Melihat stok dalam senarai paling rugiPembetulan : ayat "lepas jual terus jatuh"..sepatutnya "lepas jual terus naik"
Bila banyak yang sudah naik, bilakah masanya untuk menuai hasil?
Hasil boleh dituai samada
- ikut pelan asal sebelum membeli
- bila harga menunjukkan tanda-tanda pembalikan
- nak pakai duit
Bila masa sesuai juga boleh di ihat pada carta-carta yang berada dalam kategori "paling rugi" di dalam penyaring tradingview. Dengan melihat bagaimana carta-carta ini mula menurun, kita boleh membuat satu pelan trading yang sesuai mengikut keadaan semasa carta.
Nak tulis panjang-panjang leceh, jadi layan saja video di atas..
Kalau salah, jangan ikut.
Semoga terhibur.
Analisis Trend
Stok Industri Pembinaan dan bentuk carta yang hampir samaHari ini 15 JAN 2019 , stok di dalam kategori industri pembinaan membuat cubaan keluar dari kawasan konsolidasi.
Yang menariknya, hampir kesemuanya membuat bentuk dan pergerakan yang hampir sama.
Yang tak menariknya , bila semua bergerak serentak. Mana satu nak pilih ?
Walaubagaimanapun, ke semuanya masih di bawah garis MA 200. Hanya sesuai untuk dagangan jangka pendek atau asal untung jual !
Perjalanan Datasonic dari sudut pandang teknikal7 Dis 2015
Cubaan melepasi 1.730 dengan kaedah lengkungan tetapi tidak berjaya.
10 Oct 2016
Cubaan kali ke 2 untuk melepasi 1.730 namun tidak berjaya dan meneruskan kejatuhan serta membentuk line downtrend.
11 Sept 2017
Berjaya pecah Downtredline (DTL) dan membuat pergerakan mendatar.
1 jan 2018
Cubaan melepasi 1.375 tidak berjaya dan meneruskan kejatuhan.
15 Jan 2019
Cubaan untuk pecah DTL 2. Adakah berjaya?
Penerangan Script Trendband Naked - Bahagian 1Berbanding dengan Trendband Guide yang garis moving average adalah tetap, dalam skrip terbaru ini, saya beri kemudahan kepada pengguna untuk mengubah semua moving average yang ada mengikut stail berdagang masing2.
Terpaksa pecah video kepada beberapa bahagian.
'
Semoga terhibur.
Penerangan terperinci teknik swing FCPOSmoke Evolution adalah satu indikator dan boleh juga dikatakan sebagai sistem trading yang lengkap. Terdapat beberapa pembahagian indikator di dalam Smoke Evolution.
1. Indikator Smoke
2. Indikator Fast Band
3. Indikator Slow Band
Indikator Smoke
Indikator Smoke merupakan indikator yang dapat menentukan arah pergerakan harga dengan keadaan dan bentuk Indikator Smoke.
Pertama
Untuk bacaan atau keadaan bentuk Indikator Smoke yang pertama ialah ia dapat menentukan keadaan market samaada dalam keadaan tren menaik atau tren menurun. Sekiranya harga berada di atas Indikator Smoke, ia menandakan market dalam keadaan tren menaik. Sekiranya harga berada di bawah Indikator Smoke, ia bermakna market dalam keadaan tren ke bawah.
Kedua
Kelebihan Indikator Smoke juga adalah ia dapat menentukan keadaan market ketika terlebih beli (overbought) atau terlebih jual (oversold) atau ketika market mula untuk membentuk anjakan (retracement). Ketika ini Indikator Smoke akan membentuk dalam keadaan mendatar dan harga mula menjauhi Indikator Smoke.
Ketiga
Indikator Smoke juga boleh mengenalpasti keadaan market yang mendatar. Sekiranya bentuk Indikator Smoke mula mengembang dan membentuk saiz yang besar, kemungkinan akan berlaku keadaan market mendatar dan bergerak pada paras harga yang kecil.
