5 perkara perlu diingat tentang Pasaran BulisHai anda semua! π
Pasaran bulis merupakan satu masa penuh optimis dan pertumbuhan, dan ia boleh menjadi satu peluang besar untuk mendapatkan keuntungan yang banyak. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa pasaran bulis tidak akan kekal selamanya, dan adalah penting untuk menghadapi mereka dengan berhati-hati dan pada masa yang sama mengekalkan sasaran jangka panjang anda. π
Ada beberapa perkara yang perlu anda ingati semasa berdagang dan melabur di dalam pasaran bulis:
π¨ Jangan terjebak dalam kegilaan spekulasi
Adalah penting untuk kekal tenang dan mengelakkan daripada melakukan keputusan terburu-buru berdasarkan kepada keuntungan jangka pendek. Ambil masa secukupnya untuk menyelidik apa-apa dagangan yang anda sedang pertimbangkan. Ia merupakan satu perkara yang bagus untuk kekal fokus kepada idea-idea yang mempunyai asas yang kukuh dan juga teknikal.
π Sentiasa perhatikan kepada penilaian
Di dalam satu pasaran bulis, adalah satu kebiasaan untuk harga naik, kadang-kala kepada satu tingkatan yang tidak berdasarkan kepada asas disebalik aset itu. Untuk pelabur, adalah penting untuk memerhatikan kepada penawaran dan permintaan, penilaian dan lain-lain untuk memastikan aset yang anda punyai adalah berharga wajar.
π Jaga-jaga dengan balikan
Seperti semua perkara yang menyeronokkan, pasaran Bulis juga akan sampai ke pengakhirannya. Jadi, adalah penting untuk bersedia dengan penurunan. Perkara yang bagus untuk mengurus pendedahan risiko adalah dengan menggunakan teknik-teknik seperti kepelbagaian, lindung nilai dan lain-lain.
πΈ Jaga risiko anda
Bertahan pada satu posisi yang menguntungkan adalah satu perkara biasa yang dilakukan, akan tetapi adalah penting untuk diingat bahawa pasaran bulis akan akhirnya sampai ke penghujungnya.
Jika anda mendapat keuntungan yang banyak, melakukan hentian jejak (trailing) mungkin merupakan satu pilihan yang bagus untuk mengunci keuntungan jika terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini. Membiarkan aset anda yang paling menguntungkan kekal menaik dengan selalu melakukan hentian jejak kepada posisi anda adalah satu strategi yang bagus untuk menambahbaik nisbah Risiko-Ganjaran untuk satu dagangan.
π Kekalkan satu perspektif jangka panjang
Berdagang ialah satu marathon dan bukannya pecutan. Pasaran bulis boleh menjadi satu peluang yang hebat untuk mendapatkan keuntungan, tetapi adalah penting untuk mengekalkan satu perspektif jangka panjang untuk sasaran anda. Adakah anda terlepas peluang besar? Jangan marah dan lakukan keputusan yang tidak bagus. Akan ada lagi peluang kelak untuk anda menggunakan ilmu yang anda pelajari.
Pasaran bulis boleh memberikan peluang-peluang yang terbaik, akan tetapi, ia perlu dihadapi dengan waspada dan dengan sasaran peribadi teliti. Pertimbangkan risiko dan ganjaran untuk setiap pelaburan, perhatikan penilaian dan sentiasa bersedia untuk penurunan.
Kami harap anda menyukai catatan ini! Sentiasa tulis apa-apa petua tambahan atau nasihat di dalam bahagian komen di bawah.
β Pasukan TradingView β€οΈ
Idea komuniti
Wir stellen vor: Die Gedanken! 5 Dinge, die Sie wissen mΓΌssen.Die sozialen Netzwerke haben sich zu einem wichtigen Tool fΓΌr Trader und Investoren entwickelt. Γber die bekanntesten Marktnarrative auf dem neuesten Stand verbleiben, Top-Ideen teilen und lesen, direkt mit anderen zusammenarbeiten, all dies macht dieses Medium zu einem wesentlichen Bestandteil des Analyseverfahrens. Aus diesem Grund freuen wir uns auch, nun den nΓ€chsten Schritt in dieser Evolution ankΓΌndigen zu kΓΆnnen β Die Gedanken!
In dem heutigen Post werden wir ein paar Weisen hervorheben, wie Sie mit den Gedanken verbessern kΓΆnnen, was Sie teilen, wem Sie folgen, und wie Sie ΓΌber Ihre Lieblingssymbole chatten kΓΆnnen. Letztendlich gilt ja: Wissen ist Macht, insbesondere auf den MΓ€rkten, und dies ist ein weiteres Tool, das Sie in Ihren Arbeitsfluss einbauen kΓΆnnen:
1.) Stellen Sie sich die Gedanken als Feed vor, der von Ihren Kollegen erstellt wird β Er ist vollgepackt mit ihren Meinungen, Notizen und geteilten Newsthemen. Immer relevant zu dem Ticker, den Sie sich gerade ansehen.
2.) Die Gedanken kΓΆnnen verwendet werden, um schnell die allgemeine Marktstimmung zu erfassen , fΓΌr jedes Symbol. Stellen Sie sich selbst die Frage, worΓΌber sprechen die Leute, und sind sie in einer Bullen- oder BΓ€renlaune?
3.) ErhΓ€ltlich auf allen Symbolseiten und in der rechten Leiste (Icon: Gedankenblase), dieses einzigartige Format ermΓΆglicht Ihnen, mit anderen Communitymitgliedern zu chatten, wΓ€hrend Sie sich Ihren Chart ansehen. Behalten Sie die Entwicklungen auf Ihrem Chart und die GesprΓ€che einfach zur selben Zeit im Auge.
4.) MΓΆchten Sie ein Feedback ΓΌber ein bestimmtes Symbol erhalten? Dann besuchen Sie den Gedanken-Feed fΓΌr dieses Symbol und teilen Sie Ihre Fragen und Kommentare . Andere Trader werden dann Ihre Posts in dem Gedanken-Feed sehen. Sie kΓΆnnen dann selbst einen Kommentar hinterlassen, ein Upvote oder Downvote abgeben, um Sie so wissen zu lassen, was ihre erste Reaktion ist. Sie kΓΆnnen dann dieses Feedback nutzen, um Ihr VerstΓ€ndnis fΓΌr das Symbol auszubauen.
5.) Die Gedanken kΓΆnnen verwendet werden, um schnell die neuesten News ΓΌber Ihre Lieblingssymbole zu erfassen. Besuchen Sie ein Gedanken-Feed und schauen Sie sich an, was die Leute zu sagen haben. Gibt es Breaking News? Links? Charts? Etwas anderes? Im Laufe der Zeit werden dann die Gedanken zu einem fΓΌr Sie unentbehrlichen Newsfeed werden.
Die Gedanken befinden sich zurzeit in der Betaversion, senden Sie uns also auch weiter Ihr Feedback ein! Seien Sie versichert, wir sind fortwΓ€hrend bemΓΌht, dieses Feature immer weiter zu verbessern.
Und noch ein kleines Schlusswort: Die Gedanken sind fΓΌr alle unsere Nutzer fΓΌr das Lesen, Folgen und Abstimmen erhΓ€ltlich, aber nur zahlende Mitglieder (Pro, Pro+ und Premium) kΓΆnnen zurzeit in dem Gedanken-Feed posten und Kommentare hinterlassen, nicht unΓ€hnlich zu den anderen Social-Tools auf unserer Webseite.
Lassen Sie uns wissen, wie es Ihnen gefΓ€llt! Schauen Sie es sich einmal genauer an und posten Sie noch heute Ihren ersten Gedanken!
-Team TradingView β€οΈβ€οΈ
Memperkenalkan Minda! 5 perkara anda patut tahu.Media sosial telah berkembang maju menjadi satu alat penting untuk pedagang dan pelabur. Sentiasa kekal termaklum dengan naratif pasaran, berkongsi dan membaca idea-idea terbaik dan berkoloborasi secara terus dengan yang lain dapat menjadikan ia satu media yang penting untuk proses penyelidikan. Disebabkan ini, kami teruja untuk mengumumkan langkah seterusnya dalam evolusi ini - Minda!
Dalam catatan hari ini, kami akan menunjukkan beberapa cara untuk menggunakan Minda untuk menambahbaik cara anda mengikuti, berkongsi dan bersembang tentang simbol-simbol kegemaran anda. Ini kerana dalam pasaran, maklumat adalah segalanya dan ini merupakan salah satu alat untuk membina jalan kerja anda:
1.) Fikirkan Minda sebagai satu suapan yang dicipta oleh rakan sebaya anda β dipenuhi dengan pandangan mereka, nota dan tajuk-tajuk berita yang dikongsi, semuanya relevan kepada apa-apa ticker yang anda sedang lihat sekarang.
2.) Minda boleh digunakan untuk mengukur dengan pantas sentimen keseluruhan untuk apa-apa simbol. Tanya diri anda, apa yang semua orang sedang perkatakan dan adakah ia bulis atau bearis.
3.) Boleh diakses dari mana-mana halaman simbol atau dari bahagian rel kanan (dengan ikon belon fikiran), format unik ini membenarkan anda untuk bersembang dengan peserta-peserta lain dalam komuniti bersama-sama carta anda. Perhatikan carta dan perbualan sosial pada masa yang sama.
4.) Mahukan maklum balas tentang satu simbol khusus? Pergi ke suapan Minda untuk simbol itu dan kongsi soalan atau komen anda . Pedagang lain akan nampak catatan anda di dalam suapan Minda. Mereka boleh memberikan komen, undian sokong atau tidak sokong untuk memberitahu anda apakah reaksi awal mereka. Maklum balas ini boleh digunakan untuk menambahbaik pemahaman anda tentang sesuatu simbol.
5.) Minda boleh digunakan untuk mengetahui dengan cepat semua berita mengenai simbol kegemaran anda. Pergi ke suapan Minda dan periksa apa yang mereka sedang perkatakan. Ada berita terkini? Pautan? Carta? Sesuatu yang lain? Lama kelamaan suapan-suapan ini akan menjadi suapan berita penting untuk anda.
Minda sekarang berada dalam fasa beta, jadi sila hantarkan kepada kami maklum balas anda yang ada! Ketahuilah bahawa kami sedang bekerja keras untuk memperbaikinya.
Akhir kata - pada masa ini Minda adalah terbuka untuk semua pengguna untuk membaca, mengikuti dan mengundi, akan tetapi hanya pelanggan berbayar (Pro, Pro+ dan Premium) yang boleh membuat catatan di dalam suapan Minda dan meninggalkan komen, sama seperti alat sosial lain dalam laman kami.
Beritahu kami adakah anda menyukainya dan pergi tinggalkan catatan pertama Minda anda hari ini!
-Pasukan TradingView β€οΈβ€οΈ
Pendapat kami mengenai Skrip Pineβ’ janaan kecerdasan buatanPernyataan bahawa GPT boleh menjana kod Skrip Pineβ’ telah mendapat perhatian baru-baru ini. Dari segi perspektif, memberikan permintaan melalui bahasa lazim kepada satu kecerdasan buatan untuk menjana kod adalah menarik, malangnya ia bukan sesuatu yang pedagang-pedagang patut gunakan sebagai gantian kepada mempelajari bahasa atau menjadi pekerja upahan yang akan melakukan pengaturcaraan untuk mereka jika mereka tidak berminat untuk mempelajari kod.
Secara mudah, asas kepada masalah ini adalah kod yang dijana oleh perisian seperti GPT adalah tidak boleh dipercayai dan hanya seseorang yang memahami Pine boleh menganalisanya dan melakukan perubahan yang diperlukan untuk kod itu berfungsi seperti yang diingini.
Adakah anda mahu bergantung kepada kod yang anda tidak boleh percayai untuk mendagangkan wang anda? Untuk yang menjawab "ya" kepada soalan ini, anda adalah penjudi β bukannya pedagang β dan mereka mungkin tidak akan membaca nota ini pun. Disebabkan anda membaca nota ini, kami mengandaikan anda adalah atau berharap untuk menjadi seorang pedagang, di mana kes pengurusan paling asas akan menentukan bahawa anda memikirkan bahawa kod Pine berasaskan GPT adalah mencurigakan dan tidak akan menggunakannya sebagai kaedah dagangan anda.
Beberapa masalah biasa yang anda boleh jangkakan dari kod Skrip Pineβ’ berasaskan GPT adalah logiknya tidak akan melakukan apa yang anda pinta untuk lakukan, dan ia akan sentiasa gagal untuk melakukan kompilasi disebabkan sintaks yang dijana adalah tidak sempurna, kerana ia menggabungkan beberapa versi Pine.
