Carimin : Fasa pengagihan ?Carta 5-minit :
Carimin Petroleum Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan berpangkalan di Malaysia. Segmen Syarikat termasuk perkhidmatan tenaga kerja (MPS); kaitan, pembinaan dan pentauliahan ( HUC ); perkhidmatan marin ( MS ), dan lain-lain.
1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan), terdapat 2 kebarangkalian di fasa yg manakah Carimin berada ketika ini; fasa pengagihan atau fasa pengumpulan semula.
2. Jika dilihat pada carta 5-minit, Carimin gagal menutup sesi dagangan pada paras tertinggi harian dan gagal juga memecahkan paras rintangan RM0.945.
3. Terdapat juga isyarat yg menandakan penjualan yg agak signifikan apabila beberapa candle merah terbentuk dan disokong dgn volume yg tinggi. (rujuk bulatan biru)
4. Persoalannya, adakah Carimin telah memasuki fasa pengagihan apabila 'smart money' mula menjual pegangan mereka utk mengaut keuntungan?
4. Jika Carimin turun di bawah EMA50, saya menjangkakan Carimin akan memasuki fasa pengagihan tetapi jika Carimin kekal berdagang di atas EMA50, saya menjangkakan Carimin akan memasuki fasa pengumpulan semula sebelum melalui fasa mark-up buat kali ke 2.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Analisis Trend
ADOBE INC MEMBUAT UJIAN KALI KEDUA DI GARISAN RINTANGAN-TREND MEAdobe Inc melantun melebihi 20-hari Moving Average (biru) dan menguji garisan rintangan-trend menurun. Hal ini menunjukkan pergerakan awal pembeli mengambil alih kawalan daripada penjual. Dari segi momentum, sentimen pasaran menunjukkan positif, memandangkan penunjuk RSI 14-hari berlegar di atas tanda neutral poin 50.
Berdasarkan pada carta semasa, sokongan segera adalah pada paras harga USD262 diikuti paras harga USD250. Sebaliknya, garisan rintangan kritikal adalah pada paras harga USD300.
PERDANA melepasi trend sidewayPERDANA telah melepasi resistance trend mendatar (0.305) semalam dan telah berjaya membentuk candle marubozu. Kenaikan semalam sebanyak 50% dan telah melepasi parah tertinggi 52 minggu kaunter ini.
Hari ini telah berlaku gap up pada paras 0.480 dan kaunter ini telah membuat paras tertinggi yang baharu iaitu 0.540.
PERDANA perlu kukuh di atas 0.450 untuk meneruskan kenaikan.
Signal dan pemangkin (katalis)Pemangkin cerita semasa atau katalis juga membantu kita dalam membuat pemilihan carta.
Istilah yang biasa kita dengar "satu jalan, yang lain pun jalan".
Semakin banyak berita positif berkaitan sektor terbabit, semakin aktiflah carta tu.
Carta yang naik, pasti ada cerita menarik di belakangnya, kalau bukan sekarang, akan datang pasti muncul !
MICROSOFT KEKAL MENJADI DAYA TARIKAN KEPADA PELABUR Microsoft Corp menunjukkan potensi yang tinggi untuk melanjutkan swing menaik bermula dua bulan lepas. Ia meninggalkan pola lanjutan “Gap Up”, yang mana harga cadangan cenderung untuk meningkat. Fakta menunjukkan Microsoft berada di atas garisan "Moving Average" yang menunjukkan peningkatan dalam aktiviti pembelian. Selain itu, indikator RSI 14 hari melebihi 50 pts - menunjukkan sentimen sedang positif.
Paras sokongan yang terdekat terletak di USD 111.40, diikuti USD 107.70. Sebaliknya, paras rintangan yang terdekat ialah di paras harga USD 116.20 dan diikuti USD 120.
INTEL SEMAKIN DEKAT DENGAN KAWASAN BELIIntel Corporation telahpun melantun dan sedang berlegar berdekatan garisan trend menurun. Pemecahan garisan trend menurun akan menandakan kecenderungan trend menaik yang kuat. Dalam jangka masa pendek, kebarangkalian saham ini melalui "swing" menaik adalah sangat tinggi. Kemungkinan ini diperkasakan lagi dengan pergerakan Moving Average yang positif (biru atas merah). Selain itu, momentum yang kuat dapat dilihat daripada RSI 14-hari yang sedang berlegar di atas tahap 50.
Paras sokongan yang terdekat terletak di USD 51.80, diikuti USD 50. Sebaliknya, paras rintangan yang terdekat ialah di paras harga USD 54.30 dan diikuti USD 57.60
Melihat carta yang turun sambil menantikan signalBergantung pada minat dan kemahiran kita, mencari signal tidak semestinya ketika carta sedang naik sahaja.
