Cadangan memilih carta yang sesuaiTeknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan gagal.
Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian gagal.
Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti.
Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang paling penting
- TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -
Analisis Trend
GAMBARAN POTENSI BAIK PAYCOM DI MATA PELABURPaycom Software Inc kekal berada pada kedudukan “bullish” menghala ke arah utara. Selari dengan pandangan positif ini, kami menjangkakan harga saham ini bakal mencanak terus di sesi-sesi akan datang. Kenyataan bahawa garis biru “20-day MA” berada di atan garis merah “40-day MA” menunjukan bayangan penguasaan “bulls” mengatasi “bears”. Ditambah pula “golden crossover” pada penanda “Slow Stochastic” yang memberi gambaran sentiment memberangsangkan. Ini turut memparkasakan pandangan positive – dari sudut analisis teknikal.
Tanda sokongan terdekat ada pada USD210, diikuti sokongan USD194. MAnakala rintangan kuat dilihat pada aras USD240.
Minggu pertama selepas cuti rayaDengan kenaikan mendadak pada hari isnin lepas, ada carta yang meneruskan kenaikan dan ada yang naik kejap lepas tu turun semula.
Untuk minggu depan, boleh fokus kepada carta yang harga tutup mingguan lebih tinggi dari EMA 8 dan buat pelan dagangan sekitar tinggi dan rendah minggu ini.
atau
cari carta yang naik tinggi Isnin lepas dan fokus pada harga tertinggi yang dia naik untuk entri breakout terbaru.
atau
tunggu sehingga indeks berhenti turun dan muncul big candle
atau
tambah ilmu dan belajar dengan pakar bertauliah (ini lebih afdal).
Semoga terhibur
ADVANCECON - analisi (TA) pergerakan cartaADVANCECON, syarikat pembinaan yang terus trending ke atas sebelum ini untuk dipelajari.
1. Kesan EMA50(42) , pada carta. Bagaimana harga bergerak selepas melepasi garisan ini. (purple line)
2. Juga kesan EMA50, menjadi sokongan, dan kesan jika garisan ini break.
3. SMA200 menjadi sokongan untuk harga
4. RBS (rintangan berganding sokongan), pada 0.34
5. Koreksi juga rebound pada FiBo 38% (0.34) bersamaan RBS.
6. Corak carta untuk HnS, retracement selepas break neckline. Volume yang tinggi juga dikesan selepas Sokongan pecah/EMA50
7. Analisa lilin untuk jumaat lepas, nampak pengambilan untung. jangkaan untuk short term correction sebelum harga terus rally kepada aras baru kiri/kanan.
8. Permulaan uptrend, selepas DTL break + double bottom. Why not invest from here? :)
FA Rating - 2.5/10
KEKUATAN UNDER ARMOUR TERLIHAT PADA HEIKIN ASHI HIJAUUnder Armour Inc berakhir dengan Heikin Ashi, menunjukan gambaran memberangsangkan aktiviti belian daripada pelabur. Bukaan garisan biru 20-MA yg besar daripada garisan merah 40-MA memberi gambaran potensi lebih banyak lagi pergarakan positif di hadapan. Ini disokong oleh tanda “UP” pada indikator “MACD”. Dari segi kekuatan, “Bulls” masih mengawal kedaaan pasaran. Ini dilihat pada kedudukan penanda “14-day RSI” yang berada atas paras 50 pts.
Sokongan pertama dilihat pada USD25, dan sokongan kedua berada pada USD23.50. Pada masa yg sama, rintangan pertama ada pada USD28, seterusnya rintangan kuat pada USD30.
AMD MENGHAMPIRI LIBASAN KE-5 GELOMBANG “ELLIOT”Advance Micro Devises ketika ini masih didagangkan dalam sentiment “bullish” pada aras harga atas USD30. Momentum pasaran masih jelas kelihatan, dan saham ini sedang dalam proses membentuk unjuran ke-5 gelombang “Elliot”. Secara teknikal, dijangkakan banyak pergerakan positif dalam skala besar akan berlaku pada unjuran gelombang ini. Petanda MACD yang menunjukan tanda positif dan kekuatan pasaran memberangsangkan (petanda 14-hari RSI atas 50 pts) memberi gambaran peluang besar dihadapan.
Tanda sokongan pertama dilihat pada USD30.26, diikuti sokongan USD27.21. Manakala aras rintangan kuat pula dilihat pada skala USD31.14 ke USD35.
Kemaskini Signal TRENDBAND NAKEDTambahan sama seperti TRENDBAND GUIDE tempohari.
Dan saya tambah fungsi alert untuk menunggu signal-signal dari trendband.
Apa beza dua2 ?
TRENDBAND GUIDE - guna saja, tanpa perlu pening kepala
TRENDBAND NAKED - khas untuk mereka2 yang suka memeningkan kepala
NOTA - Tengok sampai habis sebab ada juga kemaskini untuk TRENDBAND GUIDE !
Lanjutan henjutan hujung bulan MAY lepas.Dalam minggu terakhir bulan MAY yang lepas, kita dihidangkan dengan henjutan kenaikan harga dan volum.