Disebabkan itu, kami memutuskan untuk tidak membenarkan permintaan untuk membetulkan kod berkaitan GPT di dalam forum Soal Jawab di mana PineCoders menjawab soalan-soalan pengaturcaraan. Kami percaya ini adalah cara terbaik untuk menyokong sukarelawan penting dalam komuniti kami yang menyumbang masa dan ilmu mereka untuk membantu pengaturcara-pengaturcara Pine menghadapi cabaran pengaturcaraan. Forum Soal Jawab kami bukanlah perkhidmatan untuk menulis penunjuk untuk pedagang-pedagang yang tidak mahu melakukan pengekodan dalam Pine. Untuk hal ini, pedagang boleh menggunakan senarai kami Pengaturcara Skrip Pineβ’ Dipercayai untuk Diupah untuk mencari seorang pekerja bebas yang boleh dipercayai yang boleh melakukan kerja untuk mereka.
Forum Soal Jawab kami untuk pengaturcara Skrip Pineβ’ ialah:
β’ Stack Overflow
β’ Ruang "Soal Jawab Skrip Pineβ’" di Telegram
β’ Laman sembang "Soal Jawab Skrip Pineβ’" di TradingView
Jika anda berminat untuk mempelajari Skrip Pineβ’, mula di sini .
Tidak mengira anda boleh melakukan pengaturcaraan ataupun tidak, jangan terlepas peluang untuk mengenali 100,000 Skrip Komuniti kami yang telah diterbitkan oleh TradingViewers yang ikhlas berkongsi kerja mereka dengan komuniti kami.
Penafian
Penerbitan ini tidak bermaksud ia adalah satu pembuangan penggunaan untuk GPT-3. Secara asalnya, ia direka bentuk untuk memproses permohonan untuk menjana teks, versi-versi seterusnya βGPT telah bertukar menjadi semakin beradaptasi pada situasi mengeluarkan teks berkualiti yang sangat bagus, terlalu bagus sehinggalah sukar untuk manusia mengesan teks itu ditulis oleh satu program. Lihat pada carta di atas, sebagai contoh, teksnya sendiri pada subjek yang kami terokai dalam penerbitan ini, atau pada kertas ini yang ia telah tulis mengenai dirinya sendiri . Kami meramalkan akan ada banyak kegunaan untuk teks yang dijana oleh GPT, walaupun ia akan memberikan satu keadaan sukar dalam persoalan mengenai etika.
Lihat dahulu. Kemudian terjun.
10 sebab kebanyakan pedagang kerugianHai semua!
Berdagang & melabur bukannya mudah. Jika ia mudah, semua orang sudah menjadi kaya.
Di sini ada beberapa sebab kenapa pedagang alami kerugian dan beberapa petua untuk membantu anda kembali kepada perkara asas.
Kurang pengetahuan π
Kebanyakan pedagang melompat masuk ke dalam pasaran tanpa memahami dengan mendalam bagaimana ia berfungsi dan apa yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Disebabkan ini, mereka melakukan kesilapan yang mahal dan hilang wang dengan cepat.
Pengurusan risiko yang lemah π¨
Risiko ialah sebahagian daripada dagangan dan penting menguruskannya dengan efektif untuk melindungi modal dan memaksimumkan peluang kejayaan anda. Akan tetapi, banyak pedagang tidak mempunyai satu strategi pengurusan risiko yang jelas dan ini mengakibatkan mereka lebih terdedah kepada kerugian yang besar.
Pembuatan keputusan beremosi π
Adalah mudah untuk mengalami emosi yang kuat semasa berdagang. Akan tetapi, melakukan keputusan berdasarkan emosi dan bukannya analisa rasional boleh membawa anda kepada jalan kemusnahan. Banyak pedagang melakukan keputusan yang tidak bagus apabila mereka merasa terbeban, tamak atau takut dan ini boleh mengakibatkan kerugian besar.
Kekurangan disiplin π§ββοΈ
Dagangan yang berjaya memerlukan disiplin tetapi banyak pedagang mengalami masalah untuk kekal dengan pelan mereka. Ini sangat berat apabila pasaran tidak stabil atau apabila pedagang itu melalui detik-detik kerugian. Cipta satu sistem untuk diri anda yang memudahkan anda untuk setia kepadanya!
Terlebih berdagang π
Ramai pedagang melakukan kesalahan terlebih berdagang yang bermaksud mereka melakukan terlalu banyak dagangan dan tidak membiarkan dagangan mereka berjalan dengan sepatutnya. Ini membawa kepada lebihan risiko, kos brokeraj lebih tinggi dan kemungkinan lebih besar untuk mengalami kerugian. Perancangan yang jelas yang anda sukai dapat membantu anda mengasingkan peluang-peluang yang bagus daripada yang biasa.
Tiada pelan dagangan π
Satu pelan dagangan memberikan peraturan dan garis panduan yang jelas untuk diikuti apabila melakukan dagangan. Tanpa satu pelan, pedagang mungkin akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjadi berbahaya dan selalunya mengakibatkan kerugian.
Tidak maklum mengenai data dan maklumat penting β°
Pasaran dan naratif biasa akan sentiasa berevolusi dan penting untuk pedagang sentiasa berada di hadapan dengan keadaan terkini untuk memastikan anda dapat membuat keputusan termaklum.
Tidak keluar secepat mungkin semasa mengalami kerugian βοΈ
Tiada pedagang mampu mengelakkan daripada kerugian tetapi kuncinya ialah meminimumkan impak kerugian itu kepada akaun anda. Satu cara yang bagus untuk melakukan ini ialah memotong kerugian anda dengan pantas apabila satu dagangan tidak bergerak ke arah yang anda mahukan. Akan tetapi, ramai pedagang bertahan dalam dagangan yang rugi dalam jangka masa yang lama, dengan berharap kerugian itu akan dapat dipulihkan dan ini boleh membawa kepada kerugian yang lebih besar daripada yang dijangkakan.
Tidak memaksimumkan dagangan yang untung πΈ
Sebagaimana pentingnya keluar dengan cepat dari dagangan yang rugi, adalah penting juga untuk memaksimumkan keuntungan pada dagangan yang untung. Ramai pedagang gagal melakukan perkara ini, berkemungkinan mereka tiada pelan langsung yang memberitahu mereka bila dan bagaimana untuk keluar dari satu dagangan. Disebabkan itu, mereka terlepas keuntungan lebihan.
Tidak beradaptasi π
Menyesuaikan diri kepada keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah adalah penting kepada kejayaan di dalam pasaran kewangan. Rejim bertukar, kelebihan dagangan hilang dan muncul, dan sistem yang menyokong segala-galanya sentiasa berbolak-balik. Hari ini strategi dagangan menjadi, di lain hari tidak. Pedagang perlu sentiasa mengadaptasi untuk menjana wang pada jangka masa panjang atau mengalami risiko kegagalan dalam pasaran.
Secara keseluruhan, majoriti pedagang akan mengalami kerugian kerana mereka gagal untuk bersedia menghadapi halangan-halangan di dalam pasaran. Dengan belajar secara kendiri, membangunkan satu pelan dagangan yang ampuh dan melakukan perancangan sebelum mengambil apa-apa tindakan, pedagang boleh memperbaiki peluang mereka untuk berjaya dan menghindari kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan.
Kami harap anda menyukai nota ini! Jangan malu-malu untuk memberikan apa-apa petua atau nasihat di dalam seksyen komen di bawah!
Jumpa lagi minggu hadapan. π
β Pasukan TradingView
10 perkara tentang pasaran bearis, ketidakstabilan dan panikDagangan & pelaburan bukannya mudah. Jika mudah, semua orang sudah jadi kaya.
Satu perkara yang paling sukar untuk semua pedagang dan terutamanya pelabur, adalah apabila pasaran menjadi bearis secara tidak normal, arah aliran menurun ke bawah atau ke satu arah yang bertentangan dengan arah posisi mereka. Menambahkan lagi kepada kesusahan itu adalah apabila ketidakstabilan semakin menaik dan ketidaktentuan pula meninggi. Perkara-perkara sebegini telah terjadi sepanjang sejarah pasaran dan sepatutnya telah diambil kira dalam dagangan. Setiap pedagang atau pelabur sepatutnya ingat satu kenyataan yang mudah: pasaran akan berlawanan dengan anda pada satu-satu masa tertentu. Jadi bersiap sedia.
Belajar untuk berdagang atau melabur di dalam pasaran bearis dan tidak stabil memerlukan kemahiran yang hebat, pengalaman dan kekuatan minda. 12 bulan lepas telah menunjukkan perkara ini. Saham, bon, forex, kripto dan hadapan telah dilihat mengalami ketidakstabilan yang menaik dalam masa 12 bulan lepas. Jadi, apakah yang kita patut lakukan? Sekarang bagaimana?
Mari kita kembali kepada perkara asas - kemahiran, sifat dan pola fikiran yang diperlukan untk melalui detik-detik ini.
1. Rancang kehadapan πΊ
Rancang dagangan anda, dagang rancangan anda. Setiap dagangan, setiap pelaburan, sepatutnya mempunyai satu pelan disebaliknya. Tulis soalan-soalan asas sebelum anda membeli atau menjual. Contohnya, apakah harga masuk yang anda mahukan? Apakah harga keluar yang anda mahukan? Apakah henti rugi anda? Sebanyak mana wang yang anda akan risikokan? Kenapa anda lakukan dagangan atau pelaburan ini? Di dalam masa ketidakstabilan, soalan-soalan ini adalah lebih penting dari keadaan biasa. Kembali kepada perkara asas.
2. Jangan terburu-buru π§ββοΈ
Ketidakstabilan dan terutama sekali pasaran yang panik, akan menyebabkan orang melakukan tindakan yang gopoh. Tekanan, aksi harga pantas, selalunya memaksa seseorang untuk bertindak tanpa sempat memikirkan kembali rancangan asal mereka. Jangan lakukan ini! Ambil masa anda. Kekal tenang dan lakukan apa yang anda telah rancangkan.
3. Bersabar dengan titik masukan π―
Ramai pedagang & pelabur bercakap tentang membeli junaman, tetapi perkataan ini menjelaskan tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan. Jangan beli junaman tanpa satu rancangan. Anda rancang dahulu strategi anda, kemudian tunggu masa titik masukan yang tepat, dan biar pasaran yang datang kepada anda. Apabila pasaran berada dalam arah aliran menurun dan ketidakstabilan adalah tinggi, adalah sangat penting anda kekal tenang semasa menunggu masa masukan yang tepat. Gunakan pesanan had dengan bijak.
4. Tahu rangka masa anda β°
Adakah anda berdagang untuk satu hari? Satu bulan? Atau 5 tahun? Soalan-soalan asas ini akan mengingatkan anda tentang apa yang anda cuba lakukan dan bagaimana keadaan mental anda yang sepatutnya. Mereka juga akan mengingatkan anda tentang carta yang anda patut lihat, sama ada anda patut zum ke dalam carta 30 minit atau zum keluar ke carta mingguan untuk melihat sejarah tahunan harga.
5. Ada strategi untuk keluar π¨
Satu strategi untuk keluar bermaksud walau apapun yang terjadi, anda tahu di mana henti rugi anda dan anda tahu di mana sasaran keuntungan anda. Tidak kira apa terjadi, pasaran naik atau turun atau ke sisi, anda ada rancangan keluar. Jangan hanya bergantung kepada nasib. Cipta satu strategi keluar anda sebelum anda lakukan dagangan dan kekal mengikutinya.
6. Ketatkan saiz posisi πͺ
Tambahan ketidakstabilan dan ketidakketentuan hendaklah difaktorkan kepada pelan dagangan anda sebelum ia bermula. Akan tetapi, ramai pelabur dan pedagang baru terlupa untuk melakukan ini. Jika itu ialah anda, sekarang adalah masanya untuk anda mengubahsuai strategi dan rancangan anda, untuk julat dagangan dan ketidakstabilan yang lebih besar. Arah aliran tahunan yang membentuk satu pasaran sebelum ini sudah kurang tepat.
7. Zum keluar untuk konteks sejarah π
Zum keluar carta anda, Kemudian zum keluar lagi. Sekarang zum keluar lagi dan lagi. Bulatkan lilin, garisan atau pergerakan harga terkini dan jadikan ia sebagai satu peringatan tentang di mana harga berada sekarang berbanding dari mana ia datang sebelum ini. Ada yang mengatakan, sekiranya ragu-ragu, zum keluar. Jangan sesat di dalam masa sekarang dengan hanya melihat kepada harian atau mingguan, tetapi lakukan penyelidikan untuk keseluruhan sejarah harga. Pelajari apa yang telah terjadi di masa lalu.
8. Tunai ialah satu posisi πΈ
Mahu lakukan purata kos wang kepada satu dagangan? Mahu beli lebih banyak? Mahu berdagang lebih banyak? Anda memerlukan tunai untuk melakukannya. Adalah satu kelegaan untuk mampu menyertai ketidakstabilan pada bila-bila masa anda mahukan. Tunai ialah satu posisi dan dapat menjamin keadaan ini.
9. Elakkan panik, FUD, dan FOMO π³
Apabila emosi menjadi tidak terkawal, ada beberapa kesilapan psikologi akan terjadi. FUD bermaksud ketakutan, ketidaktentuan, dan kemusnahan. FOMO pula bermaksud ketakutan akan ketinggalan. Ini adalah dua emosi biasa yang terjadi semasa di dalam pasaran yang menjunam. Separuh orang merasakan pengakhiran sudah hampir dan separuh lagi merasakan setiap pergerakan kecil adalah larian bulis yang baru. Jangan biarkan emosi-emosi ini menguasai anda.