Setiap hari akan ada saja signal baru muncul.
Kalau market turun, kita cari signal yang sesuai ketika market turun.
Begitu juga kalau market secara keseluruhan naik, signal yang dicari sudah semestinya yang naik lah.
GBPAUD- Brexit..bila mau selesai daaGBPUSD
(Sila LIKE sebagai tanda sokongan atas perkongsian analisa saya)
Analisa Fundamental
GBP
Ekonomi berkembang perlahan - negatif
Data pengeluaran lemah - negatif
Inflasi lemah - negatif
Jualan retail meningkat - positif ( Xmas shopping)
Brexit delay - Positif
Data pengeluaran PMI Jatuh ke 52.0
Tiada perubahan faedah 2019 (sehinnga BREXIT selesai) - Negatif
GDP 2019 diramal rendah BOE - Negatif
AUD
Data pengganguran rendah - Positif
Peningkatan harga komoditi besi dan tembaga - positif
Data keyakinana pengguna dan perniagaan meningkat - positif
GDP q4 2018 lemah - negatif
AU 10 tahun bon jatuh - negatif
Bias - kecenderungan
Sell GBPAUD
Laporan Utama Akan Keluar Minggu Ini:
Selasa
GBP GDP m/m
GBP Manufacturing Production m/m
Rabu
Parliament Brexit Vote
Annual Budget Release
Analisa teknikal
Saya melihat GBPUSD telah membuat "rejection" di garisan melintang 1.8775
Sekiranya zone ini kekal bertahan sebagai halangan. Kita boleh menjangkakan harga akan kembali mencari paras sokongan.
Mula dan tamatnya trend menaikHari ini kita berkongsi lihat bagaimana carta SUPERMAX memulakan trend menaik pada awal Jan 2018 sehinggalah trendnya tamat pda Jul 2018.
Memang betul kata orang, berkahwin biar satu. Jaga lah dan belailah dengan peuh kasih sayang.
# ade jugak yang berkahwin memang satu, bercinta biar ramai..terpulang..
Berakhirnya Uptrend? (Johor Tin; 7167.kl)Kod saham: 7167
Nama saham: Johore Tin Bhd
Screener: 18LC for 8 Feb 2019
Tarikh pemerhatian: 10 Feb 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Price: Sebaran harga yang luas pada upbar.
- Volume: Vol. tinggi pada harga upbar; 1 vol. ultra tinggi (perlu berhati-hati).
b) Peringkat Pasaran:
- Peringkat Mark Up (S2) selepas pergerakan sideway selama 8 bulan.
c) Trading Range:
- Harga berada dalam Trading Range (antara Mar'18 hingga awal Jan'19).
- Pada waktu penulisan, kita mendapati harga diniagakan dalam zon Uptrend.
d) Resistance & Support:
- Harga melepasi Resistance Line (kini Supprt Line 1) dan membuat pullback sebelum bergerak lebih tinggi.
- Bermula dari situ, harga membuat beberapa lagi pullback untuk 'rehat' sebelum bergerak lebih tinggi. Ini dapat dilihat pada Support Line 2, 3 dan 4.
- Harga kini cuba membolosi Resistance Line 1 dan sedang membuat pullback dibawah Resistance Line.
Note:
- Kita lihat terdapat vol. berultra tinggi pada 27 Feb'19 dan harga ditutup rendah. Ini adalah tanda bahawa kita perlu berhati-hati.
- Harga mungkin bergerak secara sideway sebelum naik atau jatuh. Untuk naik, kita perlu melihat lagi SOS; untuk turun, kita akan mendapati harga bar tidak dapat tutup melebihi harga yang tinggi sebelum ini.
- Bagi mereka yang sudah membeli saham ini, dinasihatkan supaya mengkaji semula pelan dagang anda.
Untuk Bahasa Inggeris, sila klik pada pautan dibawah.
10-Mac-2019: PEMBELAJARAN 1 - SOP NEWBIE (Trendline & SNR)PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Saya ingin berkongsi sedikit kaedah kajian yang saya sering gunakan. Ianya adalah kaedah asas namun sangat berharga untuk dikongsi dan dipraktikkan. Sedia maklum ini adalah kaedah untuk PEMULA (Newbie/zerobie) untuk sekurang-kurangnya boleh menentukan hala tuju pasaran sebelum mereka membuat keputusan.
Sekiranya anda bukan newbie/zerobie mungkin ini tidak sesuai untuk anda, namun tiada salahnya untuk kita berkongsi pendapat dan kaedah kajian masing-masing. Walaupun ini cuma asas, even you dah lama trade, sekiranya anda gagal tentukan halatuju pasaran... still juga akan tersungkur dengan market.
