Analisis Trend
KHEESAN, untuk contoh pelaburan nyataJarang konsisten profit?
KHEESAN untuk contoh pelaburan nyata bagi stok market.
FOMO (fear of missing out) adalah satu emosi yang perlu di ditinggalkan, lebih2 lagi kepada pedagang2 yang baru. Boleh rujuk contoh dalam carta bagaimana fasa lazim untuk pelaburan dalam stok market. Cuba abaikan news, dan fokus untuk carta di mana semuanya telah di terjemah pada carta.
Kheesan telah trending, dan telah rebound dan pullback di kawasan harga sebelumnya.
Pedagang seharusnya melatih diri untuk lebih kepada pelabur, dan tunggu untuk masa yang sesuai sebelum melabur supaya tidak melebur. Keuntungan pastinya tidak akan datang sekelip mata.
Inari Kejam? Jom belajar Sell SignalSemalam Inari mengejutkan ramai traders. Tapi adakah Inari begitu kejam? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kena buang?
Sebenarnya Inari telah beri isyarat pertama Bearish Reversal apabila dia membuat corak Head & Shoulders.
Yang kemudiannya ia jatuh menembusi garisan trend, tetapi berjaya melantun kembali di salah satu paras sokongan. Lantunan ini dipanggil Dead Cat Bounce.
Ia melantun untuk menguji paras sokongan sebelum ini sebagai rintangan iaitu di 1.93. Adalah menjadi lumrah, sebelum harga benar-benar jatuh, ia cenderung untuk menguji paras sokongan sebagai rintangan terlebih dahulu. Bahasa Inggerisnya Support Become Resistance (SBR).
Apabila ia telah sampai di 1.93. Inari membentuk bearish candle pattern iaitu Bearish Engulfing. Ini merupakan Sell Signal yang kedua. Sebenarnya sini lah Second Chance untuk traders mahupun pelabur untuk exit position. Namun biasanya emosi hope itu mengaburi pandangan mata dan hati.
Bearish mahupun Bullish candle pattern kebanyakkannya memerlukan pengesahan (untuk mengesahkan kesan bearish atau bullishnya, ia tetap boleh voided atau isyarat itu boleh dibatalkan).
Pengesahan untuk Bearish Engulfing apabila harga tutup bawah dari badan candle Bearish Engulfing. Sini adalah Sell Signal yang ketiga.
Lengkap serba serbi semua Sell Signal baru Inari membuang.
Dan hari ini berlaku lantunan (technical rebound), kerana ia telah cecah MA200 di carta mingguan.
Jadi adakah Inari Kejam? Tidak, Inari tidak kejam. Dia dah cukup baik hati beri 3 Sell Signal sebelum dibuang.
Kebanyakkan pembuangan disertakan dengan Sell Signal sebelumnya.
TRENDBAND NAKED BAH 1 - Kemaskini terbaru DISEMBER 2019Kemaskini terbaru setakat DISEMBER 2019
- Penukaran dari Pine Script Ver 3 ke Ver 4
- Tambahan LABEL sebagai TRADING IDEA
- Kemaskini user input
- Kiraan baru untuk STOP LOSS
- Tambahan dan susun atur baru ALERT
- Tambahan label untuk SPINNING TOP
Semoga terhibur.
Trade Idea EURUSD - Ucapan pertama Lagarde dalam perhatian.Sebagai ketua ECB, yang mengawal kadar faedah jangka pendek, beliau mempunyai lebih banyak pengaruh berbanding nilai euro daripada orang lain. Peniaga meneliti perbuatan awamnya kerana mereka sering digunakan untuk menggariskan petunjuk halus mengenai dasar monetari masa depan;
ECONBHD - signal Pirate Flag dan StrongBuyPirate Flag merupakan signal yang mampu memberi indikasi potensi kenaikan yang banyak akan berlaku.
Signal StrongBuy pula menunjukkan kekuatan kenaikan yang padu.
Pergerakan signal menurut turutan 1 hingga 5
ECONBHD masih bullish diatas uptrendline. paras sokongan untuk swing adalah pada 77sen, target pada 86sen
Follow TeropongBursa untuk dapatkan trading ideas terkini.
Mencari bias/trend dari Daily TimeframeTatacara saya trading, seperti tatacara orang lain, adalah menetapkan bias dari timeframe yang besar. Timeframe yang saya gunakan untuk intraday direction adalah bias yang saya tetapkan berdasarkan apa carta di Daily timeframe memberitahu saya
Ini adalah salah satu daripada beberapa perkara yang menetapkan bias saya bagi mana-mana aset : struktur price action.
Bagi contoh carta, pada masa ini, saya bearish perak ( silver ) dari sudut teknikal. Selagi level yang saya tanda didalam carta (struktur bearish ) belum dipecah, saya akan maintain bias saya. Jika ianya pecah, saya akan ubah bias saya dari strong bearish kepada cautious bearish atau neutral sebab kadang-kadang level struktur adalah tempat selalu diserang oleh institutsi untuk mencari liquidity
Mampukah GD Express mula mengorak langkah (0078.kl)?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Harga berada pada tahap Stage 1 (Accumulation).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideways dari pertengahan Mei'19 sehingga sekarang.
