FITTERS PELAN DAGANGAN ALAT FIBONACCI & GELOMBANG ELLIOT Sektor : Industri perkhidmatan
 
 Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
 
Gelombang subkecil 2 akan menghabiskan pengeunduran nya sebelum memulakan pergerakkan menaik ke atas  Gelombang subkecil 3 tahap fibo 100% dan seterusnya mendaki ke arah tahap fibo 200%-261.8% sebagai sasaran Gelombang besar 3 .
 Nota Teknikal Analisis : - 
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8%,100%, 161.8% & 200%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200%-261,8% 
* Jangkaan Masa Fibo Time- 4 -5 minggu 
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Corak Gelombang akan berlaku di Gelombang 4 di tahap Fibo 100%
 PELAN DAGANGAN DENGAN MENGUNA ALAT-ALAT FIBONACCI & GELOMBANG ELLIOT
1. Alat Lanjutan Fibo  Arah Aliran @ Trend based Fib Extension. 
*  Fibo Extension adalah mencari sasaran gelombang .
*  Fibo extension ini telah di tarik utk jangka masa pendek    dari Mula poin gelombang 1, puncak 1 & akhir 2.
*  Setiap Tahap Fibo itu adalah sebagai Rintangan & sokongan -    61.8% , 100% ,161.8% & 200%
 2. Alat Fibo Masa Arah Aliran @ Trend based Fib Time. 
*   Fibo Time adalah mencari tahap tempoh masa utk     mencapai sasaran mengikut pergerakan gelombang.
*   Fibo extension ini telah di tarik utk jangka masa pendek    dari mula poin gelombang 1 , Puncak 1 & 2 berakhir.
*  Setiap Tahap Fibo itu adalah sebagai Rintangan & sokongan -    61.8% , 100% ,161.8%, 261.8% & 361.8%
 *Penafian :  Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
 Peringatan Mesra :  Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
 Dean Mentari
Analisis Trend
YONGTAI sekian lama di gelombang pembetulanAnalisa Teknikal Gelombang Elliot 
Gelombang besar lima akan  memulakan pergerakkan menaik ke atas Setelah Gelombang besar 4 pembetulan corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) berakhir & kini akan meneruskan Gelombang Kecil 1 di dalam Gelombang besar 5 bagi sasaran Gelombang 5 akan berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
 Nota Teknikal Analisis : - 
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 38.2%, 61.8% &100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127% ( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Risiko Pemotong Gelombang kerap berlaku di Fibo 38.2% - 50%
 *Penafian :  Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
 Peringatan Mesra  :   Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
PENDIDIKAN PANDUAN KENAL PASTI TREN & CORAK GELOMBANG ELLIOTPANDUAN KENAL PASTI TREN & CORAK GELOMBANG ELLIOT 
Kes Pembelajaran Gelombang - Kaunter - Texcycle
Bagaimana mengenal pasti tren Gelombang Elliot dengan mengunakan corak Paten dan peraturan 
pengantian gelombang pembetulan serta pengiraan Gelombang.
Seperti yang di Lukis,
ini adalah sebahagian kekerapan pergerakan Gelombang membentuk corak pembetulan & impuls.
 Peraturan Pengantian Gelombang pembetulan 
 "Rules of Alternation"  , 
ianya kerap berlaku dalam gelombang besar/Kecil  2 & 4.
Jika Gelombang Besar/Kecil 2 - "complex" bermakna Gelombang besar/kecil 4 akan 
menjadi 'Simple bentuk nya atau salah satu,
 Maksud "simple & Complex" ianya berkaitan Tren & juga Tempoh Masa panjangnya 
Gelombang itu berlaku.
 