Baiklah kita mulakan dengan STEP berikut;
1. Tandakan Trendline
Mula2 lihat pada trend keseluruhan pada TF 4 H dan tandakan arah dengan menandakan trendline. Ianya sangat penting untuk mendapatkan gambaran awal kemana hala tuju pasaran.
2. Tandakan Support & Resistant (SNR)
Langkah ini penting untuk mendapatkan gambaran kemana harga boleh pergi dan apa yang boleh dijangkakan...mungkin akan ada pergerakan turun naik di kawasan harga tersebut.
benda yang selalu jadi persoalan bila nak tanda SnR... "nak tarik kat mana" sebenarnya tiada tempat spesifik nak tanda pun... semua bergantung pada keselesaan dan pengalaman individu.... jadi x yah kita nak judge dan berbalah cikgu in ajar salah , cikgu tu ajar betul... sbb selagi dia BOLEH WITHDRAW so betul la tu... jadi nya saya share kaedah daripada salah seorang cikgu sya dan apa yang saya amalkan:-
Menanda SnR ni kita kena tgk dari kiri ke kanan... ni yang dikatakan HISTORY REPEAT ITSELF
Selepas itu kita tandakan dan namakan garisan yang telah ditandakan seperti dibawah:-
TAHNIAHHHHH.... anda dah hampir berjaya lalui stage 1. Jadi selepas kita berjaya tandakan garisan macam mana pulak nak tau "betul ka apa aku tanda ni..." dia ada dua kaedah, kaedah visual dan fibo. Untuk permulaan kita guna kaedah visual ja dlu... fibo akan di terangkan dalam sesi lain. So cuba kita perhatikan lukisan kita, kita akan nampak banyak candle akan berlegar disekitar garisan yang kita lukis tadi. Oleh yang demikian makanya... inshaallah lukisan kita dah betul la tu.... boleh rujuk gambar dibawah:-
3. Kesimpulan
- Jangan sekadar melihat, salin la nota ya... mgkn kita tgk lukisan org...."eleh senang ja" tapi cuba buat, tgk boleh ka tak...
- sila praktik dan conteng2 la chart tu dulu... inshaallah boleh mahir... jangan la nk lompat ke fibo,CP,CL selagi korang x mahir menconteng.
PERFECT PRACTICE MAKE PERFECT
- Kita akan sentuh berkenaan fibo dalam pembelajaran akan datang.
-Semoga perkongsian ini memberi manafaat.
Berikut adalah lukisan penuh yang telah dihasilkan
Templat berbeza untuk fasa berbezaFungsi templat di dalam tradingview boleh membantu kita untuk membuat perancangan terbaik. Kita boleh dengan cepat menyesuaikan pelan dagangan mengikut keadaan semasa carta.
Sebagai contoh, saya sendiri gunakan 3 jenis templat berbeza untuk carta-carta yang berbeza fasanya.
Semoga terhibur.
Kategorikan senarai carta mengikut teknik sesuaiJika kita menghadapi kesukaran untuk membuat penyaring yang mantap, salah satu cara terbaik adalah dengan melihat setiap carta-carta yang ada pergerakan menarik.
Gunakan bantuan penyaring dari tradingview untuk mempercepatkan senarai lihat.
Dari situ, kita boleh lihat secara visual dan mula membuat pengasingan atau kategorikan mengikut teknik-teknik yang kita telah pelajari.
Mungkin mengambil masa yang agak lama, tetapi secara tak langsung, proses begini mengajar kita untuk lebih cekap melihat, mengasingkan dan membuat pelan dagangan.
"biar lambat, asal selamat"
Nota: Dah pandai nanti barulah "biar cepat, asal untung"
PETANDA AWAL SAHAM APPLE SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN PELABURSaham Apple Inc telah menyentuh garisan rintangan menurun dan ini boleh ditafsirkan sebagai satu petanda yang pelabur sedang mengambil alih kedudukan dominan pembeli. Selari dengan isyarat positif yang ditunjuk oleh tanda positif dari “Moving Average” - pembelian dijangka akan meningkat pada sesi akan datang. Pemecahan garisan ini menunjukkan sentimen pelabur memasuki tahap positif. Disamping itu, penunjuk RSI 14-hari sedang berada di atas 50 pts, menunjukkan momentum yang memberangsangkan.
Tahap harga USD 163.60 merupakan tahap sokongan yang pertama, diikuti dengan tahap harga USD 142. Sebaliknya, tahap rintangan yang pertama ialah USD 176.90 dan diikuti dengan tahap rintangan harga USD 187.70.