci Extension.
Jika fibonacci extension digunakan, harga boleh meningkat kepada nisbah 1.00 iaitu RM0.515 dan boleh meningkat kepada nisbah 1.618 iaitu pada harga RM0.625. Ini adalah jangkaan menggunakan Fibonacci extension dan bergantung kepada permintaan saham Zecon. Carta menggunakan TF mingguan. Menurut kepada indikator teknikal harga entri adalah pada RM0.30 dan boleh meletak CL menurut kaedah masing-masing seperti ATR. Kontra tidak galakkan.
Fibonachi RetracementFibonacci retracement (0.23, 0.382, 0.500, 0.618, 0.786)
Contoh Fibonacci retracement adalah apabila sesuatu saham itu mula membuat pembalikan selepas uptrend. Pembalikan harga yang menurun boleh dijangka berdasarkan Fibonacci retracement. Sila lihat nisbah Fibonachi yang di sebelah kiri carta dan perhatikan pergerakan harga seperti mematuhi nisbah Fibonacci itu.
Data masa nyata - sambungan petang carta 5 minitMenyambung cerita pagi tadi. Saya tukar dari 5 minit kepada 15 minit untuk lebih ketenangan.
Melihat carta yang lebih rendah tempoh masa akan memberikan kita idea bilakah waktunya market akan bergerak aktif dan tidak aktif.
Tapi, bukanlah perkara wajib tengok. Yang penting, adalah harga tutupnya di mana.
Penyaring saham Tradingview - masa nyataPada yang belum pernah menggunakan penyaring masa nyata di Tradingview, saya tunjukkan contoh bagaimana :
- penyaring berfungsi
- notifikasi
- kemeriahan market
Setakat video ini dibuat, market belum nampak meriah.
Saya akan buat satu lagi video bila market meriah tak ingat nanti.
Harap maklum, penyaring saya hanya fokus kepada carta 30 sen ke atas.
PEMBELI KEMBALI MENGUASAI PASARAN AMAZONMelihat kepada charta di atas, pandangan “Teknikal Analisa” menunjukan kebangkitan pembeli menguasai pasaran Amazon. Garisan biru 20-MA telah melintasi mengatasi di atas garisan merah 50-MA – menunjukan perubahan sentiment daripada negatif ke positive. Kelibat tanda “Up” pada penanda MACD, dan juga paras momentum melebihi tahap 50 poin pada indicator “14-day RSI” turut menyokong pandangan positif kami. Kemungkinan besar, saham ini akan mencecah paras tertinggi USD2,050 di masa akan datang.
KEBANGKITAN SYARIKAT GERGASI AMERIKAS&P500 akhirnya melintasi rintangan kuat pada aras 2,964 pts, dan kini berada pada aras tertinggi sepanjang. Indeks itu meninggalkan lilin positif tanpa bayang atas - satu petunjuk bahawa sesi tersebut sangat “bullkish”. Melihat kepada momentum segera, kami mengangarkan lebih banyak potensi gerakan menghala ke utara pada sesi-sesi yang akan datang.
Perhatikan bahawa garisan MA 50 hari biru berada di atas garisan MA 200 hari merah. Di samping itu, kami dapati crossover positif biru di atas merah di osilator "Slow Stochastic". Penunjuk positif ini menyiratkan sentimen pasaran menggalakkan, dengan itu pandangan positif kami diperkukuhkan lagi.
Sokongan segera dilihat pada 2,964 pts, manakala rintangan segera berada di ambang psikologi 3,000 pt.
LEBIH BANYAK POTENSI GERAKAN KE ATAS OLEH "NASDAQ 100"Kelihatan tanda “Gap Up” pada carta “Nasdaq 100” yang menunjukan bahwa libasan arus “bullish” mungkin akan berterusan. Melihat kepada momentum ketika ini, bardasarkan bacaan “Technical Analysis – TA”, kami percaya bahawa keberangkalian agak tinggi untuk index ini memecah rintangan kuat pada aras 7,852 poin. Pandangan positif ini disokong oleh tanda “bullish” pada “Slow Stochastic Osillator” – dimana garisan biru kini berada di atas garisan merah.
Secara keseluruhan, “uptrend” jangka masa lama terus kekal, dan mungkin akan lebih banyak gerakan kea rah utara di masa akan datang. Fakta “positive outlook” dimana garis biru “50-day MA” kini berada di atas garis merah “200-day MA” menyokong pandangan positif tersebut.
Sokongan pertama dilihat pasa 7,700 poin dan 7,500 poin. Sebaliknya, rintangan kuat berada pada aras 7,852 poin.
ECONBHD - Kini hampir kepada harga terendah (3 yrs)Kejatuhan harga yang ketara disebabkan QR1 FY19 yang kurang memberangsankan para pelabur.
Order buku sepatutnya masih lagi dalam keadaan baik.