 NOTA PERINGATAN  STRATEGI DAGANGAN: 
“SETIAP SELEPAS GELOMBANG PEMBETULAN 
(ZIGZAG ABC) @ (TRIANGLE-ABCDE) MESTI AKAN 
BERLAKUNYA IMPULS YANG MENAIK”
 
 #TECHNICAL ANALYSIS
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS,
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
DEAN MENTARI 
PENDIDIKAN PERATURAN & PANDUAN GELOMBANG ELLIOTPERATURAN & PANDUAN GELOMBANG ELLIOT
 
 Gelombang Besar Satu (Impuls)
 
 Corak Paten kekerapan : 
1. Impuls -12345 - Gelombang kecil 1,3 & 5
2. impuls Pepenjuru Awal (Leading Diagonal-12345)
3. Corak Zigzag-ABC Gelombang kecil 2
4 Segi Tiga (Triangle-ABCDE) Gelombang Kecil 4
 Tahap Fibonacci kekerapan sasaran 
1 . 161.80% -200% 
(jika di tarik dari poin gelombang Pembetulan  bermula mengunakan Fibonacci Extension)
 Gelombang Besar Dua (Pembetulan 
 
 ( Peraturan : Gelombang dua tidak boleh  mengundur melebihi tahap mula Gelombang satu ) 
 Corak Paten kekerapan : 
1. Corak Zigzag-ABC Gelombang kecil A
2. Corak Zigzag ABC / Rata (Flat ABC) Gelombang kecil B
3. Corak Zigzag ABC / Rata (Flat ABC) Gelombang kecil C.
4. Gelombang pembetulan  kombo berganda WXY  kerap berlaku jika terdapat ketidaktentuan pasaran 
 Nisbah Tahap Pengunduran Fibonacci dari Gelombang besar Satu :
 
1. Tahap 38.2%- 12% nisbah kebarangkalian - 
2. Tahap 50%-61.8% - 75% Nisbah Kebarangkalian 
3. Tahap 61.8% -88% - 13% Nisbah Kebarangkalian 
 Gelombang Besar  Tiga (Impuls) 
 ( Peraturan : Gelombang Besar 3 tidak akan menjadi gelombang yang terpendek ) 
 Corak Paten kekerapan : 
1. Impuls -12345 - Gelombang kecil 1,3 & 5
2. Segi Tiga (Zigzag-ABC) Gelombang kecil 2
4 Segi Tiga (Triangle-ABCDE) Gelombang Kecil 4
 Tahap Fibonacci kekerapan sasaran 
1 . Kurang dari 161.80%- Nisbahnya - 15%
2. Melebihi dari 161.8% -261.8%% - Nisbahnya - 75%
3. Melebihi 261.8% atau Penyambungan Gelombang    Nisbah sebanyak - 10%
 
 Panduan : *Fibonacci Extension di tarik dari 
i) poin mula gelombang Satu atau Low Low
ii) Poin puncak gelombang Satu atau High High
iii) Poin Akhir Gelombang 2 atau High Low
 * Gelombang besar Tiga kerap akan berakhir hingga 161.8%  
 Gelombang Besar Empat Pembetulan 
 ( Peraturan : Gelombang Besar 4 tidak boleh mengundur melebihi puncak Gelombang Besar Satu ) 
 Corak Paten kekerapan :  
 
1. Segi Tiga penyusutan (Triangle -Gelombang ABCDE) 
2. Segitiga (Zigzag ABC) / Rata (Flat ABC)
 
 *Agak kerap berlaku segi Tiga Penyusutan di Gelombang Besar 4* 
 
 Nisbah Tahap pengunduran Fibonacci dari Gelombang besar 3  :
 
1. Tahap 38.2%- 15% nisbah kebarangkalian - 
2. Tahap 38.8%-50% - 30% Nisbah Kebarangkalian 
3. Tahap 50% -61.8% - 40% Nisbah Kebarangkalian 
4. Melebihi 61.8% - 15% Nisbah kebarangkalian
 Gelombang Besar Lima (Impuls)
 
 Corak Paten kekerapan :
 