10. Berehat sebentar π
Kadang-kadang adalah lebih baik untuk tidak memasuki pasaran. Log keluar, tutup aplikasi anda, keluar berjalan-jalan dan bersenam. Kembali ke pasaran apabila anda sudah bersedia semula. Minda anda juga pada masa ini sudah mendapat rehat yang mencukupi.
Kami harap anda menyukai catatan ini dan semoga ia dapat membantu anda untuk menelusuri pasaran.
Anda dialu-alukan untuk menulis tip tambahan atau nasihat di dalam seksyen komen di bawah!
Bagaimana membina pelan dagangan yang mantapHai semua! π
Pada hari ini, kita akan melihat kepada bagaimana untuk membina satu pelan dagangan yang mantap di dalam beberapa langkah mudah.
Pada masa ramai pedagang yang berjaya selalunya menggunakan pelbagai 'pembolehubah' yang berbeza apabila mengenalpasti dagangan, keputusan utama dalam melakukan proses pemilihan untuk semua pelan dagangan yang bagus akan selalunya kekal sama. Jadi, kami akan melihat kepada beberapa perkara utama yang anda sepatutnya pertimbangkan untuk pelan dagangan anda sendiri. Jom kita bermula π
Pemilihan Aset π¦π¦
Semua pelan dagangan yang bagus perlu mendefinasikan bagaimana mereka akan memilih jenis aset untuk di dagangkan. Untuk pedagang Pasaran Hadapan dan FX, ini ialah satu proses yang mudah kerana kepelbagaian simbol yang boleh didagangkan adalah kecil. Akan tetapi, untuk pedagang Ekuiti dan Kripto, kepelbagaian simbol adalah sangat besar. Bagaimanakah anda mengetahui simbol yang mana mewakili peluang yang paling besar dan risiko/ganjaran terbaik? Mempunyai satu set kriteria untuk mencari peluang yang anda mahu dagangkan adalah sangat penting untuk memaksimumkan nilai jangkaan strategi anda.
Sebagai contoh, seorang pedagang harian saham mungkin mencari saham-saham yang membuat lonjakan jurang semalaman yang lebih dari 4%, pada X jumlah volum/saham didagangkan. Atau, seorang pedagang ayunan kripto mungkin mencari matawang kripto yang cair dengan keadaan terlebih jual atau terlebih beli yang boleh memberikan satu peluang balikan yang bagus.
Tidak kira apapun aset, untuk pedagang selalunya ada dua perkara utama yang perlu anda perhatikan:
Ketidakstabilan β
Kecairan β
Jika satu aset tidak mempunyai kecairan yang cukup, ia akan menyukarkan anda untuk masuk dan keluar dari posisi dagangan yang besar dari masa ke semasa.
Jika satu aset tidak mempunyai ketidakstabilan yang cukup, ia akan menjadi sukar untuk menjana keuntungan mutlak dari julat dagangan yang kecil. Namun ini bukanlah selalunya terjadi, kerana ada beberapa pilihan strategi untuk mendapat keuntungan daripada ketidakstabilan yang kecil, tetapi untuk pedagang semerta, perkara ini sangat penting.
Logik Pelaksanaan π§ π§
Sebaik sahaja anda mengetahui apakah aset yang anda mahu dagangkan, langkah seterusnya adalah untuk menentukan apakah yang dianggap sebagai peluang dagangan. Hampir semua aset bergerak setiap hari - apakah "persediaan" yang anda boleh definasikan untuk diri anda yang dapat menawarkan risiko/ganjaran terbaik?
Pelan dagangan terbaik mempunyai logik yang kelihatan seperti satu salasilah keputusan, supaya pedagang tidak perlu memikirkan terlalu banyak mengenai proses - kesemua keputusan sukar telah dilakukan sebelum situasi semasa berlaku.
Salasilah keputusan ini boleh menjadi sangat kompleks, tetapi selagi mana anda mencipta dan selesa dengan logik pelaksaan anda sendiri, anda akan boleh mengikutinya dan menambahbaik dari masa ke semasa.
Ada dua elemen penting untuk diambilkira apabila mencipta logik keputusan:
Arah β
Pelaksanaan β
Ada beberapa pedagang selesa melakukan dagangan di mana-mana arah, akan tetapi ramai pedagang yang hanya selesa melakukan satu arah dagangan sahaja, kerana ia adalah lebih mudah untuk meringkaskan apa yang anda cari dalam satu dagangan. Disebabkan ini, kebanyakan dana dan pedagang akan mendapatkan satu "pandangan" dahulu.
Sebagai contoh: "Saya hanya akan mencari dagangan panjang apabila aset lebih tinggi daripada moving average 20 hari nya."
ATAU
"Jika ISM PMI ialah lebih besar daripada 50, ketika itu baru saya akan mula memikirkan untuk membeli saham."
Kemudian, sebaik sahaja anda tahu arah mana yang anda mahu dagangkan (boleh jadi kedua-dua arah!), memikirkan secara TEPAT apa yang menyebabkan anda masuk dan keluar satu dagangan menjadi kepentingan untuk anda.
Sebagai contoh: "Jika saya mencari satu masukan panjang di dalam satu aset menaik, saya hanya akan membeli pada 30 hari tertinggi dan menetapkan henti saya pada 30 hari terendah."
Mempunyai kedua-dua arah dan pelaksanaan membantu menjelaskan dengan lebih tepat apakah yang dimaksudkan dengan satu peluang dagangan, dan apakah ia hanya satu corak yang wujud di dalam fikiran anda sahaja. Ia juga penting untuk mengawal risiko anda dan mengeluarkan anda dari keadaan yang buruk sekiranya ia terjadi.
Pengurusan Tunai π΅π΅
Mencari aset untuk didagangkan dan mendagangkan mereka mengikut pelan berkualiti tinggi tidak memberikan makna sekiranya anda kehilangan semuanya di dalam satu dagangan yang anda letakkan posisi saiz terlalu besar. Disebabkan ini, pelan dagangan terbaik akan memasukkan elemen risiko dan penurunan dengan merancang untuk senario terburuk.
Strategi biasa yang digunakan untuk mengawal risiko berkisar dalam membina saiz posisi (sebagai contoh, merisikokan tidak lebih daripada 1-5% modal anda pada satu-satu masa) menggunakan had tema, had sektor dan lain-lain. Risiko ialah satu keputusan yang anda lakukan semasa perjalanan masuk, bukannya pada perjalanan keluar.
Apabila meletakkan satu dagangan, mengetahui ~ dengan tepat apa yang anda risikokan, dan bagaimana ini memenuhi strategi pengurusan posisi menyeluruh anda. Lihat artikel ini untuk maklumat lebih lanjut.
Itu dia! Tiga langkah pantas untuk membina satu pelan dagangan gagah yang sedia untuk menerima tumbuk terajang pasaran.
Jadi, apa lagi anda tunggu? Pergi bekerja π
-Pasukan TradingView β€οΈ
Profil Volum: Semua Yang Anda Perlu TahuHai Semua! π
Jika anda telah berada di dalam pasaran agak lama, anda mungkin pernah mendengar satu alat dipanggil "Profil Volum". Hari ini, kami akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenainya, menerangkan bagaimana ia berfungsi dan memberikan anda beberapa cadangan yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan keupayaan analisa anda.
Apakah Profil Volum? π€
Profil Volum ialah satu alat pencartaan termaju yang memaparkan aktiviti dagangan pada kedudukan harga tertentu sepanjang satu jangka masa yang ditetapkan. Pada carta, ia akan memplotkan satu histogram mendatar yang menunjukkan kawasan dimana volum dagangan yang penting terbentuk.
Perbezaan dengan Volum Tradisi π
Perbezaan utama di antara Volum Tradisi dan Profil Volum ialah bagaimana mereka menggunakan volum kepada masa dan harga.
Dalam maksud lain, Volum Tradisi memberitahu anda bila volum terjadi dan Profil Volum memberitahu anda dimana ia terjadi.
Peristilahan Profil Volum π€
Alat Profil Volum mempunyai beberapa komponen unik & peristilahan yang anda patut ketahui:
Point of Control (POC) β Kedudukan harga tunggal dalam satu jangka masa diberikan dimana volum terbanyak didagangkan.
Profile High β Kedudukan harga tertinggi yang dicapai dalam jangka masa ditentukan.
Profile Low β Kedudukan harga terendah yang dicapai dalam jangka masa ditentukan.
Value Area (VA) β Julat dimana satu peratusan ditentukan untuk semua volum didagangkan dalam suatu jangka masa. Selalunya peratusan ini ditetapkan pada 70%.
Value Area High (VAH) β Kedudukan harga tertinggi dalam kawasan nilai.
Value Area Low (VAL) β Kedudukan harga terendah dalam kawasan nilai.
Petua & Tipu Helah π
Seperti juga alatan dan pembelajaran lain, Profil Volum mempunyai beberapa penggunaan.
Satu strategi biasa ialah menganalisa dimana kawasan nilai jangka masa sebelumnya berada lawan harga semasa. Jika harga semasa berada di luar satu kawasan nilai untuk jangka masa sebelumnya, boleh dijangkakan bahawa aset itu sedang menaik. Jika harga masih berada di dalam kawasan nilai untuk jangka masa sebelumnya, ia mungkin boleh dilabelkan bahawa aset itu berada dalam keadaan penyatuan. Menentukan arah aliran dan penyatuan selalunya digunakan bersama-sama dengan ikutan arah aliran dan pelaksanaan strategi balikan purata.
Satu lagi strategi biasa yang digunakan ialah menggunakan "Virgin" Point of Control (VPOC's) sebagai kedudukan utama dalam satu aset. VPOC ialah kedudukan yang masih belum diuji dan kekal tidak pernah disentuh oleh pergerakan harga semasa dari semenjak mereka dibentuk. Ideanya ialah jika ada banyak pergerakan pada satu harga tertentu, berkemungkinan besar pemain-pemain pasaran yang terbesar mempunyai posisi dari kedudukan itu. Ini boleh menjadikan kelakuan boleh diramalkan yang boleh digunakan sebagai peluang kepada pedagang-pedagang yang bermata tajam.
Terima kasih kerana membaca!
Salam mesra!
- Pasukan TradingView β€οΈ
HEXIND: MERANCANG DAGANGAN & POTENSI BERPANDUKAN PATTERN & TRENDSila rujuk analisis di carta bagaimana merancang dagangan apabila sesuatu saham atau pasaran membuat corak dan trend seperti di atas.
Strategi ini juga boleh di aplikasikan dalam pasaran lain selain pasaran saham.
NOTA : analisis di atas hanya menunjukkan potensi dan peluang sahaja dimana tidak menunjukkan perincian dari segi harga entry/exit/TP/SL.
PENAFIAN :
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
Pemberitahuan: 3 sebab mereka jadikan anda pedagang lebih baikHai Semua! π
Walaupun pemberitahuan mempunyai begitu banyak kegunaan di dalam dagangan, mereka selalunya kurang digunakan kerana ia mengambil masa dan kepintaran untuk membina satu sistem yang boleh menggunakan mereka dengan baik. Jom kita lihat beberapa sebab penggunaannya adalah berbaloi .
1. Mereka boleh membantu dalam pembinaan tabiat yang baik πͺ
Berhenti sebentar jika ini biasa anda dengari: anda dengar satu cerita pelaburan yang hebat dan terus pergi ke pasaran dan membeli aset itu tanpa membuat apa-apa rancangan.
Walaupun kaedah ini masih boleh berjalan lancar, ia bukannya satu strategi yang bagus untuk kejayaan jangka masa panjang kerana dalam keadaan sebenar, adalah sangat sukar untuk kekal dalam kedudukan itu tanpa satu rancangan dan mendagangkannya dengan efektif. Anda mungkin memilih untuk keluar dari posisi berdasarkan hanya kepada ketamakan dan ketakutan sementara, dan kelakuan seperti ini boleh menghalang ketekalan dan keuntungan jangka panjang.
Pemberitahuan adalah sangat bagus kerana mereka dapat mengeluarkan sifat meneka semasa masuk atau keluar satu posisi. Hanya cipta satu pemberitahuan untuk harga yang anda mahukan, kemudian masuk posisi hanya jika keadaan ini dicapai. Kemudian, biarkan pasaran melakukan kerja mereka dan kebarangkalian bekerja untuk anda.
Pemberitahuan dapat menukarkan pengalaman berdagang dari satu kaedah yang sentiasa mencari satu idea - dan sentiasa rasa ketinggalan - kepada satu situasi rehat sambil menunggu keadaan yang anda telah tetapkan untuk tercetus sebelum melakukan apa-apa. Secara ringkas, pemberitahuan boleh menjadikan anda lebih bersedia untuk pergerakan naik turun pasaran.