Minggu ini selepas cuti raya, nampak reaksi market agak baik.
Nota : Menunggu tanpa buat apa-apa sambil menantikan setup juga satu strategi berdagang yang baik.
INTAI PELUANG AWAL PADA SAHAM ADOBECharta menunjukan perkembangan positif saham Adobe – yang telah kembali diniagakan atas paras “20- dan 50-hari MA”. Ini menunjukan susulan perkembangan baik selepas kemunculan tanda positif pada “Bullish Harami”. Ketika ini, harga saham Adobe sedang menguji rintangan garis bawah. Sekiranya berlaku aktiviti belian yang kuat dan harga saham menembusi rintangan dan paras USD291.70, ini membawa maksud bahawa trend telah berubah daripada posisi “minor correction” ke “uptrend”. Intai peluang atas paras USD291.70.
Sokongan pertama ada pada USD277, diikuti USD257.70. Manakala rintangan kuat ketika ini berada pada aras USD291.70.
MAKANAN No 1 DUNIA SEBAGAI KESUKAAN RAMAIMcDonalds Corporation mencatatkan kenaikan harga saham yang sangat memberangsangkan diatas USD200. Kenaikan mendadak ini menunjukan sentiment baik pada saham pengguna tersebut. Kekuatan momentum selepas McDonalds Berjaya memecah rintangan garisan atas segitiga terus mengganas. Secara teknikal, berdasarkan keadaan sekarang, dominasi pembeli mungkin akan terus mengatasi penjual. Tanda “Up” pada MACD dan sentiment memberangsangan (“14-day RSI indicator” atas 50) menyokong pandangan positif kami.
Sokongan pertama dilihat pada USD200, seterusnya diikuti oleh sokongan USD190.80. Pada masa yang sama, rintangan terdekat ada pada USD210.
ARUS BELIAN DILIHAT KUAT PADA SAHAM COLGATE-PALMOLIVE CODalam tiga sesi sebelum ini, Colgate-Palmolive Co telah menunjukan gereakan aggressive menghala ka utara. Ini membantu kenaikan harga saham memecah ringtangan garisan kebawah (hitam), dan juga rintangan USD73.52. Secara tidak langsung, pengaruh negatif yang dilihat pada tanda “Bearish Engulfing” kini tidak sah lagi. Ini membawa maksud sentiment kuat oleh pembeli mengatasi penjual. Indikator “Moving Average” dan “MACD” menujukan garis biru atas merah. Secara teknikal, dijangkakan lebih banyak pergerakan positif oleh saham pengguna ini.
Sokongan pertama kini pada USD73.50, diikuti sokongan kedua USD70.10. Pada arah bertentangan, rintangan kuat pada aras USD77.90.
KEBANGKITAN AMD DALAM SEKTOR TEKNOLOGIDalam dua sesi sebelum ini telah menunjukkan peregerakan aggresif oleh saham Advance Micro Devices (AMD). Momentum yang memberangsangkan memberikan impak kuat memecah rintangan USD30, dan sentiment positif ini dijangkakan akan terus membawa saham ini melawan arus gravity ke utara. Pandangan positif ini disokong oleh tanda positive pada garisan “Moving Average” (biru atas merah), dan juga tanda “Up” pada MACD (biru atas merah). Momentum juga memberikan tanda sentiment bai katas 50 poin.
Tanda sokongan pertama pada USD30.29, diikuti sokongan kedua di USD27.21. Manakala, rintangan kuat kini dilihat pada aras USD34.14.
[Nota] Heikin ashi ZLNota perbandingan carta 4 jam dan 1 jam untuk rujukan.
Carta kali ini berkisar penggunaan heikin-ashi sebagai indikator dalam penentuan untuk pembelian.
Perhatikan pada kedua-dua carta disebelah kanan dan kiri. Disebelah kiri adalah carta berdasarkan plot pada 4 jam. Dan disebelah kanan adalah carta plot pada 1 jam.
Mari kita tumpukan pada dua tarikh ini, 24/5 pada jam 3ptg dan 6/6 pada pukul 8 malam dimana terdapat signal pembelian (long) pada carta 4h bagi kedua-dua tarikh ini.
Pada tarikh 24/5/19, carta 4 jam sudah menunjukkan signal pembelian berdasarkan heikin ashi. Manakala pada carta 1 jam, belum lagi menunjukkan tanda-tanda pembelian berlaku.
Sekiranya pembelian dibuat pada tarikh 24/5 yang lalu disekitar harga 26.90,harga tertinggi yang pernah dicapai setelah hold position selama 5 hari adalah pada 28.23 dimana mendapat kenaikan sebanyak 133 tick. 1 tick dikira bersamaan 6usd, maka 133 x 6 = 798usd.
Manakala keuntungan yang diperolehi sekiranya pembelian dilakukan pada tarikh 6/6 adalah sebanyak 63 tick bersamaan 378usd.
Kiraan diatas adalah berdasarkan 1 lot position.