1. Impuls -12345 - Gelombang kecil 1,3 & 5
2. impuls Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal-12345)
 Tahap Fibonacci kekerapan dari Gelombang besar Empat berakhir.  
1 . Kurang dari 50% - Nisbahnya - 15% (Kes Pemotongan Gelombang Lima) 
2. Melebihi 50% -  100% -  Nisbahnya - 70%
3. Melebihi 100.% -127.2%- Nisbahnya – 15%
 Gelombang Besar ABC Pembetulan 
 
 Corak Paten kekerapan : 
1.  Corak Zigzag-ABC - Gelombang besar ABC
2. Corak Pepenjuru Awal-12345 -kerap berlaku  di Gelombang Besar  A
3. Corak Pepenjuru Akhir -12345 -kerap berlaku di Gelombang Besar  C.
4. Gelombang pembetulan  kombo berganda WXY kerap berlaku jika terdapat ketidaktentuan pasaran 
 Nisbah Tahap Pengunduran Fibonacci dari Gelombang besar Motive  : 
1. Tahap 38.2%- 12% nisbah kebarangkalian - 
2. Tahap 50%-61.8% - 75% Nisbah Kebarangkalian 
3. Tahap 61.8% -88% - 13% Nisbah Kebarangkalian
 #TECHNICAL ANALYSIS
 
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS,
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
 DEAN MENTARI
 
KAJIAN 7: Morning Star dan Evening StarKAJIAN 7: Morning Star dan Evening Star 
- Morning star dan evening star merupakan candlestick reversal pattern.
- Morning star kebiasaanya akan terbentuk di penghujung penurunan menandakan penurunan telah tamat dan akan membuat kenaikan.
- Evening star pula kebiasaanya akan terbentuk di penghujung kenaikan menandakan kenaikan telah tamat dan akan membuat penurunan.
- Kekuatan morning star dan evening star boleh dibahagikan kepada tiga:
1) Weak / Lemah: Candlestick ketiga tutup tidak melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
2) Normal / Biasa: Candlestick yang ketiga tutup melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
3) Strong / Kuat: 'Body' candlestick yang ketiga lebih besar daripada 'body' candlestick yang pertama.
 Nota kaki :
*  Candlestick reversal pattern  merupakan candlestick yang terbentuk yang menukar arah 'trend sedia ada' kepada 'trend yang baru'. 
* Seeloknya, para pelabur perlu menggabungkan candlestick reversal pattern ini dengan teknik² yang lain juga supaya lebih berkayinan untuk membuat keputusan samada untuk open position (entry) atau close position (exit).
------------------------------
 PENAFIAN / DISCLAIMER :
Terma atau istilah  KAJIAN  yang digunakan dalam idea analisis ini hanya tertumpu kepada info, tips, pendidikan dan pembelajaran semata. Jadi,  KAJIAN  ini bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham. Penulis / penganalisis juga bukanlah penasihat kewangan dan pelaburan.