2. Mereka memberikan lebih kebebasan dan mengurangkan tekanan π§
Ada satu pepatah yang sangat popular di dalam dagangan dan kehidupan iaitu emosi negatif akan dirasakan dua kali ganda lebih kuat daripada emosi positif. Pepatah ini mempunyai banyak kegunaan lain, tetapi ia berguna untuk memahami kehidupan sebagai seorang pedagang.
Perhatikan pelabur-pelabur berikut:
Seorang doktor gigi yang memeriksa laporan kewangan suku tahunan daripada brokerajnya
Satu pedagang posisi yang memeriksa posisinya sekali sebulan
Seorang pedagang ayunan yang memeriksa posisinya sekali seminggu
Seorang pedagang Harian yang memeriksa posisinya sehari sekali, atau mungkin lebih
Dengan keadaan biasa ketidaktentuan yang dihadapi oleh pasaran, peserta pasaran manakah yang paling kurang berpotensi akan menjadi marah dan kecewa? Doktor gigi. Kenapa? Kerana dia mendapat maklumat data yang paling sedikit dari pasaran. Pedagang terbaik dunia sebenarnya terdedah kepada situasi negatif beratus-ratus kali sehari untuk posisi mereka pada keadaan harian disebabkan oleh ketidaktentuan yang diluar kawalan mereka. Tingkatan simulasi negatif ini boleh menganggu kesihatan mental dan keberkesanan dagangan.
Pemberitahuan membenarkan pedagang yang bersedia dengan kebolehan untuk melangkah kebelakang dari pasaran dan membenarkan dagangan datang kepada mereka.
3. Pemberitahuan kami tidak membenarkan apa-apa terlepas β
Dua sebab sebelum ini adalah kebaikan dari penggunaan pemberitahuan harga, pemberitahuan kami turut menjadi lebih baik dari segi utiliti pengguna. Sebaik sahaja anda ada persediaan yang anda mahu dagangkan, anda boleh menetapkan pemberitahuan pada garisan arah aliran, penunjuk teknikal, skrip tersuai dan banyak lagi, membenarkan anda memastikan persediaan kesukaan anda tidak terlepas.
Ia boleh jadi semudah seorang pelabur jangka panjang menetapkan pemberitahuan RSI pada saham Dow 30 untuk membeli penurunan untuk saham-saham yang kuat, kepada aktiviti lebih kompleks seperti tetapan pemberitahuan untuk pedagang saham singkat spread hadapan harian untuk menentukan ketakcekapan harga dalam lingkungan 40 kontrak teratasnya.
Pemberitahuan tersuai kami boleh membenarkan pedagang yang tersusun untuk menangkap semua peluang yang mereka mahukan.
Dan itu dia! 3 sebab untuk anda menggunakan pemberitahuan dan semua kebaikan yang ia berikan.
Terima kasih kerana membaca dan jaga diri!
Dengan penuh kasih sayang,
Pasukan TradingView β€οΈβ€οΈ
Holy Grail Pelabur - Kitaran Perniagaan/EkonomiKitaran perniagaan menerangkan bagaimana ekonomi berkembang dan menguncup dari semasa ke semasa. Ia adalah pergerakan menaik dan menurun keluaran dalam negara kasar bersama-sama dengan kadar pertumbuhan jangka panjangnya.
Kitaran perniagaan terdiri daripada 6 fasa/peringkat:
1. Pengembangan
2. Puncak
3. Kemelesetan
4. Kemurungan
5. BAWAH
6. Pemulihan
1) Pengembangan
Sektor Terjejas : Teknologi, budi bicara Pengguna
Pengembangan adalah peringkat pertama kitaran perniagaan. Ekonomi bergerak perlahan ke atas, dan kitaran bermula.
Kerajaan mengukuhkan ekonomi:
* Menurunkan cukai
* Tingkatkan perbelanjaan.
- Apabila pertumbuhan perlahan, bank pusat mengurangkan kadar untuk menggalakkan perniagaan meminjam.
- Apabila ekonomi berkembang, penunjuk ekonomi berkemungkinan menunjukkan isyarat positif, seperti pekerjaan, pendapatan, upah, keuntungan, permintaan dan penawaran.
- Peningkatan dalam pekerjaan meningkatkan keyakinan pengguna meningkatkan aktiviti dalam pasaran perumahan, dan pertumbuhan menjadi positif. Tahap permintaan yang tinggi dan bekalan yang tidak mencukupi menyebabkan kenaikan harga pengeluaran. Pelabur mengambil pinjaman dengan kadar yang tinggi untuk mengisi tekanan permintaan. Proses ini berterusan sehingga ekonomi menjadi baik untuk pengembangan.
2) Puncak:
Sektor Terjejas : Kewangan, tenaga, bahan
- Peringkat kedua kitaran perniagaan ialah puncak yang menunjukkan pertumbuhan maksimum ekonomi. Mengenal pasti titik akhir pengembangan adalah tugas yang paling kompleks kerana ia boleh bertahan selama bertahun-tahun.
- Fasa ini menunjukkan pengurangan dalam kadar pengangguran. Pasaran meneruskan tinjauan positifnya. Semasa pengembangan, bank pusat mencari tanda-tanda tekanan harga bangunan, dan peningkatan kadar boleh menyumbang kepada kemuncak ini. Bank pusat juga cuba melindungi ekonomi daripada inflasi pada peringkat ini.
- Memandangkan kadar pekerjaan, pendapatan, gaji, keuntungan, permintaan & penawaran sudah tinggi, tiada kenaikan lagi.
- Pelabur akan menghasilkan lebih banyak lagi untuk mengisi tekanan permintaan. Oleh itu, pelaburan dan produk akan menjadi mahal. Pada ketika ini, pelabur tidak akan mendapat pulangan disebabkan oleh inflasi. Harga jauh lebih tinggi untuk pembeli membeli. Daripada situasi ini, kemelesetan berlaku. Ekonomi berbalik dari peringkat ini.
3) Kemelesetan:
Sektor Terjejas : Utiliti, penjagaan kesihatan, keperluan pengguna
- Dua suku berturut-turut penurunan berturut-turut dalam keluaran dalam negara kasar membentuk kemelesetan.
- Kemelesetan diikuti oleh fasa puncak. Dalam fasa ini penunjuk ekonomi mula lebur. Permintaan terhadap barangan tersebut menurun kerana harga yang mahal. Bekalan akan terus meningkat, dan sebaliknya, permintaan akan mula merosot. Itu menyebabkan "lebihan bekalan" dan akan menyebabkan kejatuhan harga.
4) Kemurungan:
- Dalam kemelesetan yang lebih berpanjangan, ekonomi memasuki fasa kemurungan. Tempoh malaise dipanggil kemurungan. Kemurungan tidak kerap berlaku, tetapi apabila ia berlaku, nampaknya tiada jumlah rangsangan dasar yang boleh mengangkat pengguna dan perniagaan keluar daripada kemerosotan mereka. Apabila ekonomi merosot dan jatuh di bawah pertumbuhan yang stabil, peringkat ini dipanggil kemurungan.
- Pengguna tidak meminjam atau berbelanja kerana mereka pesimis terhadap prospek ekonomi. Apabila bank pusat mengurangkan kadar faedah, pinjaman menjadi murah, tetapi perniagaan gagal memanfaatkan pinjaman kerana mereka tidak dapat melihat gambaran yang jelas tentang bila permintaan akan mula meningkat. Permintaan untuk pinjaman akan berkurangan. Perniagaan akhirnya bergantung pada inventori & pengeluaran pare back, yang telah mereka hasilkan.
- Syarikat memberhentikan semakin ramai pekerja, dan kadar pengangguran meningkat dan keyakinan semakin mendatar.
5) BAWAH:
- Apabila pertumbuhan ekonomi menjadi negatif, prospek kelihatan tiada harapan. Kemerosotan selanjutnya dalam permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan akan menyebabkan lebih banyak kejatuhan harga.
- Ia menunjukkan keadaan negatif maksimum apabila ekonomi mencapai titik terendah. Semua penunjuk ekonomi akan menjadi lebih teruk. Cth. Kadar pengangguran tertinggi, dan Tiada permintaan untuk barangan dan perkhidmatan(paling rendah), dsb. Selepas selesai, masa yang baik bermula dengan fasa pemulihan.
6) Pemulihan
Sektor yang terjejas : Perindustrian, bahan, hartanah
- Akibat harga yang rendah, ekonomi mula pulih daripada kadar pertumbuhan negatif, dan permintaan dan pengeluaran kedua-duanya mula meningkat.
- Syarikat berhenti membuang pekerja dan mula mencari untuk memenuhi tahap permintaan semasa. Akibatnya, mereka terpaksa mengupah. Apabila bulan berlalu, ekonomi sedang berkembang.
- Kitaran perniagaan adalah penting kerana pelabur cuba menumpukan pelaburan mereka kepada pelaburan yang dijangka akan berjaya pada masa tertentu kitaran.
- Kerajaan dan bank pusat juga mengambil tindakan untuk mewujudkan ekonomi yang sihat. Kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan dan juga mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluaran.
Selepas fasa pemulihan, ekonomi kembali memasuki fasa pengembangan.
Syurga Selamat/Stok Defensif - Ia mengekalkan atau menjangkakan nilainya semasa krisis, kemudian melakukannya dengan baik. Kita juga boleh mengharapkan pulangan yang baik dalam kelas aset ini. Cth. utiliti, penjagaan kesihatan, barang keperluan pengguna, dsb. ("KITA AKAN MEMBINCANGKAN LEBIH LANJUT DALAM ARTIKEL AKAN DATANG AKIBAT PANJANG ARTIKEL.")
Maafkan saya atas halangan komunikasi.
@Money_Dictators
4 petua untuk bertahan dalam kejadian Black SwanHei semua! π
Mengambil kira kejadian yang berlaku dalam beberapa hari lepas, kami merasakan sekarang merupakan masa yang terbaik untuk melawat semula beberapa perkara yang bagus untuk anda lakukan, sebagai seorang pedagang dan juga manusia biasa, untuk menyelamatkan diri anda daripada terjebak dengan kejadian Black Swan. Kejadian satu pertukaran kripto gergasi telah jatuh bangkrup adalah contoh paling terkini untuk kejadian Black Swan, namun kejadian Black Swan boleh berlaku di dalam semua keadaan yang berbeza - peribadi, politik, persekitaran dan banyak lagi. Disebabkan itu, kami akan membawa anda menelusuri beberapa petua bagaimana anda boleh menjaga diri anda daripada kejadian buruk yang tidak disangka-sangka.
1) Jangan simpan semua pelaburan anda di dalam satu tempat.
Ini merupakan perkara sangat utama melihatkan apa yang terjadi kepada FTX baru-baru ini, tetapi memecahkan aset-aset anda dalam beberapa penyedia jagaan adalah satu pertahanan yang sangat bagus sekiranya mana-mana antara mereka mengalami masalah kebangkrapan. Dengan cara itu, anda sentiasa dipelihara dari risiko penyedia tunggal. Pelbagai kerajaan sejagat telah cuba mengambil inisiatif untuk mengurangkan kejadian ini (insurans FDIC, pengawalan kewangan), tetapi tiada siapa yang akan menjaga kepentingan anda sebaik diri anda sendiri. Jadi, pastikan diri anda terjamin.
Jangan simpan aset-aset anda di satu tempat juga terpakai untuk kelas aset dan geografi. Punyai banyak hartanah di satu wilayah tunggal? Anda tiba-tiba boleh terdedah kepada bencana alam yang boleh terjadi kepada tempat itu, pertukaran politik yang drastik dan banyak lagi. Hanya punyai satu kelas aset? Mungkin situasi makro boleh berubah secara tiba-tiba kepada anda dan ia akan bernilai kurang daripada apa yang anda jangkakan.
Kepelbagaian ialah namanya, bukan hanya dari satu perspektif posisi, tetapi pada satu perspektif semua risiko. Di manakah tempat yang anda paling terdedah kepada risiko?
2.) Simpan sedikit tunai di dalam tangan.
Ini juga terbukti untuk mereka yang sekarang tidak dapat mengakses dana mereka disebabkan kejadian yang berlaku baru-baru ini, tetapi menyimpan tunai untuk menyelesaikan perbelanjaan jangka pendek merupakan penyelamat yang anda perlukan. Kepada yang lain, kehilangan pekerjaan adalah satu contoh terbaik untuk kejadian Black Swan peribadi dan sesuatu yang boleh merugikan seseorang untuk beberapa tahun dalam kewangan peribadi. Pastikan anda berada di dalam posisi yang anda tidak akan tertekan secara kewangan jika sesuatu tidak normal terjadi dalam kehidupan harian anda.
3.) Jangan berhutang.