Indikator Band (Fast Band dan Slow Band)
Indikator band sangat sesuai untuk menentukan paras sokongan dan rintangan (support and resistance). Indikator Band mempunyai dua garisan yang membentuk seperti pita (band). Ini bagi memudahkan para trader menentukan paras permulaan tren, paras sokongan dan paras rintangan.
Band yang membentuk mendatar adalah paras yang sesuai untuk menentukan paras sokongan dan rintangan
Kesimpulan
Smoke Evolution adalah satu sistem trading yang mudah digunakan untuk menganalisis market. Dengan adanya fungsi arah market, paras sokongan dan rintangan membolehkan pedagang dapat melihat situasi market secara keseluruhan dengan mudah tanpa bergantung kepada teknik yang rumit dan membuat entry secara selamat. Walaubagaimanapun, Smoke Evolution tidaklah seratus peratus tepat, adakalanya market bergerak luar dari jangkaan disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, Smoke Evolution oleh digunakan juga dengan mana-mana sistem trading dan digandangkan dengan ilmu asas (fundamental). Tekan butang suka sekiranya anda menyukai System Trading Smoke Evolution. Sekian, Selamat bertrading.
P/S: Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila ajukan pada ruang komen yang disediakan. Untuk Penerangan yang lebih terperinci, anda boleh membuat bacaan pada pautan dibawah ;
Mencari peluang di senarai lihatSelepas senarai lihat di buat, apa yang perlu kita tunggu adalah, kemunculan signal-signal yang sesuai dengan strategi jual beli yang kita kuasai.
Sabar menantikan kemunculan signal juga mampu memberikan kita pulangan yang amat baik.
Sesuai bagi pedagang yang hanya ada masa selepas pasaran ditutup.
Ambil sedikit masa pada sebelah malam untuk mencari signal2 di senarai lihat, dan buat perancangan jual beli ke esokan harinya.
Fungsi "Bandingkan" pada menu di tradingviewVideo kali ini , saya cuba menerangkan fungsi "bandingkan" yang ada di menu pilihan.
Kita boleh membuat perbandingan antara 2 atau lebih carta yang berbeza untuk melihat persamaan atau tidak.
Ianya dapat membantu kita dalam membuat pilihan stok yang lebih baik ketika berdagang.
Sangat menarik, teknik swing untuk FCPOSalam dan selamat sejahtera
kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan teknik swing dengan menggunakan indikator smoke evolution. Dengan menggunakan indikator smoke evolution, pencarian paras sokongan dan rintangan menjadi lebih mudah dan arah market dapat dikenalpasti dengan lebih cepat. Merujuk kepada carta di atas, saya telah menerangkan langkah-langkah penggunaan teknik smoke evolution daripada pergerakan harga yang telah lalu.
1. Cari paras sokongan yang paling kuat dengan bantuan indikator band.
2. Buka posisi ke atas dengan bantuan indikator supertrend.
3. Tutup posisi apabila terdapat halangan dengan bantuan indikator band atau indikator supertrend.
4. Apabila harga membuat pusingan untuk ke atas, ini bermakna harga akan mencari paras halangan seterusnya. ketika ini posisi ke atas adalah sesuai untuk di buka. indikator smoke juga membantu dalam menentukan arah market.
5. Tutup posisi apabila terdapat halangan dengan bantuan indikator band. setiap lekukan pada band menandakan paras sokongan dan rintangan yang kuat.
6. Indikator band juga membantu dalam mengawal kerugian. paras kerugian juga boleh dikenalpasti dengan menggunakan indikator band.
Saya dapati keadaan yang sama berulang dengan konsep yang sama. Teknik ini akan di keluarkan kepada umum dengan beberapa pembetulan akhir. Untuk masa ini, smoke evolution masih dalam kajian.
Sekiranya anda berminat sila tekan butang suka dan berikan komen.
Sekian, terima kasih.
Kelebihan doji anak beranakDoji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat.
Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya.
Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin pergi.
Doji yang terbaik adalah berbadan kecil dan berada di kawasan yang penting seperti aras sokongan, aras rintangan, terlebih jualan atau terlebih belian.
Amaran : Elakkan mentafsir doji untuk kaunter bawah 10 sen.
BRAHIM window dressing bagi tahun 2018BRAHIM juga merupakan antara kaunter-kaunter Window Dressing bagi tahun 2018, kebanyakkan kita tak perasan kaunter-kaunter ini disebabkan terlalu fokus pada list-list kaunter Window Dressing pada tahun lepas seperti Mitra, Naim dan lain-lain.
*Window dressing* or *WD* adalah istilah yang menggambarkan tindakan syarikat mencantikkan penyata kewangan.
Kebiasaannya window dressing berlaku pada penghujung tahun bulan december dan harga saham akan tiba-tiba melonjak naik tanpa mengikut petunjuk analisa teknikal.
Trader disarankan berhati-hati bila window dressing berlaku kerana ia bersifat sementara sahaja sebelum tahun baru menjelma.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
Menarik! Rahsia Pivot Fibo dalam FCPORahsia Pivot Fibo dalam FCPO
Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui fungsi pivot fibo dalam FCPO atau dalam tradingview untuk bahasa melayu dipanggil pangsi. Saya menggunakan istilah asal iaitu pivot untuk lebih dekat dengan apa yang saya ingin sampaikan. Untuk perkongsian kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan salah satu penggunaan pivot fibo dalam FCPO. Kepada yang masih tidak mengetahui apa itu pivot anda boleh membuat carian di internet kerana telah banyak keterangan berkenaan dengan cara kira dan fungsi umum pivot.
Kebiasaannya pivot digunakan untuk menentukan paras sokongan dan rintangan tetapi sebenarnya ada lagi fungsi pivot yang agak menarik untuk difahami dan saya biasa menggunakan fungsi ini semasa berdagang pada FCPO dan ia amat berkesan untuk menentukan paras harga pergerakan FCPO pada satu hari atau satu minggu. Dalam pivot fibo kita akan dapati terdapat beberapa paras yang dinamakan sebagai paras pivot, paras rintangan 123 dan paras sokongan 123. Dengan bacaan yang berbeza, saya menambah lagi beberapa paras di antara paras pivot dan paras rintangan/sokongan 1 kemudian di antara paras rintangan/sokongan 2 dan rintangan/sokongan 3. Sila rujuk pada carta di atas. Kawasan di antara paras tadi saya namakan sebagai senggat bagi memudahkan untuk penerangan. Oleh itu setelah semua paras telah dikenalpasti kita akan dapat lihat bahawa jumlah kesemua senggat adalah 10 senggat.
Rahsia yang saya ingin cerita pada kali ini adalah pada kebiasaannya, FCPO akan bergerak pada kadar 4 atau 5 senggat pivot fibo. Sekiranya anda menggunakan indikator pivot fibo yang sedia ada pada tradingview ini anda akan dapat melihat pergerakan pivot fibo ini akan bergerak pada kadar yang sama. Dengan menengetahui kadar pergerakan harga, kita akan lebih mudah untuk menjangkakan tahap keungtungan atau tahap kerugian semasa berdagang. Mungkin anda boleh mencuba untuk menggabungkan kaedah pivot fibo untuk dagangan anda bagi mengoptimumkan lagi keuntungan anda.
Untuk perkongsian akan datang, mungkin saya akan cuba menerangkan fungsi harga tutup yang sangat menarik untuk digabungkan dengan kaedah fibo pivot sekiranya perkongsian ini di lihat oleh lebih dari 200 orang dan butang suka ditekan melebihi 10 kali.
Sekiranya anda mempunyai informasi berkenaan dengan pivot, anda boleh bersama-sama berkongsi ilmu dan pendapat melalui kolum komen yang disediakan. Terima kasih atas bacaan anda.
Sekian.
www.facebook.com