Analisis Trend
Apakah itu RSI? Indeks kekuatan relatif (RSI-Relative Strength Index) adalah penunjuk teknikal yang digunakan dalam analisis pasaran kewangan. Ia bertujuan untuk mencatatkan kekuatan semasa atau sejarah atau kelemahan stok atau pasaran berdasarkan harga penutup dalam tempoh dagangan baru-baru ini. Penunjuk tidak boleh dikelirukan dengan kekuatan relatif.
RSI juga diklasifikasikan sebagai pengayum momentum (momentum oscilator), di gunakan bagi mengukur magnitud pergerakan harga. Kebiasaannya RSI di gunakan di dalam jangka masa 14 hari dan diukur pada skali 0 hingg 100.
Di dalam penggunaan RSI, kebiasaannya, apabila nilai RSI telah melepasi 30, ianya dikatakan telah memasuki zon 'Oversell'. Di sini peluang untuk para traders membeli saham pada harga rendah adalah sangat tinggi.
Sebaliknya, jika nilai RSI telah melepasi 70, kebiasaannya para traders akan bersedia untuk menjual pegangan saham mereka. Apabila nilai RSI telah melepasi 70, ianya dikatakan telah memasuki zon 'Overbought'. Ketika ini, kemungkinan untuk harga saham jatuh selepas memasuki zon overbought adalah sangat tinggi kerana para traders akan mula melepaskan pegangan saham masing-masing.
Seperti di dalam carta, kelihatan nilai RSI semakin menurun, tetapi masih di atas paras 30. Jika para traders tidak yakin untuk membeli pada ketika ini, disarankan untuk menunggu sebentar sehingga nilai RSI memasuki paras bawah 30 dan mula membeli stock EFORCE ini.
Akhir kata, selamat maju jaya.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisa sendiri untuk membeli sesuatu stock.
Akan datang? HSS Engineers (0185.kl)Kod saham: 0185
Nama saham: HSS Engineers Bhd
Screener: 18LC untuk 22 Feb 2019 (www.tradevsa.com)
Tarikh pemerhatian: 26 Feb 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Sebaran harga yang kecil dengan volume yang rendah antara hujung Ogos'18 hingga hujung Dis'18.
- Ketika harga menaik, sebaran harga menjadi besar dan volume tinggi.
b) Peringkat Pasaran:
- Harga bergerak secara sideway sejak hujung Ogos'18.
- Bermula awal tahun 2019, harga tutup diatas paras 20MA & 40MA.
- Kemungkinan pengakhiran peringkat Accumulation (S1).
c) Trend Line:
- Seperti yang dinyatakan, harga bergerak secara sideways sejak hujung Ogos'18.
- Harga cuba menembusi Resistance Line pada 20 Ogos'18 tetapi tidak berjaya.
- Cubaan seterusnya dilakukan pada 17 Jan'19 dan terakhir pada 25 Feb'19.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga kini berada diatas Resistance Line.
- Sekiranya harga tidak tutup dibawah Resistance Line, kebarangkalian untuk harga melonjak naik adalah tinggi.
- Kita lihat situasi saham ini semula selepas waktu transaksi.
Corak sama dengan HSS Engineer? (Asdion, 0068.kl)Kod saham: 0068
Nama saham: Asdion Bhd
Screener: 18LC untuk 26 Feb 2019
Tarikh pemerhatian: 27 Feb 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Sebaran harga yang kecil dengan volume yang rendah antara hujung Ogos'18 hingga hujung Dis'18.
- Ketika harga menaik, sebaran harga menjadi besar dan volume tinggi.
b) Peringkat Pasaran:
- Secara umum, harga berada dalam peringkat Accumulation (S1) sejak hujung Jul'18.
- Jika harga tutup melebihi Resistance Line, kebarangkalian tinggi peringkat MarkUp (S2) bermula).
c) Trend Line:
- Secara umum, harga bergerak dalam Trading Range (antara 17.5sen - 28sen).
- Ia bergerak secara Downtrend dari hujung Jul'18 hingga hujung Oct'18.
- Selepas itu, harga bergerak secara Sideway hingga awal Jan'19.
- Pada masa yang sama, 20MA melintasi keatas garisan 40MA dan harga berada atas 20MA.
- Harga kini berada pada aras Resistance Line (25.5sen) dan melakukan Pullback.
Rumusan:
- Harga bergerak melintasi Resistance Line pada 26 Feb 2017.
- Pada waktu penulisan, harga masih lagi berada diatas Resistance Line.
- Sekiranya harga tidak tutup dibawah Resistance Line, kebarangkalian untuk harga melonjak naik adalah tinggi.
- Kita lihat situasi saham ini semula selepas tamat waktu transaksi.