Ada beberapa pembelian dalam kehidupan kita selalunya menyebabkan kita berhutang, tetapi mereka yang punyai posisi kukuh semasa krisis adalah mereka yang tidak berhutang kepada yang lain secara kewangan. Dengan mengira kebanyakan kejadian Black Swan selalunya menyebabkan pelbagai kemusnahan kewangan kepada mangsa, mempunyai liabiliti boleh menambahkan tekanan yang mengurangkan pilihan kepada mereka yang sepatutnya boleh mendapatkan kelebihan dalam situasi itu. Tambahan lagi, mereka dengan posisi kewangan yang kukuh selalunya mereka yang mampu menambahbaik kedudukan mereka semasa situasi buruk berlaku seperti membeli aset pada harga yang selalunya tidak akan dapat diperolehi. Hutang boleh menahan tingkatan fleksibiliti ini dan untuk mengurangkan risiko, anda sepatutnya tidak mempunyai hutang.
4.) Simpan beberapa aset pada tangan, secara peribadi.
Petua ini untuk kejadian Black Swan yang berskala lebih besar seperti terputus bekalan kuasa yang lama, kegagalan rangkaian komunikasi, hentaman meteor, perang dan perkara-perkara lain yang bersamaan di dalam kategori itu.
Tetapi, di dalam konteks kegagalan yang lebih luas dari segi keruntuhan masyarakat serantau atau lebih besar, mempunyai aset di dalam tangan adalah perkara yang terbaik untuk diri anda. Di dalam satu situasi dimana anda tidak mampu mengakses infrastruktur masyarakat lebih besar yang boleh dibeli, mempunyai lebihan wang di tangan dimana anda tinggal merupakan satu selimut insurans terbaik. Sama ada tunai, emas, benih atau makanan, jangan terperangkap tanpa ada apa-apa rancangan.
Kami tahu topik ini bukanlah satu topik yang menarik untuk dibincangkan, namun jika anda mengikuti petua-petua ini, berkemungkinan besar anda terjaga daripada semua kejadian buruk yang boleh terjadi di dalam dunia.
Jaga diri anda!
-Pasukan TradingView β€οΈβ€οΈ
Vsolar....... Jatuh lagiKejatuhan harga yang agak banyak dari harga tertinggi sebelum ini...
Adakah sokongan ini cukup kuat untuk menghalang harga jatuh lagi..
andainya harga pecah sokongan ini, maka boleh lah tengok tengok jer...
tapi harga mampu buat lantunan keatas... pastikan kauter ini ada dalam watchlist...
Cara baiki dagangan melalui kadar faedah: Bahagian 4Hai semua! π
Pada bulan ini, kami mahu menelusuri tajuk kadar faedah, apakah mereka, mengapa mereka penting dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat kadar faedah di dalam dagangan anda. Ini adalah tajuk di mana pedagang-pedagang baru selalunya hanya akan melihat sekali lalu sewaktu baru bermula, jadi kami harap ini akan menjadi satu siri yang dapat membantu dan diambil tindakan untuk orang-orang baru yang sedang mencari jalan untuk mempelajari lebih banyak mengenai analisa makroekonomi dan asas!
Anda boleh memikirkan pasaran kadar di dalam tiga dimensi.
1.) Mutlak
2.) Relatif
3.) Menerusi Masa
Dengan kata lain;
1.) Bagaimanakah kadar didagangkan pada satu asas mutlak? DENGAN KATA LAIN, adakah mereka menawarkan satu tawaran risiko/keuntungan menarik kepada pelabur-pelabur?
2.) Bagaimanakah kadar didagangkan pada satu asas relatif? DENGAN KATA LAIN, apa yang memisahkan harga bon di antara negara-negara berbeza?
3.) Bagaimanakah kadar didagangkan menerusi masa? DENGAN KATA LAIN, apakah itu "Keluk Hasil"?
Di dalam catatan pertama kami , kita telah melihat kepada bagaimana untuk mencari maklumat kadar faedah di TradingView, dan bagaimana kadar faedah bergerak di dalam pasaran terbuka. Di dalam catatan kedua kami , kita telah melihat kepada beberapa keputusan yang pelabur perlu lakukan apabila melabur di dalam bon (kadar) lawan aset lain. Di dalam catatan ketiga kami , kami telah melihat kepada kadar pada asas relatif di antara negara.
Di dalam catatan terakhir hari ini, kita akan melihat bagaimana kadar didagangkan menerusi masa - di dalam kata lain, Keluk Hasil. Apakah maklumat yang anda boleh dapati daripada melihat Keluk Hasil? Bagaimanakah ia boleh membantu pelan dagangan anda? Mari mulakan!
Sebagai rujukan, mari kita lihat pada Keluk Hasil:
Carta ini mengandungi beberapa aset berbeza, jadi kita akan pecahkan mereka.
Kawasan putih/biru ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon dua tahun apabila anda membelinya.
Garisan oren ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon lima tahun kerajaan apabila anda membelinya.
Garisan teal ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon tujuh tahun kerajaan apabila anda membelinya.
Garisan kuning ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon sepuluh tahun kerajaan apabila anda membelinya.
Garisan ungu ialah kadar faedah yang anda terima untuk bon 30 tahun kerajaan apabila anda membelinya.
Seperti anda dapat lihat, perbezaan kematangan untuk bon akan memberikan perbezaan hasil dari masa ke semasa.
Jika anda membeli bon dua tahun pada awal tahun 2021, anda akan mendapat hasil 0.15% SETIAP TAHUN.
Pada masa yang sama, jika anda membeli bon 30 tahun pada awal tahun 2021, anda akan mendapat hasil 1.85% SETIAP TAHUN.
Situasi telah berubah dari sejak itu. Pada masa sekarang:
Jika anda membeli bon dua tahun, anda akan mendapat hasil 3.56% SETIAP TAHUN.
Jika anda membeli bon 30 tahun, anda akan mendapat hasil 3.45% SETIAP TAHUN.
Dalam kata lain, situasi telah bertukar sepenuhnya.
Kenapa ini terjadi?
Ada beberapa sebab, bersambung kepada banyak tajuk-tajuk yang kita pernah bincangkan pada beberapa catatan lepas. Mari kita pecahkan mereka.
1.) Risiko Kadar Dana Bank Pusat
2.) Risiko Inflasi
3.) Risiko Kredit
4.) Risiko Pasaran
Untuk bermula, dari awal tahun 2021 sehingga kini, bank pusat telah menaikkan kadar dana secara ketara. Ini bermakna bon kerajaan akan mula menyaksikan hasil mereka menaik. Kenapa meminjamkan wang kepada kerajaan jika anda boleh mendapatkan lebih keuntungan dengan meletakkan duit tunai anda di dalam akaun simpanan?
Yang kedua, inflasi semakin menaik. Ini ialah kesan daripada kejutan bekalan di seluruh dunia untuk komoditi & servis. Disebabkan kekurangan semakin bertambah dan permintaan semakin menaik, kenaikan harga untuk barangan harian telah menyebabkan bon jangka pendek untuk "Menghampiri" kepada hasil untuk bon-bon kematangan lebih panjang.
Ketiga, apabila KDNK semakin mengecut pada dua suku sebelumnya, risiko kerajaan A.S. tidak dapat membayar kembali pinjaman mereka menerusi resit cukai dan penerbitan bon semakin meningkat.
Akhirnya, seperti yang kita boleh lihat pada catatan kedua:
Apabila saham menandingi bon, permintaan institusi untuk saham akan menaik, menunjukkan bahawa masyarakat merasa selesa dan berminat mengambil risiko. Apabila bon menandingi saham, ia boleh memberikan gambaran bahawa masyarakat lebih menyukai untuk memegang kenderaan pembayaran faedah "tiada risiko" berbanding ekuiti di dalam syarikat dengan keadaan prospek ekonomi yang memburuk.
Permintaan untuk bon ini akan berlaku di seluruh Keluk Hasil. Permintaan untuk aset "tiada risiko" bertambah dalam keadaan ekonomi memburuk, bermaksud Keluk Hasil adalah petunjuk kepada bagaimana peserta-peserta pasaran berfikir mengenai keadaan pasaran dalam sesuatu tempoh masa. Jika hasil untuk bon dua tahun ialah lebih tinggi dari bon 10 tahun, peserta pasaran menerusi aktiviti pembelian dan jualan mereka menunjukkan bahawa mereka menjangkakan dua tahun berikutnya akan menghadapi risiko ekonomi yang lebih tinggi daripada sepuluh tahun berikutnya. Dalam kata lain, mereka menjangkakan adanya kemelesetan ekonomi.
Ini sangat berguna untuk beberapa jenis pedagang:
Ekuiti ialah diikat kepada ekonomi - jika kadar memberitahu sesuatu tentang prospek ekonomi, ia suatu yang bijak untuk memberikan perhatian, kerana ia mungkin dapat memberitahu gaya proses/dagangan pemilihan aset anda.
FX sangat berkait dengan kadar - jika kadar bergerak, FX akan menerima impak.
Kripto telah menunjukkan korelasi songsang yang tinggi secara sejarah dengan indeks "wang mudah". Jika kadar menaik, kripto yang tiada pembayaran faedah akan menjadi kurang menarik.
Itu sahaja siri kami mengenai Kadar Faedah!
Terima kasih kerana membaca dan moga anda dapat berehat dengan baik di hujung minggu.
- Pasukan TradingView β€οΈ
BAGAIMANA MENCARI SUMBU ROKETSeperti yang kita lihat dalam carta, bagaimana kaunter SYSCORP membuat kenaikan dalam kadar yang tinggi hampir 90% dalam jangka singkat ( 12 hari )pada bulan Ogos lepas. Kita boleh dan akan menjumpai kaunter sebegini dengan sedikit usaha dan teknikal sebelum ia membuat perubahan ketara yang kita panggil " MEROKET".
Sebelum itu, berdasarkan carta harga SYSCORP ia berada dalam downtrend dan mula uptrend pada akhir 2020. Ini ditunjukkan oleh garisan Exponential Moving Average(EMA) iaitu harga mula berada di atas EMA200. Ketika ini ia mencapai 137 % kenaikan. Kenaikan ini ditunjukkan oleh isyarat ST. Kemudian ia membuat pergerakan SIDEWAY lebih kurang 1 tahun 6 bulan dimana jarak nilai support & resistance lebih kurang 10sen. * jika kita amati kaunter seumpamanya nilai ini lebih kurang sama.
Dan bulan ogos lepas ia breaks resistance dan meroket sebanyak 85% dalam masa 12 hari.
Keadaan sebeginilah yang kita hendak cari...!!! Adakah sukar???
Tidak sukar dengan sedikit kerajinan, teknikal asas dan kesabaran...
BAGAIMANA?
STEPS;
1. Cari kaunter nilai harga 30sen ke atas, yang UPTREND dan bergerak SIDEWAY selepas uptrend tadi.
Atau cari kaunter DOWNTREND dan bergerak SIDEWAY.
2. Kenalpasti jarak/range harga antara support & resistance ketika ia bergerak SIDEWAY tadi. Jarak yang signifikan ialah 10 sen.
3. Permulaan sumbu apabila EMA30 cross-up EMA100. Marking dan observe. Masukkan dalam list atau alert.
Harga tidak akan meroket terus. Di sini ia menuntu kesabaran. kebiasaannya ia membuat " test" di resistance, dan pullback, beberapa kali.
Kemudian harga sedikit demi sedikit menaik ke resistance dan mula BREAKS reistance seterusnya meroket ke awan.
*NOTA
1. ST di carta ialah signal SUPER TREND iaitu EMA30 cross-up EMA100. Ini ialah permulaan sebelum ia bull/membuat kenaikan.
2. KESABARAN. Ingat, harga bukannya terus meroket pada ST.
3. PULLBACK. Retailer akan out kerana harga mula turun. Whales akan in/sambut di support.
4. Jika harga pecah support SIDEWAY maka teknikal ini terbatal. Jarang berlaku tetapi tidak mustahil. STRONG support sangat penting untuk dinilai.
PENAFIAN :
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
Cara baiki dagangan melalui kadar faedah: Bahagian 3Hei semua! π
Pada bulan ini, kami mahu menelusuri tajuk kadar faedah, apakah mereka, mengapa mereka penting dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat kadar faedah di dalam dagangan anda. Ini adalah tajuk di mana pedagang-pedagang baru selalunya hanya akan melihat sekali lalu sewaktu baru bermula, jadi kami harap ini akan menjadi satu siri yang dapat membantu dan diambil tindakan untuk orang-orang baru yang sedang mencari jalan untuk mempelajari lebih banyak mengenai analisa makroekonomi dan asas!
Di dalam catatan pertama kami, kita telah melihat kepada untuk bagaimana mencari maklumat kadar faedah di TradingView, dan bagaimana kadar faedah bergerak di dalam pasaran terbuka. Di dalam catatan kedua kami , kita melihat kepada beberapa keputusan yang pelabur perlu lakukan apabila melabur di dalam bon (kadar) lawan aset lain.
Hari ini, kita akan melihat bagaimana pelabur sejagat memahami kadar faedah, menggunakan tiga contoh kukuh.
Jom mulakan!