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PENDIDIKAN - PENGENALAN GELOMBANG ELLIOT BHG 2Gelombang Motive bersifat pergerakkan Tren Menaik atau Tren Menurun 
Setelah lengkap 5 Gelombang turun dan naik Keseluruhan pergerakkan tersebut kita
Akan panggil sebagai gelombang motive ,seperti dalam gambar rajah sebelah
Gelombang Motive akan di label menggunakan Nombor sahaja. 
Motive Wave mempunyai 2 Jenis corak Paten Sahaja iaitu :-
1. Impuls 
2. Pepenjuru (Diagonal)
Gelombang Pembetulan  adalah satu bentuk  pasaran yang akan hadir selepas pergerakkan 
Gelombang Motive , tiada Gelombang  Pembetulan  jika Tiada Gelombang Motive 
Gelombang Pembetulan mempunyai 3 sub-wave
Gelombang Pembetulan akan di label menggunakan Huruf Sahaja.
Gelombang Pembetulan mempunyai 3 jenis bentuk sahaja iaitu :-
1. Zigzag ABC
2. Rata ( Flat ) ABC
3 . Segi Tiga ( Triangle ) ABCDE
Fractal Atau Pecahan Gelombang
Gelombang Motive (Impuls)
Pecahan : 
 1 Kitaran
 5 Gelombang Besar / Utama 
21 Gelombang Kecil
89 Gelombang Sub Kecil
Gelombang Pembetulan 
(Corrective)
Pecahan : 
 1 Kitaran
 3 Gelombang Besar /Utama
13 Gelombang Kecil
55 Gelombang Sub Kecil
#TECHNICAL ANALYSIS
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS,
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
DEAN MENTARI
PENDIDIKAN - PENGENALAN GELOMBANG ELLIOT PENGENALAN GELOMBANG ELLIOT 
 Teori Gelombang Elliott adalah kaedah analisis pasaran , berdasarkan idea bahawa pasaran membentuk jenis pola yang sama pada jangka waktu yang lebih kecil
 (darjah lebih rendah) yang dilakukannya pada  jangka waktu yang lebih panjang (darjah lebih tinggi). 
Pola-pola ini memberikan petunjuk mengenai apa yang mungkin berlaku selanjutnya di pasaran. 
Menurut teori itu, ia tidak bergantung pada jangka masa yang anda analisis; pergerakan 
pasaran mengikut jenis corak yang sama.
 Elliott Wave bukanlah teknik perdagangan.  
Tidak ada peraturan khusus untuk masuk atau keluar, juga tidak ada satu cara "tepat" untuk 
menggunakannya dalam perdagangan.
 Apa itu Gelombang? 
Gelombang adalah akibat ketidakseimbangan dipasaran yang berlaku antara bilangan pesanan 
beli dan jual dengan alasan apa pun.
Setiap kali satu kekuatan (penawaran atau permintaan) berakhir berkuasa yang lain, 
walaupun untuk yang terpendek jangka masa, pasaran berubah arah dan 
gelombang baru dimulakan. 
 2 tren Gelombang 
 Gelombang Impuls  - Corak yang berlaku di  menuju arah aliran pasaran
 Gelombang Pembetulan  - Corak yang berlaku terhadap trend (gelombang impuls terpanjang)
Semua pergerakan gelombang tidak kira besar atau kecil baik impulsif atau pembetulan
 Struktur Kitaran Asas Gelombang Elliot 
 