CORAK "BENDERA" FACEBOOK MEMBERI PETANDA OPTIMISSaham Facebook menunjukkan breakout melepasi corak "Flag" di atas kedua-dua garisan Moving Average (20-MA biru dan 50-MA merah). Situasi ini dianggap sebagai petanda awal akan ada pergerakan pasaran yang menggalakkan – kesinambungan momentum yang dilihat daripada penampilan corak "Breakaway Gap". Pandangan positif ini diangap kukuh apabila kenaikan saham melepasi harga USD170.82, memandangkan isyarat MACD pada waktu ini agak lemah (biru di bawah merah). Dari sudut momentum, indikator RSI 14-hari menunjukkan “bulls” lebih kuat berbanding “bears” di atas paras 50 mata.
Carta menunjukkan garisan "support" terdekat pada USD159.50, manakala "support" seterusnya ditetapkan pada USD145.60. Sebaliknya, "resistance" dilihat pada paras USD170.80, diikuti dengan paras USD182.10.
KUB : Melantun Dan Perlu Keluar Candle Melepas High WMAEMA 50 merupakan satu garis wajib untuk melihat sama ada harga akan melantun atau tidak. Kalau mengikut stoch, harga akan melantun dan signal beli boleh dilihat jika melepasi WMA high. Tunggu untuk dia retest dan kemudian lihat sama ada ia mampu terus melepasi atau pun tidak trendline yang kita lihat.
26-FEB-2019: AMD dipersimpanganPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
CME_MINI:NQH2019
TARIKH 26-FEB-2019 (SELASA)
ANALISIS
p/s: semua komen adalah berdasarkan pada chart 1D
1. Secara teknikal masih dalam keadaan bullish
2. MA masih lagi menunjukkan arah keatas
3. RSI masih belum berpatah balik dan masih menghala ke 70
4. Sila semak volume untuk menentukan adakah masih ramai yang meminati saham ini
JANGKAAN
1. Kemungkinan boleh naik ke paras upper channel band. namun bergantung kepada pembentukan candle pada malam ini.
2. Sekiranya ramai buyer price mungkin boleh mendaki sehingga ke paras psycologi 27.50
3. Namun demikian memandangkan pergerakan sudah begitu mendatar, sekiranya price jatuh ke bawah dan memecahkan lower channel band, harga mungkin akan ke bawah
STRATEGI/TRADING PLAN
1. Entry: bergantung sepenuhnya kepada situasi pasaran malam ini. namun disarankan untuk tunggu dan lihat reaksi pedagang
2. Sekiranya harga berjaya melantun ke atas... boleh TP di 27.50
3. Sekiranya tekanan jualan kuat untuk menolak harga ke bawah maka boleh intai peluang untuk entry pada lower channel band dan TP pada MA kuning (+/-22.00).
4. Pilihan peribadi saya adalah menunggu peluang untuk sell
MOMENTUM BAHARU BUAT MICROSOFT CORPHarga saham Microsoft menunjukkan perkembangan positif selepas melepasi garis aliran menurun memberi gambaran bahawa sentimen pasaran pada waktu ini amat memberangsangkan. Hasil daripada kenaikan ini meninggalkan corak "Jurang Ke Atas @ Gap Up", yang berpotensi membawa peningkatan yang berterusan dalam sesi yang akan datang. Penyeberangan positif di dalam garis Pergerakan Purata dan indikator MACD mencerminkan pandangan ke arah kenaikan secara terus. Pandangan ini juga disokong oleh momentum yang kuat dilihat dalam indikator "14-hari RSI" - yang kekal terapung secara teguh di atas paras 50 mata. Kecenderungan terhadap kenaikkan harga ini menggambarkan aktiviti membeli yang bakal meningkat dalam masa yang terdekat.
Dari sudut kenaikan, ringtangan terdekat berada pada $ 114 diikuti oleh tanda kritikal di $ 116. Manakala, sokongan terdekat berada pada paras $ 108, diikuti sokongan seterusnya pada paras $ 105.
Akan datang? HSS Engineers (0185.kl)Kod saham: 0185
Nama saham: HSS Engineers Bhd
Screener: 18LC untuk 22 Feb 2019 (www.tradevsa.com)
Tarikh pemerhatian: 26 Feb 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Sebaran harga yang kecil dengan volume yang rendah antara hujung Ogos'18 hingga hujung Dis'18.
- Ketika harga menaik, sebaran harga menjadi besar dan volume tinggi.
b) Peringkat Pasaran:
- Harga bergerak secara sideway sejak hujung Ogos'18.
- Bermula awal tahun 2019, harga tutup diatas paras 20MA & 40MA.
- Kemungkinan pengakhiran peringkat Accumulation (S1).
c) Trend Line:
- Seperti yang dinyatakan, harga bergerak secara sideways sejak hujung Ogos'18.
- Harga cuba menembusi Resistance Line pada 20 Ogos'18 tetapi tidak berjaya.
- Cubaan seterusnya dilakukan pada 17 Jan'19 dan terakhir pada 25 Feb'19.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga kini berada diatas Resistance Line.
- Sekiranya harga tidak tutup dibawah Resistance Line, kebarangkalian untuk harga melonjak naik adalah tinggi.
- Kita lihat situasi saham ini semula selepas waktu transaksi.