Seperti yang kami sebut sebelum ini, apabila ia mengenai kaedah memahami kadar faedah di mana-mana negara, ada tiga perkara utama yang perlu diperhatikan:
1.) Risiko Kadar Dana Bank Pusat
2.) Risiko Inflasi
3.) Risiko Kredit
Untuk permulaan, mari kita lihat Risiko Kredit. π₯π₯
Risiko kredit ialah apa yang akan terjadi apabila adanya risiko anda tidak akan mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada entiti tertentu. Untuk siri ini, disebabkan kita hanya melihat kepada bon kerajaan, ini bermaksud risiko sekiranya kerajaan tidak membayar kepada anda semula.
Pelajaran: Sekiranya semua perkara dianggap sama, semakin banyak sesuatu entiti (Syarikat, Negara) harus membayar untuk meminjam wang, semakin kurang 'stabil' mereka di mata pelabur.
Seterusnya, mari kita lihat berkenaan Risiko Inflasi. πΈπΈ
Risiko Inflasi ialah sesuatu yang terjadi apabila ada risiko yang modal anda akan mengalami pengurangan kuasa pembelian dari masa ke semasa lebih pantas berbanding kadar faedah, disebabkan kadar inflasi.
Sebagai contoh, perhatikan carta ini:
Pada warna Biru/Putih, anda dapat melihat hasil bon 1 tahun Turki. Pada warna hijau, anda boleh melihat hasil bon 1 tahun A.S. Perhatikan perbezaan di antara kadar faedah - bon Turki membayar 14% dan bon A.S. membayar 3%. Disebabkan A.S. ialah satu ekonomi yang lebih besar dan maju (dengan itu mempunyai risiko "kredit" yang lebih rendah), beberapa perbezaan dari segi hasil akan bergantung kepada perbezaan kadar inflasi yang sangat berbeza di dalam ekonomi.
Untuk warna merah, anda boleh melihat kadar inflasi di Amerika Syarikat dan warna kuning, anda boleh melihat kadar inflasi di Turki. Dengan mengandaikan satu kadar pertukaran yang tetap, disebabkan Lira Turki akan dapat membeli semakin sedikit barangan dan servis dari masa ke semasa berbanding Dolar U.S., pelabur akan meminta lebih banyak hasil untuk mengelakkan kerugian dari segi kuasa membeli.
Pelajaran: arah kadar Faedah memberitahu anda bagaimana pelabur berfikir inflasi akan bergerak dalam satu jangka masa.
Akhirnya, mari kita lihat kepada Risiko Dana Bank Pusat. π¦π¦
Risiko dana bank pusat ialah sesuatu yang terjadi apabila Bank Pusat mungkin menggerakkan kadar pembiayaan asas melawan kepada pergerakan portfolio anda.
Perhatikan carta ini:
Ia ialah carta yang sama seperti sebelum ini, tetapi sebelum ini kami menggunakan kadar inflasi diletakkan kepada kadar faedah, untuk carta ini kami menambahkan kadar Bank Pusat semasa kepada carta.
Ingat, kadar Bank Pusat ialah kadar yang anda akan dapat daripada bank tanpa "mengurung" wang anda di dalam pinjaman kepada kerajaan.
Risiko kadar Bank Pusat memainkan peranan terbesar di dalam penentuan harga bon, seperti yang anda boleh lihat dari pergerakan kadar faedah dan hasil yang berdekatan antara satu sama lain, terutamanya apabila ini ialah bon satu tahun sahaja (kita akan melihat keluk hasil pada minggu hadapan).
Dengan kata lain, disebabkan Bank-bank Pusat di seluruh dunia selalunya dimandatkan untuk mencuba dan mencipta harga-harga yang stabil untuk pengguna, tindakan mereka selalunya akan bersamaan dengan inflasi. Kadang kala bank akan menaikkan kadar hasil terlalu tinggi dan mencipta deflasi. Kadang kala bank akan menaikkan kadar terlalu rendah dan akan menjadi "orang belakang" inflasi (yang ramai percaya terjadi sekarang).
Pelajaran: Kadar faedah ialah petunjuk kepada polisi Bank Pusat, yang diberikan oleh beberapa faktor dan berlainan daripada rantau ke rantau - kadar faedah boleh menerangkan kesihatan sesuatu ekonomi. Terlalu "Tinggi", dan Bank Pusat mungkin akan kehilangan kawalan. Terlalu "Rendah", dan ekonomi mungkin akan menjadi lembap. Semua ini merupakan anggapan umum tetapi mereka adalah tempat yang bagus untuk memulakan perbandingan antara rantau secara relatif.
Dan itulah kesemuanya! Beberapa contoh kukuh dan pembelajaran yang boleh kita pelajari dengan melihat kepada pergerakan langsung di dalam pasaran. Memahami dinamik ini adalah sangat berguna untuk membina satu strategi dagangan yang ampuh. Dalam kata lain, jika anda berdagang FX, ia adalah sangat penting untuk mengetahui perbezaan di antara negara. Ini bersamaan dengan, jika anda berminat untuk melabur di dalam satu syarikat, melihat kepada hasil bon syarikat itu boleh memberitahu anda sebanyak mana risiko pelabur akan fikirkan jika syarikat itu tidak dapat membayar semula pinjamannya.
Minggu hadapan, kita akan melihat pula pada Keluk Hasil dan memasukkan beberapa pelajaran tentang bagaimana anda boleh menggunakan maklumat itu untuk meramalkan harga dan keadaan keseluruhan ekonomi.
- Pasukan TradingView β€οΈβ€οΈ
contoh kenal pasti salah satu CIRI2 asas 'bullish flag pattern'NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
1.abaikan konter di carta kerana bukan konter ini yang
hendak di berikan tumpuan TETAPI apa yang sudah berlaku DAN
MUNGKIN akan berlaku mengikut apa yang di maksudkan
dengan Bullish Flag Pattern.
Kebiasaannya contoh bullish flag pattern di di'hidangkan' kepada
kita semua SETELAH berlakunya/complete pattern ini , tetapi
kali ini mungkin berbeza sedikit. Berlaku atau tidak bukanlah
menjadi keutamaan , yang kita semua termasuk iols dapat pelajari
sesuatu.
2.APA yang iols faham secara asasnya dan se'simple' , untuk corak
ini harus bermula dengan adanya kenaikan mendadak diikuti volume
relatif yang luarbiasa/ meyakinkan.
3.terbahagi kepada 2 elemen : pole dan flag
pole : kenaikan harga yang mendadak dengan body candle yang besar
dan volume yang kuat
flag : berlaku pullback yang lemah , candle kecil & volume sell yang tinggi
memungkinkan pentanda seperti ciri2 perkara yang dibincangkan.Pada
peringkat ini juga carta akan menyaksikan munculnya konsolidasi
4. selebihnya boleh rujuk aliran seperti carta ( 1 , 2 & 3)
Untuk semua perkara di atas eloklah kita kaji bersama sebelum membuat
apa jua keputusan ,kerana kitalah yang bertanggungjawap diatas segala
keputusan.
b egitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku .
Cara untuk menambahbaik dagangan anda dengan melihat kepadaHai semua! π
Pada bulan ini, kami mahu membicarakan mengenai tajuk kadar faedah; apakah mereka, mengapa mereka penting dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat kadar faedah untuk dagangan anda. Ini adalah satu tajuk yang selalunya diabaikan oleh pedagang-pedagang baru sewaktu bermula, jadi kami harap perkongsian ini akan menjadi satu siri yang dapat membantu dan boleh dilaksanakan untuk orang-orang baru yang mahu mempelajari dengan lebih lanjut mengenai analisa makroekonomi dan asas!
Soalan pertama apabila berurusan dengan kadar faedah adalah bagaimana cara untuk melihat maklumat di TradingView. Anda masih boleh mengklik tab "Bon" di bawah "Pasaran" dan melihat kepada jadual "Kadar" tetapi ada satu cara yang lebih mudah untuk melihat kadar faedah di seluruh dunia iaitu dengan menggunakan terminal 'carian' dan menaip "10Y". Kemudian klik "Ekonomi" dan anda akan dapat melihat semua kadar faedah sejagat untuk 10 tahun.
Konfigurasi ini akan memberikan anda kadar "10 tahun" tetapi anda akan mendapat bon dengan kematangan berbeza menggunakan ticker-ticker berlainan. Sebagai contoh, anda boleh melihat kadar 3 bulan Amerika Syarikat dengan menaip "US03M" atau kadar 10 tahun Brazil dengan menaip "BR10Y". Semua kadar pasaran di dalam sistem kami mengikuti standard ticker ini. Cubalah! Senang sahaja.
Untuk mereka yang belum biasa, di sini dinyatakan bagaimana kadar faedah berfungsi.
Kadar faedah berubah-ubah pada pasaran terbuka sama seperti saham atau mata wang kripto; mereka bergerak menyongsang dengan harga bon kerajaan. Dengan ini, anda cuma perlu melihat kepada harga bon kerajaan untuk mendapatkan gambaran mengenai kadar faedah -> mereka akan bergerak pada arah yang berbeza.
Ini disebabkan apabila bon dikeluarkan, mereka akan dikeluarkan dengan satu "nilai par" dan satu "kadar kupon". Katakan nilai par untuk satu bon kerajaan adalah $1,000 dan kadar kupon adalah 2%. Ini bermakna pada setiap tahun, pengeluar bon akan membayar pemilik bon sebanyak $20.
Selepas bon dikeluarkan, mereka boleh didagangkan secara bebas di dalam pasaran terbuka. Katakan nilai $1,000 bon telah menaik dan mula didagangkan pada $1,030 kerana ada permintaan ketara untuk sebab-sebab tertentu. Kerana $20 dibayar kepada pemilik bon adalah tetap, "kadar faedah" sebenar yang akan pembeli dapat apabila mereka membayar $1,030 untuk bon itu adalah sedikit rendah daripada 2% -> 1.94% secara lebih tepat.
Jadi, perubahan harga bon akan menukar "kadar faedah" pada masa nyata di dalam pasaran!
Satu perkara yang perlu diketahui: Kadar bon kerajaan adalah berbeza daripada kadar "dana" yang ditentukan Kerajaan yang diputuskan oleh bank pusat sesuatu negara.
Minggu hadapan untuk bahagian 2, kita akan melihat kepada apa yang memacu penawaran dan permintaan untuk bon-bon kerajaan / kadar faedah dan bagaimana polisi kewangan memberikan kesan kepada semua aset yang anda dagangkan. Dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat ini untuk kebaikan anda!
Jumpa minggu hadapan!
- Pasukan TradingView β€οΈβ€οΈ
Psikologi Prestasi Dagangan: Bahagian 1Semakin tinggi kesukaran, semakin besar kepuasan dalam mencapainya. Juruterbang yang mahir menaikkan reputasi mereka melalui ribut dan taufan.
- Epictetus.
Hai semua! π
Pada minggu ini, kami fikir ianya adalah menarik untuk menyentuh mengenai satu topik yang kurang diperkatakan: psikologi prestasi - dan membincangkan mengenai hubung kaitnya dengan Dagangan. Secara khususnya, kami akan melihat kepada persoalan ini: Apakah yang sebenarnya memacu prestasi cemerlang dari seorang pedagang dari pedagang yang lain?
Dari satu sudut pandangan proses, ada banyak perkara-perkara yang boleh diambil oleh pedagang-pedagang berwawasan dari disiplin-disiplin prestasi lain (contohnya sukan) untuk lebih memahami langkah-langkah penting dalam mencapai apa yang diimpikan. Jom mula!
Masa adalah elemen biasa untuk kepakaran β°
Kepakaran memerlukan masa untuk dibina. Permulaannya menerusi penerokaan, kemudian pembinaan ilmu, dan latihan yang disusun dengan baik.
Untuk melaburkan satu jangka masa dan usaha yang besar untuk mencapai kepakaran, seseorang individu selalunya mempunyai ikatan emosi dengan bidang itu, sekaligus mencipta satu hubungan jangka panjang.
Yang selalu kelihatan di dalam hampir semua pedagang-pedagang berprestasi sangat tinggi adalah wujudnya satu kecintaan yang mendalam kepada berdagang itu sendiri. Ini bermaksud satu kecintaan kepada menganalisa carta-carta, membuat strategi-strategi, memerhatikan pasaran, dan cuba untuk menyusun setiap cebisan bersama-sama di dalam minda mereka. Di dalam ruang lingkup ini - Berdagang bukanlah satu pekerjaan, ia adalah KEMAHIRAN . Jika anda hanya menyukai status, gaya hidup atau pendapatan, berkemungkinan anda tidak akan mencapai ketinggian sebenar di dalamnya. Pedagang-pedagang berprestasi tertinggi menghabiskan berjam-jam masa berusaha dalam dagangan mereka; bukan kerana mereka MAHU, tetapi kerana mereka MENYINTAI nya.
Mencari satu nic β€οΈ
Yang terhebat tidak menjadi hebat disebabkan mereka bekerja keras; mereka bekerja keras kerana mereka menjumpai satu nic yang bagus: satu bidang yang menyerlahkan bakat, minat dan imaginasi mereka. Pelempar bola besbol terbaik di dunia mungkin boleh menjadi seorang pemukul bola yang teruk.