Terdapat  2 Kitaran Gelombang Elliot  yang di guna pakai dalam pasaran
1 . Kitaran Pasaran Gelombang Menaik (Market Bullish)
2 . Kitaran Pasaran Gelombang Menurun (Market Bearish)
Ada  8 Gelombang  dalam satu Kitaran Gelombang besar.
Ianya terdiri dari : 
5 no Gelombang impuls (yang Bertanda Hijau)
3 no Gelombang Pembetulan ( yang Bertanda Merah)
 #TECHNICAL ANALYSIS
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS, 
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
DEAN MENTARI
#DNEX - Ralat Analisa Teknikal berdasarkan Alat Fibo SpiralRalat Analisa Teknikal : 
 (Pengiraan Semula Gelombang & Sasaran) 
Gelombang Besar 4 telah pun berakhir dan 
membuat Corak Gelombang Pembetulan berbentuk 
 'Rata Biasa' (Regular Flat)
 
Gelombang Besar 5  telah memulakan Pergerakan
ke atas dan akan menuju sasaran di fibo 100% -127.2%
Berkemungkinan akan berbentuk corak  "Pepenjuru Akhir " (Ending Diagonal)
Pengunaan Alat (Tool) 
 Fibonacci spiral atau Fib spiral  adalah alat analisis 
teknikal yang membantu mengenal pasti sasaran 
harga dan masa yang penting. Harga dan masa 
adalah antara elemen penting dalam perdagangan 
kewangan. Pengenalpastian kedua-dua elemen 
yang betul meningkatkan kemungkinan 
memperoleh keuntungan yang besar.
Nota:-
 Tahap Fibo Ext - 100% - 127.2%   Timeframe 120minit ( Jangkaan Masa - 3-4 minggu - )
Peratikan Isyarat kemasukan momentum Volume besar
Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Cara Melukis Saluran FibonacciSaluran Fibonacci adalah digunakan untuk menentukan tahap sesuatu sokongan dan rintangan fibonacci dalam arah trend yang telah dikenal pasti.
Saluran ini dapat dilukis dengan mudah sama ada dalam trend manaik atau menurun untuk mencari kawasan yang berpotensi untuk perubahan harga.
Trend menaik
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menaik, trend yang dikenal pasti perlu berada pada tahap rendah yang lebih tinggi berbanding sebelum.
Untuk melukis dan menandakan saluran, pilih dua titik rendah pada trend dahulu. Kemudian pilih titik tinggi di antara mereka.
Setelah saluran dilukis, tahap Fibonacci yang dikira dapat digunakan untuk membantu membuat spekulasi tindakan harga dengan melihat kawasan tersebut sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Trend Menurun
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menurun, trend yang dikenal pasti perlu dibuat dengan tahap yang lebih tinggi dibuat.
Untuk melukis saluran, pilih dua titik tinggi pertama yang ditentukan oleh arah trend dahulu. Kemudian pilih titik rendah di antara mereka.
Adakah anda menggunakan Saluran Fib?
Sekiranya ada, kongsi idea anda dalam komen di bawah!
2 Jenis FibonacciTerdapat 2 Jenis Fibonacci iaitu Retracement dan Extension
Nilai Retracement adalah di bawah 1 atau 100%.
Nilai Extension adalah melebihi 1 atau 100%.
Retracement biasanya diwarnakan sebagai warna merah.
Extension biasanya diwarnakan sebagai warna biru.
Garis warna unggu adalah garis yang perlu dipantau semasa market sedang berjalan.
TAFI contoh kenaikan yang sihatTAFI jika dilihat membuat kenaikan yang banyak.
Antara sebab TAFI adalah kenaikan yang sihat adalah, kenaikannya di sokong oleh volume yang juga menaik.
Secara logik buyer adalah agresif atau Buyer in Control.
Letak la berapa amaun pun di que harga sell side, sentiasa akan ada pembeli yang menghabiskan que tersebut.
Boleh jadikan ini sebagai indikator untuk pemilihan saham lain kali.
Apapun kaunter ini sudah naik banyak, jadi agak berisiko untuk masuk.
TAYOR.
Penggunaan Saluran Regresi LinearSaluran Regresi Linear adalah cara yang baik untuk mengenalpasti aras utama yang berpotensi untuk aksi harga masa hadapan dengan menggambarkan distribusi normal sebuah trend.
Semasa menggunakan alat Trend Regresi(terletak di panel lukisan di bawah kumpulan "Alat Garis Trend")dua titik pada trend dipilih, biasanya pada awal dan akhir trend.