Harga sokongan yang harus di perhatikan 0.33-0.39
Nak kongsikan tanda2 harga pantulan (pada support)
1. berhenti jatuh dengan volum yang besar
2. kejatuhan kecil dengan volum yg kecil
3. lilin kecil mula tutup dengan hijau
4. lilin hijau tutup dengan volume
pasti confirm u-turn.
Juga Pennant pattern untuk AXIATAAXIATA juga kini membentuk pennant pattern (bullish continuation)
-Pembentukan pennant, namun kini dengan penurunan jumlah volum dagangan - untuk diperhatikan (volume price action, reaction)
-Namun harga juga telah melepasi aras ringtangan kuat (double top) pada harga 4.83 sebelum ini.
-RSI juga telah agak lama berada pada kawasan overbought
-dengan trend penurunan dagangan, expect untuk volum yang lebih tinggi untuk harga BO pada pennant pattern
Monitor untuk momentum pembelian seterusnya, dan jika harga berjaya untuk BO/melepasi pattern ini.
FA Rating - 3.9/10
[Kajian kes] LitecoinDulu masa crypto orang cakap scam, ramai yang buat tak endah
pada dunia duit digital ini. Sebagai contoh apa yang terjadi pada litecoin.
Harga mula naik disekitar 4 februari 2019 (berdasarkan indikator parabolic SAR)
Harga ketika itu disekitar 30 usd sahaja.
Bagi yang mengerti cara trade guna parabolic SAR ini. Dia dah entry dah disekitar
30usd. Dan cuba lihat pada ketika ini, harga sudah mencecah ke paras tertinggi
di sekitar 146.71 lebih kurang 390% kenaikan.
So jangan berhenti berlajar dan buat latihan yang berterusan. Peluang sentiasa
terbuka. Jangan cepat mengalah untuk trade. Semoga berjaya.
BreakoutStrategi pembelian saham bila harga saham sudah breakout
seperti carta harga KPS, harga semasa sudah membuat breakout pada harga RM1.05.
Strategi, tunggu harga break RM1.11. Baru confirm harga boleh pergi jauh.
Jika beli ketika ini takut ia membuat flase breakout, sebab trend masih downtrend, dan ia mungin meneruskan kejatuhan harga. atau ia akan sideway untuk tempoh yang lama.
ini bukan cadangan pembelian, tetapi lebih kepada pelajaran. jika ada yang membeli, risiko anda tanggung sendiri, dengan cut loss cadangan bila harga dibawah rm1.00
GERKAN GERILA BELIAN MEMBAWA OMNICELL KE ARAS TERTINGGIOmnicell Inc memecah suasana hambar apabila gerakan gerila oleh pembeli telah membawa saham ini ke aras tertinggi yang baru. Dalam msa yang sama, kelihatan “Breakaout” yang kuat pada rintangan atas tanda “Symmetric Triangle” sebagai susulan gerakan momentum mencanak tersebut. Kenaikan “Volume” yang konsisten, tanda “Up” pada indicator “MACD”, dan penampilan kekuatan pasaran yang memberangsangkan pada tanda “14-day RSI” menguatkan lagi pandangan positif kami.
Sokongan terdekat dilihat pada USD86.90 diikuti oleh USD77.90. Pada masa yang sama, rintangan terdekat dilihat pada USD95 diikuti rintangan kuat pada aras USD100.
30 SYARIKAT TERBESAR AMERIKA SYARIKAT "US" TERUS BERKEMBANGDow Jones memperluaskan pergerakan 3-minggu positifnya dan kini sedang melayang berhampiran rintangan kuat sekitar aras 26,956 pt. Pergerakan positif ini telah menafikan isyarat negatif dalam penampilan corak "Bearish HArami". Fakta bahawa indeks telah kembali di atas biru 50-hari dan merah 200-hari garis MA mencerminkan bahawa sentimen pasaran kini memberangsangkan.
Landskap teknikal semasa menunjukkan bahawa ia hanya masa yang singkat sebelum indeks 30 syarikat “US” terbesar memecah ke puncak baharu. Hal ini disokong oleh kecenderungan kenaikan harga yang berterusan dalam corak osilator "Slow Stochastic" (biru di atas merah) - satu petunjuk bahawa sentimen pasaran masih menggalakkan.
Pandangan positif kenaikkan jangka panjang terus kekal dengan sokongan segera sekitar 26,278 poin, diikuti dengan sokongan berikutnya pada 25,834 poin. Pada masa yang sama, kami menetapkan rintangan yang kuat dalam lingkungan 26,956 mata - 27,500 mata.
Memilih carta dengan bantuan visual dari garis moving averageSelain dari menggunakan cara yang tadi, kita juga boleh menguna pakai kombinasi garis moving average sebagai alat bantu untuk membuat pemilihan carta.
Dengan berpandangan yang sekiranya harga masih di atas semua garis moving average, harga sedang trending menaik dan sebaliknya jika harga berada di bawah semua garis moving average, harga sedang trending menurun.