Jika anda masih awal di dalam perjalanan anda (atau masih sesat), boleh dipertimbangkan untuk mencari satu nic yang anda sehati sejiwa dengannya. Satu kepentingan yang besar diletakkan pada nic-nic di dalam pekerjaan-pekerjaan lain dan institusi-institusi di dalam bidang kewangan, dengan hospital-hospital dan bank-bank mempunyai program-program penggiliran untuk mendedahkan pekerja-pekerja baru kepada pengalaman-pengalaman berbeza.
Kenapa tidak pedagang-pedagang individu melakukan ini juga? Satu cara yang bagus untuk memusatkan pemikiran anda ialah dengan membina satu program penggiliran untuk diri anda. Di sini ada satu senarai untuk kelas-kelas aset & gaya-gaya dagangan paling popular. Google setiapnya, atau cari idea-idea di sini di TradingView, dan lihat yang manakah yang paling bersesuaian dengan anda. Letakkan diri anda untuk kepakaran jangka panjang dengan mencari sesuatu yang anda minat melakukan siang dan malam.
Kelas-kelas Aset Cair:
-Saham
-Mata Wang
-Mata Wang Kripto
-Pasaran Hadapan
-Pendapatan Tetap
-Ketidakstabilan
Gaya (Rangka Masa):
-Intrahari - masa pegangan adalah dari saat ke jam
-Ayunan - masa pegangan adalah dari hari ke minggu
-Posisi - masa pegangan adalah dari minggu ke bulan
Gaya pegangan manakah yang sesuai dengan anda? Apakah topik yang anda berminat untuk mempelajari?
Proses Pembelajaran β
Di dalam berdagang dan di dalam kehidupan, kita selalu mendengar pernyataan "Kemahiran datang dari latihan". Pernyataan yang lebih tepat mungkin adalah "Kemahiran datang dari latihan yang sempurna". Bagaimana masa latihan disusun itulah yang membezakan di antara seorang yang cemerlang yang mempunyai pengalaman lima tahun dengan seorang yang mempunyai pengalaman satu tahun yang diulang sebanyak lima kali. Jadi, bagaimanakah anda patut menyusun latihan anda?
Di dalam psikologi prestasi, ada satu konsep yang dikenali sebagai "gelung pembelajaran". Ia mempunyai tiga bahagian.
Prestasi -> Maklum balas -> Pembelajaran (diulangi).
Perkara ini adalah penting, kerana maklum balas adalah kunci kepada kemajuan. Berdagang adalah satu sukan solo, yang bermaksud mengenalpasti bagaimana untuk menubuhkan satu proses maklum balas yang membenarkan muhasabah diri adalah sangat kritikal.
P/L adalah maklum balas, tetapi ia boleh menjadi satu masalah jika hanya menggunakannya sebagai satu-satunya mekanisma maklum balas. Pedagang terbaik yang melaksanakan dagangan terbaik juga masih boleh tidak berjaya dalam hari-hari tertentu. Proses adalah raja. Dapatkan maklum balas daripada prestasi anda yang tidak berkaitan dengan P/L supaya anda boleh menjejak input kepada proses membuat keputusan anda. Ada pedagang yang mengambil banyak nota, ada yang merekodkan skrin mereka dan ada yang merekodkan titik-titik data yang tidak berkaitan dengan P/L (jumlah masa tidur, penghidratan, mood dll).
(kami mempunyai satu ciri nota-nota dibina ke dalam carta yang anda boleh gunakan untuk tujuan ini.)
Jika anda mengumpulkan semua perkara-perkara ini untuk mencipta satu rangka tindakan jangka panjang untuk membina kepakaran, ia sepatutnya kelihatan seperti ini:
1.) Cari apa yang anda betul-betul sukakan mengenai dagangan
2.) Terokainya dengan lebih mendalam
3.) Kekal dengannya sepanjang masa dan benarkan keseronokan dalam diri anda memotivasikan anda sepanjang perjalanan naik dan turun
4.) Strukturkan prestasi anda sepanjang masa itu dalam satu cara yang anda boleh keluarkan maklum balas untuk diri anda
5.) Masukkan maklum balas itu untuk sentiasa menaiktaraf proses anda. Jadikan gelung-gelung pembelajaran menjadi enjin anda untuk prestasi jangka panjang.
Harap anda seronok membaca ini dan jaga keselamatan anda!
- Pasukan TradingView
Bagaimana untuk gagal sebagai seorang pedagangHai Semua! π
Beberapa minggu lepas, kami telah melihat pada beberapa cara terbaik untuk memperbaiki dagangan anda, termasuk belajar untuk menyesuaikan diri kepada keadaan pasaran , membina satu minda dagangan yang betul , dan banyak lagi. Hari ini, kami fikir ia akan jadi menyeronokkan untuk melakukan perkara yang sebaliknya. Selain dari cuba membantu komuniti membina latihan-latihan yang kukuh dan profesional - mari kita cuba membina satu pedagang yang gagal dari bawah ke atas! Apakah ciri-ciri/keputusan yang akan kita ada untuk menggalakkan seseorang mendapatkan satu hasil yang gagal?
Secara teorinya, pasaran adalah hanyalah satu permainan kebarangkalian. Bagaimanakah kita boleh menjamin pedagang kita akan gagal? Seperti yang berlaku, ada beberapa perlakuan mudah yang kita boleh gabungkan untuk memastikan satu keputusan kegagalan adalah satu kesimpulan yang dapat diramalkan.
Nombor 1: Mereka tidak pernah menentukan risiko π€·πΌββοΈ
Di dalam dagangan, orang-orang selalunya mengatakan mengenai perkara-perkara tentang "Pengurusan risiko", "Menentukan risiko anda" atau "Menentukan di mana anda keluar", tetapi ia kadang-kadang boleh menjadi sukar untuk ditentukan, sebagai seorang pedagang baru, apakah yang orang-orang cakap ni. Menentukan risiko saya? Bagaimana? Apa yang kamu cakap ni? Apa maksudnya?
Secara mudahnya, menentukan risiko anda adalah satu proses mengetahui *di mana* kesalahan anda di dalam satu dagangan/pelaburan.
Untuk pedagang aktif, ia boleh menjadi semudah memilih satu ketinggian atau kerendahan baru, dan berkata "Jika harga ini kena, kemudian saya akan keluar dari dagangan. Bacaan jangka pendek yang saya dapat pada aset ini tidak lagi sah. Saya tidak rasa saya tau apa akan terjadi selepas ini." Untuk seseorang yang lebih kepada pedagang posisi, ia boleh jadi semudah mengatakan "Saya tidak mahu rugi lebih daripada 10% (atau beberapa peratus) dari modal saya pada mana-mana titik apabila saya berada dalam posisi ini. Saya rasa saya telah memilih masukan saya dengan cukup baik yang mana satu kejatuhan 10% (atau x%) akan bermaksud bahawa, untuk alasan-alasan tertentu, pemikiran saya adalah tidak lagi sah."
Dari satu perspektif pengurusan tunai/portfolio, menentukan risiko anda mempunyai dimensi yang lain: Berapakah jumlah modal yang anda mahu berpotensi untuk rugi di dalam satu senario terburuk? Patutkah setiap dagangan merisikokan 50% daripada modal anda? 20%? 5%? 1%? Berapa banyak jumlah terkumpul wang anda yang anda akan hilang sebelum anda berhenti?
Untuk memastikan bahawa kita mempunyai seorang pedagang yang gagal, ianya penting yang mereka tidak mempunyai satu pelan untuk saiz posisi, menetapkan renti rugi, atau menetapkan renti rugi untuk akaun. Dengan cara ini, mereka tidak akan mempunyai apa-apa ketekalan dan akhirnya akan mengambil beberapa kerugian besar yang akan menendang mereka keluar dari permainan ini selama-lamanya.
Nombor 2: Mereka menggunakan banyak keumpilan π
Apabila digabungkan dengan Nombor 1, menggunakan banyak keumpilan adalah satu cara bagus untuk mempercepatkan proses kehilangan wang. Dengan satu strategi yang menang 50% sepanjang masa akan secara statistiknya menghadapi satu 7 kerugian dagangan berturut-turut di dalam 100 dagangan akan datang, menambahkan saiz dan menggunakan keumpilan adalah satu cara bagus untuk memastikan bahawa apabila satu keadaan buruk berlaku, anda hilang semua modal anda. Membiarkan dagangan terjadi lebih daripada banyak mana anda jangkakan akan rugi adalah satu cara bagus untuk mempercepatkan proses ini, kerana dengan penambahan keumpilan, ia hanya memerlukan untuk melawan anda sebanyak 50%, 20%, 10%, dll, sebelum anda hilang semuanya. Anda tidak boleh merisikokan ke kosong.
Dengan mengira bahawa kebanyakan dana lindung nilai paling agresif di dunia selalunya tidak menggunakan keumpilan lebih dari 5-8x, walaupun dalam dagangan FX, kita akan memerlukan pedagang gagal kita untuk menggunakan paling kurang 10-20x keumpilan untuk mempercepatkan kemusnahan mereka.
Nombor 3: Mereka melompat dari strategi ke strategi π°
Bruce Lee pernah berkata, βSaya takut bukannya pada lelaki yang telah berlatih 10,000 tendangan sekali, tetapi saya takut lelaki yang telah berlatih satu tendangan 10,000 kali.β
Dalam contoh ini, kekal dengan satu strategi, walaupun ianya kurang optimum, adalah lelaki yang telah berlatih satu tendangan banyak kali. Pedagang yang strateginya melompat-lompat adalah seorang yang telah mencuba hampir semua tendangan yang ada di luar sana, tetapi tidak menguasai satu pun. Untuk memastikan pedagang kita adalah seorang pedagang yang gagal, kita hendaklah mestikan mereka tidak pernah menguasai apa-apa dan kekal bertukar dari satu strategi ke satu strategi. Kita perlu megumpan satu strategi, penunjuk, atau gaya dagangan baru secara konsisten di depan muka pedagang kita. Jadi, tidak kira strategi apapun yang pedagang itu pilih, mereka akan kekurangan jam yang perlu untuk mendapatkan apa-apa kecuali perlaksanaan dagangan yang kurang optimum, rasa pasaran keseluruhan yang lemah, dan satu kekurangan nuansa dan pemahaman secara umum.
Gabungkan dengan nombor 1 dan nombor 2, ia adalah hampir mustahil untuk pedagang ini memperolehi keuntungan.
--
Jadi, itu dia; 3 cara untuk memastikan pedagang akan gagal. Cam salah satu daripada mereka?
Harapan kami dengan menulis ini adalah bukan untuk mematahkan semangat sesiapa daripada memasuki pasaran, tetapi lebih kepada untuk memberikan pemahaman pada beberapa tabiat buruk yang kita boleh buat apabila baru bermula. Mengelakkan kesilapan-kesilapan orang baru dan amalan buruk yang boleh membantutkan kerjaya sebagai seorang pedagang & mencipta tabiat buruk - no bueno! Beritahu kami jika anda menyukai ini, dan kami akan sentiasa melakukan lebih banyak catatan seperti ini yang melalui beberapa "amalan-amalan bagus" dagangan.
Selamat berhujung minggu!
-Pasukan TradingView β€οΈ
4 perkara yang perlu diingat mengenai pasaran bearisHai Semua! π
Fuh, ianya 5 minggu yang padat. Aset-aset secara keseluruhannya berasap, dengan beberapa lilin-lilin bulanan besar di sana sini. Untuk pedagang kripto, Bitcoin, Ethereum, dan beberapa aset-aset kripto lain telahpun dipotong separuh, atau lebih. Walaupun S&P 500 turun hanya 13-14% dari ketinggian tertinggi, ia lebih selamat untuk mengatakan bahawa selepas larian bulis besar di dalam hampir semua yang kita lihat dalam masa dua tahun lepas, kita sekarang secara rasminya berada di dalam satu pasaran bearis.
Kerana ini mungkin pasaran bearis pertama yang dilalui oleh banyak orang di dalam komuniti kami, kami fikir ia akan membantu untuk meletakkan sedikit panduan untuk perkara-perkara penting untuk diingat mengenai pasaran bearis, untuk membantu semua melalui rejim pasaran baru ini.
Jom mula!
1.) Ketidakstabilan membuatkan posisi anda kelihatan besar di dalam terma P/L π₯
Pasaran bearis selalunya membawa lebih banyak ketidakstabilan di dalam harga aset daripada pasaran bulis. Dalam 20 hari lepas, kami telah melihat satu pergerakan purata harian di dalam indeks dalam 3%, iaitu lebih besar daripada purata 20 hari dikumpul pada 2021 iaitu dalam 0.9%. Dengan jumlah modal yang sama, kenaikan dalam julat purata ini bermaksud di dalam terma $$, pergerakan P/L anda berkemungkinan menjadi lebih besar dari "biasa". Pada bulan Mac 2020, purata julat harian di dalam S&P 500 adalah lebih dari 5%!
