TRADER-TRADER MENUNJUKKAN KEYAKINAN TINGGI TERHADAP HOME DEPOTHome Depot memecah resistance melebihi paras USD 190 dan sambung lebih tinggi mencapai puncak tertinggi bagi tahun 2019. Secara teknikal, "buyers" mengalahkan "sellers", dengan sentimen kenaikan dianggarkan kekal. Hal ini disokong oleh signal menaik oleh indikator "MACD", dengan momentum yang kuat pada "14-day RSI". Selain itu, garisan "moving average" (biru di atas merah) menandakan "outlook" yang positif, di mana ia memberikan sokongan kepada pandangan positif kami.
Pada waktu ini, "support" berada pada USD 193 manakala yang seterusnya pada USD 186. "Resistance" pula dilihat pada USD 203 diikuti dengan paras USD 215.
Analisis Trend
PEMBELIAN BERTERUSAN BUAT ADVANCE MICRO DEVICESAdvance Micro Devices Inc meneruskan pergerakan menaik dan meninggalkan "breakaway gap" melepasi paras "resistance". Breakout ini melepasi paras downtrend line – penunjuk aras bahawa "buyers" sedang mengawal sentimen pasaran. Perkara ini adalah sejajar dengan momentum berterusan yang dilihat pada indikator "14-day RSI" (yang berada pada atas paras 50 mata), MACD dengan tanda "bullish", dan juga moving average dengan outlook yang positive – kebarangkalian yang tinggi untuk melihat pergerakan ke atas yang berterusan.
"Support" pertama berada pada paras USD 27 manakala "support" kedua berada pada paras USD 25. Sebaliknya, "resistance" pertama berada pada USD 30 diikuti dengan "resistance" paras USD 35.
KEBANGKITAN HARGA MEMBERANGSANGKAN BAGI HIBISCUS PETROLEUMSaham Hibiscus Petroleum ketika ini sedang melalui fasa kenaikan, mengakhiri tempoh suram yang dilihat di akhir tahun 2018. Ini menunjukan momentum semenjak terhasilnya tanda positif “Bullish Engulfing” terus memberangsangkan. Kenyataan bahawa garis biru atas merah pada penanda “MACD”, dan penada “14-day RSI” atas aras 50 mengambarkan lebih banyak lagi potensi kenaikan harga di sessi akan datang. Ini turut disokong oleh tanda positif (biru atas merah) pada garis “Moving Average”.
Sokongan pertama pada MYR1.30, diikuti sokongan seterusnya di arasa MYR1.06. Sebaliknya, rintangan terdekat berada pada MYR1.23, dan rintangan seterusnya berlegar pada aras MYR1.23.
Review ECONBHDMenurut analisis pada 28 Feb 2019, ECONBHD mengalami jurang kejatuhan akibat daripada laporan kewangan sukuan yang kurang memuaskan.
Kaunter ini telah mencuba support 0.405 pada 28 Februari sebelum perlahan-perlahan meneruskan kenaikan sehingga dapat menutup jurang kejatuhan pada 29 Mac.
ECONBHD kini sudah kembali ke paras sebelum laporan kewangan sukuan diumumkan.
Pada hari ini, ia telah mencuba resistance lepas iaitu pada 0.565. Jika dapat melepasi resistance ini, akan menuju ke resistance 0.605. Support pada 0.535.
Review DESTINIDESTINI telah mencapai sasaran analisis pada 8 Februari 2019. iaitu 0.305 dan telah mencapai paras tertinggi 0.350 pada 18 Mac 2019.
DESTINI sedang mencuba support pada 0.305. Jika dapat bertahan di atas support ini, akan ke resistance 0.330 dan 0.360. Jika gagal akan turun ke paras 0.275.
Review MITRAMITRA telah melepasi resistance dalam analisi 22 Feb 2019 iaitu 0.350/0.370/0.395 dan telah mencapai paras tertinggi 0.450 pada 18 Mac 2019.
Kenaikan sebanyak 38.39% selama sebulan.
MITRA masih mempunyai momentum. Kaunter ini perlu kukuh di atas 0.410 untuk meneruskan kenaikan. Jika gagal bertahan mungkin akan turun ke 0.395. Resistance pada 0.435 dan 0.460.
FrontKen terus mara (Frontken, 0128.kl)Kod saham: 0128
Nama saham: Frontken Corporation Bhd
Screener: 18 LC untuk 3 Apr 2019
Tarikh pemerhatian: 4 Apr 2019
Pemerhatian:
a) Harga berada dalam Downtrend dari pertengahan Oct'18 hingga pertengahan Dis'18.
b) Pada 18 Dis'18, harga dihalang daripada turun rendah lagi dengan vol. yang tinggi (SOS 1) pada aras sokongan 57.5 sen.
c) Harga kemudian naik sambil disokong pada SOS 2 dengan vol. yang tinggi.
d) Selepas SOS 3, harga merentasi Rintangan (kini Support Line 1) dengan vol. yang tinggi dan membentuk Uptrend.
e) Harga 'berehat' pada aras harga yang tinggi sebelum ini (sekitar 92.5 - 98.5sen). Dengan vol. yang rendah, kita simpulkan bahawa SM mengambil sedikit keuntungan.
f) SOS 4 adalah SOS yang agak kuat; ini menandakan harga bersedia untuk bergerak tinggi. Ia berjaya melepasi Rintangan (kini Support Line 3) dan bergerak tinggi.