- Harga disokong antara aras 27sen dan 30.5sen.
c) Harga & Volume:
- Tanda-tanda SOS lebih kuat daripada tanda-tanda SOW.
- Harga cuba melonjak tinggi pada pertengahan Jul'19 tetapi tidak berjaya. Ini kerana terdapat banyak jualan saham.
- Hal yang sama berlaku pada awal Sep'19 dengan harga melonjak tinggi sebelum tutup dibahagian bawah spread harga. Vol. juga sangat tinggi, menandakan terdapat jualan saham yang banyak.
Berdasarkan pemerhatian diatas, saya akan tunggu beberapa bar sebelum membuat keputusan.
Saham ini juga boleh ditrade kerana harga tutup pada 11/10 (28sen) berdekatan dengan aras Support (27sen) manakala aras Resistance pada 30.5sen, menjadikan ia sesuai untuk keuntungan cepat.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa setiap trading adalah 50-50 dan perlunya ada Trading Plan untuk kita ikuti.
"Price Expansion" GBPJPY**Sila baca post ini bagi memahami konsep price expansion sebagai follow-up selepas hari/minggu yang daily/weekly range tidak dicapai :
20-week AWR minggu lepas adalah 265 pips di mana pair ini gagal untuk capai. Apabila ini terjadi, dua perkara secara otomatik saya anticipate iaitu upside atau donward range projection akan dibayar di hari kemudian/minggu-minggu depannya dan price expansion akan terjadi di hari-hari/minggu-minggu hadapannya.
Apa yang terjadi apabila range bagi hari / minggu dicapai tetapi dipecah, lazimnya harga akan mula reverse atau pun menjalani fasa accumulation. Sesiapa yang mengira wave, maka perkiraan wave biasa nya akan di "reset" pada masa ini.
Persamaan antara Unisem & Eco World; adakah tujuan mereka sama?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Kedua-dua saham berada pada awal tahap 2 (Mark-Up).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideway sebelum melonjak melebihi 20% (Unisem) dan 10% (Eco World).
c) Harga & Volume:
- Price spread yang agak minimal dan tidak terlalu besar.
- Terdapat vol. yang terlalu tinggi kelihatan di kedua-dua carta; ia perlu diberi perhatian.
Yang pasti, satu perbezaan yang dapat dilihat adalah Eco World mempunyai SOS yang banyak berbanding dengan Unisem.
Berdasarkan pemerhatian diatas, kedua-dua saham mempunyai potensi untuk naik namun disarankan untuk lihat prestasi saham dalam beberapa bar yang berikutnya.
Permulaan bagi Advancecon (5281.kl)?Pemerhatian:
a) Peringkat Pasaran:
- Harga berada pada penghujung Stage 1 (Accumulation) / awal Stage 2 (Mark-Up).
b) Trend Line:
- Harga bergerak secara sideway (Mei hingga awal Okt'19) dengan beberapa kali cucian.
c) Harga & Volume:
- Terdapat tanda-tanda SOS yang kuat dari Sep'19, diikuti dengan sokongan harga pada aras 40sen.
- Vol. juga rendah sebelum harga melonjak naik dan ditutup tinggi pada 7 & 8 Okt'19.
Berdasarkan pemerhatian diatas, saya akan trade saham ini melalui partial entry dan selebihnya ketika pullback.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa setiap trading adalah 50-50 dan perlunya ada Trading Plan untuk kita ikuti.
Kemaskini terbaru Trendband Guide - part 2Bahagian terakhir penerangan ringkas kemaskini terbaru trendband guide.
Antara perkara yang perlu diberikan perhatian :
- candle breakout dan pullback breakout hanya muncul pada carta yang tradingview sertakan volume sahaja.
- label hanya muncul sekali mengikut bentuk candle
- input untuk candle breakout yang boleh diubah
Semoga terhibur.
NASDAQ 100 KEKAL DALAM MOD BULLISHWalaupun prestasi kelihatan lemah Jumaat lepas - kami percaya rentak kenaikan harga untuk Nasdaq 100 masih berada di dalam jurang permainan - memandangkan tiada pembangunan yang memberi petunjuk kelemahan yang kuat dilihat di bawah garisan uptrend. Pada peringkat ini, kecenderungan untuk kenaikan harga dipertengahkan dalam penampilan corak candlestick "Bullish Harami" dan "Gap Up".
Seperti yang dapat dilihat menerusi landskap teknikal secara keseluruhannya, carta menunjukkan bahawa garisan biru MA 50 hari kelihatan kukuh melepasi garis merah MA 200 hari memberikan pandangan yang positif. Dalam masa terdekat, kami jangkakan kenaikan menguji paras rintangan tertinggi sekitar 8,000 pts.