Ini adalah penting untuk diketahui, kerana P/L boleh memberikan impak besar pada psikologi pedagang. Banyak pengurus wang dan dana lindung nilai professional mengawal untuk faktor ini, mengurangkan pendedahan untuk mengekalkan ketidakstabilan portfolio harian hampir kepada sasaran mereka. Beberapa dana-dana adalah dimandatkan untuk melakukan ini. Walaupun anda adalah bebas untuk melakukan apa yang anda mahu di dalam pelan dagangan anda, ini ada jangkaan utama untuk diingati! Jangkakan pergerakan-pergerakan lebih besar dari normal.
2.) Pasaran bearis secara puratanya adalah selama 2 tahun π
Nombor 2 tahun selalunya merujuk kepada lama mana purata *saham* pasaran bearis berlaku. Sepanjang dalam Kripto, jumlah purata pasaran bearis adalah dalam masa 9 bulan. Sebagai perbandingan, di dalam saham, purata pasaran bulis adalah selama lebih dari 6 tahun. Jadi, walaupun pasaran bearis adalah lebih cepat daripada tempoh pertumbuhan di dalam ekuiti, mereka juga selalunya lebih diingati.
Baru-baru ini, pasaran bearis telah menjadi semakin pendek dan pendek - pasaran bearis terakhir pada 2020 terjadi hanya dalam beberapa bulan. Ada yang menyimpulkan ini kepada Fed masuk campur dengan lebih dan lebih, manakala ada yang menyatakan infrastruktur komunikasi yang lebih baik yang kita nikmati pada abad ke 21 membenarkan maklumat untuk dihargakan dengan lebih pantas. Walaupun arah aliran kelihatannya menuju kepada pasaran bearis yang semakin pendek dan pendek, mereka masih boleh berlangsung selalunya lebih lama daripada yang dijangka. Laraskan jangkaan dengan sewajarnya!
3.) Tunai adalah satu posisi π΅
Walaupun inflasi USD adalah sekarang tinggi, berada pada 7-10% (bergantung pada nombor mana yang anda lihat), kuasa belian untuk satu Dollar A.S. adalah tidak banyak berubah, hari ke hari. Kuasa belian untuk satu saham SPY berubah BANYAK lebih laju, setiap hari, dan baru-baru ini, ia telah kehilangan kuasa belian dengan SANGAT laju. Perkara paling penting untuk diingati pada pasaran bearis adalah kekal hidup adalah *YANG* paling penting. Asalkan anda tidak memecahkan akaun anda, anda masih boleh hidup untuk berjuang satu hari lagi. Melarikan diri daripada aset-aset yang berprestasi buruk untuk tunai adalah satu pilihan.
Ini adalah yang terjadi sekarang. Jika anda lihat pada kelas-kelas aset besar, orang ramai kelihatan lari kepada tunai. Bon, Saham, Emas, Kripto - semuanya dijual untuk mendapatkan tunai. Di dalam persekitaran "Keluar risiko", selalunya pemain-pemain konservatif akan bertukar dari aset-aset berisiko seperti saham kepada sesuatu yang "lebih selamat" seperti bon perbendaharaan. Boleh dikatakan, dengan kenaikan Fed dan inflasi melonjak tinggi, ia kelihatan seperti orang ramai melepaskan hasil 3% yang mereka boleh dapatkan di dalam bon kepada fleksibiliti sepenuhnya yang diberikan oleh wang tunai. Pilihan lain untuk lindung nilai adalah untuk menjual singkat aset-aset yang anda fikir akan berprestasi kurang, atau membeli puts pada portfolio anda (jika boleh). Anda boleh melihat secara terus harga tidur pada pasaran option.
4.) Memilih harga dasar adalah sukar π£
Walaupun ianya tugas kita sebagai pedagang untuk mencari peluang-peluang yang mempunyai satu nilai dijangkakan positif, memilih harga dasar secara sejarahnya adalah sangat mencabar. Pada kejatuhan pasaran 2020, banyak dana lindung nilai yang terkemuka yang kurang melindung nilai termasuk di dalam kejatuhan, dan terlebih lindung nilai berjaya keluar daripadanya. Secara efektif, beberapa orang yang paling bijak di dunia melakukan kesilapan dalam memilih di mana dasar yang sebenarnya terjadi.
Kecuali anda mempunyai satu strategi jangka sangat panjang yang membenarkan penggunaan modal secara konsisten sepanjang masa (DCA), cubaan untuk memilih dasar di dalam pasaran menurun boleh menjadi satu strategi nisbah% bat yang sangat rendah.
Baik. Itu sahaja. 4 perkara yang perlu diingati untuk orang-orang baru di dalam pasaran bearis. Seperti yang kami telah maklumkan, perkara paling penting untuk dilakukan di dalam satu pasaran yang lebih sukar adalah kekal hidup! π»
Selamat berhujung minggu! π
- Pasukan TradingView
3 tip untuk membina satu set minda profesional π―Hai Semua! π
Hari ini, kami akan bercakap mengenai pembinaan satu set minda profesional. Walaupun topik ini sudahpun menjadi subjek untuk pelbagai buku-buku dan sastera perdagangan selama bertahun-tahun, kami fikir ia adalah menarik untuk mengambil beberapa bahagian paling penting untuk komuniti TradingView. Mari kita bermula!
1.) Mula berfikir dalam Kebarangkalian π’
Mari kita lihat dengan pantas kepada satu daripada konsep-konsep paling penting di dalam Dagangan dan di dalam kehidupan: Nilai Jangkaan.
Nilai Jangkaan adalah hanya satu nombor yang menunjukkan, berdasarkan pada kebarangkalian, nilai apabila melakukan sesuatu tindakan. Ia boleh menjadi positif atau negatif. Bolehkah dagangan ini menghasilkan wang? Patutkah saya menukar kerjaya? Patutkan saya mengahwini pasangan saya? Semuanya akan pergi kepada Nilai Jangkaan. Sekarang - Apakah yang membuat Nilai Jangkaan? 2 perkara: %Nisbah Bat dan Menang/Kalah.
Nisbah Bat adalah peratusan kemenangan lawan hasil keseluruhan. Menang/Kalah adalah saiz kemenangan purata dibahagikan kepada saiz kekalahan purata. Apakah peluang perkara ini akan terjadi? Sebesar mana kemenangan? Sebesar mana kekalahan? Apabila anda menggabungkan nombor-nombor ini, anda akan dapat memahami dengan lebih jelas samada ia masuk akal atau tidak untuk melakukan sesuatu tindakan.
Katakan sebagai contoh, bahawa satu idea dagangan tertentu mempunyai 50% peluang untuk menjadi. Satu kemenangan akan memberikan anda $2, manakala satu kekalahan akan merugikan anda $1. Patutkah anda mengambil dagangan itu?
Jom kita cuba. Di dalam contoh ini, anda mengambil dagangan ini 100 kali. 50 kali, anda menang $2, dan 50 kali anda rugi $1. Anda akan berakhir dengan satu jumlah keuntungan sebanyak $50! ((50x2)-(50x1)). Sudah jelas bahawa dagangan ini mempunyai nilai dijangka yang positif! Jadi, walaupun jika anda mengambil dagangan dan berakhir dengan satu kekalahan, anda masih membuat satu keputusan yang tepat, jika anda melihat daripada satu pendirian Nilai Jangkaan .
Kesulitan dengan menggunakan Nilai Jangkaan adalah Nisbah Bat dan Menang/Kalah adalah bukan nombor tepat. Mereka adalah anggaran. Jadi, membina satu perasaan bahawa kemungkinan sesuatu akan terjadi, dan membina satu pemahaman untuk amplitud kemenangan dan kekalahan adalah satu kemahiran untuk dibina samada untuk berdagang dan kehidupan. Satu jalan mudah untuk menentukur antena anda untuk ini adalah hanya dengan membuat satu nota apa yang anda jangkakan akan terjadi di dalam jurnal dagangan anda. Selepas anda melakukan banyak pengulangan secara berterusan, keupayaan anda untuk meneka hasil yang akan terjadi akan bertambah baik.
2.) Kesedaran diri π΅βπ«
Di dalam dagangan, perlakuan semua peserta-peserta pasaran adalah didorong oleh 2 ketakutan: ketakutan terlepas peluang dan ketakutan kerugian . Dalam kata lain, ketakutan dan ketamakan. Bergantung kepada keadaan otak dan pengalaman hidup anda, berkemungkinan salah satu daripada ketakutan-ketakutan ini akan memberikan impak kepada anda lebih kuat dari yang lain.
Cuba fikirkan senario berikut: Anda membuat satu dagangan, dan posisi itu mula bergerak mengikut arah yang anda mahukan. Aset itu kemudiannya mula bergerak ke sisi. Mari kita meneliti dua jalan pergerakan ini boleh pergi:
a - anda menutup posisi anda. Kemudian aset itu mula bergerak sekali lagi ke arah yang anda mahukan, harga kemudian naik tiga kali ganda. Anda terlepas pergerakan ini, kerana sekarang anda telah keluar dari posisi anda untuk satu keuntungan yang kecil.
b - anda tidak keluar dari posisi, dan aset itu berundur semula kepada titik renti rugi anda, dan anda mengambil satu kerugian pada dagangan.
Yang manakah di antara senario-senario ini lebih menyakitkan kepada anda? Tiada jawapan yang *betul* atau *salah*, tetapi ia adalah penting untuk mengetahui ketakutan manakah yang lebih kuat memberikan kesan kepada keadaan membuat keputusan di dalam otak anda. Jika anda mendapati anda adalah lebih cenderung kepada FOMO, cuba cari satu strategi di mana anda boleh memeras sebanyak mungkin keuntungan untuk satu dagangan yang berjaya. Jika anda lebih cenderung kepada ketakutan mengalami kerugian, cuba cari satu strategi di mana kemungkinan untuk mengambil kerugian besar atau konsisten itu paling kurang terjadi.
3.) Kebolehgunaan strategi adalah sangat penting β
Tip ini merujuk kembali kepada tip terakhir mengenai kesedaran diri, dan ia benar-benar menekankan mengenai kepentingan konsistensi dalam berinteraksi dengan pasaran.
Apabila anda berinteraksi dengan pasaran, mempunyai satu pelan dagangan yang ditulis dan difahami sepenuhnya adalah kunci kepada kejayaan. Dana lindung nilai terbesar dan paling elit di dunia mempunyai mandat pelaburan yang ditakrifkan dengan jelas, amalan terbaik dan pelan perniagaan. Kenapa anda fikir anda tidak memerlukan satu pelan?
Berkenaan itu, bukan semua pelan-pelan dagangan adalah dicipta serupa, dan walaupun pelan-pelan yang disusun rapi terbaik...dll.
Apabila mereka satu pelan dagangan, banyak pedagang-pedagang baru atau pertengahan menfokuskan sepenuhnya kepada aspek membuat duit. Seperti, 'strategi apakah yang boleh memberikan saya keuntungan paling tinggi pada satu jangka masa yang ditentukan.' Bagaimana saya mendapat kelebihan? Biasanya ujian belakang, penyelidikan asas, visi, dan lain-lain memainkan satu peranan di dalam membantu menjelaskan kriteria untuk satu strategi yang menguntungkan.
Akan tetapi, pedagang-pedagang mahir mengetahui bahawa ada sesuatu yang lebih penting daripada mentakrifkan kelebihan anda; memastikan konsistensi .
Sebagai contoh, katakan anda telah mendapat satu strategi dagangan yang sempurna yang sepatutnya, dalam teori, di masa hadapan, membenarkan anda berdagang dengan sangat efisyen. Pelan itu memaparkan satu set kriteria yang sempurna untuk membeli kawasan terendah dalam pasaran, dan menjual di kawasan tertinggi pasaran. Untuk orang-orang baru, ini adalah cawan suci. Akan tetapi, hanya kerana anda *memahami* satu strategi tidak bermaksud anda mampu *melaksanakan* strategi.
Anda boleh menguji strategi sempurna ini di dunia nyata, dan jika anda tidak mempu melaksanakan set peraturan yang anda telah bentangkan untuk diri anda di dalam masa kejadian disebabkan oleh keadaan psikologi anda, ia adalah tidak bermakna sebanyak mana pun kelebihan yang strategi itu ada. Anda tidak boleh melaksanakannya.
Jadi, mencari satu strategi yang anda boleh mendorong diri anda melakukannya dengan konsisten, tidak kira apa yang terjadi di dalam pasaran, ia adalah tersangat penting.
Di dalam terma nilai jangkaan dan kesedaran diri, mempunyai satu strategi yang 30% efisyen tetapi anda boleh melaksanakan dengan 100% kepastian adalah lebih berharga daripada satu strategi yang 70% efisyen yang anda hanya boleh laksanakan dengan tepat hanya 40% pada satu-satu masa.
Tidak menjadi tertekan daripada satu kerugian adalah satu kekuatan sebenar. Reka untuk mencegah kesilapan, bukan kerugian.
-
Apapun, terima kasih sekali lagi kerana membaca, dan selamat berhujung minggu! Beritahu kami dengan satu komen di bawah jika anda telah mempelajari apa-apa, dan kami akan mempertimbangkan untuk melakukan satu siri penuh mengenai psikologi dagangan gunaan.
Selamat!
- Pasukan TradingView