Nota:
- Harga saham kini berada pada aras yang tinggi; ini bermakna harga mungkin akan bergerak dengan lebih tinggi lagi.
- Walaubagaimanapun, kita perlu berjaga-jaga dan sentiasa memantau pergerakan/arah tuju saham ini.
- Bagi mereka yang ingin berdagan saham ini, poin entry adalah ketika harga membuat "Pullback".
*Klik pautan dibawah untuk analisa awal saya mengenai saham ini.
4-APR-2019: PEMBELAJARAN 5 - CARA MENENTUKAN TRENDLINEPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz suci bismillah saya mulakan perkongsian saya pada pagi ini,
Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya ingin berkongsi cara asas bagamana untuk menentukan trendline dengan mudah. Harus di ingat disini ini cara penentuan ini adalah berlainan diantara setiap individu, TIDAK ADA ISTILAH SALAH KO BUAT TU , selagi kita dapat melukis dan menentukan arah pasaran itu sudah memadai.
Perkongsian ini sangat ringkas kerana ianya adalah untuk berkongsi bagaimana nak melukis TRENDLINE sahaja. Tolong ambil serious perkara ini kerana disebabkan perkara kecil sebegini mungkin akan menghilangkan modal anda 100%
APAKAH KEPENTINGAN TRENDLINE?
Ada sesetengah sifu @cikgu mengatakan "Ala tak yah lukis laaaa… pakai ja fibo baru gempak" haa ini adalah tanggapan yang salah. Sebenarnya sebelum anda mulakan dengan Teknik-Teknik advance kita perlulah bermula dengan trendline terlebih dahulu.
Tujuan utama menandakan trendline adalah:-
1. Menetukan halatuju pasaran
2. Menentukan garis sokongan ringkas (support) untuk pergerakan carta sedia ada.
APAKAH SELA MASA ((TIME FRAME) YANG SESUAI UNTUK MENANDAKAN TRENDLINE?
Untuk pengetahuan semua, sela masa adalah perkara yang penting dalam menentukan arah pergerakan pasaran, jadi sebaiknya sela masa yang digunakan adalah sela masa yang BESAR
Saya sendiri menyukai SELA MASA 4H, Daily dan keatas untuk menentukan arah
BAGAIMANA HARUS KITA MULAKAN?
Berikut saya nyatakan langkah demi langkah yang procsider biasa(SOP) yang saya gunakan.
Untuk contoh ini saya akan menggunakan carta DAILY
a. Buka chart dan tandakan garisan menggunakan fungsi garis. Ianya haruslah menyambungkan sekurang-kurangnya 2 titik untuk menjadikan TRENDLINE yang lengkap.
Namun begitu sekiranya ada lebih dari 2 lebih bagus dan KUAT garisan tersebut. Rujuk gambar dibawah.
Namun begitu terdapat persoalan daripada sesetengah penganalisis… adakah nak sambungkan kat shadow atau body?
Sebenarnya ini adalah subjektif, namun sekiranya anda ragu-ragu dengan garisan yang anda lukiskan diatas, anda boleh menukarkan jenis carta anda daripada CANDLESTICK > GARIS dan ia akan kelihatan seperti dibawah:
Sila laraskan garisan anda supaya garisan menyentuh bucu carta tersebut
Setelah selesai kita tukarkan semula bentuk charta daripada GARIS > CANDLESTIK dan kita akan dapati itulah garisan yang terbaik dan mudah untuk dilihat, seperti dibawah:
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manafaat kepada anda. Ingat berlatih dulu dengan 2-3 chart yang anda suka, inshaallah saya akan kongsikan langkah seterusnya dalam post akan datang.
INGAT, TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA. TIADA ADVANCE TANPA ASAS.
#ASASJER
#BOKOJOZ TRADING IDEA
Melihat carta mingguan dan harian secara bersamaDengan menggunakan fungsi pilih susun atur carta, kita boleh buat perbandingan secara terus diantara 2 sela waktu berbeza bagi carta yang sama.
Dalam video kali ini, ada beberapa cadangan yang saya rasakan mungkin membantu kita semasa membuat pemilihan atau pelan dagangan.
Konsep yang sama boleh digunapakai untuk mana-mana saja sela masa.
Melihat volum hari ini yang melebihi volum purataVol hari ini yang melebihi atau lebih banyak dari purata, kebiasaannya memberikan kita satu petunjuk baru, samada terdapat lebih minat belian atau terlebih minat jualan.
Kalau dah bosan melilhat carta, kali ni kita layan lihat nombor pula di penyaring tradingview.
Boleh cuba dan ubah mengikut kesesuaian atau ikut selera masing-masing.
Anggaran tempoh masa trend menaikDengan berpandukan garis 200 dan 50 , tak kisah samada MA atau EMA, kita boleh membuat anggaran tempoh masa pergerakan harga dari permulaan kenaikan sehinggalah dia mula kepenatan.
Sebagai panduan, harga yang bergerak naik dalam sudut 45 darjah mengambil tempoh masa di antara 3 sehingga 6 bulan dan lebih.
Saya tidak ada data lengkap untuk mengesahkan maklumat ini. Tapi, silalah cuba dan lihat carta-carta lama dan buat perbandingan sendiri.
Semoga terhibur.