Apabila dua titik pada carta dipilih, distribusi normal data dikira antara dua titik yang dipilih dan dipaparkanda dalam bentuk saluran regresi linear.
Garis tengah dalam saluran ini ialah Garisan Regresi Linear atau Purata, dan garis atas dan bawah adalah sisihan piawai Atas dan Bawah daripada purata seperti yang ditentukan dalam tetapan alat ( tetapan lalai adalah sisihan piawai +2 dan -2 daripada purata)
Korelasi hubungan linear dipaparkan sebagai koefisien korelasi Pearson atau Pearson R. Ia boleh dipaparkan atau disembunyikan di carta dengan memilihnya di menu gaya.
Pearson R menunjukkan kekuatan korelasi dan arahnya, dengan nilai bergerak di antara -1 dan 1. Semakin jauh Pearson R bergerak dari sifar, kekuatan hubungan linear antara harga dan masa meningkat. Semasa menggunakan alat Trend Regresi, Pearson akan sentiasa ditetapkan sebagai nilai mutlak(positif), tetapi arah trendnya boleh dikenalpasti secara visual.
Pembalikan purata
Apabila trend regresi mempunyai korelasi tinggi, ini disebabkan konsistensi aksi harga berada di sepanjang purata (garis tengah), dengan lebih sedikit poin yang bergerak di atas dan di bawah garis purata ke atas dan bawah aras sisihan piawai.
Salah satu cara untuk melakukan perdagangan saluran regresi linear adalah dengan berdagang aksi harga apabila ia bergerak dari dan balik ke purata.
Semasa menggunakan alat ini, harap maklum bahawa saluran yang mempunyai lebih banyak bar dan korelasi yang tinggi akan lebih cenderung bergerak dalam trend itu berbanding saluran yang mempunyai beberapa bar dan korelasi yang tinggi.
Panjang trend ini harus dipertimbangkan semasa berdagang dengan saluran ini.
Dengan alat Trend Regresi, anda boleh mulai memanfaatkan analisis statistik dalam strategi perdagangan anda hanya dengan beberapa klik!
PRIVA: SUPPORT & RESISTANTMungkin kacang bagi kita tp intan bg org lain. Layan...
1. Support dan resistant adalah halangan ke bawah dan ke atas yg MAYA atau halimunan. Pd yg belum tahu, pasti tertanya2 kenapa harga stop sini then ditendang ke bawah semula atau kenapa harga rebound balik tak terus jatuh.
2. Boleh guna indikator FIBONACCI RETRACEMENT. Rujuk youtube atau website pasal ni. Nak explain leceh sini. Ni kira homework lah ya.
3. Boleh guna Gann Chart. Boleh rujuk kaedah GANN CHART dlm artikel no. 16 di atas. Explanation in detail on strong weak support, ratcage dll. Search  je.
4. MA atau EMA sebagai support n resistant.  EMA 5 10 20 50 100 200.
 Candle akan mencuba beberapa kali utk melepasi EMA. Jika dapat terlepas seluruh badan candle, EMA tersebut akan jadi support baru dan EMA di atas akan jadi resistant. Jika x dapat pecah resistant atas, candle akan jatuh ke support semula. Kalau nasib tak baik, open price bawah support, alamat esok harga turun lagi.
NOVAMSC: HOMEWORK SEBELUM MASUK KAUNTERWajib  kita kaji dulu kaunter sebelum masuk.
1.	Trend dia: uptrend atau downtrend.  Guna indi RSI250. Lebih 50 ialah uptrend. Juga cek indi DMI, pastikan ADX lebih 20.
2.	Ada jerung tak dlm kaunter tu.  Guna indi MCDX smartmoney dlm TV.
3.	Apa arah kaunter.  Guna BB dan line2 EMA atau SMA atau WMA.
4.	Bila nak entry.  Guna Gann chart, indi stochastic, MACD
Baru kita buat TRADING PLAN
Kaunter:
Ep:
Tp:
Cl:
Then perlu kita sama2 beringat, masa bersaham kawal emosi.... harga dah tinggi jangan kejar.
Masuk ikut kemampuan. Perlu ada target nak untung berapa.  Dengan cara ini kita akan selalu menang waupun dengan profit yang sedikit. Andai sehari rm100 pun ok. Modal rm3000 contoh, beli kaunter 0.25 atau 0.255(ni harga cun2 lepas ratcage ni) jual 0.275 atau 0.28. Minimum profit kat situ dah RM200 tolak brokerage fee dpt net RM170.
Sebulan 20x170 = RM3400.
Sewa rumah teres 2tingkat dgn harga beli rm600k pun baru dpt rm1500 sebulan kena bayar ke bank lebih lagi lak tu.






