Kesimpulan, teknik heikin-ashi boleh dipertimbangkan dalam membuat keputusan pembelian atau penjualan. Dengan syarat perlu membuat perbandingan dengan time frame yang berbeza.
Berdasarkan kajian yang singkat ini, sekiranya pada time frame 4jam sudah menunjukkan signal buy/sell, dan disokong pada time 1 jam (selepas 1 jam kemudian), besar kemungkinan akan ada kenaikan/penurunan akan berlaku.
Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi.
Henjutan minit akhir umpama aktiviti cuci tingkapSetelah hampir sebulan menunggu, maka hari ini nampak semula meriahnya market.
Meriah market saya ukur mengikut betapa meriahnya carta yang muncul di penyaring Tradingview.
Tapi agak merimaskan, kebanyakan yang naik lebih kepada lompatan minit akhir terutama sekali carta-carta mid & big cap.
Semoga bulan depan, market semakin ceria.
Antara signal yang boleh diperhatikan.Sejak awal MAY sehingga sekarang, market kita masih lagi meneruskan penurunan yang amat perlahan, menyebabkan sakitnya tu amat perit.
Lebih baik jatuh laju dari jatuh terhegeh-hegeh.
Beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membuat persediaan awal :
- melihat struktur harga
- melihat harga dan moving average di carta mingguan
- tunggu signal dari trendband
Cerita panjang ada kat dalam video ni.
Selamat berbuka puasa.
Sentimen Memberangsangkan pada Under Armour IncUnder Armour Inc ketika ini didagangkan atas USD20, "20-day blue MA", dan "40-day red MA". Ini menunjukan prestasi sentimen pasaran masih memberangsangkan. Berdasarkan charta terkini, kemungkinan besar, aliran pergerakan ke atas akan berterusan. Ini disokong oleh "Up signal" dan kekuatan momentum "14-day RSI" atas 50 pts.
Sokongan pertama pada USD23. diikuti oleh USD21.60. Sebaliknya, rintangan pertama pada USD24.70, diikuti USD30.
Pepsico Inc kekal gah dengan lebih banyak aktiviti belianPepsico Inc ketika ini dilihat pada posisi Heikin-Ashi hijau, menunjukan saham ini terus menjadi tumpuan para pelabur. Kedudukan "20-day blue MA" di atas "40-day red MA", dan "Golden crossover" memberi tanda bahawa sentiment mengalakkan. Ini turut disokong oleh momentum myang kuat, di mana penanda "14-day RSI" berlegar atas 50 poin.
JANGAN LEPASKAN PROSES PERUBAHAN “UPTREND” JD.COM Saham JD.com ketika ini dalam proses “U-Turn” ke atas dan sedang bergerak dalam pola “Cup and Handle”. Sekiranya harga saham ini terus mencanak melampaui “Handle” kepada pola “Cup and Handle”, ini menunjukan permulaan penting kepada “uptrend” yang baru. Peluang dinanti-natikan oleh para pelabur ialah apabila harga memecah paras USD31.20. Pandangan positive kami turut disokong oleh perkembangan indicator “14-day RSI” atas 50 poin – menunjukkan tahap momentum yang memberangsangkan.
Tahap sokongan pertama ada pada USD26.60 diikuti sokongan kedua di aras USD24. Manakala rintangan pertama dilihat pada USD31.20, seterusnya rintangan kedua terletak pada USD35.
ENSIGN GROUP MENUNJUKKAN PERGERAKAN "MOMENTUM" YANG KUATEnsign Group Inc melonjak dan mencatatkan paras tertinggi USD54.50. Pergerakan kuat ini menandakan momentum yang kuat dan mengakhiri isyarat negatif yang dilihat pada corak "Bearish Harami". Secara teknikal, kenaikan harga saham ini selaras dengan isyarat positive semenjak tanda "Gap Up" dilihat pada charta. Perhatikan bahawa tinjauan positif juga kelihatan pada "Moving Average", "MACD", dan penunjuk "14-day RSI" kekal gah dalam permainan.
Sokongan pertama dilihat pada USD54.50, diikuti USD49. Pada arah bertentangan, rintangan pertama ada pada USD60, dan rintangan kedua ada pada USD64.
PERGERAKAN AWAL "UPTREND" PADA ADDUS HOMECARE Addus Homecare Corp melompat di atas garis "downtrend" dan ditutup pada paras tertinggi pada tahun 2019. Hal ini menunjukkan peluang baik, yang mencadangkan permulaan baharu untuk kenaikan harga yang bakal terjadi. Perhatikan bahawa MA berwarna biru selama 20 hari adalah di atas 50 hari MA baris merah, dan isyarat positif MACD yang berterusan. Secara teknikal, hal ini memberi isyarat lebih banyak pergerakan ke arah atas. Hakikat bahawa penunjuk "14-day RSI" melebihi 50 poin menunjukkan momentum yang kuat - dengan itu pandangan positif kami dikukuhkan.
Tahap sokongan pertama pada USD70.20, diikuti sukongan USD67.90. Manakala, rintagan pertama dilihat pada USD73.50, seterusya rintangan kedua pada USD77.80