Breakout dalam tempoh masa berbezaKalau siri breakout lepas, kita hanya melihat pada carta harian, konsep yang sama juga terpakai pada carta-carta bagi tempoh masa berbeza.
Sebagai contoh, saya gunakan carta 5 minit IWCITY untuk melihat adakah konsep yang kita pelajari dulu wujud di situ.
Semoga terhibur.
Bagaimana untuk menang lebih ...??? OANDA:EURUSD
Berikut adalah cara ia berfungsi ...
Sebelum anda memakai perdagangan, selalu tanya diri ...
"Apakah konteks pasaran?"
Inilah perkara:
Anda boleh mempunyai 2 persediaan perdagangan serupa, tetapi satu akan menjadi perdagangan yang lebih baik daripada yang lain.
Mengapa?
Kerana konteks pasaran mereka berada.
Contoh 1:
Anda melihat pola market menaik ... tetapi pada jangka masa yang lebih tinggi, ia berada dalam aliran menurun.
Contoh 2:
Anda melihat corak market menaik ... tetapi pada jangka masa yang lebih tinggi, ia berada di arah aliran menaik, pasaran telah merosot, dan berdagang pada paras tertinggi dalam beberapa tahun.
Anda akan bersetuju dengan saya bahawa Contoh 2 adalah perdagangan yang lebih baik, bukan?
Dan itu kerana anda mempunyai lebih banyak "perkara" yang akan memihak kepada anda.
Adakah anda melihat betapa kuatnya ini?
AZRB: Fasa PembetulanAZRB sudah menyentuh resistance 0.435 semalam, namun gagal bertahan dan akhirnya tutup pada 0.425. Hari ini ia jatuh ke paras 0.400 sebelum tutup pada harga 0.410. Boleh cari peluang untuk masuk kerana volume kejatuhan tidak besar, menunjukkan sedikit pembetulan sedang berlaku.
Support 1: 0.400
Support 2: 0.385
Resistance 1: 0.435
Resistance 2: 0.465
CCK melepasi Awan IchimokuCCK sudah melepasi resistance 0.600 dengan momentum pada 18 dan 19 Februari. Pada hari ini, ia telah menyentuh resistance 0.660 namun gagal untuk bertahan dan akhirnya tutup pada 0.630. Kaunter ini dijangka akan terus menaik kerana harga semasa sudah melepasi garisan hidup, berada di atas trendband hijau dan sudah melepasi rintangan awan Ichimoku. Kaunter ini berkemungkinan akan membuat pembetulan dahulu sebelum meneruskan kenaikan.
Support: 0.600
Resistance 1: 0.660
Resistance 2: 0.720
Carta naik dan bantuan indikatorSiri terakhir untuk cerita breakout.
Kali ini kita gunakan bantuan alat penunjuk untuk menambahkan keyakinan yang carta dalam fasa menaik.
Antara penunjuk yang sesuai di gunakan adalah
1. Garis purata 200 (MA200) - jika harga berada keseluruhannya di atas MA200, carta dianggap bullish
2. Awan Ichimoku - jika harga berada keseluruhannya di atas awan, carta dianggap bullish
3. MACD - jika garis MACD dan Signal berada di atas 0, carta dianggap bullish
Jika kesemuanya menunjukkan isyarat bullish, kita hanya perlu mencari setup untuk membeli.
Sabar menantikan setup muncul juga satu stratergi yang sangat baik.
FGV MINGGUANFGV pada carta mingguan sangat menarik. Perubahan trend menurun kepada trend menaik dapat dilihat dengan jelas bermula dari 19 Disember sehingga kini.
Selama 10 minggu kenaikan sebanyak 0.575 atau 90% telah dicapai. Trendband merah dijangka akan berubah kepada trendband hijau dalam masa terdekat ini.
AZRB: Perubahan Tren Menaik Beserta MomentumSupport 0.385
Resistance 1: 0.435
Resistance 2: 0.465
AZRB telah membentuk candle marubozu dengan volume yang besar pada hari ini. Petanda awal sebelum kenaikan telah mula kelihatan sejak dari 28 Disember lagi apabila ia tutup pada harga 0.305. Kemudiannya pada 2 Januari candle marubozu dengan antenna (tutup:0.335, tertinggi: 0.370) terbentuk dengan volume yang agak tinggi menunjukkan kaunter ini telah mempunyai momentum. Momentum seterusnya dapat dilihat pada 9 Januari sebelum kaunter ini membentuk satu lagi candle solid marubozu (tutup: 0.370, bersamaan dengan antenna pada 2 Januari) dengan volume pada 15 Januari. Kemudiannya, kaunter ini telah mengalami kejatuhan sehingga paras 0.310 pada 31 Januari, namun kejatuhan ini adalah kejatuhan tanpa volume dan harga masih lagi berada di atas harga petanda awal kelihatan. Trend menaik telah bermula semula dari 1 Februari dengan candle positif selama 7 hari berturut-turut disertai dengan momentum pada 13 dan 14 Februari. Akhirnya AZRB berjaya melepasi resistance 0.385 dengan momentum yang sangat padu pada hari ini, 19 Februari.